Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, June 30, 2012

Makan malam di jeti Kuala Perlis.

Salam sejahtera..!!
Sabtu

10 Syaaban 1433H


Apa khabar semua...harap baik2 semuanya yea. :))

Seksa betullll aku nak menghabihkan story kat Arau, Perlis ni ha!
Tak kisahlah ada yg peduli atau tidak aku nak jugak tepek gambar2 ni kat sini.... sok sok time nak pergi ke Arau nanti leh bandingkan harga sekarang dengan dulu...makanan sekarang dengan yg dulu.
Apa-apa pun aku puashati dengan hidangan kat gerai ni yang penting harganya berbaloi- baloi !!



Puas merayau cari gerai akak ni...kata kawan adik aku masakan kat gerai ni lebih sedap dari yg lain... apa pun perut dah lapau balun je sodap ke tidak kan....tapi memang sedap pun akak ni masak !!

Menu pilihan kami ialah....

 Siakap 3 rasa dan tomyam campur.

 Kailan goreng ikan masin

Pari bakar

 Kerang bakar

Sotong goreng tepung.... mula2 cedok setengah kilo tapi aku tengok mcm sikit je terus cedok sekilo bila dah potong2 dan goreng ha hambik kau satu pinggan bosar dyorang kluarkan.


Anak aku sampai naik poning nak ngabihkan semuanya terutama tang sutunnnnn tuuu :))


Mak dan Abah.... puas nak mengunyah gigi dah tak kuat lagi macam muda2 dulu.


Ni muka sponser malam tu...timo kasih le bebanyak-banyak yo :D

Keseluruhan harga adalah lapanplohhinggit lobih jo !
 Makan 7 orang banyak tu habis licin cuma sutun tu je terpaksa tapau bawak balik pasal banyak sangat.

Okey janji dah aku tunaikan setel dah citer kat Perlis....nak sambung kojo balik ..tataaa !!


SALAM UKHWAH


Wednesday, June 20, 2012

Minum petang kat tepi laut kuala perlis.

Salam Sejahteraa..!!Rabu
30 rejab 1433H

Lokasi Kejadian : Arau & Kuala  Perlis
Tarikh : Petang 16 Jun 2012



Majlis konvo berakhir dalam pukul 12 tengah hari...bila selesai menyerbulah semuanya kuar dari dewan sampaikan aku tak jumpa mana adik aku mana pulak mak abah aku. Aku dan anak2 aku tengok dari tv lcd kat luar dewan jee..... aku cakap dgn PRINCES sok sok ummi lak duk dalam dewan tu macam wan itupun kalau kamu belajar rajin2 klau tak tak merasalah... Princes aku dah sebak dah bila aku cakap macam tu...leweh betullah anak dara tu !



Bunga yg sebelah kiri kawan shilla bagi yg sebelah kanan tu aku yg bagi.... bunga tu aku beli dalam kampus je...serik dah beli kat luar memang bunganya banyak tapi kuncup je plastiknya  macam aku beli time Noor konvo dulu tu.....kena lak aku mintak amoi florist kat poly tu adjust balik plastik bunga tu... beli dalam kampus lebih murah dan puashati lagipun ada banyak pilihan.



Balik je ke hotel lepas lunch semuanya terlentang atas katil pasal terlalu letih lagilah pulak cuaca  panas terik..... budak2 konvo dah tentulah sibuk nak bergambar sana sini  family pun  di heretnya bergambar...dalam usia mak abah aku macam tu pastilah mereka rasa rimas tapi ikutkan ajelahkan..... gambar kat atas tu  dari tingkap hotel kami ...waktu tu sebelah  petang baru lepas hujan kat Arau....apalagi badan dah letih bilik lak aircond kat luar ujan...emmm tido tak hingat dunialah masing2.


Selepas asar shilla bawak kitorang jalan2 ke kuala perlis...dekat je dari Arau..aku drive adalah dalam 20 minit macam tu aku pun dah lupa.... sepanjang perjalanan terbentang luas sawah padi tapi sayang kami datang bukan time padi masak menguning kalau tak tentu lagi cantik... anak2 aku tak pernah tengok sawah padi real depan mata mereka maklumlah tanah sawah kat kg semua dah jadi somak belukar... siap berenti lagi topi sawah tu ambik gambar bagai..... PRINCES aku nak jalan atas batas sawah tu tapi permintaan di tolak pasal aku takut kang di sergah kat tuan sawah tu dah lah tak kenal sapa2 pun kat situ....sesuka hati jeeee nak ceroboh kawasan orang..huhuhu!!





Okeyyy singgah kat tepi jalan mengadap ke laut ni dulu...Shilla bawak kami  makan kepak ayam cucuk dengan jagung bakar kat situ.....Pemandangan waktu menjelang senja memang cantik dan mengasyikkan... banyak jugak gerai2 kecik jual jagung  dan kerpak ayam kat situ siap ada meja dengan bangku lagi utk duduk sambil makan.






Tekun jee brader tu wat kerja...ada macam2 jenis sosej boleh di pilih kat dalam bekas tu...harga pun berpatutan...jagungnya bosar gedabak entah apa baja di pakai kat tuan tanah tu !



Minum potang kat topi laut makan kepak ayam, jagung manis dengan sosej rebus.... sejukkk je di hembus kat bayu laut tu.... aku rasa kalau aku tinggal kat area sini mau tetiap petang aku melanguk kat tepi pantai ni minum potang.....bestttt damaiiii jeeee ....rinduu lak aku nak kesana laie :))


Kepak ayam madu.

Jagung manis bakar..... setongkol di kerat 3 kesemuanya 12 pcs.... puehlah makan !!


Sosej campur2.... ada gak yg rupa angry bird tuuuu....dah potong2 kecik2 entah mana mata entah mana hidung angry bird tu dah.


Okeyyy stop dulu nanti continue makan malam  kat jeti perlis lak.....nak sambung kojo balik.



SALAM UKHWAH

Sunday, June 17, 2012

Pengalaman pertama naik bas ekpress ke Arau.

Salam sejahteraa..!!
Ahad
27 Rejab 1433H



Kepada yg tak pernah ado pengalaman naik bas awam ke utara meh sini aku sharekan pengalaman aku tu kek korang semuo yoooo !!



Hari pergi ke Arau kami bertolak dari terminal 1 bas seremban pukul spuloh stongah  pagi.
Perjalanan yg cukup jauh melintasi ompek buah negeri buat aku cari alternatif lain untuk naik bas aje ke Arau.
Tak dan leee aku nak memandu sesorang bawak kereta ke utara tu .... mau jem urat koting den ni tokan minyak dgn clash!!



Anak bujang aku ni seronok le dapat naik bas jalan jauh2...maklumlah tak pernah naik bas ekpress jalan jauh2 kan!!
Kalau  setakat nak merasa pengalaman baru macam aku ni yg suka sgt  cari pengalaman bolehlah mencuba-cuba naik dan duduk dalam bas lelama macam ni.
Tapi kalau selalu sangat nak wat camni leh gak kalau terdesak.... tak terdesak elok leee drive sendiri.
Lebih selesa untuk berhenti sesuka hati , makan dan solat.

Pukul sepuluh pagi bertolak dari seremban dannnnn pukul 7.30 petang lak kami sampai ke stesen bas Arau.
Kirolah sendiri brapo jam den duduk ateh bas tu !!


Sepanjang perjalanan mata akan di jamu dengan pemandangan sawah padi yg menghijau...cantekkkk!

Ada jugak bagus dan tak bagusnya.
Bagusnya kita rileks jelahkan tak payah penat2 drive jauh2....leh tido2.....leh makan2.
Yang tak bagusnya ko kono tahanlah koncing tu sampai bas berenti kat stesen lain untuk ambik penumpan lain.
Itupun kalau dapat drebar yg sporting nak le dia berenti bagi kito gi koncing tapi kok  dapek lak drebar yg kerek semacam tu ko tadah telingo jolah kok dio memokak kono beronti lagi.
Tapi tak leh salahkan dyorang gak kan pasal dyorang pun mengejar masa nak sampai tepat masa kat destinasi seterusnya tu...... banyak kali kono berenti kat setiap negeri ni kak !!

Sib baik leeeee mak dan abah aku tak selalu terkucir nak kencing sepanjang perjalanan tu.
Paham2 jelah kan bila  bawa warga emas ni tapi mak abah aku steady je dalam bas tu.
Yang tak stedaynya anak jantan aku tu asyik nak koncinggggg jo pulak.
Lenkali nak pakaikan dia pampes lah pulak.





Anak aku ni macam ada poket doremon aku tengok dah macam2 makanan kuar dari beg spider dia tu.


Satu lagi  berenti makan cuma sekali je itupun cuma 30 minit je tak lebih tak kurang.....perjalanan pergi dan balik aku sama je masa yg di beri untuk berenti makan.
Kok kau sompek makan nasi ko kunyah ala kadar je nasi tu janji konyang sampai ke tompek yg di tuju tu..... tak de masa nak makan cam pengantin yea puan-puan sekelian .
Ha satu laie yg tak bestnya tak leh sesuka hatilah nak berenti sana sini untuk solat !!
Qada jelah sembahyang tu...... tang ni aku rasa drive sendiri lebih bagus senang kita nak berenti sembahyang.

Patut leeeee adik aku si shilla tu bila lik kg siang2 dah suruh kitorang siapkan nasi pasal dia lapar sari suntuk duk dalam bas tak makan nasi.


Tengokkkk....anjung seri tetap aku bawa takut boring lama benau duk dlm bas tu.

Sepanjang perjalanan pergi ke arau dan balik ke seremban bas berhenti beberapa kali di setiap terminal di setiap negeri2 yg di lalui tapi berhenti sekejap2 ajelah.
Kang lamo2 berenti lambek lak sampaikan .


Aku pergi ke Arau bertolak spuluh setengah pagi dari somban sampai ke Arau orang tengah azan kat masjid.
Aku balik ke somban lak bertolak sembilan pagi dari Arau sampai ke somban pun orang tongah azan kat masjid.
Nak tergeliat urat pinggang den duduk berjam2 dalam bas tu.
Sib baik jugak leeeee ambik bas SUPER VIP leh le di adjust2 kan kusi tu....seleso gak nak tido.
Kalau naik bas yg biasa tu mau agaknya aku berjalan togak jo macam robortcup turun dari bas tu.

Yang den  goram tu pada hari balik ke somban.... bilo sampai kat somban bas tak turunkan kami kat terminal 1 tapi kat tepi jalan dopan  petronas sebelah terminal 1 tu.
Pasal bas tu nak cepat ke Melaka pulak.

Bayangkanlah macam mana aku terpaksa bawak mak dan abah dengan anak aku lagi dengan heret begnya lagi berjalan di kawasan jalan yg sibuk dgn bas bas yg nak keluar masuk.
Sib baik bawak anak yg dah bosar..... yg dah cordik...... yang dah tahu nak buat apa dalam keadaan macam tu.
Aku terpaksa jalan kaki menuju ke kawasan teksi yg ada kat terminal 1 tu untuk tunggu adik aku datang jemput kami semua.

Alhamdulillah yang pentingnya kami berlima selamat dalam perjalanan pergi dan balik..:)

InsyaALLAH 3 tahun dari sekarang kalau di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki  aku akan ke Arau sekali lagi untuk lihat Shilla naik pentas ambil scroll degreenya pulak.
Time tu nanti aku kono lah pikir  ompekpuluhompek kali samada nak naik bas jugak ke atau aku konvoi je ramai2 naik keta dengan adik2 aku yg lain.


Okey sekian dulu untuk hari ni next entry kita citer pasal makan2 kat kuala perelih noooo...:)


SALAM UKHWAH:





Friday, June 15, 2012

Inalillahhiwainnalillahirojiun....:((

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!
Jumaat
25 Rejab 1433H

Stop dulu citer pasal perjalanan ke Arau.... Kak  AIDAH.... tima kasih pasal sabar menunggu pengalaman saya kesana yaa.... nanti saya updatekan pengalaman perjalanan saya selepas entry ni.

                                **************************************************

Sepanjang minggu ni bertalu-talu berita kematian sedara terdekat dan orang2 yang aku kenali.
Bermula dari Jumaat yg lepas pak cik yg duduk setaman dengan aku ni pergi menemui penciptanya.
Selalu gaklah petang-petang aku nampak dia jalan2 dgn isterinya.... tup tup dengar berita dari PRINCE pak cik tu dah meninggal dunia...... pasangan yg romantik bagi aku di usia emas masih berteman bersiar-siar....

Hari Ahad hari tu aku semasa aku berada di terengganu aku menerima  berita kematian abang sepupu aku dari mak di kampung.
Tapi arwah di kebumikan di Kelantan di kampung halaman isteri ke duanya.
Kasihan kepada 3 orang anak2 arwah yg dari arwah isteri pertamanya dulu tak sempat menemui ayah mereka disaat akhir ayah melelapkan mata buat selamanya.
Lebih kesian dan simpati lak pada mak cik aku iaitu ibu arwah yg tak dapat menemui anak lelakinya semenjak arwah sakit hinggalah menghembuskan nafas terakhir.
Mak tak dapat jumpa anak dan anak lak tak sempat jumpa si ibu diatas masalah kesihatan kedua duanya serta jarak kediaman yg terlalu jauh.

Malam tadi aku terima lak berita kematian ayah kepada bakal adik ipar aku...tunang Ayie.
Arwah meninggal malam tadi dan mungkin sewaktu entry ni di tulis arwah dah di kebumikan.
Kasihan pada ZURA di saat hampir meraikan hari bahagia untuk bergelar isteri kepada adik aku ayahnya pulak pergi dahulu.
Kita mampu merancang Allah aje yg menentukan.... semoga ZURA sabar dan tabah dengan dugaan ini..... memang terasa hibalah bila si ayah yg akan menjadi wali pergi dahulu sebelum sempat menunaikan tanggungjawab terakhir untuk anak gadisnya.

Pagi tadi lak hubby bagitau mak mertua kak longnya lak dah meninggal dunia....jadi kansellah kak long sekeluarga nak datang umah aku petang sok sebelum ni dia dah hantar mesej bagitau nak datang kerumah.
Kepada ke empat-empat arwah yg aku kenal raut wajah mereka cuma Al-Fatihah sahaja yg mampu di sedekahkan semoga perjalanan kesemua mereka di permudahkan di alam sebelah sana dan tergolong dalam golongan hamba2 yg dikasihi dan beriman......Aminnn !!

Dalam kehidupan ini kita sebagai manusia cuma mampu merancang tapi Allah juga yg menentukan setiap yg hidup akan menemui kematian dan tak dapat di elakkan walau sesaat bila tiba masa dan ketikanya...... bila pula masa kita yg masih hidup ini?



Cuma Allah yg mengetahui....
Al-Fatihah......


SALAM UKHWAH

Wednesday, June 13, 2012

Gambar dan cerita sekitar konvo shilla kat Uitm Arau, Perlis.

Salam Sejahteraa.... !!
Rabu
23 Rejab 1433H



Sikit le punya lama tak update blogggg...aduhaiiiiii !!
Balik je dari perelih terus start keja dengan memegang position baru buat aku betul2 sibuk tak cukup masa nak bersenang lenang waktu ofis.
Apatah lagi aku kena kejar semua kerja2 baru yg bakal aku buat pasal bos tecik lama aku tu dah resign hujung bulan lepas.

Okey tak nak buang banyak masa aku uploadkan dulu gambar-gambar sekitar konvokesyen adik perempuan bongsu aku kat UiTM Arau bulan lepas.







Tahniah buat Siti Noorshilla amin Aris kerana berjaya mengenggam segulung diploma pada 16 June yang lepas sekarang adik aku ni sambung belajar lagi kat Universiti yg sama untuk ambik degree pulak.






Mak dan abah aku sabarrrrr je menunggu masa untuk masuk ke dewan semarak tu nak tengok anak perempuan bongsu mereka naik ke pentas.... masa ni aku terpaksa tinggalkan anak2 aku kat hotel pasal parents graduan kena ada dalam dewan pukul 8.15 pagi jadi aku kena hantar mak abah aku ni ke Universiti dulu pas dyorang masuk dewan baru aku jemput anak2 aku kat hotel masa tu tak leh cakaplah betapa kebuluq nya aku tak sarapan lagi.

Lepas je ambik budak dua orang tu terus aku 3 beranak b/fast kat kepcee...ha ambik kau kat somban pun aku tak bantai sumbat kepcee  dalam perut pepagi !!



Ini budak jadi potograper tak bergaji sepanjang kat Arau ari tu dari gambar dalam kampus sampailah pergi makan kat kolo perelih dia nilahhhh yg rajin tembak sana tembak sinun.






Okeyyy next time aku upload gambar dan citer pasal makan2 kat tepi pantai kuala perlis lak...sekarang nak sambung kerja balik ....bye-bye..:))



SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails