Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, August 28, 2010

Bertambah-tambah hitam legam !!

Hari ni My hubby bawa kereta aku pasang tinted gelap......sebelum ni aku pakai brown kaler tapi masih terang dan cahaya boleh masuk.....selalu anak aku komplen panas panas panas......la ni aku pasang yang hitam legam betul......lebih gelap dari tinted kereta My hubby......ha ambik korang....!!

Nak sangat gelapkan....dari luar tengok pun tak jelas.....Tapi siapkan ajelah duitnya bila kereta kena saman nanti....kalau nasib baik lepas tak baik duit aku terbabas....silap haribulan tinted kena koyakkan depan orang2  "kenamaan" tu....tak nak panaskaaan....!!!

Aku nak asingkan bonus aku khas untuk bayar saman tinted tu nanti....huhuhu!!


CN: Sekali pandang cun pulak kancil aku tu bertinted hitam legam.....hitam maaanis giteww!!

SALAM UKHWAH:

Thursday, August 26, 2010

Kelebihan seorang wanita.

.....Dari peti email ku!

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


CN: Senangnya nak dapat pahalakan.

SALAM UKHWAH

Tuesday, August 24, 2010

Farmville ku dah jadi forestville !!



Mula-mula join FACEBOOK dulu aku suka sangat berkebun di FB aku tu...bercucuk tanam bagai...bela macam-macam binatang ternakan....aku bayangkan ladang macam mana yg aku mahu di alam nyata dlm FV aku tu......dari satu rumah dapat beli beberapa rumah lagi pastu dapat beli villa....kiranya kejayaan terbesar akulah tu....pastu dapat besarkan ladang aku lagi...bertambah-tambahlah harta fantasi dalam FV tu....hadiah pun banyak yg masyuk...pasal ramai kawan yg bermurah hati nak buat sedekah jariah dgn aku...bukan dia orang keluar duit pun!!




Sekarang ni FV aku masih lagi FV tapi bukan dalam maksud FARMVILLE sebenarnya.....dah jadi FORESTVILLE pulak dah...pasal apa.....pasal aku dah malas nak mengerjakan kebun aku tu......pasal aku malas nak gado-gado dgn My hubby.......pasal hari-hari kena berebut lappy dgn dia !!

Sekarang ni aku tak ke kebun My hubby pun tak ke kebun...pasal dia pun malas cam aku gak...pasal dia tak ada kawan nak bersaing level dan rebut-rebut lappy lagi.......pasal wife dia yg comel loteh ni lebih suka UPDATE BLOG dari berkebun yang tah hapa-hapa tu!!


Tulah pasal Farmville aku dah jadi Forestville daa...!!!



CN: Entah berapa kali banyak pasal daa...!!!!


SALAM UKHWAH:

Monday, August 23, 2010

Renungan Di Pagi Ramadhan.

....dari peti email aku !

Renungan di pagi Ramadhan Semoga mewujudkan keinsafan dan kesyukuran tidak terhingga kepada kita semua. Cerita dibawah sesuai untuk menggambarkan betapa kita masih beruntung diberikan kudrat untuk mencari rezeki dan memperolehi rezeki yang berlipat ganda dan lebih afdhal sekiranya kita membuat amal jariah sepanjang hidup ini agar lebih diberkati. Amin.

Sekadar renungan dipagi yang indah ini...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun
 "Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
 "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..."
 "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
  Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak    berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?" "Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
 "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
 Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.

Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?

Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa Kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


CN: Sup Tulang antara menu yang paling istimewa buatku di hari raya!


SALAM UKHWAH;

Sunday, August 22, 2010

Kek Batik Untuk My Princes.

My princes sibuk sangat suruh aku wat kek batik....hari tu beli kek batik di bazar ramadhan harganya seringgit sekeping bukannya seringit 3 keping.....saiznya pulah besar tapak tangan My princes yg baru umur 9 tahun tu....boleh bayanglah sekecil mana kuih tu kan....makan pun tak puas!

Kebetulan hari ni hari sabtu aku pun tak kerja jadi terpaksalah merajinkan diri wat kek tu pagi-pagi ni....sejukkan dalam peti ais...leh wat berbuka petang kang....hari ni aku nak balik kg My Hubby....maknanya aku berbuka dengan mak mertua aku lee..


RESEPI KEK BATIK

1 Bungkus biskut Marrie
3 camca marjerin
1 cawan koko
1 1/2 cawan milo
1/2 tin susu cair
200 gram gula pasir

Cara-caranya:
1.Campurkan koko dan milo bersama susu cair dan gula.
2.Masakkan di atas api yg perlahan.
3.Kacau jgn berhenti bila gula dah cair tutup api.
4.letak dulu kat tepi.
5.Masakkan marjerin dlm kuali berasingan lepas cair ,angkat dan campurkan kedalam koko tadi.
6.Perlahankan api dan pecahkan dua biskut Marrie serta gaulkan bersama koko tadi,kacau rata hingga sebati.
7.sendukkan kedalam acuan hingga habis dan tekankan ia hingga padat.
8.Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia sejuk.
9.Potong kecil-kecil mengikut kesukaan anda dan hidangkan.


CN: Selamat bercuti dan berbuka puasa!

Saturday, August 21, 2010

Nak update gak malam-malam ni !

Entah kenapa TERajin lak nak update blog malam-malam buta  ni.....boring le sebenarnya TV tado citer best...!!

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kisah penderaan isteri yang dilakukan suami sendiri....macam2 cerita keluar dalam media cetak dan electronik....kesian kaum Hawa nikan selalu sangat jadi mangsa dera fizikal dan perasaan....tak tau berapa byk lagi kisah macam ni yang masih lagi TERsembunyi tidak di laporkan.

Yang malangnya....kaum HAWA....yang kasihannya juga kaum Hawa....kat bawah ni nk kongsi MADAH PUJANGGA khas untuk kaum ADAM tersayang yang ada HAWA tercinta menjadi peneman hidupnya ATAU yg bakal akan di temani....aku petik madah ni atas keizinan penulisnya salah seorang rakan FB aku...
iaitu kaum ADAM juga....

Wahai kaum Adam,


Sesungguhnya Hawa ini lemah tp jangan pula kau lemahkan.


Sesungguhnya Hawa ini lembut, maka lembutkanlah diri mu terhadap mereka.


Sesungguhnya Hawa ini Allah jadikan pelengkap tulang rusuk mu,


maka terimalah pelengkap tulang rusuk mu itu & jangan kau patahkan.


...Kerana bila patahnya tulang rusuk mu itu, maka cacatlah Adam selamanya.


Nukilan Rasa.
18 Julai 2010 @ 10:40 malam.
~Zoy کورنيا الهي~


Aku nak tanya......mahu ke kaum ADAM cacat selamanya tanpa zuriat penyambung keturunan jika kaum yang mengendong itu sering di sakiti hingga pupusnya perasaan kasih dan sayang?


CN: Tumpang sedih dengan apa yang berlaku...

SALAM UKHWAH:

PUASA

Salam Jumaat hari penghulu hari....

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (al-Bukhari).


1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang tidak baik) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar dan dahaga sahaja.


2. Puasa yang paling bernilai di sisi Allah S.W.T. ialah puasa orang yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang mereka berpuasa.

3. Maka amatlah malang dan ruginya bagi orang yang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor memaki hamun dan sebagainya, sebagaimana biasa, sedangkan ia berpuasa, maka ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah S.W.T bahkan mendapat dosa pula bukannya pahala puasanya.
 
 
 
SALAM UKHWAH:

Friday, August 20, 2010

Urat Belikat Aku Sakit Tapi Hati Aku Laaagii Sakit!!

Hari ni memang "suwey" betul....orang cina kata kalau pagi dah suwey sampai petanglah kita suwey...orang cina cakap bukan aku yang cakap!!

Malam tadi lepas berbuka urat belikat aku dah mula sakit nak angkat tangan pun terasa urat tu kejang (sapa-sapa yg dah rasa aje yg tahu sakitnya macam mana)...jadi pagi ni aku telefon klinik 24jam tanya ada doktor tak..."minah" tu cakap ada dan boleh datang sekarang....aku pun bergegas-gegaslah bersiap dan pergi klinik kononnya cepat jumpa doktar cepatlah aku balik ke rumah kang....dapat MC leh tido balik...tapi yang jadi sebaliknya pulak...

1) Kena tunggu doktor dekat setengah jam pasal doktor yang tadi dah nak balik...pemalas punya doktor!

2)Tak dapat MC...tapi doktor bagi aku ubat banyak2....alasannya aku tak buat kerja berat...menggong!!

3)Duit aku melayang bayar bil klinik tapi MC tak dapat...meeennciiii!!!

4)Aku terpaksa ambil AL pasal sakit sangat.....hilang 1 hari cuti akuuu!!!

5)Tak puasa sebab nak makan ubat kang tak makan lambat elok lak.....tak kan nak AL hari2!!

6)Rakan sekerja kat ofis telefon ada masalah pasal penghantaran....lagilah tak senang hati & badan aku   nak rehat!!

6)Burung serindit anak aku mati depan mata aku...Innalillah...!!

7)Anak jiran balik dari sekolah tadika curi buah limau kasturi aku yang baru nak masak...kena sergah mencicit dia lari patutlah buah limau aku makin kurang....kurang ajor!!

 Kerana kes-kes di atas buat aku takut nak keluar rumah hari ni...kang tah hapa hapa bala lagi yg sampai!!!


Hari ni juadah berbuka untuk keluarga kecil aku ni aku  tapau luar aje pasal aku tak larat nak masak....nasi pun My princes yang masakkan...dari air , kuih sampai lauk pauk semua aku tapau je...ingat aku sakit main-main keee...ceehh!!!

Malas nak cakap banyak tido lagi bessst......!!!!

CN: zzzzzzz.......


SALAM UKHWAH:

Thursday, August 19, 2010

JODOH

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.."Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi."

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



CN: Bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang walaupun tak kaya tapi hati aku senang!

SALAM UKHWAH:

Wednesday, August 18, 2010

Masak Lemak Cili Api Lagi !!

Oghang Nogoghikan mano leh tinggal menu ni..hehehe!!

Juadah berbuka puasa aku petang tadi yang sempat aku sediakan... Air laici ( tak nampak lak air dgn buah laici tu  pasal jug aku tu kalis pandang ) , Ayam masak lemak cili api , Jejari ketam goreng dan papadom . Ada sup sayur cendawan tapi masa gambar ni di ambil Ms Mushroom tu masih tertenggek atas dapur lagi...bila azan je terus ngap...terlupa lak Ms Mushroom tu tak berposing lagi dengan geng-geng dia ni!


Dalam tergesa-gesa tu sempat jugaklah aku mengulai...tapi sekarang ni dah senang  santan dah siap dalam kotak tak payah susah-susah nak perah santan  macam dulu-dulu...senanglah untuk wanita berkerjaya dan berkeluarga macam aku ni nak masak jadi tak ada alasanlah kenapa tak sempat nak masak kalau bekerja kan semuanya dah jadi mudah.

Tapi bab cili api tu aku kena tumbuk gak..tung tang tung tang aku kat dapur comel aku tu petang2 ni....jiran-jiran aku yang kat sebelah tu dah rehat depan TV dah aku baru terhegeh-hegeh nak masak......Tapikan lemak cili api aku ni tak pedas pun kat lidah aku ni ( aku kuat pedas aarr..) . Pasalnya komuniti dlm rumah aku ni tak tahan pedas macam aku......kang aku letak berbelas biji cili api kang ada pulak yg ternganga dan terbeliak biji mata silap haribulan gulai aku pun tak laku!!

Dulu-dulu kalau mak aku masak tak pedas macam ni abah aku mesti cakap.
" Tak teghaso lado ea...boleh di buat basuh muko ha !"

Ada ke yang nak cuba statement abah aku tu ??


CN: Nak masak apa pulak esok ye ?

SALAM UKHWAH:
 



Tuesday, August 17, 2010

Sesi Berbuka Puasa Siri 2.

Secebis kenangan di petang Ahad 15/08/10.
Lokasi : Di Teratak Ayahanda Bonda.

Petang ni petang terakhir kami berkumpul berbuka puasa beramai-ramai.... selepas  berbuka petang ni kami semua akan pulang semula ke perkarangan masing-masing.Setiap kami akan menghala ke destinasi yang berbeza.

Petang ni Abah tak masak tapi adik-beradik aku yang lain bergotong royong menyediakan juadah berbuka kami sekeluarga.

Hari ni kami masak lemak cili api burung puyuh, ikan air tawar(lupalah nama ikan tu) campur belimbing buluh, ikan sembilang goreng berlada , sambal tempoyak masak ,sayur kailan goreng ikan masin, cencaluk dan ulam-ulamannya jeruk petai dan kacang botol. Kuihnya pula roti jala dan kuah kari serta air kelapa muda.



Inilah juadah berbuka puasa kami petang ini hasil gotong royong kami adik beradik.


Sebelum dan Selepas makan



Malam ni giliran si pengantin baru ni pulak basuh pinggan.

                                                 
Beg-beg baju yg dah siap di kemas serta bekalan untuk kami bersahur yg dah siap di bungkuskan oleh Emak.


Bersiap sedia untuk pulang ke perkarangan masing-masing.


Pak cu dan Mak cu yang teramat spoting dengan anak-anak buah nya!!

Sebelum balik sempat lagi mengurut kaki.






Sesi bersalam-salaman sebelum pulang.


My prince buat Flying Kiss teristimewa buat wan dan Atuknya.

Selamat Jalan.........Doa bonda mengiringi kami semua dalam perjalanan pulang .

Selesai sudah sesi berbuka puasa selama 2 hari berturut-turut keluarga besar Hj Aris. Kami 7 beradik akan berkumpul lagi seperti ini pada raya ke 3 atau ke 4 nanti....INSYAALLAH !!

kami berpecah haluan menghala ke destinasi masing-masing....aku sendiri pulang ke Seremban dan adik-adik aku yg lain menghala ke Selangor, P.Dickson , Sg Rotan dan yg paling jauh ke Arau Perlis.

Sekian , laporan dari bilik berita Senawang.....KUANG 3x!!


CN : Terkenang kembali zaman kanak2 dan remaja dulu sering berbuka bersama-sama seperti ini setiap hari.


SALAM UKHWAH:

Segmen khas untuk MAT GEBU dan BEN ASHAARI

MAT GEBU TERJAH BLOG AKU !!

Terkedu aku sekejap.....bila tengok  ENTRY terbaru aku semalam ada orang meninggalkan komen.

Tak lain tak bukan ialah blogger otai Malaysia yang cukup "femes" dgn blog masakannya iaitu MAT GEBU. Satu penghargaan yang sangat besar buat blogger baru yg merangkak macam aku ni bila "Sifu Blogger" datang terjah rumah kecil aku ni. Jangan kau orang tak tahu aku selalu intai-intai blog DAPUR TANPA SEMPADAN dia tu...dah bertahun-tahun dah malah dalam senyap dia antara salah seorang IDOLA aku untuk berblog.

Tengok blog dia aje dah kecur air liur dengan hasil masakan air tangannya sendiri...kalau tak percaya boleh masuk SINI...gambar-gambar masakannya pun mengancam tak heranlah kalau tiap-tiap hari aku melekat kat dapur dia ...ahaks!!


 OH BEN ASHAARI !!

Tak berkelip mata aku bila blog R.K.T.S terselit diantara puluhan blog list pilihan BEN ASHAARI ni setelah dia buat rombakan kabinetnya semalam!!

Dia ni pun salah seorang blogger terkenal seantero Malaysia.....kelebihannya suka membantu blogger lama atau baru.
Sentiasa ada idea baru dan segar untuk blognya dan selalu dapat rating tertinggi...tak heranlah kalau ramai blogger-blogger Malaysia suka dengan blog BENASHAARI ni!

Sebenarnya masa aku buat entry BLOG LIST BENASHAARI semalam dah tinggal sejam lagi nak berbuka dan aku cuma tulis seringkas yg mungkin entry tu dalam keadaan tergesa-gesa....mak aku dah membebel kat dapur bila tengok aku masih lagi mengadap laptop....ingatkan tak terpilih...bila aku balik dari kampung malam tadi buka laptop aku terus masuk blog dan terselit nama blog aku diantara puluhan BLOG LIST bloger-bloger yang lain.

Tak sangka usaha tergesa-gesa aku tu mendapat perhatian Ben Ashaari.

Terima kasih Ben Ashaari....jasamu ku kenang!!


CN : Bukan senang nak tarik perhatian orang-orang glamour macam mereka tu!

SALAM UKHWAH:

Sunday, August 15, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI
Ben Ashaari blogger popular Malaysia tengah buat rombakan kabinetnya....sekadar mencuba nasib...dulu pernah tersenarai dalam blog listnya tapi kini ingin cuba sekali lagi jika rezeki menyebelahi aku.

Untuk kali ini aku ingin di kategorikan dalam list PERIBADI.

Untuk maklumat lanjut leh masuk sini >>BENASHARI




SALAM UKHWAH:

Sesi berbuka puasa siri 1.

Secebis kenangan di petang sabtu 14/8/10..
Lokasi: Teratak Ayahanda bonda.

Hari ini aku dan adik-beradikku yg lain berbuka puasa beramai-ramai di teratak Ayahanda bonda.....semata-mata kerana adik bongsu kami yg belajar di Arau pulang untuk berbuka bersama kami.

Sanggup dia pulang cuma untuk 2 hari je ke N.sembilan....dan kakak-kakak serta abang-abang yang penyayang ini pula sanggup mengorbankan cuti masing-masing semata-mata ingin memenuhi hajat di hatinya.


Bukan senang kami nak  berkumpul ramai-ramai macam ni seperti dulu ,setelah masing-masing ada komitmen dan keluarga sendiri...sekurangnya terpancar kepuasan di wajah Ayahanda bonda melihat anak-anaknya berkumpul berbuka puasa beramai-ramai seperti dulu-dulu walaupun sekali-sekala.



                           
                         

Sebahagian dari juadah yg sempat di ambil gambarnya sebelum selesai di serbu....Abah masak nasi minyak lagi.

 Cantik Terhidang.



Dah kena serbu dah!!!

Puas hati Abah melihat semua anak,menantu dan cucu-cucunya berkumpul berbuka beramai-ramai.
Dasyatnyaaaaa.......kamu puasa ke ni????


Muka-muka keriangan lepas kekenyangan.


 
Sapra yg dah terang benderang!!!!

Cik kak ni dah sain kontrak untuk basuh pinggan mangkuk yang bertimbun-timbun.


Bila dah ramai macam-macam perangainya.


Si pembuli sedang tengok atuknya makan ubat.


Mangsa si pembuli & adegannya di selamatkan dari kena buli.....lantaklah kau berdua !!!


Tecnichian sedang mengurut kaki jururawat.....tersalah bidang ni dik !!

Okeeeey....sekian untuk hari ini....esok kita tengok apa pula juadah berbuka keluarga besar Hj Aris pada petang ni pulak.

C N: Jenuh aku jadi photographer tak bergaji ni !!

SALAM UKHWAH:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails