Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, August 17, 2012

Jalan dah mula sesak dah.

Salam Sejahteraa..!!
Jumaat
28 Ramadhan 1433H



Aku masih lagi bekerja hari ini walaupun separuh dari kawan2 melayu aku dah ada yg bercuti.
Camno den nak cuti awal time nak raya ni lah pulak macam2 bondo nak kono setelkan pasal lepas raya nanti aku ada audit sirim pastu LGM lak nak report selama setahun ditambah lak lagi closing account .
Aku nak selesaikan mana2 yg patut di selesaikan dulu pasal aku nak raya dengan aman damai takpayah badan beraya tapi hati asyik dok ingat kojo yg tak beres2 tu.

Semalam aku ada tulis entry nak makan nasi minyak tapi aku nak daging masak hitam.
Aku round kat bazar yg pertama ada nasi minyak tapi semua lauk dari jenis ayam ..tak pekonan.
Terus aku tekan pedal minyak keta tu ke pasar malam dekat senawang ni tapi ya ampunnnnn.....!!!
Aku tersangkut kat kesesakan jalan yg teramatlah teruk .
Klau hari biasa perjalan nak ke pasar malam tu kurang 10 minit tapi semalam dekat 25 minit aku asyik main pedal clash ,minyak ,break macam tulah berulang2.

Nasib baik gak aku jumpa apa yg aku ingin kan hilanglah rasa penat kaki ni menekan pedal minyak break clash tu walaupun hati ni paneh membara pasal lambat sampai ke umah.

Dulu kawasan perumahan aku ni adalah yg terpencil tapi sejak 10 tahun lepas tempat ni dah semakin pesat membangun .
Depan taman aku ni adalah laluan utama untuk ke highway LEKAS dan jugak PLUS.
Pagi ni pulak jalan dah mula lenggang pasal ramai yg dah bercuti aku je yg tak cuti cuti lagi...huhu!!







Biskut chipsmore adalah biskut terakhir yg aku uli untuk raya tahun ni.
Aku buat 2 jenis chipsmore dari 2 resepi yg berbeza.
Aku tayang gambar dulu lenkali update resepinya pasal aku terlupa nak bawak sekali resepi biskut ni.
Entah mano aku taruk pas wat kuih ni hari minggu hari tu.
Tahun ni cuma 4 jenis biskut je yg terlarat nak di buat pasal sibuk menjahit langsir .
Maklumlah dah 6 tahun tak tukar langsir pasni  tunggulah 6 tahun lagi baru aku jahit dan tukar langsir yg baru.
Terpeliat dah urat belikat aku ni menjahit langsir berbelas2 meter.


SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails