Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, September 7, 2011

Selepas bergemanya takbir raya di pagi 1 Syawal 2011.

Tarikh : 1 syawal 1432H ( Selasa 30 Sept )
Lokasi : Kg Ulu Klawang, Jelebu


Hari ini sepatutnya hari bisu tapi aku tak mo jadi bisu hari ni pasal dah seminggu membisu... jari jemari ni dah gatai2 nak menaip sebaris dua ayat......  katanyeeee !!!

Menjadi kebiasaan muslimin dan muslimat selepas sembahyang hari raya kita semua akan bermaaf-maafan.
Berziarah ke pusara mereka-mereka yang telah pergi dahulu menemui Ilahi.
Menjamu selera dengan juadah istimewa di pagi Aidilfitri .
Dan menziarahi sanak saudara dan jiran tertangga bagi menegeratkan lagi tali silaturahim .

Begitu juga dengan aku sekeluarga....  agenda-agenda menarik ini sempat aku rakamkan dalam beberapa keping sahaja gambarnya.


Memohon ampun dan maaf tangan di hulur salam bersambut.... duit raya jangan lupa bagi kat mak abah.... jangan sampul kosong udahlah yea cik yahhhh...aku gurau je jgn maree nanti copek tuo !!



Kanak-kanak ribena yg paling gembira pasal dapat sampul raya bosar2 duit pun bosar2.... tapikannnnn mak-mak ribena tu lagi gumbira pasal semua duit masuk poket omak dulu... kang ilang sapo susahhh ??


Bermaafan sesama adik beradik dan ipar duai.... jangan tak tahu banyak gak salah silap dan dosa yang di kumpulkan...haaa mintak mahap copek omak dah joling2 tuuu !!



Rumah Mak cik aku kakak kepada mak adalah yg pertama di tuju pagi raya setiap tahun.... depan umah mak aku je ni.




 Menziarahi kerumah mak cik Aro anak perempuan bongsu kepada Arwah wan cik yie.... tahun lepas aku datang kerumah ni masih dapat bersalam dengan arwah walaupun dia hanya duduk di katil tapi kali ni aku adik beradik cuma dapat beraya dengan anak perempuan bongsunya sahaja di rumah peninggalan arwah ni.



Duduk bebaik jang ni lantai papan ni kang kok bersilo ateh tanah bawah umah tu kang... tak dapek den nak nolong dowhh !!



Tahun pertama mak cik beraya tanpa ibu tersayang..... masih kelihatan raut kesedihan di wajahnya bila tahun ini di pagi raya tak dapat lagi bersalam dengan tangan bonda.





 Tinggal kenangan 1 Syawal 2010.


Hari raya ni 23/9/11 genaplah setahun arwah pergi meninggalkan kami....... semoga roh wan di cucuri di alam sana..... pesanan wan yang minta aku adik beradik datang menjenguk ke terataknya setiap kali hari raya setelah dia tiada telah aku tunaikan... walaupun di teratak itu hanya tinggal pak cik, mak cik, kak yong dan Syamil tanpa wan namun  aku terasa seperti dia ada di dalam bilik mendengar dan melihat kehadiran kami di pagi 1 syawal seperti tahun-tahun yg sudah......AL-FATIHAH.



CN : Banyak lagi rumah yang kami pergi tapi ini saja gambar yg ada dlm kamera aku...layan jolahhh !!


SALAM UKHWAH

12 comments:

IXORAROXI said...

wahhhhhhhhh bestnya dapat beraya sana sini, berkunjung rumah sanak saudara kan?

abah khalisha said...

Yang pergi tetap pergi..Al-Fatihah..Salam Aidilfitri
Work in Progress

Cik Ina Do do Cheng said...

selamat hari raya maaf zahir batin.

rasa rindu plak ngan kampung kat negeri sembilan. sana meriah mesti ada lemang cicah rendangkan.

azieazah said...

CT, daerah Jelebu tu kawasan paling panas, kan?

Betul, kalu rumah sudah kehilangan seorang orang tua, suasana muram akan cepat saja terasa.

ariana said...

memang dipagi raya perasaan kita selalu bercampur..antara gembira dan sayu bila teringat yg telah tiada..alfatihah buat yg telah pergi dulu..

Cik Ecah said...

salam aidilfitri kak :D

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA..yea betul acara wajib setiap hari raya tu !!

CT NoArIzAh ArIs said...

ABAH KHALISA...Al-fatihah !!

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK INA..betul tu..mehlah dtg N.SEMBILAN klau rindu :)

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... kak bukan panas tapi paling kering tu pasal tanah sini subur dengan pokok buah-buahan.

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA..betul tu..Al-fatihah kpd yg telah pergi..:(

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK ESAH...sama gak salam aidilfitri dr akk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails