Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, April 30, 2011

Terkilan DAN Terlupa....

Aku dah bercadang nak bertandang kerumah adik aku di Sri kembangan hari ni sejak awal minggu lalu lagi.... kononnya nak bawa mak abah sekali lah pergi tapi last minit tak jadi pulak.

Inilah dia kalau di rancang awal-awal mesti tak jadi kalau tak takkan orang kata " kita merancang tuhan yg menentukan ".
Hubby pada mulanya bagi lampu hijau untuk aku kesana dan dia pun ada agenda lain lak dengan kawan-kawannya tapi tak jadi.... so bila dia batalkan rancangan dia aku terpaksalah pulak membatalkan rancangan aku.... sudahnya kami sama -sama balik kampung.... tapi aku kesian jugak dengan adik aku kat Sri Kembangan tu pasal aku tak jadi kerumahnya.

Tulah kan kalau orang lelaki nak kemana-mana senang jeeee tapi kalau kita yg perempuan ni kena fikir macam2 sebelum kemana-mana sudahnya tak payah pergi......haiii apa nak buatkan !!!

Tadi sebelum balik kampumg aku singgah ke COSWAY beli barang keperluan aku sikit..... sebenarnya nak beli banyak tapi hubby tak suka tunggu lama-lama sudahnya aku beli 2 botol perfume designer dan satu browperfect compact cukup-cukup untuk aku dapatkan satu kupon je...... untuk lain-lain barang aku akan beli lain kali lebih senang pergi sendiri tak ada sapa nak bising tunggu lama-lama sangat.

Tapi ada untungnya jugak aku beli 3 barang kecik ni je pasal aku terlupa hari ni hari tanpa beg plastik.
Aku ingatkan kat pasaraya giant aje yg tak bagi beg plastik hari sabtu ni rupanya COSWAY yg ada kat dalam giant tu pun ikut jugak tanpa beg plastik.
Kalau aku beli banyak2 tadi maunya aku kena kendong dengan tangan barang-barang tu semua tadi.


CN : Ni yg aku boring kalau cuti lama-lama ni !!


SALAM UKHWAH

Friday, April 29, 2011

10 laluan yg bakal di lalui manusia dari dunia sampai ke akhirat.

 Salam Jumaat hari penghulu hari.... !!!

 LALUAN MENUJU KE KUBUR

*Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha’ hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

 LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL

*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta’ala


LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR

* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri


LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM

* Kasihanilah aulia Allah Ta’ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA

* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH

*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i’tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya.”

SUMBER Aku kutip dari  SINI


SALAM UKHWAH

Wednesday, April 27, 2011

Bestnyaaaaaa kalau dapat buat macam ni......


Pagi tadi hujan lebat sangat kat seremban ni.... sampaikan aku jadi malas nak bangun.... setan tu pulak duk berbisik jeee kat telinga tak bagi bangun solat subuh.... lagi kuat hujan lagi sedap aku tidur lagi kuat lak bisikan setan tu.

Tapi kena gak kuatkan iman..... tolak selimut ketepi bangun mandi solat... kalau aku terus tidur kang dengan aku sekali tak pergi kerja dan anak-anak aku pun tak ke sekolah .

Alangkah seronoknya kalau hari ini weekend kan..... leh sambung tidur balik sampai hujan berenti pastu dalam suasana yang dingin dan sejuk tu leh le blogwalking je kat rumah kawan2 blog baca aktiviti personal dorang... masuk lak dapur dorang tengok menu terkini ..... pastu jelajah rumah-rumah gaya henglish yg menawan kalbu tu dan cuci mata lak dengan pokok bunga dan sayur kat kebun dorang..... ohhh mengasyikkan !!!!

Tadi aku jalan-jalan kat satu blog  NI  dan tertengok gambar - gambar kat bawah ni ...... impian aku sejak dari dulu tapi tak terlaksana pun pasal hubby aku takkan suka punya kalau setakat duduk kat rumah teres aku ni sekarang.....








Aku suka sangat kalau dapat tanam pokok kat atas tanah macam dalam gambar tu..... tak yahlah bercucuk tanam dalam pasu macam sekarang ni.... tapi kalau dah buat macam ni mana lak nak parking kereta ?

Kalau aku tak kisah pun parking keta kancil aku tu kat luar tapi hubby tak akan mau punya letak keta dia kat luar... dia cerewet sikit bab-bab keta ni...... sekarang ni  dua  keta pun dah penuh garaj tu nampak gayanya telan air liur je lah tengok gambar macam ni.

Kalau ada rezeki dapat beli lagi satu umah yg ada tanah berlebih kat tepi kan bagussssss ..... semoga impian aku termakbul satu hari nanti..... Aminnnn !!!!


CN :  Berangan mat jenin jelah aku ni....


SALAM UKHWAH

Tuesday, April 26, 2011

Corak pemakanan sihat sebaiknya bermula dari rumah sendiri !!


Sumber : Berita Harian

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,”

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer ~ Di petik dr Berita Harian.


Aku patut bagi mak aku tengok senarai makanan di atas terutama bab kopi tu.
Sebab aku memang melarang keras anak aku meminum kopi tapi sering mendapat bantahan dari mak aku.
Yaaa..... mak aku terlupa dia adalah pengidap tegar kencing manis sehinggakan terpaksa di suntik setiap hari dan makan ubat darah tinggi.
Mak aku tahu penyakit itu akan menjadi penyakit keturunan kepada anak cucunya tapi dia terlupa amalan mencegah itu lebih baik dari merawat.

Mak aku mungkin tak tahu  amalan pemakanan kanak-kanak sekarang jauh berbeza dari cara anak-anaknya 20 tahun yang lalu.
Dulu-dulu di kantin sekolah aku mana ada jual burger,jeruk ataupun jajan2 .
Yang ada cuma makanan berat mee goreng, nasi lemak. roti dan air sirap serta kuih muih sahaja.
Kat luar pagar sekolah cuma apek tua jual aiskrim itu pun aiskrim malaysia yg 10 sen sebatang tu je yg laku..... maklumlah sekolah kampung mana ada budak yg berbelanja 5 hinggit sehari macam sekarang ni !!

Tapi hari ini anak aku bersekolah di bandar.... walaupun bukan macam kolumpo tapi senarai makanan di kantin sekolah  leh buat mata aku terjenggil keluar.
Betapa mewahnya budak-budak sekarang makan di kantin sekolah.
Kat luar pagar sekolah dah berderet2 dah gerai2 makanan termasuklah jajan2 tergantung melambai2 panggil anak2 ko suruh belinya.

Tapikan mereka semua berniaga untuk mencari rezeki yg halal.
Kita sebagai ibubapa yg kena ajar dan melatih anak sendiri tentang corak pemakanan yg sihat bermula dari rumah sendiri !!!

Sejak dari kecil aku cukup pantang bagi anak minum air bikarbonat kerana ia kaya dengan gula dan tak baik untuk tulang.
Aiskrim , coklat dan gula2 adalah makanan berjadual sebab tu dulu gigi susu anak aku tak pernah rosak malah tersusun putih dan cantik.

Kopi sama sekali tak boleh di minum sebab ia mengandungi kafein yg tinggi dan lebih baik di beri minum susu.... bukankah susu minuman terbaik untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak2 ?
Ikan segar dan   sayur adalah menu wajib setiap hari yg aku masak sendiri di rumah.. WAJIB makan walaupun sedikit dan tak ada alasan kata tak suka.



KFC, Mc donald dan Pizza hut adalah makanan pilihan setiap bulan yg hanya boleh makan sebulan sekali sahaja bukan hari2 atau tiap2 minggu.



Setiap petang tak boleh duduk dalam rumah kena keluar berbasikal atau bermain dengan kawan2 dan aktiviti sukan di sekolah adalah acara wajib yg anak aku kena ikut .

Setakat hari ini BMI anak aku di tahap yg stabil mengikut ketinggian dan umur mereka......underweight tidak overweight pun bukan.

Ada jugak yg bertanya soalan cepuk emas kat aku " depan u anak u tak makanlah sebab takut kena marah tapi kat sekolah mesti dia makan jugakkan pasal u tak nampak & tak tahu "
Ya betul tu.... budak-budak akan makan jugak bila tengok kawan-kawan makan  tapiiiii kekerapan itu boleh diatasi bila dia tahu kenapa itu boleh dan itu tak boleh.

Apalagi aku cuma beri duit belanja secukupnya mengikut harga makanan yang wajib di beli sahaja di kantin sekolah dan tak pernah beri wang yang lebih dari sepatutnya.
Sebab apa..... sebab aku tak mahu anak2 aku bershopping pulak sesuka hati di luar kawasan sekolah bila ada banyak wang yg berbaki.

Setiap hari juga aku akan tanya apa dia beli dgn wang belanjanya dan mereka  kena tinggalkan sedikit wang untuk di simpan dalam tabung....  yg ni memang aku check tiap2 hari !!

Kenapa aku buat macam ni sejak dari mereka belum sekolah lagi?
Senang jeee sebab melentur buluh tu biarlah dari rebung nyaaa...!!

kalau diorang beli gak walaupun aku tak nampak?
Terjadi apa2 bukan salah aku lagi sebab aku dah ajar dan nasihatkan apa yg baik dan tak baik untuk badan mereka.... Alhamdulillah setakat ni anak2 aku tak ada masalah kesihatan serius atau pun obesiti macam sesetengah rakan-rakan sebaya mereka.

Aku serimg beritahu anak2 aku bahawa mereka mempunyai background kesihatan yg kurang baik di sebelah ibubapa aku dan juga Hubby.

Mak aku adalah pesakit darah tinggi dan kencing manis tegar sejak bertahun2 dan kini terpaksa mengunakan jarum suntikan untuk penyakit kencing manisnya selain dia juga obesiti.
Abah aku adalah pesakit darah tinggi dan gout.
Arwah bapa mertua aku dulu adalah pernah ada sejarah sakit jantung dan kanser ( sehingga menemui ajalnya ).
Mak mertua aku adalah bekas pesakit kanser payudara dan masih menjalani rawatan pakar.

Apa yang aku buat ini kerana aku tak mahu anak-anak aku mendapat pakej lengkap tu seawal dari yang sepatutnya walaupun kebarangkaliannya adalah tinggi.

Pasal itu aku mengamalkan kawalan pemakanan bermula dari rumah sejak mereka kecil lagi.
Seboleh-bolehnya aku tak mahu langsung permata hati aku mengikut jejak penyakit datuk2 dan nenek2 mereka.
Kerana OBESITI itu adalah permulaan untuk semua jenis penyakit !!!



CN : Aku usahakan yang terbaik selebih bertawakal......


SALAM UKHWAH

Monday, April 25, 2011

Kembali ke tebiat lama......



Sejak akhir-akhirnya macam tak de idea nak tulis apa kat sini.... bila dah jadi macam tu mulalah aku jadi malas TAPI rajin pulak blogjogging.

Sejak dua tiga hari ni aku lebih suka pulak bersidai kat blog-blog kreatif pasal hiasan dalaman dan taman..... ni tebiat lama ku dulu ni waktu aku belum ada blog lagi..... 5 ke 6 tahun yang lepas kalau aku online blog pertama yg aku kejar ialah pasal  masakan pastu aku singgah lak ke blog hiasan dalaman terutama yg meniru gaya kedesaan henglish tu pastu melekat lak kat taman-taman bunga dan kebun sayur orang.

Blog-blog personal ni memang jarang aku singgah dulu tapikan sekarang ni bila aku berblog ataupun dah punya blog sendiri boleh lak terjebak ke blog personalllllll..... tu yang hairan binti pelik tu..... lain yg aku suka lain pulak yg aku buat.

Tapi tebiat aku dari dulu sampai sekarang suka membaca dan tengok rumah orang yg cantik -cantik... sambil-sambil tu leh bagi idea untuk aku touch-up kan umah aku sekali.... kata orang kan " sambil menyelam tu kita minumlah air sekali...."

Okey nak sambung  tebiat lama aku balik bersidai kat umah-umah cantik tu !!


CN : Dari dulu sampai sekarang tak berjaya bodek hubby tukar perabot dan pagar rumah ke cat putih...huhuhu!!!!


SALAM UKHWAH

Friday, April 22, 2011

Mengapa perlu membaca AL-QURAN walaupun tidak memahaminya.

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!


Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Selamat Beramal. "Anda buat, anda dapat"


SUMBER : Copy paste from FB


SALAM UKHWAH

Ayam Paprik.




Balik kerja tadi teringat lak nak masak ayam paprik... dah lama dah tak masak menu ni.... terus bukak esbok dan tengok ayam masih ada lagi tapi sayur cuma carrot dengan kacang panjang je.... nak keluar balik dah malas dah jadi aku masukkan apa yang ada ni aje..... janji ada rasa papriknya..... sooo apalagi lepas penat kerja kat ofis besar sambung lak kerja kat ofis kecik aku ni..... siap sedia untuk masak makan malam ni pulak.

Bahan-bahannya:

300gm daging ayam di potong kecil.
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
* 5 biji cili api
* 2 ulas bawang putih
*1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar di hiris
sayur : carrot, kacang panjang, cauliflower, babycorn.
garam.

* di tumbuk.



Cara-caranya:

1.Tumis cili,bawang putih dan serai yg telah di tumbuk tadi hingga wangi dan perang.
2. Masukkan ayam dan masakkan sekejap sebelum di letak sos tiram dan sos cili.
3. Masukkan pula sayur dan tunggu hingga sayur lembut.
4. Jika nak berkuah letak sedikit air dan garam .
5. Rasa jika ok tutup api dan siap untuk di hidangkan.


 

Thursday, April 21, 2011

Hujan salah tak hujan pun salah.....


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud


Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakan.

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaaan Allah) bagi kamu yang memikir.~ (An-Nahl:10-11)


Seorang sahabat di ofis aku ni berbangsa cina sering sangat mengeluh bila dengar guruh berbunyi di langit.
Lebih-lebihlah lagi kalau waktu tu dah hampir sangat pukul 5 petang.
Bila hujan turun lagilah dia memaki hamun.
Setiap kali berlaku kejadian yang sama mulutnya tak habih-habih menyumpah... mencaci.
Aku yang mendengar pun sakit taik telinga ni.
Andainya sahabat itu tahu untuk memahami maksud ayat di atas pasti dia akan menyesal.

Andainya sebulan hujan tak di turunkan apa yg akan berlaku nanti?
Sudah tentu  muka bumi ini akan kering kontang, pokok2 mati, air sungai pun kering.
Bolehkah kita sebagai manusia bertahan untuk hidup dalam kemarau sepanjang tahun?

Itulah nikmatnya hujan.
Jangan di kesali dengan kehadirannya bersyukur sahaja dengan nikmat yang di beri.
Mungkin esok lusa kita tak dapat lagi mendengar bunyi hujan yang lebat itu lagi.
Mungkin esok lusa tiada lagi kedengaran bunyi kilat dan guruh.

Setelah tiba masanya  kita di panggil menemui pencipta kita ......
Semoga sahabat itu mendapat hidayahNYA satu hari nanti !!

CN : Aku suka hujan..... tak caya baca  SINI !!!

SALAM UKHWAH


Wednesday, April 20, 2011

Award dari Mak long ~ maaf lewat gantung kat sini !!



Here are rules to abide accepting this award :

1. Post linking back to the person that gave you the award
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it


Aku dapat award ni minggu lepas.
Di sebabkan kesihatan tak sihat di tambah mood yg tak baik nak duduk depan lappy lama-lama jadi ia agak lewat tergantung di sini.

Maaflah ya Mak long bukan tak sudi tapi seribu kali sudi dan suka sangat.
Cuma kena ambil sikit mood baik nak buat entry dan jawab setiap soalannya.
Rasanya dah ramai juga yang dapat award ni... Tahniahlah pada semua yaa !!

Bila dapat Award kenalah buat kerja yang di suruh kalau tak tak pas le  lesen besau.... haa giliran aku lak menjawab yaaa !!

1) Post linking back to the person that gave you the reward..
 Award ni di beri oleh  MAK LONG dari blog  DARI DAPUR MAK LONG  ni.

 Terima kasihlah bebanyak mak long yaa !!

2)Share 7 random things about yourself.

@Wanita bekerjaya... siang sibuk kat ofis malam sibuk lak kat rumah..... mempunyai seorang suami dan sepasang anak yang sedang membesar dan anak sulung dari 7 adik beradik.

@ Berasal dari Jelebu tetapi dah hampir 15 tahun menetap di Senawang , mungkin duk terus di sini kot sebab dah ada rumah sendiri.

@ Suka belajar sesuatu yg baru terutama dalam IT dan lebih suka buat sesuatu dengan sendiri dalam apa sahaja urusan tak gemar menyusahkan orang atau sesiapa sahaja selagi aku boleh lakukannya sendiri.

@ Hari cuti suka lepak-lepak kat rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga tak pun aku lari balik kg jumpa mak, abah dan adik beradik yg lain... tak suka melanguk kat rumah orang walaupun jiran sebelah rumah .

@ Tak suka bershopping sebab aku bukan seorang pemboros tapi sangat berjimat cermat dalam segala hal dan sukaaaaa sangat pergi melancung....Suka habiskan masa lapang dengan membaca , blogwalking, berkebun dan mencuba resepi yg ringkas.

@ Seorang Ummi yang sangat tegas terutama dalam bab belajar , mengaji dan disiplin.... kalau aku kata tak boleh anak2 tak boleh buat... kalau aku kata mesti buat suka tak suka dyorang  kena gak buat .

@ Suka berkawan dengan sesiapa sahaja tak kiralah apa bangsa tua atau muda asalkan org tu ikhlas berkawan dan bukan jenis suka tikam kawan dari belakang ataupun hidup bermuka-muka.


3) Award 15 recently and tell them about it

1) En Suami --->http://enciksuami.blogspot.com/
2) Syifa ---> http://wannurulsyafawati.blogspot.com/
3) Citarasa rinduan ----> http://ruhayurazali.blogspot.com/
4) Kella ----> http://kellazule.blogspot.com/
5) Dyilla--->http://dillady-adylla.blogspot.com/
6) Apa Kata Hati (Nabila ) -----> http://www.zafiranabilah.com/
7) Izyanty -----> http://izyanty.blogspot.com/
8) Ticer Wan---->http://soidahsofi.blogspot.com/
9) Ayesha Ramlee---> http://ayesharamlee.blogspot.com/
10) Alinac Lover ( Yong ) -----> http://www.alinaclover.com//
11) En sani ------> http://hairussani.blogspot.com/
12) Ariana's -----> http://arianasstorys.blogspot.com/
13) Mommy fara -----> http://mommyfara.blogspot.com/
14) Dayang Deno ----> http://dayangdeno.blogspot.com/
15) Azierah ----->  http://akudiakamu.blogspot.com/


CN :  Siap dah silalah ambil kepada yg berkenaan yaaa... !!

SALAM UKHWAH:

Monday, April 18, 2011

Puas nak ngabihkan nih.... !!


Kussss semangat !!!
Apa aku nak buat dengan jering dan petai banyak2 ni.
Ulam-ulaman ni kawan HUBBY yang bagi.
Tak kesian pulak pemurahnya dyorang ni bagi aku banyak-banyak macam ni.

Bagi yang berkeluarga besar mungkin tak heran sangat dengan jering & petai banyak macam ni kan !
Tapi kluarga aku ni kocik jo haa !!
Lagilah pulak prince dan princess pun tak makan benda-benda ni.

Yang aku lak suka  makan ulam petai hubby lak suka ulam jering.
Tapi nak menghabiskan berdua je parah gak ni.
Yang petai tu aku dah terbayangkan sambal tumis udang atau sotong campur petai.
Pastu banyak gilah idea masakan aku kalau dengan petai ni.
Yang jering tu dalam otak aku ni nampak nak buat gulai je tapi hubby lak tak makan.

Sudahnya nanti terpaksalah jugak aku kirim lik kg kasi mak & abah aku makan je...... ini kegemaran mereka ni....... wat masak lomak cili api pun sodap !!


CN : Tak de lak org yang nak bagi aku buah doyan banyak-banyak !!


SALAM UKHWAH

Saturday, April 16, 2011

Dah sihat kita jogging lagi.....


Alhamdulillah.... terima kasih kepada semua yg mendoakan kesihatan aku dalam komen di entry  INI.
Kepada sesiapa yg mendoakan dalam komen tu aku ucap terima kasih.
SAYANGGGGG kalian semua... muaaaaaahhh !!!

Hari ni semua dah okey dah dari kepala ke tekak sampailah ke badan semuanya dah sihat walafiat.

Tapikan kalau kita sakit kena gak buat2 sihat... yelah nak kena uruskan rumah tak ada tangga ni di sertakan memasak untuk keluarga kecik aku ni.

Sebagai ibu dan isteri kita  kena jadi sihat walaupun sakit kalau kita terus buat sakit alamatnya semua tak jadi..... tulah pasal pesakit kanser kena jadi kuat untuk sihat supaya dapat lawan penyakit tu tak boleh mengalah.... tapi semua bergantung pada nasib dan ketentuan tuhan.

Okkk.... sempena itu pagi tadi aku tunaikan permintaan prince dan princess untuk berjogging di Lake Garden,Seremban.


Tapi cuaca pagi ni agak mendung tu yg seronok nak jogging tu.... orang pun tak berapa ramai atau aku datang pagi nau keeee ???



Potato wedges, mayonis dan sos cili.

Lepas jogging kami makan ni.
Haa.. crispy potato wedges ni PRINCESS aku yg buat bukannnn akuuu !!
Okeylah rasanya..... cuma warna kentang tu agak gelap sikit.
Tak pelah kak.. lenkali leh buat lagi lebih cantik dan sedap dari ni.
Apalah ada pada rupakan kalau dah ada rasanya ... bukan nak bagi mata tengok tapi nak bagi tekak makan !!


 


Tengok berselera makan !!
Tongah laparlah katakan.... mana tak laparnya pukul 9 pagi baru sarapan.
Makan pulak lepas berlari di tengah-tengah taman yang menghijau cuaca lak mendung jee.


 

Licin koooo....


 


Tengok group ni pun macam aku jugak.
Pas jogging duk sarapan kat cini siap online lagi.
Aku tak tahu lak kat sini free wi-fi... lenkali datang sini leh le bawak lappy sekali.

Leh update blog dan blogwalking lepas joging.
Maunya sampai petang aku duk sini kalau cuaca mendung je cam ni.

Kul 11 pagi baru sampai kat rumah.. elok je keta aku masuk garaj hujan pun turun... sib baik cepat kalau tak bermandi hujan lah aku anak beranak kat Lake Garden tu... pastu 3 beranak sekali demam... haa tu baru namanya sehati dan sejiwa... kui kui kui !!!!!


CN :  Resepi crispy potato wedges tu leh selak kat  MENU ARIZAH ARIS.


SALAM UKHWAH

Tuesday, April 12, 2011

DEMAM....




Maaf ... dah beberapa hari tak bersiaran di sini.
Semalam aku MC... demam + sakit badan + sakit kerongkong.
Hari ni dah kerja balik tapi masih pening-pening lalat.
Mungkin gak sebab malam tadi aku tak cukup tidur.

Hari ni masih lagi ada saki baki demam tu walaupun tak seteruk semalam.
Nak berblog pun macam tak ada mood walaupun semalam seharian kat rumah.
Aku lebih selesa berbaring-berbaring atas katil dari duk lepak2 depan lappy.

Maaf juga jika ada yang terasa hati bila aku tak buat kunjungan balas pada kalian yg telah  singgah dan beri komen di sini.
Aku akan cuna menjenguk kalian yg sudi singgah ke sini bila badan dan kepala terasa ringan nanti.


CN : Bila sakit kerongkong apa yg di makan tak terasa pun sedapnya....



SALAM UKHWAH

Friday, April 8, 2011

Kenapa ALLAH hilangkan lidah ikan ?

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!




Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat Nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia ini. Maka di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.''


Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.''Bila ditanya apakah hikmah,Baginda menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,''

Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?''

Sabda Rasulullah SAW, ''setelah Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.

Oleh Kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi.Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.

Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,'' Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga daratan,''

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s.

Oleh kerna Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Sebagai ikhtibarnya janganlah hidup suka bermuka-muka di dunia ini.... Wallahua'lam .
 
kredit untuk blogger  GOLDEN ROSE 
 
 
 
SALAM UKHWAH
 

Thursday, April 7, 2011

Alahaiiii.....tak leh ke parking betul-betul keta tuuuuu...!!!


Aku cukup hangin satu badan betul kalau tengok orang parking keta senget-senget ni.
Kotak parking tu dah elokkkk2 cantik 4 persegi.... apa pasal pulak boleh menyenget-yenget parking ?

Tak boleh ke ko parking keta tu elok2... cantik2...hensem dan ayu macm muka ko tu?
Di sebabkan sejibik keta ko yang tak berapa lawa tu parking senget menyebabkan keta lain tak boleh masuk parking kat kotak sebelah lagi.

Boleh pulak ko letak menyenget keta ko dalam kotak 4 persegi tu...apa ke heyyyy !!!
lori 5 tan pun leh masuk elok2 dalam kotak tu inikan pulak  protonnnnnn.

Agaknya pemandu keta ni dulu ada masalah bab parking  waktu test JPJ dulu... tak pun dah gagal 5 kali pun tak lepas gak parking test.

Kang aku nak tanya pak guard sape punya keta  NCB dot dot dot dot  ni !!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Pinjam gambar pak cik gugell

MACAM NI PUNYA PARKING SAPO TAK GORAMMMM ???



CN : Rasa macam nak ajar je tuan empunya keta tu cara2 parking yg perfect !!



SALAM UKHWAH

Wednesday, April 6, 2011

Keja yg punya senang macam ni pun aku tak tau buat !!


Aku baru dapat cek dari insuran 2 hari lepas.
Tapi aku tak terus cashkan pasal kena tunjuk dulu kat hubby.
Sok sok di tanyanya  lak dah dapat ke belum cek dari AIA .... mengagau lak aku nak menjawab .
Walaupun cek tu memang atas nama aku pasal PA aku yg bayar tetiap bulan tapi  yg accident hari tu dia jadi dah tentulah dia nak tau gak kan.

Dah lah hubby aku ni jenis yg tak percayakan insuran..... kang aku senyap2 je macam-macam lak cakap dia pasal insuran tu.
Jadi malam tadi aku dah tunjukkan kat dia dan pagi tadi aku pergi May bank untuk bank in kan ke dalam akaun aku.

Kiranya cepat gaklah aku dapat claim dari insuran tu .... cuma 2 minggu cek dah ada dalam tangan aku.
Macam ni punya servislah yg paling aku suka ni... aku bayar on time tetiap bulan bila time claim pun dah tentulah nak cepat gak kan !!


Aku ni bab nak bank in kan cek ni yang aku banggang sikit nih !!
Memang aku tak suka betul wat kerja ni... itu pun berkira-kira gak aku tadi nak keluar sekejap ke bank ke ataupun waktu balik nanti baru pergi.

Kang aku pergi waktu balik kang bank dah tutup kat sapa lak aku nak tanya kalau tak paham.
last-last aku keluar gak kejap tadi ... senangkan kalau tak paham leh tanya je kat kaunter tu.
Maklumlah aku bukan selalu pun pegang2 cek ni .
kang tersalah buat....  cek entah kemana duit aku lak melayang ke lain.

Alih-alih aku sampai dyorang suruh masukkan je dalam deposit machine cek tu .
tekan-tekan picit-picit dah siap dah.
humang ai sonang ea lak !!
kalau den tahu macam ni punyo sonang potang kang pun den leh poie tak pun malam tadi jo den dah depositkan cek tu !!

Lepas je wat benda alah tu aku terus check akaun saving aku lak.
Terjenggil lak mata aku tengok saving aku bertambah... takkan baru 5 minit aku deposit cek tu dah masuk dalam akaun sedangkan  kena tunggu 3 hari pasal cek tu bukan atas nama M.bank ??

Masuk dalam keta aku mula buat kira-kira.
Ooo... duit EPF aku dah masuk dahhhh... kira cepatlah jugak  tak sampai seminggu duit dah masuk dah !!
Tak tahulah sejak bila dah ada dalam saving akaun aku tu .. ... kalau aku tak check tadi aku pun tak tahu ada wit lebih dalam tu.

Berbaloi-baloilah penat lelah aku hampir seharian minggu lepas dah berbalas tak sampai seminggu wit dah masuk dah-----> baca entry di SINI


CN : Seronok lak kalau selalu macam ni.... errr En Nuffnang bila lak nak bagi aku cek ni ???


SALAM UKHWAH

Tuesday, April 5, 2011

Jamuan makan nasi ayam versi bakar.


Dah beberapa hari tak update blog ni.
Bukan pasal malas tapi kengkangan masa yang sempit dgn keja ofis yg menimbun-nimbun.
Awal bulan lah katakannnn !!!

Okeyyy....  ini cerita hari sabtu yang lepas.
kononnya malaslah nak balik kg pasal pagi minggu PRINCE  ada kelas taekwando.
Malaslah aku nak bergegas pagi-pagi dari kg nak balik lik ke senawang.

Tapi petang sabtu tu mak aku telefon lak suruh balik pasal adik aku yang baru kahwin tahun lepas tu nak buat jamuan sikit sempena hari lahir suami kesayangan dia tu.... dia masakkan kami nasi ayam versi panggang dari air tangannya sendiri.


Ini lah dia cheff nasi ayam kami petang sabtu hari tu.
Dia sorang masak dan buat preparation bagai..... kami cuma tolong makan jeeee !!!



Ayam ni dia buat versi bakar tak goreng macam yang biasa aku dan abah aku buat.



Set nasi ayam dan geng-gengnya... aku dah tak keruan dah nak ambik gambar ni pasal air liur dah meleleh-leleh dah.... aku memang pantang jumpa ayam panggang ni !!
Di tambah pulak dengan sambal kicap pedas..perrrrhhhhh !!!



Dah tiba time makan.
Ni semuanya ada ni kecuali family adik perempuan aku yg duk kat sri kembangan tu je yg tak do.
Eh..eh.. adik aku yg kat Arau tu pun adalah...... macam dekattttt  je Arau  ke N.sembilan leh ko balik selalu ya !!

Sebenarnya kat Perlis sekarang ni banjir jadi adik aku dapat perlepasan untuk balik ke sini... tapi masa N3 ni di tulis adik aku tu dah ada kat UiTM Arau dahhhh !!



Haa... tu diaaaa... b'day boy si baju kuning tu.
Yang ke berapa ya.... ke 18 tahun keeeeee ????
Inilah dia kasihnya seorang isteri sanggup tak tidur hampir 24 jam ( adik aku keja shift malam di spital ) semata-mata nak bagi suami makan hasil air tangannya sendiri sempena hari lahir suami tersayang.
En suami leh ke wat macam ni nanti macam yg cik isteri buat kan tuuuuu ???

Oklah... but taste is very nice...  not bad !
Walaupun first time adik aku try wat nasi ayam ni.
Nampaknya lepas ni leh le abah aku dan aku pencen masak nasi ayam pasal kat rumah mak aku dah ada sorang lagi yang boleh masakkan resepi ni.


CN : Selalu nau lak family aku wat makan-makan mcm ni....


SALAM UKHWAH


Friday, April 1, 2011

Bersangka baiklah kepada ALLAH swt.

Salam Jumaat hari penghulu hari..... !!!


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Jangan lupa bersyukur setelah doa di perkenankan dan bersyukur juga jika tidak di perkenankan... kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
 
 
 
SALAM UKHWAH:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails