Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, July 28, 2011

Aku yg teringgin.....


Dah beberapa hari ni kan tekak aku ni asyik mengelintinnnnn jeeee nak makan KFC.
Terbayang-bayanggggg je keenakkan drumstik kfc tu !!




Cadangnya balik ni kang aku nak singgah kat giant tu beli kfc family meal .
Kenalah bawak balik umah makan pasal hari ni aku puasa sunat.
Pas tu kat umah ada nasi lebih malam tadi leh lah pulak buat nasi goreng cili api pulak buat kengkawan ayam tu nanti.




kang hubby balik dari ganu mestilah ada bawak kepok lekor.
Leh le  goreng wat kunyah-kunyah pas maghrib nanti.

Ermmm...... dah set dalam pala hotak aku ni  apa juadah berbuka petang kang.
Ni belum masuk ramadhan lagi ni kalau dah masuk bulan tu nanti tak taulah pulak apa yang tekak aku ni nak makan pulak.

CN :  Nafsu......nafsu !!!!





SALAM UKHWAH


Wednesday, July 27, 2011

Nasi lomak punyo penangan !!



Gambar tu iras-iras rupa nasi lemak yg aku makan tadi tapi bukan itu nasi lemak yang menyebabkan aku di serang virus mengantuk + malas ni pasal dalam gambar tu meriah dengan lauknya mau aku tak bangun terus kalau bedal nasi lemak macam ni pepagi kat opis ni .

Tu gambar waktu aku rajin buat nasi lemak tanpa kopi O  dulu tapi hari ni aku beli je !!

Bukan main lagi aku pepagi ni teringat-ingat nak makan nasi lemak panas-panas.
Nak buat sendiri pepagi ni malas .....beli je kat gerai tepi jalan tu.
Kalau aku tak menyumbangkan duit singgit aku tu kat abang nasi lomak tu lambat lak dio kayo kan.

Tapi bahananya bila makan nasi lemak siap dengan sambal tumis mengancam dan teur rebus sebiji ni menyebabkab aku menjadi lembab nak buat kerja hari ni.
Dah lah duk dalam opis yg ada dua air-cond.... depan aku lak tu..... terasa-rasa semakin berat je mata ni nak terbukak... terasa-rasa macam ringgan je mata ni nak lelap terusssssss !!

Oh alangkah bahagianya kalau company ni ABAH AKU yang punya...... terus jadi setan bertanduklah aku hari ni !!!
Sesuka hatiiiiiiii je den boleh tidooooo .


CN : Tu pasal aku jarang sarapan nasi lemak !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, July 26, 2011

Pemakaian loceng kaki dilarang.



SAYA ingin mengetahui dengan lanjut pemakaian gelang kaki bagi wanita Islam yang mana bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja lain untuk berpaling melihat ke arahnya?




Adakah salah jika saya memakaikan gelang kaki kepada anak perempuan saya yang berumur tiga tahun? Tujuan saya memakaikannya gelang adalah kerana mudah untuk memantau pergerakannya di rumah.


YATI
Kedah


SETIAP Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.


Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.




SALAM UKHWAH

Monday, July 25, 2011

Asalkan hati mereka puas..!!

Ini kali kedua aku taip citer ni !!!!

Hari sabtu hari tu lepas je PRINCE habis aktiviti sekolahnya aku terus je bersiap nak balik kampung...pas hubby balik dari keja yg setengah hari tu kami teruslah balik kampung pasal dah janji nak bawak mak abah bershoping baju raya kat Nilai.

Sampai je kampung mak dah siap masak ayam masak lomak cili api... wauuuu kegemaran aku nak nak pulak mak aku kalau masak lomak terasa manisnya santan tu pasal dia guna santan yg dia perah sendiri...kelapa pun fresh !!


Setiap kali datang sini mesti ramai orang nak parking pun susah !!

Lepas zuhur baru kami semua berangkat ke nilai 3...awal-awal lagi abah dah pesan kena balik awal pasal dia nak tengok bola MALAYSIA lwn SINGAPORE..... macam ni tak dapatlah nak jalan puas-puas pasal nak mengejar masa.

Kat sana aku bagi mereka berdua pilih  baju yg dah siap berjahit , corak dan warna apa yg mereka mahu.... kebiasaannya aku yg pilih sendiri tapi kali ni aku bawak mereka ke kedai dan boleh pilih berapa pasang yg mereka mahu...pasal harga tak payah risau aku yg bayar.

Selalu mak aku komplen pasal warna yg aku pilih cerah2 tak sesuaiiii usia dia.... mana taknya aku balun beli baju warna merah mau tak segan orang tua tu nak pakai !!

Aku kan muda lagi warna yg aku pilih seharusnyalah yg terang tapi aku lupa baju tu bukan aku yg pakai...: )

Dulu waktu kami adik beradik masih kecil mak dan abah jarang berganti baju raya baru  maklumlah abah sorang je kerja anak-anak pun ramai..... aku dan adik beradik perempuan yg lain akan mendapat baju kurung hasil tangan emak aku ... mak akan jahit sendiri baju kami semua untuk menjimatkan kos.

Tapi semenjak anak-anak bekerja emak dan abah mewah dengan pakaian sampaikan tak cukup hanger nak gantung.... hari ni bertambahlah lagi koleksi baju raya mak dan abah malah lebih puashati mereka dapat pilih sendiri apa baju yg mereka mahu.... hubby beli kan sekali baju untuk anak-anak dah sampai sana sekali harung ajelah kan !!

Abah aku sibuk je bertanya..... bila nak balik...bila nak balik.... risau betul dia terlepas perlawanan tu.... kemaruk bola betullah abah aku ni !!

Sebelum 7 malam kami dah tercongok kat umah mak kat kg pasal abah nak tengok bola walaupun aku sendiri tak puas berjalan pasal aku punya baju selai pun tak sempat nak  beli......yg penting abah dapat tengok siaran bola  kegemarannya.... adik aku yg 3 orang lagi tu tak terus balik tapi melencong lak ke paroi pergi tengok MAHA kat sana.

Petang semalam (Ahad ) lepas je PRINCE habis training taekwandonya aku dan hubby terus ke Nilai lagi... kali ni nak cari baju untuk aku lak.... tapi banyak yg tak perkenan kat mata aku.... cuma dapat sehelai blous bercorak bunga dan sehelai tudung je...... aku ni kalau tak perkenan kat mata memang aku tak beli walaupun cantik kat mata orang..... aku yg nak pakaikan kena ikut selera mata aku sendirilah.

 
Sampai kat sini aku merayau tapi tak jumpa pun  jumpa yg perkenan kat hati.


Padahal petang sabtu tu senang je cari baju mak abah tak payah merayau sampai sakit kaki ... agaknya pasal niat tu yg buat mudah segala urusan !!

Aku merayau macam tawaf satu nilai tu tapi yg jumpa selai baju je..... tak berbaloi sampai umah malam-malam....bengang betul baik aku cari kat seremban je lepas ni !!



CN : Aku yg terlalu cerewet ke atau memang baju orang2 muda cam aku ni yg  tak cantik kat sana ?


SALAM UKHWAH


Saturday, July 23, 2011

IKAN BILIS GORENG BERLADA CAMPUR PETAI



Di masak dan di goreng masa rumah aku banyak petai hari tu .... tak termakan kat isi rumah yg tak berapa nak ramai ni aku pelbagaikan ikut selera aku.... buat sambal tumis petai makan dengan pulut kuning .... ada jugak yang aku buat ulam-ulaman..... dan yang ini aku masak letak cili api lobih sikit kasi pedas itu lidah bila makannnnn..... manyak syokkkk oooooo !!!!




Aku masukkan gambar dulu kasi uols cuci mata...sok sok aku tepek bahan-bahan dia pasal kejap lagi nak balik kampung nak buat amal jariah...kuang..kuang...kuang :))


Bahan-bahan:

*Cili api (sukatan ikutlah ketahanan pedas lidah masing2 )
*Sedikit kunyit serbuk ( nak kasi berseri sikit tak le pucat lesi je sambal tu )
*2 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar ~ di hiris bulat
segenggam ikan bilis
Isi petai yg dah di kopek kulit.
Sedikit jus asam jawa

*Di tumbuk.
Cara-caranya:

Bahan2 tumbuk tadi di tumis sehingga garing dan berbau wangi kemudian masukkan ikan bilis ,bawang besar dan petai ... di kacau sehingga semua bahan2 tadi sebati..... masukkan garam secukup rasa dan sedikit jus asam jawa... biarkan sebentar dan rasa garamnya jika dah ok kat tekak korang bolehlah di padamkan api dan di hidangkan.

PETUA : Jika takmo petai tu berbau boleh di goreng sekejap sebelum di buat sambal tapi aku tak suka buat macam tu nak juga bau asli petai tu kat dalam sambal barulah ada "kick" .


 

Friday, July 22, 2011

Tujuh Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur


Salam Jumaat hari penghulu hari....!!





Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.


Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yangketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.


Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua’lam..... Semoga ini semua menjadi pengajaran dan ingatan buat kita semua yang masih hidup ini.



 
SALAM UKHWAH

Thursday, July 21, 2011

Wajib ke nafkah buat si isteri yg bekerja sedangkan mereka pun ada pendapatan sendiri ?.




Beberapa hari yg lepas aku pergi jalan-jalan kat ruang sembang forum cari.net .... jalan-jalan punya jalan baca punya baca aku tertariklah pulak dengan hujah yang di berikan oleh sorang forumer ni haa...!!

Jadi aku rasa tak rugilah kalau aku sharekan kat sini apa yg aku dah baca dan apa yang dah jadi pengetahuan aku selama ini iaitu si suami wajib memberi nafkah kepada si isteri samaada isteri itu bekerja ataupun tidak dan nafkah itu adalah mengikut kemampuan si suami bukannya tak di beri langsung.

Meh kita baca apa yang forumer tu tulis......


Nafkah’ asalnya adalah perkataan arab memberi maksud sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian. Menurut Ibn Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Sayyid Sabiq pula menambah bahawa pemberian suami untuk memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.



Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga dan suamilah yang memikul tugasan ini serta wajib baginya menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat34 Surah an-Nisaa’ yang bermaksud:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”


Dalam surat al-Baqarah, ayat 233 Allah SWT berfirman mafhumnya:


“…Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.”


Bahkan ketika terjadi perceraian sekalipun, suami masih berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk menguruskan anak-anaknya. Begitu juga dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud:


“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.”


Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepada kaum mukminin seperti diperintahkan kepada rasul. Maka, Allah berfirman dalam Al-Mukminuun ayat 51:


“.. makanlah dari makanan yg baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.”


Dan ayat 172 surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman mafhumnya:


“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.”


Walau bagaimanapun nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang lebih berkemampuan dan kaya menyediakan kesemua keperluan dan ada pula yang sebaliknya. Apa yang penting suami memberikan komitmen dan tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan kadar yang memberi keselesaan kepada isteri, bukannya kemewahan atau pembaziran yang melampau.


Persoalannya sekiranya isteri tersebut seorang yang bekerja, apakah menjadi tanggunggan bagi suami membayar nafkah diri?.. apakah gugur tanggungjawab tersebut ke atas suami daripada menyediakannya?..

Sebenarnya, urusan nafkah tetap berada di bawah tanggungjawab suami walaupun isterinya bekerja. Pendapatan isteri adalah hak mutlak bagi seorang isteri itu. Namun sekirannya digunakan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dengan keredaannya maka pemberian tersebut dikurniakan pahala serta dikira sumbangan berharga isteri kepada suami. Keadaan demikian tidak akan menggugat dan menggugurkan kewajipan suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Selain itu, nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri akan terhenti apabila isteri melakukan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz atau derhaka atau tidak taat kepada suaminya.

sumber dr internet


CN :  Pendapat aku ramai isteri yg bekerja sekarang ni menyumbang kepada ekonomi keluarga dan membantu meringankan bebanan kewangan si suami tapi dalam ramai-ramai tu ada jugak SESETENGAH si suami yg mengambil kesempatan tidak membayar nafkah isteri atas alasan isteri berpendapatan sendiri tak perlulah bagi duit lagi walaupun sedikit DAN ada juga si suami yg berani mempertikaikan hukum nafkah isteri ini..... fikir fikirkanlah !! 


SALAM UKHWAH

Monday, July 18, 2011

Waktu tamat sah solat Subuh.


SAYA masih keliru mengenai berakhirnya waktu subuh.  Sekiranya kita terlewat bangun dan melakukan solat Subuh pada waktu melebihi jam 7 pagi, adakah kita perlu niatkan seperti solat Subuh atau terus mengqadanya?

INGIN KEPASTIAN
Sungai Petani, Kedah


Solat ada dua jenis iaitu, yang pertama ialah qada dan keduanya, dengan niat “ada-an” iaitu dikerjakan dalam waktunya. Jika solat dilakukan ketika waktu masih ada walaupun hanya dapat satu rakaat, maka ia masih lagi dalam waktu.

Sebaliknya, jika solat ketika waktu berakhir, namanya qada. Yang perlu dilakukan sekarang ialah menyemak bila subuh berakhir kerana waktu solat setiap hari tidak sama.

Jika matahari sudah terbit jam 7 dan solat yang dilakukan sebelum waktu itu masih dikira dalam waktunya.

Sebaliknya, jika puan mengerjakan solat selepas matahari terbit, bererti puan akan qada solat tersebut.



SUMBER : MyMetro ( soal jawab bersama Dr Mashitah)



SALAM UKHWAH

Friday, July 15, 2011

Rahmat di bulan syaaban.


Salam Jumaat hari penghulu hari..!!


Bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini.

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Apabila Rasulullah SAW diutuskan, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas).


Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad SAW berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang. Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban sebagaimana hadis:

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).



SALAM UKHWAH

Thursday, July 14, 2011

Award ke 5 utk RKTS dari Mak ngah Pora.



Sementara ada masa dan peluang nak update blog ni baik aku update entry yg ni dulu sebelum URL aku di block kat ofis ni.....okey award ni pemberian dari dua orang wanita yang mengelarkan diri mereka MAK LONG dan MAK NGAH..... tapi mereka bagi award untuk blog yg berbeza... MAK LONG bagi untuk blog masakan aku  pasal dia memang rajin masuk dapur aku ni dan MAK NGAH pulak kirim kan ke blog personal RKTS tu pasal dia suka dengar celoteh aku gaknya..hehe !!



Okeyyy...okeyyy award dah gantung sekarang kena buat kerja bertulis lak ...ini 7 perkara tentang diri aku :


1) Dah berkeluarga dan dah ada anak dara pun..... aku ada 2 blog personal dan masakan...sebenarnya blog masakan di ujudkan untuk panduan diri sendiri dan anak dara aku yg dah mula berjinak-jinak ke dapur ... aku bukan pakar memasak pun tapi masakan aku bolehlah di makan kat orang !!

2) Aku sangat suka mencuba resepi-resepi orang lain terutama bab desert tu...eh eh aku kan suka makan desert yg sejuk-sejuk tu lalu je kat tekak rasa nyamannya....dan satu lagi aku paling suka menikmati makanan dalam suasana yg santai dapat lak dalam taman atau tepi pantai lagilah seronok.

3) Suka bercerita samaada di dunia nyata atau dalam blog tu pasal ada blog RKTS tu... tapikan aku ni kalau terjumpa dengan orang yg pendiam aku jadi lebih pendiam pasal tak tahu nak cerita apa dengan orang yg di tanya sepatah dia jawab sepatah pastu terus diam..aku tanya lagi dia jawab lagi pastu diam lama-lama aku yg TERDIAM.

4) Masih bekerja dan akan terus bekerja selagi ada orang yg perlukan khidmat aku pasal aku merasa puas dapat pegang duit sendiri dan dapat bagi orang tua kat kampung duit dari titik peluh sendiri.... nak beli apa-apa pun boleh tak payah nak mengendeng kat yang sorang lagi tu .

5) Berangan -angan nak menunaikan haji dan umrah dalam usia yang muda ...insyaALLAH.Tapi duit tak cukup-cukup lagi nuffnang pun tak nak tolong aku tambahkan simpanan...huhu!!

6) Aku suka berkawan dengan sesiapa aje..kecil besar tua muda dan apa2 bangsa pun leh jadi kawan aku tapi aku paling benci dengan kawan yg suka menikam kawannya sendiri atau pun ambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

7) Last sekali aku ni anak sulung dari 7 beradik..... Dilahirkan dan di besarkan di jelebu , N.sembilan tapi sekarang menetap terus di senawang.... hobi suka jalan-jalan tak suka shopping lagi apa ya...tu aje kot pasal sebelum ni pun dah banyak kali kena tag aku tulis benda yg sama gak..hehe!!

Nak bagi award pada mereka-mereka ini pulak...sudi sudikanlah ambil ya:

1) HIDUP MEMANG INDAH
2) AURA JARI NORA
3) PAPA MIFZ
4) APO APO YOLAH
5) CER CITER CER CITER
6) AZIEAZAH
7) CITARASA RINDUAN
8) ARIANA STORY
9) DYLLA ADYLA
10) APA KATA HATI


SALAM UKHWAH

Wednesday, July 13, 2011

Tanya suami niat berkata ‘cerai’.





BARU-baru ini berlaku pertengkaran antara saya dan suami. Ketika itu dia memang terlalu marahkan saya dan keluar daripada percakapannya seperti ini: “Kalau kita nak cerai, cerailah.” Adakah jatuh talak ke atas saya?

SYARIFAH,
Selangor


KATA-kata itu masih kurang jelas walaupun menggunakan perkataan cerai kerana ia tidak secara langsung. Perkataan yang jelas adalah seperti ‘aku ceraikan engkau dengan talak satu’ atau sebagainya.

Dengan itu suami perlu diminta penjelasan terhadap niatnya yang sebenar. Seelok-eloknya perkara seperti itu dirujuk ke Mahkamah Syariah dan pihak terbabit akan memutuskan sama ada jatuh talak atau tidak dengan penjelasan suami nanti.


Bagaimanapun, cerai atau talak bukan perkara yang boleh dipermainkan. Hindari daripada kata-kata sedemikian demi memelihara keharmonian rumah tangga

SUMBER :  HMETRO (soal jawab bersama Dr Salam)


SALAM UKHWAH

~ WORDLESS WEDNESDAY ~



CN : Kanak-kanak di  ibaratkan kain putih kitalah yang akan  mencorakkan warna kehidupan mereka.



SALAM UKHWAH

Tuesday, July 12, 2011

Kalau dah rezeki tu tak beli pun dia leh datang sendiri...hehehe!!!!



Acara membelah doyan di mulakan.

Heeee...... aku tak beli pun ya!!

Tetiba lak ada sorang supplier tu hantar kat ofis bagi kami petang tadi .
Lalu di bahagikanlah...dapatlah sorang sebijik..Alhamdulillah !!!
Nak makan kat pantry memang tak boleh sebab suplier tu bagi pun dah dekat waktu nak balik.



Cantik isinya...satu pangsa satu ulas je .


Sebenarnya dah beberapa hari gak aku terjeling-jeling...terpandang-pandang kat orang yg jual doyan kat tepi jalan tu.
Tapi singgahnya idak jugak kununnya nak tunggu kuar dengan hubby barulah beli.

Tup tup petang tadi menyinggah lak yang sebiji ni haa !!
Apalagi rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari....
Selamatlah aku kendurikan anak beranak doyan tu walaupun sebijik puaslah jugak makan kan!
Dah lah buah free ......lagipun aku anak beranak baru je elok demam dengan batuk kenalah berpada-pada time mkan tu .( statement orang kedekut nak pergi beli sendiri )


CN : Sekurang-kurangnya taklah aku kempunan kan doyan...ada tak tokey doyan yg nak bersedekah kat sini ???


SALAM UKHWAH

Monday, July 11, 2011

Tak payahlah memperkecilkan kerjaya orang lain !!!

Salam hari Isnin….

Dah beberapa hari tak bersiaran kat sini kan?
Bukannya apa kesihatan tak berapa bagus sejak akhir-akhir ni….demam ….batuk-batuk…letih letih.
Kat rumah nak duduk mengadap laptop pun tak de mood....tak larat betul !!

Tapi menjalar depan TB tu ada pulak mood aku …. Terbariiiiiiing jeeee…syokk!!
Dari hari jumaat sampai sabtu aku tido jeee...syok lak sesekali dapat rehat macam ni.
Semua kerja anak dara dengan anak bujang tolong buat..... masak pun yang ringkas2 je..hehe!!

Oh ya nak citer sikit pasal anggapan sesetengah orang pasal kerjaya cashier kat pasaraya ni .

Cilok gambar pak cik gugell


Semalam bukannya hari tanpa beg plastik kan?
Tapi aku bawak jugak beg nak isi barang-barang aku pasal kat umah dah bertimbun beg-beg plastik dah… kalau aku bukak kedai jual beg plastik banyak gak lah income aku..hehe!!

Tapi aku bukan nak citer pasal beg plastik ni tapi pasal sorang pembeli yg beratur kat belakang aku waktu membayar kat cashier semalam.

Dia berbual dengan kawannya yang lebih kurang beginilah bunyinya…
“Aku tak main le nak keja cashier ni tak ada masa depan pun lebih baik aku keja kerajaan… setakat keja main-main tu bolehlah..bukan glamer pun keja macam ni ”

Aku sempatlah menoleh pada yang empunya suara tak aku pasti pulak dia ni dah keja kerajaan ke atau belum….sambil tu aku pandang jugak muka budak cashier kat depan aku tu… dia buat2 sibuk dengan kerjanya tak tahulah aku dia  dengar atau tidak .
Aku pasti budak cashier tu dengar pasal yg bercakap tu suaranya kuat.

Pendapat akulah apa sahajalah keja seseorang tu tak payahlah kau nak komen bagus ke tidak glamer ke hapa janji keja orang tu halal.

Eh kalau tak ada bebudak cashier tu kau nak bayar barang-barang yang kau beli tu kat sapa..…kalau tak ada tukang sapu sapa nak pungut sampah kat tepi jalan tu kalau tak ada tukang cuci tandas sapa lak nak buat bab cuci mencuci tu….?

Sekurang-kurangnya mereka ada jugak kerja taklah melahu mengabihkan boreh.
Yang paling utama rezeki tu halal walaupun pendapatannya kecil.

Satu lagi kalau nak mengutuk pun tengoklah kiri kanan dulu bak kata pepatah tu cakap siang ni pandang-pandanglah sikit janganlah sampai ada orang terasa hati.

Aku tak tahu bagus sangat ke keja pompuan tu sampaikan tergamak mengutuk budak cashier kat depan aku ni...... kalau tuhan tu nak tarik kerja bagus yang kamu ada tu bebila masa je boleh.

Pastu nanti aku nampak lak ko tercongok kat kusi cashier pasaraya .....ha time tu baru ko tau tinggi rendahnya langgit atas kepala tu.

Entah2 yang kojo cashier depan aku tu cuma sementara je tapi kelulusannya degree dan yang mengutuk tu setakat kerani kerajaan bertaraf rendah SRP pun tak lepas agaknya.......hahahaha!!!!

Aku lak yg ter EMO macamlah aku yg jadi cashier!!


CN: Biar apapun kerjaya seseorang itu yang penting rezekinya dari sumber yg halal dan di berkati.


SALAM UKHWAH

Thursday, July 7, 2011

KEK PISANG PRINCESS.






Wahhhh dah seminggu lebih aku tak balik rumah ni..... dah bersawang berabuk bagai... spiderman pun dah banyak buat rumah dah beranak pinak kotttt ?/???

Okeylah tak mo citer banyak.... ni dah banyak entry yg tertinggal...gambar-gambar kat folder dah penuh dah pasal tak di update lagi kat sini..... untuk hari ni aku nak letak gambar dan resepi kek pisang ni... sebenarnya ini projek anak dara aku masa cuti sekolah hari tu.... bukan aku yg buat kek ni tapi dia yg buat.... baru sekarang nak tepek dalam blog... teruk betul ummi dia ni kan !!

Resepi ni dia dapat dari blog seseorang... tapi mintak mahap banyak2 dia tak salin nama empunya blog tu... resepi ni pun dia tulis pakai tangannya bukan print pasal dia malas nak pasang segala jenis wayar yg berselirat belakang lemari tu... jadinya tak dapatlah aku bagi kedit kat tuan blog yg punya resepi ni.

Kalau tuan blog yang empunya resepi kek pisang ni tersesat terjengul lak kesini aku minta di halalkanlah ya pasal anak aku ambik resepi tapi aku tak dapat bagi backlink pada kamu.

Cuma resepi aje yg orang lain punya tapi gambar-gambar ni tetap hak milik mutlak MENU ARIZAH ARIS... penat weiii aku tertonggeng2 hambik gambau ni !!!


Bahan-bahannya:

10 @ 8 biji pisang emas
2 biji telur ayam
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk koko
1 sudu besar bikarbonat
1 cawan gula ( princess aku guna 1/2 cawan je.. )
1 sudu teh esen vanilla ( Princess guna esen pisang pasal aku nak bau pisang tu kuat sikit..hehe)
Sedikit garam
Sedikit coklat rice sebagai hiasan.



CARA-CARANYA:

1.Pisang, minyak,gula,telur,esen dan garam di blend sampai halus.
2.Ayak tepung ,serbuk koko dan soda bikarbonat.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan pisang dalam bekas lain sedikit demi sedikit, gaulkan hingga sebati.
4. kaup balik adunan guna spatula dan masukkan dalam loyang atau papercup.
5. Tabur coklat rice atas adunan dan bakar dalam oven pada suhu 160c selama 30 atau 40 minit. ( bab membakar ni ikut ragam oven masing2 ya !! )



                                  Tersenyum riang ria bila kek pertama hasil tangannya menjadi..!!!



SALAM UKHWAH


Bila anak dara mula membaking.......( lain yg aku nak update lain lak yg terupdate)

Sebenarnya aku nak up citer lain......dah siap taip dah kat ofis tadi tapi tak save dalam pendrive  sudahnya terpaksa updatekan citer budak pompuan ni.




Ini projek princess masa cuti sekolah ari tu......... dah berkurun baru citer dalam blog ni.
Sibuk sangat dia mintak aku belikan pisang... selalulah pulak aku terlupa bila teringat aku belilah dan inilah yang di buat dengan pisang-pisang ituuuuuu..........



Aku bagi dia peluang mengerjakan segala peralatan aku tu tapi dalam pengawasan rapi dari aku...... kang tak betul dia gunakan keknya  entah kemana barang aku yang punah ranah.
 
 
 
Adunan dah siap di adun sekarang tiba masa untuk membakar..... guna oven pun kena ajar gak ...kali pertamalah katakan kang tersalah adjust hangus rentung kek tu nanti.
 
 
 
Kek sedang mengalami tumbesaran yang sihat kat dalam oven tu...!!!
 
 
 

" Lihatlah ummi kita juga boleh buat kek.........huahuahuaaaaa !!!! "
 
Tersenyum bangga bila dia dapat mengalahkan aku dan membuktikan dia juga boleh buat kek.
Haaa...pasni ko jelah buat kek ummi cuma makan aje lepas ni..hokeeeeyyyyy !!!!
 
 
 
Inilah dia hasil kelahiran sulung ( leh pakai ke ayat ni ??? ) anak dara aku.
Kek pisang ...... nak resepi ????
 
Alah kek biasa biasa je tu ramai orang dah pandai buat dahhhhh.....
Resepi leh jenguk kat blog aku yang satu ni........  DI SINI.
 
 
CN : Pesan aku awal2 lepas pakai dapur aku sila kemas macam kejadian sebelumnya itupun kalau nak merasa membaking lagi leeeee.....
 
 
SALAM UKHWAH
 

 
 
 
 
 
 


Wednesday, July 6, 2011

~ WORDLESS WEDNESDAY ~






CN :  1 Malaysia..... !!!


SALAM UKHWAH

Saturday, July 2, 2011

Terlampau xcited nak lari sudahnya duk atas tilam je lah......


Salam hormat kepada semua blogger2 dan silient reader RKTS....

Hari ni tanggal 2 JULY 11 ( cehhhh... macam tarikh bersejarah jeeee...)
Semua sekolah buat larian 1 MURID 1 SEKOLAH 1 MALAYSIA.
Termasuklah sekolah anak-anak aku pun kena jugak buat acara ni.
Ikutkan jadual yg sekolah bagi pukul 6.30 pagi mesti ada di kawasan sekolah.

Petang semalam PRINCE aku dah dapat no yang di lekatkan kat baju sukan dia.
Terlampau xcited benau anak bujang aku nak berlari ramai ramai dengan kawan2 sekolah rendah guru-guru dan kakak kakak abang abang sekolah menengah jugak.

Aku balik kerja petang semalam dia dah siap basuh baju dan seluar sukan dia.
Dah siap ampai dan keringkan lagi.
Pastu tunjukkan kat aku no yang dia kena pakai nanti.
Kalau tak kerana larian ni jangan harap dia serajin tu nak basuh baju sendiri dah tentu tunggu aku membebel macam murai tercabut ekor dulu baru nak basuh baju dengan kasut sekolah.

"Ummi..ummi...esok may kena lari dengan kakak...nanti may nak lari laju2 mesti semua orang kalah"

Kebetulan malam tadi adik beradik aku datang makan-makan kat umah aku.....dia siap menghebahkannya lagi.

"Malam sok jangan lupa tengok TV yea mesti muka may ada kuar dalam tv sebab cikgu cakap ada pemberita gak datang ambil gambar......tengok tau jangan tak tengokkk "

He....he..suko bonar kau ya dikkkkk.....!!

Tup..tup.... pagi tadi tadi bangun tido badan dia panas menyengat.
Kepala dia pusing-pusing.
Berlari ke bilik air dan muntah-muntah.

ANAK BUJANG AKU DOMAMMMMMM !!!

Tu diaaa....jaguh marathon tu nak lariiiiii sangatttttt....
Sekali demam terus tido ateh tilammmmm...
Sudahnya si kakak ajelah yang ke sekolah hari ni menyemarakkan lagi 1 MURID 1 SEKOLAH 1 MALAYSIA ...!!
Si perwira aku tu pulak dah kalah sebelum berlariiiiii...hihihi !!!!

Nak wat camno dik oiii tak do joki nak lari-lari ramai-ramaiiiiiii...!!!!!
Esok lusa kita lari lari kat padang paroi jelah yeaaa.... lari ramai-ramai gak tu....!!
Lagi best lari dongan orang tuo tuo gerenti adik menang punyaaaa ......
Nanti ummi panggil orang2 TB 3 datang ambil gambar adik yeaaaa..... :))


CN : Kita ni mampu merancang ALLAH jugak yang menentukan......


SALAM UKHWAH

Friday, July 1, 2011

Mintak mahap leee banyak-banyak.... !!!!


Salam Jumaat hari penghulu hari.... !!!



Sejambak bunga seekor beruang.

Bunga dengan bear  kat atas tu nak mohon maaflah  kat sesapa yang masuk sini tapi tak do entry terbaru.
Sejak dua tiga hari ni aku memang sibuk giler tahap atromen lawan raksaksa gamaknya.
Baik di ofis mau pun di rumah.
Jadi untuk hari ni aku tak sempat nak cari tazkirah terbaru untuk hari Jumaat minggu ni macam selalu tu.

Daripada blog ni berabuk-abuk macam blog aku yang satu lagi tu lebih baik aku tulis ayat serangkap dua dulu petang ni.
Kot kot aku ada masa malam ni kang aku nak  pergi kemas blog masak-masak aku tu pulak dah banyak nau sarang labah-labah agaknyeeeee !!!!!


Okey aku mulakan keja aku balik.
Kot kot ada masa lapang kang aku curik2 masuk blog kawan-kawan untuk BW.
Tu pun kalau line internet kat ofis ni tak slow giler macam siput vavi.

Salam Jumaat dari aku di RKTS ni..!!


CN :  Bila banyak idea nak update blog time tulah pulak tak ada banyak masa..... tulis sikit2 macam ni kira acilah  errkk !!

SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails