Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, August 16, 2012

Ayam Goreng Kunyit

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
27 Ramadhan 1433H

Dah sampai ke penghujung ramadhan dah kita semua.
Sekarang ni rata rata orang sibuk buat persiapan akhir menjelang raya.
Sekolah pun dah start cuti dah .
Semua persiapan raya aku dah setel dah langsir pun dah tergantung tinggal nak tekan minyak lik kampung je lagi ni.

Disebabkan tinggal 2 - 3 hari je lagi ada  kat umah  ni jadi aku tak beli barang basah untuk di masak.
Sabtu nanti InsyaALAH aku sekeluarga akan bergerak pulang ke kampung lepas Hubby habis kerja.
Oleh kerana itu untuk beberapa hari ni aku nak kosong kan segala isi perut peti ais kat umah ni.
Semalam cuma tinggal sekeping dada ayam dengan bunga kobis, carrot serta kobis unggu.
Jadi aku selesaikan semua tu dengan masakan goreng ayam kunyit untuk berbuka petang semalam.




Bahan-bahan :
Sekeping dada ayam di potong kecil dan di perap dengan kunyit dan garam setengah jam.
Bunga kobis
Lobak merah
Kacang panjang ( aku tak de stok kacang panjang )
Bawang kuning di hiris memanjang
Beberapa biji cili api di hiris kecil.

Cara-caranya:
Hirisan ayam yang telah di perap tadi di goreng dalam minyak panas ... setelah masak ketepikan ...kurangkan minyak gorengan ayam tadi sehingga tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang kuning dan juga hirisan cili api sehingga berbau wangi...masukkan pula ayam tadi bersama sayur-sayuran yang lain dan kacau agar semuanya sebati....masukkan  garam dan tutup sekejap agar sayur yg keras cepat lembut.
Setelah sayur  lembut dan rasanya  ok mengikut piawaian lidah anda bolehlah di padamkan api dan hidangkan

Tadi hubby bagitau ada jamuan berbuka untuk staff2 di syarikatnya petang ni .
Jadi aku bercadang nak hangkut 2 orang buah hati aku tu merayau kat bazar ramadhan cari juadah berbuka tak payah masak hari ni lagipun  dalam peti ais pun dah tak do apo2 lagi dah cuma tinggal tolo jo lagi..

Ehh ehh......Tetiba lakkkkk hidung aku ni terbau nasi minyak  :)

SALAM UKHWAH






4 comments:

deno said...

amboi terliur tengok... nyum2!

azieazah said...

Sebenarnya elok juga tak simpan banyak barang basah dlm fridge kalu nak balik bercuti lama. Pernah ada kes, kawan saya balik kampung seminggu rumah di KL blackout. Peti ais dia ada ayam, semua busuk berulat sebab fridge tak berfungsi semula.

Balik rumah, jenoh nak basuh satu rumah sebab bau busuk.

SELAMAT HARI RAYA CT NOARIZAH, maaf zahir batin. Semoga Syawal kali ini lebih membahagiakan dan menggembirakan.

CT NoArIzAh ArIs said...

DENO.. masaklah utk buka ptg ni ya :))

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... betul tu kak lagipun dah simpan lama semua lauk pauk tu pun dah tak fresh lagi sekarang ni sey masak kat topi gerai jo kak sampai sabtu ni..hehe :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails