Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, August 29, 2012

Update yg ni dulu...

Salam Sejahteraa..!!
Rabu
11 Syawal 1433H


Dah lebih seminggu kita beraya mesti ada macam2 story nak di cerita kat dalam blog kan?
Tapi raya tahun ni aku memang tak ada ambil banyak gambar macam tahun2 lepas cuma beberapa keping yg aku rasa perlu untuk di simpan sebagai kenangan itupun guna henpon aku ni je.

Buat beberapa hari ni aku sibuk dengan audit dari sirim dan nak siap kat report untuk LGM dah tu esok nak bekejar lak ke sekolah PRINCESS ada perjumpaan 3 penjuru dan minggu ni lak adalah minggu terakhir untuk tutup akaun bulan ogos jadi kebizian itu menjadi 2 kali ganda lebih dari biasa.

Aku update dulu gambar-gambar sekitar majlis BBQ dan hari lahir abah dan pie malam minggu ari tu.... yg lain2 update kemudian .

Tima kasih kepada blogger NABILAH yg ingatkan kat aku untuk update blog copek2 kalau tak mau bersarang lelabah kat blog ni...Timo kasih yo dikkk  :)


 
Selamat ulangtahun kelahiran buat abah dan pie.
 
 
 
Potong kek sorang pandang kek sorang pandang ke depan yg pandang ke depan tu sebonar ea tokojot boghuk pasal tetiba kitorang celebrate befday dia malam tu...ni idea ko punya bini okeyyy!!
 
 
Anak pie budak otromen ni menangis tak puashati pasal ingat dia yg tiup lilin rupanya bapak dgn atuk yg kena tiup lilin terus menangis frust menonggeng kono lak bakar lilin sekali lagi kasi dia tiup....utromen....otromennn :)
 
 
Sekian dulu tuk ari ni kito sambung sok sok bilo den dah tak sebokkk...daaaaa !!!
 

 
SALAM UKHWAH

Saturday, August 18, 2012

Kad ucapan raya dari RKTS untuk semua bloggers & readers.

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
29 Ramadhan 1433H



Selamat menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa....... semoga pemergian ramadhan dan kedatangan syawal membawa beribu rahmat buat kita semua...... sebagai tuan rumah aku mohon maaf kepada semua readers RKTS jika ada catatan seharian aku di sini menyinggung perasaan mana2 pihak...... kepada semua kengkawan blogger ampun maaf juga di pinta jika ada komen2 dari jari jemari aku ini yang membuat kalian terasa hati.......Semoga kita semua berjumpa lagi di catatan2  RKTS yang akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


SALAM UKHWAH

Friday, August 17, 2012

Jalan dah mula sesak dah.

Salam Sejahteraa..!!
Jumaat
28 Ramadhan 1433H



Aku masih lagi bekerja hari ini walaupun separuh dari kawan2 melayu aku dah ada yg bercuti.
Camno den nak cuti awal time nak raya ni lah pulak macam2 bondo nak kono setelkan pasal lepas raya nanti aku ada audit sirim pastu LGM lak nak report selama setahun ditambah lak lagi closing account .
Aku nak selesaikan mana2 yg patut di selesaikan dulu pasal aku nak raya dengan aman damai takpayah badan beraya tapi hati asyik dok ingat kojo yg tak beres2 tu.

Semalam aku ada tulis entry nak makan nasi minyak tapi aku nak daging masak hitam.
Aku round kat bazar yg pertama ada nasi minyak tapi semua lauk dari jenis ayam ..tak pekonan.
Terus aku tekan pedal minyak keta tu ke pasar malam dekat senawang ni tapi ya ampunnnnn.....!!!
Aku tersangkut kat kesesakan jalan yg teramatlah teruk .
Klau hari biasa perjalan nak ke pasar malam tu kurang 10 minit tapi semalam dekat 25 minit aku asyik main pedal clash ,minyak ,break macam tulah berulang2.

Nasib baik gak aku jumpa apa yg aku ingin kan hilanglah rasa penat kaki ni menekan pedal minyak break clash tu walaupun hati ni paneh membara pasal lambat sampai ke umah.

Dulu kawasan perumahan aku ni adalah yg terpencil tapi sejak 10 tahun lepas tempat ni dah semakin pesat membangun .
Depan taman aku ni adalah laluan utama untuk ke highway LEKAS dan jugak PLUS.
Pagi ni pulak jalan dah mula lenggang pasal ramai yg dah bercuti aku je yg tak cuti cuti lagi...huhu!!







Biskut chipsmore adalah biskut terakhir yg aku uli untuk raya tahun ni.
Aku buat 2 jenis chipsmore dari 2 resepi yg berbeza.
Aku tayang gambar dulu lenkali update resepinya pasal aku terlupa nak bawak sekali resepi biskut ni.
Entah mano aku taruk pas wat kuih ni hari minggu hari tu.
Tahun ni cuma 4 jenis biskut je yg terlarat nak di buat pasal sibuk menjahit langsir .
Maklumlah dah 6 tahun tak tukar langsir pasni  tunggulah 6 tahun lagi baru aku jahit dan tukar langsir yg baru.
Terpeliat dah urat belikat aku ni menjahit langsir berbelas2 meter.


SALAM UKHWAH

Thursday, August 16, 2012

Ayam Goreng Kunyit

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
27 Ramadhan 1433H

Dah sampai ke penghujung ramadhan dah kita semua.
Sekarang ni rata rata orang sibuk buat persiapan akhir menjelang raya.
Sekolah pun dah start cuti dah .
Semua persiapan raya aku dah setel dah langsir pun dah tergantung tinggal nak tekan minyak lik kampung je lagi ni.

Disebabkan tinggal 2 - 3 hari je lagi ada  kat umah  ni jadi aku tak beli barang basah untuk di masak.
Sabtu nanti InsyaALAH aku sekeluarga akan bergerak pulang ke kampung lepas Hubby habis kerja.
Oleh kerana itu untuk beberapa hari ni aku nak kosong kan segala isi perut peti ais kat umah ni.
Semalam cuma tinggal sekeping dada ayam dengan bunga kobis, carrot serta kobis unggu.
Jadi aku selesaikan semua tu dengan masakan goreng ayam kunyit untuk berbuka petang semalam.




Bahan-bahan :
Sekeping dada ayam di potong kecil dan di perap dengan kunyit dan garam setengah jam.
Bunga kobis
Lobak merah
Kacang panjang ( aku tak de stok kacang panjang )
Bawang kuning di hiris memanjang
Beberapa biji cili api di hiris kecil.

Cara-caranya:
Hirisan ayam yang telah di perap tadi di goreng dalam minyak panas ... setelah masak ketepikan ...kurangkan minyak gorengan ayam tadi sehingga tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang kuning dan juga hirisan cili api sehingga berbau wangi...masukkan pula ayam tadi bersama sayur-sayuran yang lain dan kacau agar semuanya sebati....masukkan  garam dan tutup sekejap agar sayur yg keras cepat lembut.
Setelah sayur  lembut dan rasanya  ok mengikut piawaian lidah anda bolehlah di padamkan api dan hidangkan

Tadi hubby bagitau ada jamuan berbuka untuk staff2 di syarikatnya petang ni .
Jadi aku bercadang nak hangkut 2 orang buah hati aku tu merayau kat bazar ramadhan cari juadah berbuka tak payah masak hari ni lagipun  dalam peti ais pun dah tak do apo2 lagi dah cuma tinggal tolo jo lagi..

Ehh ehh......Tetiba lakkkkk hidung aku ni terbau nasi minyak  :)

SALAM UKHWAH






Tuesday, August 14, 2012

Sepertiga malam.

Salam Sejahteraa...!!
Selasa
25 Ramadhan 1433H



Aku cuma nak share kan info ni buat sesapa yg keliru tentang waktu sepertiga malam.
Aku sendiri pun tak berapa pasti pukul berapa sebenarnya sepertiga malam dan waktu sebaiknya untuk kita buat solat tahajud.
Jadi aku pun men-goggle-lah dan terjumpa info yg sangat membantu ini dari blog http://ustazlove.com/


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Solat tahajjud ini asalnya diwajibkan ketika permulaan Islam.. bahkan para Nabi dan Rasul alaihimussalam diwajibkan untuk menunaikan solat tahajjud ini. Ia sangat penting terutama kepada para da’ie (pendakwah) dalam memperkuatkan dalamannya bagi membantu usaha dakwahnya. Tanpa kekuatan dalaman (kekuatan iman dan amal), maka usaha para pendakwah biasanya akan tamat separuh jalan (hangat2 tahi ayam).. masa kat sekolah, giat dengan aktiviti agama, ceramah, kuliah, dakwah dsb.. bila dah tamat sekolah, jangan kata nak berdakwah, orang datang bilik nak berdakwah pun dia boleh lari ikut pintu belakang.. kihkih..

Berbalik kepada persoalan, bilakah bermulanya sepertiga malam itu? Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. dibahagikan kepada 3 bahagian.. kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira2 pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.

Maka, nak solat tahajjud 1/3 awal pun boleh, 1/3 pertengahan pun takde masalah, 1/3 akhir malam pun ok.. cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan :

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)

Dan melakukan solat tahajjud pada 1/3 akhir malam lebih memudahkan kita.. sbb lepas Isyak kita boleh tido dulu, dan bangun sekitar 4 pagi ke.. buat solat tahajjud, solat witir.. lepas tu ada masa terluang, boleh gunakan untuk study ke, baca al-Quran ke.. dan dapat menunggu masuk waktu Subuh.. berbanding kalau kita buat 1/3 awal ke, lepas tu kita mesti nak tido balik.. tengok2 dah terlajak Subuh.. punya nak jaga yg sunat sehingga terabai yang fardhu.
Kalau nak mudah bangun tahajjud, maka amalkanlah qailulah (tido sekejap sebelum masuk waktu Zohor.. jangan belasah tido sampai Asar plak) pada siang hari.. insyaAllah, pada malamnya, akan lebih mudah nak bangun tahajjud.


Copy paste dari sumber : http://ustazlove.com/blog/2012/01/soal-jawab-waktu-sepertiga-malam-untuk-tahajjud/#ixzz23Uidpmuw


SALAM UKHWAH


Monday, August 13, 2012

Ayam Bakar Ala Sate.

Salam Sejahteraa..!!
Isnin
24 Ramadhan 1433H

Apa khabar semua...dah banyak wat kuih raya keeeeee ????
Hari ni aku blogwalking rata2 blogger citer pasal kuih raya..... macam2 jenis biskut dan resepi terkeluar wat aku gerammmm jee..:)

Tapi aku dah setel dah wat biskut raya sabtu dgn ahad hari tu.... dapatlah 3 jenis biskut kegemaran keluarga yg aku hasilkan..... klau wat yg bukan rakyat jelata dalam umah ni suka kompem sampai hujung raya tak habis jadi untuk mengelakkan simpan kuih lama2 aku lebih suka buat biskut raya ikut permintaan anak dangan hubby aku je.

Hari sabtu hari tu aku buat BISKUT MAZOLA kegemaran en suami aku tu.
Dah siap bungkuskan untuk mertua dengan mak aku sekali.
Biskut MAZOLA ni wajib buat tiap tahun kalau tak ada yg muncung sampai ke lantai dan macam biasa resepinya kat SINI.


Ayam yg dah ready nak di bako..

Lepas bakar biskut aku pun membakar ayam pulak.... resepi perapan ayam ini ialah resepi ala-ala satay..... Tapi aku guna setengah ekor ayam sahaja jadi aku adjust ramuan setengah dari resepi asal dan resepi aku copy paste je dari blog MAS DUNIAKU....semasa membakar aku longgokkan sekali carrot dengan kentang dalam ayam tu.


AYAM BAKAR ALA SATE
sumber : Mas Duniaku

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam - dipotong2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir - resepi ni memang menggunakan banyak gula
5 sudu besar madu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cara-caranya:
Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu..tuang semua bahan ke dalam bekas berisi ayam dan sebatikan...tuang madu dan sebatikan lagi.
Perap selama 24 jam sebelum dibakar.
Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c.
Gunakan api atas bawah untuk dapatkan ayam yg garing dan selalu di terbalikkan.


SALAM UKHWAH:


Friday, August 10, 2012

Idea yg bernas lagi menjimatkan..:D

Salam Jumaat Hari Penghulu Hari..!!
Jumaat
21 Ramadhan 1433H






Hehehe........
Aku terjumpa gambar ni dalam MUKABUKU.
Terperkenan lak aku dengan idea omputih ni.
Hujung minggu ni nak wat kuih raya jadi leh le aku guna pakai idea makcik ni gantung resepi guna hangger peh tu sangkut kan kat tombol laci lemari tu.
Bijak...bijakk...

Tak payahlah  den terselak-selak tertunduk-tunduk nak tengok  buku resepi tu lagi.

SALAM UKHWAH

Thursday, August 9, 2012

Doploh hinggitttt...

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
20 Ramadhan 1433H

Alhamdulillah dah  doploh  hari kita berpuasa untuk Ramadhan tahun ini.
Ini bermakna kita telah memasukki fasa ketiga dan terakhir untuk memohon doa kepada ALLAH swt agar kita di jauhkan dari siksaan api neraka.
Dalam sepuluh malam terakhir nilah kita kena tingkatkan usaha dan amalan sunat yg lain agar kita berpeluang untuk bertemu dengan malam LAILATUL QADAR....InsyaALLAH.

Tapi citer aku ari ni bukan pasal doploh hari ramadhan tapi doploh hinggit aku yg nyaris2 melayang semalam.



Ini seluar uniform kerja aku dan seluar ini adalah set uniform tahun lepas tapi seluarnya agak bosar kat bahagian bawah tu .
Bila aku pakai dah macam aku  pakai seluar laki aku dah..... seluar laki aku pun tak sebosar ni.
Tahun lepas masa staf lain kecoh2 komplen pasal baju dan hantar oter kat tailor tu  aku buat dekkkk jeee...

Tahun ni masa dapat batch set uniform yg baru  aku puashati dengan seluarnya.
Kununnya aku nak minta auntie tailor tu tolong kecikkan baliklah 3 helai seluar yg tahun lepas tu.

AKU : Untie...ini seluar tahun lepas yg besar tu yg saya cakap hari tu boleh kamu kecikkan ikut macam seluar tahun ni kan?
AUNTIE : Bolehhhhhh.....tapi ini seluar sy oter u kena bayar saya .
AKU : (terkejut tapi buat2 cun jeee ) Apa pulak saya kena bayar... untie ada account kat sini lagipun ini seluar u yg jahit tahun lepas maaa !!
AUNTIE : Kalau ini seluar saya jahit tahun ni lu tak payah bayar tapi seluar tahun lepas kena bayar aaa !!
AKU : Okeyyy berapa ringgit ?
AUNTIE : Tak mahal maaa...duapuluh ringgit saja.(sambil senyum lebar2 kat depan aku )
AKU : Okeyyy tak apa ini seluar saya angkat balik tak jadi kasi lu kalau kena bayar..... lebih baik saya jahit sendiri kat rumah.( aku kutip balik seluar aku masuk dlm beg plastik)


Aku fikirkan dia takkan caj apa2 pun pasal seluar tu dia yg jahit tahun lepas dan dia adalah tailor syarikat tapi kalau aku kena bayar pulak kat dia baik aku otter sendiri je seluar tu lagipun sekarang ni aku masih lagi menjahit langsir .

Nampak nau sia2 nya aku nak bagi dia duaploh hinggit sedangkan aku pun ada mesin jahit dan boleh menjahit....lain lee kalau takdo mesin jahit sendiri kat umah.



Langsir depan dah siap jahit dan tergantung dah..... tinggal kepala langsir dengan langsir dining room je yang aku tak siap jahit lagi lepas siap jahit langsir leh otter seluar tu pulak.

Kesiannnnn auntie tu tak dapat sembelih aku time bulan-bulan pose ni...terkulat2lah kau tak dapat doploh hinggit aku .... kos benang dengan letrik mesin jahit aku untuk 3 helai seluar tu pun tak sampai  doploh hingit......daripada bagi kat untie tu baik den g berbuko kepcee dengan duit tu konyang gak poghut den !!

SALAM UKHWAH

a

Tuesday, August 7, 2012

Semperit a.k.a biskut dahlia resepi lama.

Salam Sejahteraa....!!
Selasa
18 Ramadhan 1433H

Tup tap tup tap dah lapanboleh hari dah kito berpuaso kan?
Kurang dari dua minggu kita akan beraya... korang beraya kemana tahun ni umah mak sendiri ke umah mertua?
Tahun ni giliran aku beraya  ke rumah hubby tapi kitorang tak kisah pasal kampung dokek dokek jo.
Pukul sombilan kat umah mak mertua pukul spuluh kang dah ado kat umah mak sendiri.
Dah siap habih nasi himpit sepiring dah dek dokekkkkkkk  sangattttt.
Tak yah nak kira duit minyak ke tol ke hapa ke.. otak pun tak serabut....hehe :))

Okeyyy...sabtu hari tu aku memulakan dengan membuat biskut yg pertama.
Aku buat biskut semperit ikut resepi versi orang dolu-dolu zaman tok nenek kita dulukala.
Rupa biskut ni lebih putih bersih kerana tak di campur dengan sebarang pewarna .
Rasanya jugak lebih sedap pasal guna tepung butterfly tapi aku dah tak ingat rasa semperit zaman aku kocik2 dulu...lebih kurang macam nilah kottt !!

Resepi ni aku dapat dari blog JURNAL BDARIA dan blog MY KITCHEN TILES.



Samperit resepi lama

Bahan-bahannya:-
1 tin tepung jagung Brown & Polson (400gm)
400gm butter Anchor -  berada di suhu bilik
5 biji kuning telur saiz A
1 1/2 cawan gula aising
1 1/2 tepung gandum ataupun tpg biskut rose.
Buah ceri merah dipotong  kecil untuk hiasan

Cara-caranya:-
Dalam mangkuk mixer, masukkan gula dan kuning telur. Guna whisk tangan dan kacau kedua-dua bahan ini sehingga ia bercampur.
Masukkan butter dan kemudian masukkan kedua-dua tepung. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan uli terlalu lama nanti biskut kembang bila dibakar
Rehatkan sebentar doh dan tutup mangkuk dengan kain bersih.
Alas dulang pembakar dengan baking paper.
Guna acuan samperit yang bercorak bintang.
Panaskan oven pada suhu 150c
Bakar selama 12-15 minit bergantung kepada jenis oven anda.


       *************************************************************************

Oh ya...Blog MENU ARIZAH aku dulu dah ditukarkan kepada tajuk  BLOGLIST ARIZAH.
Semua blog kengkawan yg ada kat sidebar sebelah kanan dlm blog ni dah aku transferkan ke situ.... sekarang aku cuba  sedaya upaya untuk me-transfer-kan pulak semua resepi dalm blog MENU ARIZAH dulu ke dalam blog ni pulak.

Ini semua adalah kerana aku tak cukup masa nak uruskan dua blog sekali gus jadi dalam blog RKTS ni nanti akan jadi macam blog rojaklah  segala jenis cerita dan resepi aku tepek kan kat sini.
Ini lebih baik daripada salah satu blog terbiar lama tak berupdate ataupun berkubur terus.


SALAM UKHWAH





Monday, August 6, 2012

Tahun ni tema berbuka adik-beradik adalah menu ala-ala kodai makan seafood.

Salam sejahteraaa...!!
Isnin
17 Ramadhan 1433H

Secebis kenangan di petang Ahad 05/08/12.
Lokasi : Di Teratak Ayahanda Bonda.

Selamat bercuti buat semua kawan2 yg tinggal di negeri2 yg bercuti sempena NUZUL AL-QURAN hari ini.
Boleh le korang semua selesaikan semua hal-hal persiapan hari raya sempena cuti hari nikan?
Tapi N.Sembilan tak cuti maka bekerjalah aku hari ini seperti biasa...huhuhu!!!

Okeyyy..sempena cuti hari ini semua adik2 aku yg bekerja di area selangor semuanya pulang ke kampung dan kami semua pun merancanglah untuk berbuka beramai-ramai petang semalam.
Di sebabkan aku dah berniat nak belanja makan semua adik2, ipar duai , mak abah aku sempena kenaikan pangkat bulan may ari tu jadi aku ambik kesempatan ni untuk menunaikan niat tu.

Lagipun sejak masing2 dah bekerja,belajar jauh2 serta berkeluarga bukannya senang nak mengumpulkan beramai2 macam kami kecik2 dulu lagi.
Bila ada peluang yg macam ni lah yang paling di tunggu-tunggukan untuk makan besar beramai2.




Masing-masing tengah tunggu azan maghrib.... sembang2 dulu sambil menunggu azan.


Tu diaaaa...sepanjang2nya sapra terbentang.... macam2 ada.... nasi,lauk,sayur,air oren, air tembikai, kurma,kentang wedges, desert, buah , pinggan ,cawan.... piuk nasik pun ado kat hujung tu haa...


Haaa... ni dia raja segala menu.... ikan siakap 3 rasa..... jangan terkezut kalau aku bagitau ada 7 ekor ikan siakap masak 3 rasa petang semalam.... ini ikan yang paling bosar diantara 7 ekor ikan sampaikan terkeluar kepala ngan ekor dari tempat pembaringan dia tu.

Tu nasib baik tak jumpa yang selebar cermin tingkap umah mak aku tu... Ayie suruh boli yg bosar2 cermin tingkap mano nak cari sebosar tu lainlah kalau ko sendiri yg  tangkap dalam laut tu.

Sorry le gambau tak berapa cantik pasal tukang ambik gambar ni dah ponek bersilat kat dapur.

Ikan2 tu ditemani pula oleh  sotong celup tepung dan jugak kailan ikan masin..... so untuk ramadhan tahun ni tema berbuka kami adalah ala-ala kedai makan seafood tu  cuma tomyam dgn telur dadar je tak  ada kat situ..... tak do 2 menu tu pun separuh tersandar gak masing- masing.

Tahun ni ala-ala kodai makan ...tahun lepas lak tema berbuka kami adik beradik adalah  masakan kampung .....tahun dopan leh kito pakat ghamai2 wat western food lak yea adik adikkkkk..:))


SALAM UKHWAH




Friday, August 3, 2012

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH....

Salam Jumaat hari penghulu hari....!!
Jumaat
14 Ramadhan 1433H

Bila kita  bersin...achummm...achummmm....

Jika  orang kristian atau lain2 agama akan menyebut... excuse me...
Kerana bagi mereka itu namanya sopan kalau tak sebut kurang sopanlah namanya tu...

Tetapi kita yang beragama islam ini pula dah di ajar dari dulu sebut perkataan... ALhamdulillah ..
pulak di jawab 'Yarhamukallah'..

 Dan giliran orang yang bersin tu jawab balik 'Yahdiina wayahdii kumullah'

Secebis ingatan untuk hari JUMAAT  di bulan RAMADHAN yang mulia ini semoga segala amalan wajib dan sunat kita di terima olehNYA.

INSYAALLAH..!!!


SALAM IKHWAH

Thursday, August 2, 2012

Bila mood mula ke laut.....

Salam Sejahteraaa.... !!
Khamis
13 Ramadhan 1433H

Wahhhhhh ....sebulan den nak tulih2 kat sinia haaa...!!!

Tulah dia bila mood mengupdate dah ke laut memang tak dapek nak nolong ea dohhh.
Bukan tak de idea... bersepah2...setiap hari ado jo yg nak di storykan.
Tapi bila tiba masa nak menaip tu rasa macammmmmmm....semacammmm jeee...
Malasssss jeeeee....
Sekarang ni nak sudahkan jahit langsir pun dah malas dah...
Nak pikir wat kuih rayaapa  pun aku malasssss...

Blokwalkingnya  teramatlah rajinnnn.
Lepas satu blog ke satu blog aku terjah tapi cuma masuk jelah malas nak komen.
Ni aku cuba cari semangat balikni  nak berblog macam dolu2.

Story arini  pasai langsir rayo.



Aku terjah nilai 2 minggu lepas nak cari kain langsir idaman hati .
Lepas satu kodai satu kodai den masuk .... bak kata mak aku kalau tak habih sepuluh kodai aku terjah bukan akulah tu.
Tui pasal mak tak berani nak jenjalan beli barang dgn aku pasal aku suka kuar masuk kodaiii...hhihihi!!!




Kesudahannya yg ini pilihan hati.....bunga ros kecik2 gaya ingeris adalah tema langsir aku raya ni setelah onam taun  tak tukar baju tingkap rumah.... taun ni bergantilah baju ea.
Asyik tuan rumah je tukar baju tetiap tahun tingkap rumah pun nak gak pakai baju barukan walaupun enam tahun sekali.....hehe !!



Aku baru habis jahit langsir yg jarang ni je yang tebal belum habis lagi.
Setiap helai langsir yg sudah siap akan terus di gantungkan tak payah nak tunggu raya.
Malas aku nak wat kojo 2 3 kali ni...sekali harung je siap lagipun tinggal 2 minggu je lagi nak rayokan.
Ni pun aku dah rasa malas dah nak sudahkan menjahit.
Apa pasallah aku sekarang  ni segala2nya dah jadi malas.

Kuih raya ???
Aku tengah berfikir lagi sempat ke tidak aku nak wat kuih.
Mungkin sabtu nanti nak start wat biskut semperit dulu tapi kali ni ikut resepi orang lama-lama.
Kok rajin den tepek cerita, gambar dan resepi ea kat sini nanti yo :)

SALAM UKHWAH



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails