Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, August 12, 2010

Juadah berbuka hari pertamaku.

Maaf....Entry terlewat lagi...ini kes malas nak edit  "cop mohor" kat gambar-gambar aku tu. Lagipun hari pertama puasa dah buat aku kepenatan bila terpaksa berkejar-kejar mengejar masa untuk memasak.

Semalam lepas office terus ambil My Princes kat Nursery pas tu tunggu pulak Mr prince balik sekolah pukul 5.30 ptg , dah hampir pukul enam baru sampai rumah terus masak nasi ,mandi ,sembahyang.....pastu  masuk dapur balik dan bermulalah perjuangan aku di dapur comel aku tu. Dalam masa singkat itu sempat jugaklah aku sediakan 3 jenis juadah berbuka untuk keluarga kecil aku ni.


Jejari ketam goreng

Ikan Bawal Masak Masam Manis


Tomyam Sayur

Ini semua yang aku masak sendiri....jejari ketam goreng, tomyam sayur dan ikan bawal masak masam manis.My  hubby balik kerja belikan air anggur (ini atas permintaan anak2 ) dan roti john di bazar ramadan kat taman aku tu je.

Bila tiba waktu berbuka meja makan aku dah jadi seperti ini....


Seronok tengok anak-anak aku bersemangat berpuasa tahun ni terutama My prince...waktu berbuka lagilah dia bersemangat!

Lepas berbuka aku tersangatlah letih, malam tadi tidur awal....dek penat sangat sampai terlewat bangun sahur...sedar sedar tinggal lagi 15 minit habis sahur...aku cepat cepat kejutkan anak dan My Hubby...kami makan dah macam ular telan ayam tak sempat nak kunyah hancur-hancur pun nasi tu. Nasib baik le tak ada yg tercekik pagi-pagi buta tu!!


CN : Tak sempat minum kopi "super power" pagi ni...dah rasa macam tak power dah..!!!


SALAM UKHWAH:

1 comment:

alinac lover said...

isk2..terliur nyaaaaaaaaaa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails