Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, July 13, 2011

Tanya suami niat berkata ‘cerai’.





BARU-baru ini berlaku pertengkaran antara saya dan suami. Ketika itu dia memang terlalu marahkan saya dan keluar daripada percakapannya seperti ini: “Kalau kita nak cerai, cerailah.” Adakah jatuh talak ke atas saya?

SYARIFAH,
Selangor


KATA-kata itu masih kurang jelas walaupun menggunakan perkataan cerai kerana ia tidak secara langsung. Perkataan yang jelas adalah seperti ‘aku ceraikan engkau dengan talak satu’ atau sebagainya.

Dengan itu suami perlu diminta penjelasan terhadap niatnya yang sebenar. Seelok-eloknya perkara seperti itu dirujuk ke Mahkamah Syariah dan pihak terbabit akan memutuskan sama ada jatuh talak atau tidak dengan penjelasan suami nanti.


Bagaimanapun, cerai atau talak bukan perkara yang boleh dipermainkan. Hindari daripada kata-kata sedemikian demi memelihara keharmonian rumah tangga

SUMBER :  HMETRO (soal jawab bersama Dr Salam)


SALAM UKHWAH

5 comments:

MakNgah said...

Ct Noarizah
Sila ambil ward dari Mak Ngah.. :)

IXORAROXI said...

Salam Arizah, moga awak sekeluarga sihat walafiat ya

Cik Ina Do do Cheng said...

Arizah, kata cerai tu tak menunjukkan maksud yang jelas, apa-apa pun janganlah mempermainkan perkataan cerai tu . tak baikkkan.

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA...alhamdulillah masing2 baru je elok demam dan batuk sekarang kesihatan bertambah baik..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK INA.... Betul tu tapi lelaki ni selalunya ego sangatkan kekadang dia ckp mcm tu dah buat hati isteri rasa was was.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails