Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, August 6, 2012

Tahun ni tema berbuka adik-beradik adalah menu ala-ala kodai makan seafood.

Salam sejahteraaa...!!
Isnin
17 Ramadhan 1433H

Secebis kenangan di petang Ahad 05/08/12.
Lokasi : Di Teratak Ayahanda Bonda.

Selamat bercuti buat semua kawan2 yg tinggal di negeri2 yg bercuti sempena NUZUL AL-QURAN hari ini.
Boleh le korang semua selesaikan semua hal-hal persiapan hari raya sempena cuti hari nikan?
Tapi N.Sembilan tak cuti maka bekerjalah aku hari ini seperti biasa...huhuhu!!!

Okeyyy..sempena cuti hari ini semua adik2 aku yg bekerja di area selangor semuanya pulang ke kampung dan kami semua pun merancanglah untuk berbuka beramai-ramai petang semalam.
Di sebabkan aku dah berniat nak belanja makan semua adik2, ipar duai , mak abah aku sempena kenaikan pangkat bulan may ari tu jadi aku ambik kesempatan ni untuk menunaikan niat tu.

Lagipun sejak masing2 dah bekerja,belajar jauh2 serta berkeluarga bukannya senang nak mengumpulkan beramai2 macam kami kecik2 dulu lagi.
Bila ada peluang yg macam ni lah yang paling di tunggu-tunggukan untuk makan besar beramai2.




Masing-masing tengah tunggu azan maghrib.... sembang2 dulu sambil menunggu azan.


Tu diaaaa...sepanjang2nya sapra terbentang.... macam2 ada.... nasi,lauk,sayur,air oren, air tembikai, kurma,kentang wedges, desert, buah , pinggan ,cawan.... piuk nasik pun ado kat hujung tu haa...


Haaa... ni dia raja segala menu.... ikan siakap 3 rasa..... jangan terkezut kalau aku bagitau ada 7 ekor ikan siakap masak 3 rasa petang semalam.... ini ikan yang paling bosar diantara 7 ekor ikan sampaikan terkeluar kepala ngan ekor dari tempat pembaringan dia tu.

Tu nasib baik tak jumpa yang selebar cermin tingkap umah mak aku tu... Ayie suruh boli yg bosar2 cermin tingkap mano nak cari sebosar tu lainlah kalau ko sendiri yg  tangkap dalam laut tu.

Sorry le gambau tak berapa cantik pasal tukang ambik gambar ni dah ponek bersilat kat dapur.

Ikan2 tu ditemani pula oleh  sotong celup tepung dan jugak kailan ikan masin..... so untuk ramadhan tahun ni tema berbuka kami adalah ala-ala kedai makan seafood tu  cuma tomyam dgn telur dadar je tak  ada kat situ..... tak do 2 menu tu pun separuh tersandar gak masing- masing.

Tahun ni ala-ala kodai makan ...tahun lepas lak tema berbuka kami adik beradik adalah  masakan kampung .....tahun dopan leh kito pakat ghamai2 wat western food lak yea adik adikkkkk..:))


SALAM UKHWAH




4 comments:

ariana said...

Salam ramadhan CT..bestnya..seafood utk berbuka..
Beerbuka ramai2 mmg seronok..siap ada tema lg ye..kalau akak temanya caca merba..hehe semua jenis ada..

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA... Salam ramadhan juga buat akk...hehehe tu semua suka2 je kak kebetulan lak jadi bertema2 bagai..:))

Acik Erna said...

salam Nor..meriahkan kalau dpat berbuka ramai2 camtu..teringat acik masa ada ayahbonda dulu

ainnoraini said...

Wah..seronok mcm tu kan...bertema boleh ubah2 selera..
Meriah bila berkumpul ramaikan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails