Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, July 25, 2011

Asalkan hati mereka puas..!!

Ini kali kedua aku taip citer ni !!!!

Hari sabtu hari tu lepas je PRINCE habis aktiviti sekolahnya aku terus je bersiap nak balik kampung...pas hubby balik dari keja yg setengah hari tu kami teruslah balik kampung pasal dah janji nak bawak mak abah bershoping baju raya kat Nilai.

Sampai je kampung mak dah siap masak ayam masak lomak cili api... wauuuu kegemaran aku nak nak pulak mak aku kalau masak lomak terasa manisnya santan tu pasal dia guna santan yg dia perah sendiri...kelapa pun fresh !!


Setiap kali datang sini mesti ramai orang nak parking pun susah !!

Lepas zuhur baru kami semua berangkat ke nilai 3...awal-awal lagi abah dah pesan kena balik awal pasal dia nak tengok bola MALAYSIA lwn SINGAPORE..... macam ni tak dapatlah nak jalan puas-puas pasal nak mengejar masa.

Kat sana aku bagi mereka berdua pilih  baju yg dah siap berjahit , corak dan warna apa yg mereka mahu.... kebiasaannya aku yg pilih sendiri tapi kali ni aku bawak mereka ke kedai dan boleh pilih berapa pasang yg mereka mahu...pasal harga tak payah risau aku yg bayar.

Selalu mak aku komplen pasal warna yg aku pilih cerah2 tak sesuaiiii usia dia.... mana taknya aku balun beli baju warna merah mau tak segan orang tua tu nak pakai !!

Aku kan muda lagi warna yg aku pilih seharusnyalah yg terang tapi aku lupa baju tu bukan aku yg pakai...: )

Dulu waktu kami adik beradik masih kecil mak dan abah jarang berganti baju raya baru  maklumlah abah sorang je kerja anak-anak pun ramai..... aku dan adik beradik perempuan yg lain akan mendapat baju kurung hasil tangan emak aku ... mak akan jahit sendiri baju kami semua untuk menjimatkan kos.

Tapi semenjak anak-anak bekerja emak dan abah mewah dengan pakaian sampaikan tak cukup hanger nak gantung.... hari ni bertambahlah lagi koleksi baju raya mak dan abah malah lebih puashati mereka dapat pilih sendiri apa baju yg mereka mahu.... hubby beli kan sekali baju untuk anak-anak dah sampai sana sekali harung ajelah kan !!

Abah aku sibuk je bertanya..... bila nak balik...bila nak balik.... risau betul dia terlepas perlawanan tu.... kemaruk bola betullah abah aku ni !!

Sebelum 7 malam kami dah tercongok kat umah mak kat kg pasal abah nak tengok bola walaupun aku sendiri tak puas berjalan pasal aku punya baju selai pun tak sempat nak  beli......yg penting abah dapat tengok siaran bola  kegemarannya.... adik aku yg 3 orang lagi tu tak terus balik tapi melencong lak ke paroi pergi tengok MAHA kat sana.

Petang semalam (Ahad ) lepas je PRINCE habis training taekwandonya aku dan hubby terus ke Nilai lagi... kali ni nak cari baju untuk aku lak.... tapi banyak yg tak perkenan kat mata aku.... cuma dapat sehelai blous bercorak bunga dan sehelai tudung je...... aku ni kalau tak perkenan kat mata memang aku tak beli walaupun cantik kat mata orang..... aku yg nak pakaikan kena ikut selera mata aku sendirilah.

 
Sampai kat sini aku merayau tapi tak jumpa pun  jumpa yg perkenan kat hati.


Padahal petang sabtu tu senang je cari baju mak abah tak payah merayau sampai sakit kaki ... agaknya pasal niat tu yg buat mudah segala urusan !!

Aku merayau macam tawaf satu nilai tu tapi yg jumpa selai baju je..... tak berbaloi sampai umah malam-malam....bengang betul baik aku cari kat seremban je lepas ni !!



CN : Aku yg terlalu cerewet ke atau memang baju orang2 muda cam aku ni yg  tak cantik kat sana ?


SALAM UKHWAH


10 comments:

Unknown said...

kak ct..hheheheh..

agak2 kalau kita berdua shooping..
ayu serenda...
ayu tak suka tau jalan2 pilih pakaian..

hehehehe..
kalau elok jer, ayu rembat
atau ayu jenis tak pandai memilih??

hehehhehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU... memang ramai yg tak tahan jalan dgn sy tu pasal abah sibuk nak balik cepat dia takut sy angkut dia berjalan sampai sakit kaki..hehe !!

Memang sy mengakusy manusia paling cerewet bab membeli barang ni tak akan beli kalau tak perkenan kat mata sekalipun ada jualan murah tu pasal jarang2 g shopping..:)

IXORAROXI said...

Salam Arizah..mesti seronok emak dan abah tu kan..kita bertuah kalau masih ada emak abah yang masih hidup, Allah pilih kita untuk berbakti dengan izin suami..alhamdulillah

ariana said...

Wah..senanglah dah beres menyopping untuk raya awal2 ye..tak lah terkejar-kejar nanti, lagipun bulan puasa kang penat pulak..akak belum lgi..abg sibuk memanjang..

SITI NOARIZAH ARIS said...

IXORA... dulu kita kecik dia belikan baju kita skrg giliran kita lak belikan utk mereka...puashati bila tgk wajah mereka dpt baju baru mcm kita kecik2 dulu.

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... bulan puasa nnti takut x larat lagipun ank2 sy pun puasa nnti goyong lak iman jln time panas2 ni..hehe!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... bulan puasa nnti takut x larat lagipun ank2 sy pun puasa nnti goyong lak iman jln time panas2 ni..hehe!!

anyss said...

Assalamualaikum,
waaaaaa sangat2 suka kalau siap2 awal macam ni. Tak payah nak sesakkan tempat soping bila masa nak raya nanti...

SITI NOARIZAH ARIS said...

ANYSS....w'laikumsalam tetiap tahun mmg beli awal2 pasal anak2 dah berpuasa sian lak nak bw jln time puasa cuaca pun panas.

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina belum pernahsampai ke nilai 3 ni. cik ina kalau bab baju tak cerewet sangat janji sedap dipakai dan sedikit longgar.

teringat plak masak lomak ayam kampung seseorang masa cik ina duk gadong keja kat rembau n.9. piau, kelapa mesin sendiri ambik kat belakang rumah.n.9 masak lomak dorang tak boleh lawan. terbaek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails