Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, December 27, 2011

Kasut angry bird pun adaaaa...

Salam Sejahteraa...!!
Selasa
2 Safar 1433H


Dah masuk bulan Safar dah kita yeaaa....
Maksudnya kita berada di bulan ke 2 dalam kalendar islam tapi kita masih lagi berada di bulan terakhir dalam kalendar barat.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2012 pulak.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk awal tahun lagi kita.
Sekarang ni tahun beredar bukan main cepat sekali.
Dah minggu2 terakhir cuti sekolah ni ramai mak bapak yg sibuk buat persediaan akhir untuk sesi persekolahan 2012 nanti.
Mana-mana pasaraya termasuklah kedai kasut kedai baju semua penuh dengan ibubapa yang beli baju, kasut dan barang-barang sekolah anak.

Hari sabtu hari  tu sebelum aku ikut hubby  ke ipoh sempat lah aku bershoping barang dapur kat giant dulu.
Tengah2 cari barang tu aku ternampak pulak kasut sekolah tapak warna merah.

Haa ni yg nak citer ni PRINCE aku ni kalau beli kasut sekolah mesti nak tapak kasut tu kaler merah lain kaler dia tak nak pakai.
Sejak dari beberapa tahun lepas macam nilah kalau kasut sekolah nak yg bertali pas tu tapak mesti kaler merah.
Awal cuti ari tu masa aku belikan baju sekolah dia tak ada pulak kasut kaler merah tapi ada kaler lain dia sanggup tak ambik kasut baru semata-mata nak yg kaler merah aje.
Di sebabkan aku ni tak de masa nak terjah satu kedai ke satu kedai kasut  nak cari tapak merah tu jadi kasut tu tak berbelilah lagi sampai sabtu ari tu.




Rupa-rupanya kasut tapak merah kat GIANT tu adalah kasut jenama ANGRY BIRD.
Kasut jenama ANGRY BIRD pun dah ada dah sekarang ni ( ataupun  aku sorang je yg tak tahu ? )
Aku ingatkan keycin, beg dengan pensel case angry bird je.
Dahlah tu siap ada keychen angry bird merah lagi kat tepi tali kasut tu.
Berseri-serilah pulak muka PRINCE  nak kasut tu... nak nak pulak dia memang giler sangat dgn angry bird kaler merah tu.
Harga pun  boleh tahan dua pasang kasut tu aku beli dah dekat lapanploh hinggit dah tu.
Tak kisahlah pasal harga ni yang penting kualiti kasut tu.
Jangan nanti baru pakai dua bulan kasut tu dah banyak tingkap sana sini dah lah anak bujang aku ni terlampau aktif.
Hubby siap pesan kat PRINCE  kasut tu mesti sentiasa nampak bersih jgn macam kasut orang pogi sawah pulak.

Bila aku tanya PRINCE apapasal nak tapak merah bukan biru , putih atau ijau.
Jawabnya tapak merah lari lajuuuuu.!!
Cehhhh kalau setakat lari laju tu pakai tumit tinggi pun leh lari laju.
Jangan nanti ko lari dari sekolah tu sudah....... siaplah nanti !!!


SALAM UKHWAH

16 comments:

IXORAROXI said...

hebatnya fenomena 'Angry Bird'!
jangan lari dengan kasut tinggi kes naya je kalau terpeliot!:)

Citarasa Rinduan said...

kikikiki..

dia kata gitu ya kak..
tapi agak rasional kot. tapak merah tu bermaksud laju.. lagipun merah tu kan berani..

ayu nak cari gak lah.. area ayu minta2 adalah

ariana said...

Akak pun baru tau..ada kasut angry bird ye?
Harga pun boleh tahan..tp kalau berkuality takpe..

Acik Erna said...

CT mana2 angry bird sekatang ni..tak sangka kasut pun ada..

azieazah said...

Berjaya sungguh jenama Angry Bird ni kan?

Mujur la kami seisi rumah tak pernah sorang pun yang kisah pasal Angry Bird. Game Angry Bird pun depa tak pernah tengok. Mujur, kalu idak, jenoh juga.

Ucu Faridah said...

pandai betul anak akak bagi alasan ye..

Cik Ecah said...

fuuyooo kasut sekolah angry bird pun ader...;p

mcm2 skrng nih..kek pun ader angry bird he2

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA... lari sikit2 udah le pastu tanggal kasut lari le laju2..hehe..

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU...cubalah cari kat giant ari tu akk jumpa kat giant hypermarket lain tak tahulah.

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA...yea hrp2 kualitinya bagus tak ralat le beli mahal2 kan.

CT NoArIzAh ArIs said...

ACIK..aahh cik sy pun terkejut sampai kat tapak kasut pun ada muka anry bird tu.

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH...apa boleh buat pengaruh angry bird tu besau bona kat sini kak..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

UCU..hihi..alasan tak masuk akai tu ucu.

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK ECAH...tulah semuanya angry bird sampai omak2 pun naik poning dah ni.

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina tak jumpa lagi kasut angry bird ni . kasut cam ni senang basuh, firdaus pun beli kasut cam ni tapi jenama lain.

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK INA... betul tu kak tu pasal x ralat beli walau mahal sikit janji leh tahan lama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails