Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, June 2, 2013

Hari minggu pun kerja jugak.

Assalammualaikum...  

Hari ni kontraktor ni wat keja lagi sambung pecahkan bilik air tu
Mereka akan tanam paip dalam dinding sekali sebelum dinding tampal tiles baru.
Walaupun hujung minggu datang gak wat kerja tapi datang lewatlah dari biasa.
Orang Cina memang rajin wat kerja kata hubby cepat kerjanya siap cepatlah dapat duit.





Hubby aku pun rajin gak kerja hari minggu ni.
Sekarang ni dia ada kat Kemaman hantar brg2 untuk customer yg baru turun  dari AirPort semalam.
Sepatutnya aku ikut dia petang semalam tapi pasal Cina ni wat kerja sampai petang terpaksalah aku tinggal kat sini.
Lagi pun kalaulah aku pun ada kat ganu sekarang ni tentu Cina2 ni tak dapat sambung kerja dyorang hari ni.

Malam tadi aku start masuk umah adik aku dik yah kat taman sebelah ni.
Terasalah seronoknya dapat balik bersantai2 dengan selesa sambil mengeteh malam tadi.
Seminggu aku hilang life aku duduk dalam umah yg bersepah2 .
Tong gas entah kat mana, pinggan mangkuk ke sudut lain, dapur pun tercampak keluar.
Semua barang2 separuh kat porch depan separuh lagi dalam bilik anak dara aku.. Gasaklah.

Pagi tadi aku start memasak balik macam selalu lepas seminggu tak pegang kuali dengan sudip.
Terasa kepuasan dapat buat rutin seharian tu semula walaupun kat umah adik aku.
Adik aku dan suaminya duk kg sekarang ni selepas keguguran jadi memang selesalah aku anak beranak duk dalam umah tu buat sementara waktu ni.
En hubby aku tu dah mula mengarahkan aku masak balik macam selalu.
Dah tak selera nak makan kat luar lagi....tak konyang kato ea !!!
Okey kanda, adinda menurut perintah.

Tak sabar dah nak tunggu umah ni siap dan kembali seperti sedia kala.


Salam Ukwah,

Saturday, June 1, 2013

Berserabut,berdebu, berhabuk..... Poning kepalo!

Assalammualaikum....

Hampir 3 minggu tak update blog ni.
Berhabuk, berdebu dah blog ni sama gak keadaannya dengan umah aku sekarang.
Aku tengah renovate dapur dan bilik air sekarang ni.
Keadaan umah aku sekarang ni tak payah ceritalah.
Sapa2 yang pernah lalui situasi sama macam aku sekarang ni mesti tahu cammana keadaan rumah dan perasaan aku sekarang ni.


 
Balik je kerja terpaksa mengadap umah yang berselerak dgn barang2 sendiri termasuklah brg2 kontraktor yg di letakkan dalam dapur aku.
Itu lum kira lagi kesilapan kecil yg di lakukan kontraktor yg aku kena komplen balik.
Dah seminggu dah berkeadaan macam ni.

Hari ni kontraktor pecahkan bilik air.... Dinding tengah dan luar dah siap tapi lum tampal plaster simen lagi.
















Pecah bilik air ni pun hubby aku call semalam Mintak dia buat arini gak pasal kami plan sebelum sekolah di buka bilik air mesti dah siap.
 
 
Hari ni ada jemputan kenduri kat umah pak long aku kat tmn dusun nyior,Seremban.
Aku pergi kejap je lepas makan kena balik cepat pasal Dyorang ni masih buat kerja lagi kat dalam umah aku ni.
Esok mereka tak kerja pasal hari minggu jadi bolehlah aku ikut hubby ke Kemaman,Terengganu malam ni.

Aku nak restkan otak dengan badan aku.... Tak sanggup nak tengok umah yg dah macam tongkang pecah ni.
Inilah keadaan yg perlu di lalui bila renovate umah selepas kita tggl dalam umah ni.
Tapi renovate pun untuk keselesaan dan kepuasan sendiri gak pasal umah kita sendiri bukan umah org lain pun.

Aku sambung lagi lain kali, nak siap2 pergi makan nasik minyak ni.


SALAM UKHWAH.

Thursday, May 9, 2013

Asam pedas ikan patin.

Assalammualaikum...

Pagi lepas subuh kena ke dapur siapkan sarapan untuk rakyat jelata.
Petang lak balik  dari keja masuk dapur lagi siapkan makan malam untuk rakyat jelata jugak..
Bila hari-hari kena masak kita pun leh kering idea dalam otak ni.
Korang ada rasa macam tu tak ?

Kekadang tu aku merayau ke blog teman2 blogger masakan nak cari apa idea nak masak .
Semalam dalam esbok aku kat umah tu ada lebihan ikan patin beberapa hari lepas yang tak di masak lagi.
Kebiasaannya ikan ni kalau buat asam pedas cepat je laku kat umah aku ni.
Kalau goreng2 tak laku sangat tu yang aku buat asam pedas je lagi pun ada gak sayur bendi yang masih lagi berbaki.
Aku nak clearkan stock makanan yg ada tu sebelum beli stock yang baru.

 
Selama ni masak  asam pedas ikan guna asam jawa tapi semalam aku terbaca kat  SINI  leh guna asam keping malah asam keping baik untuk kesihatan.
Ohhh yesss... i like bab healty healty ni. :)
Maka terjadilah asam pedas aku ber-asam-kan asam keping.
Kalau mak aku dia akan kunyah asam keping ni tapi aku tak terliurlah lagi nak mengunyahnya.
 
Masamnya sama macam korang gunakan asam jawa tu tapi di sebabkan aku guna asam keping yg agak besar kenalah aku kuarkan dari periuk tu bila dah terasa masamnya... kang di biarkan asam tu lelama dalam tu teramat masam lak asam pedas aku tu tak termakan lak kat rakyat jelata ni nanti..


Sayur bendi itewww haruslah adoooo !!

Okey pasni guna asam keping je tak payah guna asam jawa.
Kata nak semakin sihat kannnnn !!!!

 
SALAM UKHWAH

 

Wednesday, May 8, 2013

WE ARE MALAYSIAN !!

Assalammualaikum...


 Takmo gado gado arrrr...:))
 
 
 
SALAM UKHWAH

Monday, May 6, 2013

Kuih sago bronok ~ kuih pilihanraya.

Assalammualaikum....!!

Salam satu malaysia.
Tahniah BN ...semua orang dah tahu keputusan PRU 13.
Orang melayu jangan leka sangat dengan keselesaan kita hari ni ..INGAT pada yang tak keluar mengundi semalam undian anda di perlukan untuk 5 tahun yg akan datang.
Paling penting semua parti dah berusaha dan berikhtiar...menang kalah adat bertandingkan.
Tak yah nak kecoh-kecoh manusia ni selagi hidup tetap tak puas hati.
Sama jugaklah macam kuih yang aku buat semalam ni.



Kebetulan aku terbeli sago kaler ijo walaupun sebelum ni aku suka buat kaler merah je, sampaikan adik2 aku kata kenapa tak beli yang kaler biru baru ngam dengan pilihan raya ni.
 
Kuih sago bronok  ataupun sago mata ikan ni permintaan dari abah aku.
Dia mintak aku siapkan kuih ni tapi idok le 2 kaler aku je ngada-ngada nak buat 2 kaler.
Aku tak puas hati pasal kuih ni lembik dari yang sebelum ni mungkin jugak terlebih kacau kat dalam periuk tu atau sago terlalu kembang.
Abah aku panggil adik aku shilla yang kat arau tu balik sekali.
Maka berkumpullah kami adik beradik yang dari perlis sampai ke johor kat umah mak semalam.
Sib baik takdo yg tinggal kat sabah serawak tu , kalu tidak kena gak balik semenanjung naik belon.
Lepas balik mengundi abah masakkan anak menantunya nasi tomato, dalca dan ayam berempah.
 
 
Kuih yang dah selamat di bedakkan dengan kelapa parut,
 
 
Kuih sago ni dari dulu sampai sekarang aku aku masih lagi mengunakan resepi CHEF HANIELIZA yang femes di amos tu.
Aku tak puas hati kali ni pasal kuih ni lembik dari yang aku buat sebelum ni mungkin jugak terlalu lama dalam periuk dan sago terlalu kembang.
Resepi ni tak salah tapi teknik aku yg salah walaupun dah banyak kali aku buat  sebelum ni.
Aku jarang buat kuih ni pasal aku tak berapa suka dengan kuih yg manis2 , tapi bila  ada permintaan aku buatkan lee....
Walaupun begitu kuih2 ni dah selamat pun masuk dalam anak tokak masing2. :))

 
Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
2 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut
sedikit garam ] gaulkan rata
daun pandan [simpulkan]

Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.
 
 
SALAM UKHWAH

Sunday, May 5, 2013

Masih setia mengundi di parlimen jelebu.

Assalammualaikum....





Walaupun dah 17 belas tahun menetap di senawang dan beralamat rasmi di sini namun untuk PRU 13 ini aku masih lagi setia mengundi untuk parlimen jelebu untuk kali yg  ke 3 . Seperti PRU  yg sebelum ni aku masih .lagi terpilih untuk memangkah di sek keb amar penghulu ,sekolah rendah aku dulu .


 
Aku berada di sini pukul 9.30 pagi tadi.
 


Aku, mak dan abah sahaja yang memangkah di sini ....'adik beradik aku  yg lain membuang undi mereka ke dalam peti undi di dewan kg batu serambai.
 


Ingatkan tak de lah kena beratur sepanjang ni macam yg sudah sudah rupanya kena jugak....aku rasa macam nak balik je pastu datang balik petang mengundi , salah satu sebab line aku ni bergerak perlahan kerana memberi peluang kepada warga emas serta yg uzur yg datang untuk membuang undi dahulu.


Bukti aku telah menunaikan tanggungjawab aku kepada negara tercinta.
 

Sehingga entry ini di tulis siaran langsung keputusan undi masih belum mengistiharkan kemenangan parti mana di daerah tumpah darah aku tu dan entry ini di tulis dari kediaman tetap aku di senawang, seremban.


SALAM UKHWAH

Friday, May 3, 2013

Kalau dah bukan rezekinya...

Assalammualaikum...!!


Dah masuk bulan mei dah.
Hujung minggu ni rakyat satu MALAYSIA akan menunaikan tanggungjawab 5 tahun sekali memilih pemimpin terbaru.
Samaada yang ada sekarang akan kekal memerintah atau yang baru akan mengambil alih...wallahualam.
Kita tengok je keputusan SPR 13 tu nanti.
Bila semakin dekat hari mengundi macam2 kempen dan ceramah di adakan.




Baru-baru ni khemah didirikan dopan umah aku.
Orang BN,  tok mat menteri bosar nogori sombilan tu datang berhujah.
Penuhlah depan taman aku dengan bendera BN.... lepas asar seluruh taman senyap sunyi keta pun tak lalu... mna taknya semua berkumpul dalam kemah dongar tuk mat dan kuncu2nya berceloteh.
Aku balik kerja bancuh teh dengan kuih siap duk dalam umah dengar tuk mat berucap tak payah susah2 berebut kerusi dalam kemah tu.
Yolah sejongkal je pentas tuk mat bercakap tu dari umah aku, terang dan jelas apa dia cakap aku dengar dari umah aku tu.

Kalau ada rezeki BN lagi tahun ni monanglah kan.... kalau tak do rezeki apo nak buekkan.
Pilihan di tangan kito yang memangkah ni nanti.




Malam tu pulak aku dapat berita sedih adik aku keguguran .
Kasihan adik aku yang sorang ni dah 2 tahun menunggu cahaya mata dah happy 3 bulan tetiba rezeki di tarik semula.
Apa nak buat kalau dah belum rezeki diakan... sabar jelah.





Mak mintak aku hantar nasi kat dik yah.
Dia masuk wad pukul 7 malam mana ada lagi makanan dalam wad lagi memalam tu.
Aku bergegas masakkan lauk ringkas yang sesuai untuk dia.
Janji dia kenyang, tukar baju pun aku tak sempat pakai je baju kelawar dengan inner dan berselipar jepun je aku ke spital.
Kang lambat tak leh masuk lah ke wad paham2 jelah spital kerajaan ni kan.
Tapi hari tu mak guard yang jaga kat pintu besar tu cukup baik benarkan aku masuk siap senyum lagi tu walaupun jarum jam dah dekat spuluh malam dah tu.




Agaknya dia dia kesian tengok aku pakai baju macam orang bosar porut gaknya , tangan kanan pegang makanan tangan kiri pegang beg.
Ko sanggup pegi spital pakai baju tido berselipar jopun cam aku ???
Orang pandang aku , aku buat dekkkk jeee , tak pandang kiri kanan pun yang aku tahu nak bagi adik aku makan je malam tu.

Ermmm..... ingatkan tahun ni dapatlah 2 orang anak buah baru.
Nampaknya sorang jelah.....yang kat JB tu harap2 tak ada masalah lah sampai melahirkan nanti.


SALAM UKHWAH




 

Tuesday, April 30, 2013

Rezeki jangan di tolak-tolak.

Assalammualaikum.....

Bila kita terima jemputan orang adalah wajib untuk kita menghadirinya.
Itupun jika tiada aral yang melintang.
Kok sakit ko ..kok ado yg meninggal ko camno lak nak datang kan?
Sepanjang minggu ni sahaja aku dapat macam-macam jemputan makan-makan.
Alhamdulillahlah...rezekikan.

Hari sabtu hari tu aku hadir ke rumah kenduri orang kampung aku jugak.
Majlis ni di langsungkan di kg Tanjung berangan, ulu klawang.
Tapi aku sampai pun dah dekat pukul 2 petang pasai ari tu anak daro den nan seorang tu ado lak sekolah ganti.
Tunggulah dia balik sekolah dulu... dari senawang ke jelebu hampir 45 minit.
Sampai je ke rumah mak pengantin masih ramai lagi tetamunya tak delah rasa segan datang lambat kan.
Kata si tuan rumah " Tak pe nya datang lambat asalkan datang".

Esoknya hari minggu  ke majlis jemputan kawin di dewan sek men Datuk Musa Al-haj di kuala klawang.
Tuan majlis ni orang kampung aku gak,  rumah pun dekat je dengan rumah mak aku tapi kerana kawasan rumahnya kecil terpaksalah buat kat dewan sekolah menengah.
Majlisnya ringkas aje tapi pemancing undi ada gak kat situ.
Kata orang menyelam sambil minum air.

Hari rabu cuti 1 may ni lak adik aku nak buat majlis hari jadi untuk anak lelakinya di sri kembangan, selangor.
Nampaknya makan kek lagilah hari tu.... hancus leee diet mak long ko ni asyraf oiii.... tak makan tak boleh nanti termimpi-mimpi..hehe...

Hari sabtu yang akan datang ni pulak 4 may jemputan kenduri lagi.
Pak cik hasyim sedara sebelah abah aku mengajak aku meghantar anaknya bersanding kat Tmn Ampangan, Seremban.
Nampaknya kenalah ambik cuti pasal setiap kali adik2 aku nikah dia tetap ada meramaikan kami sekeluarga .
Kenduri sebelah pihak lelaki (anak pak cik) akan di langsungkan sebulan lagi.
Kali ni tibalah masa aku membalas budi dia lak kan.
Aku bawak sekali mak abah  pergi mengantar tu nanti.

Hari Ahadnya 5 May tak do makan2 tapi pogi mangkah  kat sek keb Amar Penghulu, Ulu klawang.
Depan umah mak aku je sekolah ni.
Kat kampung aku cuma bulan dengan dacing jeeee.
Yang manakah pilihan hati ???


p/s : Entry ni update kat opis , gambar2 sepanjang majlis tu lak ada dalam ipadmini aku tu jadi aku kasi baca citer dulu,  gambar lak kemudian errkk..:))


SALAM UKHWAH


 

Wednesday, April 24, 2013

Dah jadi dah si tolo asin itu.

Assalammualaiku...!!




Ini telur itik dan telur ayam yang anak bujang aku bawak ke sekolah hari tu.
Dah balik dah tolo tolo ni.
Menjadi gak x-perimen sains anak bujang aku ni kat sekolahnya... merasalah aku sekeluarga makan telur asin buatan tangannya.


Dah siap di rebus dan di belah tunggu masa untuk di ngap jeee...
 

Selama ni aku tak taupun yg tolo ayam boleh di jadikan telur asin... yelah asyik nampak telur itik je kat kedai2 dan pasar2 tu kan.
Mak aku kata telur ayam boleh di buat telur asin tapi tak sedap macam telur itik.
Jadi aku pun mengetestlah telur ayam yg telah jadi telur asin tu.
Kompem betul mak aku cakap memang kurang sodap...telur itik asin tu jugak yg sedap.
Telur2 ni kurang sikit masinnya pasal anak aku letak garamnya sedikit.
Tapi kalau bagi kat mak aku ni sesuai sangatlah kan pasal dia pun ada darah tinggi, memang healty le untuk orang2 macam dia rasa telur asin ni.
Ayahnya tanya kenapa tak letak garam banyak2 biar dia masin macam yang jual kat kedai tu.
Anak bujang aku jawab " ummi kedekut garam tak bagi ambik banyak2"
Uiiikkk...aku lak yg kono !!


Malam tu juadah dinner kami adalah ayam masak kicap berempah dan sambal goreng kentang campur tempe cili api dari air tangan aku dan juga tolo asin ayam dan itik dari tangan si anak bujang .
 
 
Maka bergabunglah juadah dari dua generasi..hehe...


SALAM UKHWAH


 

Saturday, April 20, 2013

PRU 13 punya pasal..

Assalammualaikumm...


Pagi semalam pukul 8.30 pagi aku dapat pangilan dari  ibu pejabat polis daerah seremban.




 POLIS : selamat pagi puan boleh saya bercakap dengan puan sebentar. saya dari ibu pejabat polis seremban.
AKU : Ya .. kenapa tu? ( aku dah cuak ni pepagi polis call aku, rasanya aku tak de langgar lampu merah  pagi ni)

POLIS : Maaf puan menganggu, puan jangan takut lak polis call pagi2 ni ...sebenarnya kami nak memaklumkan kepada  puan yg  anak buah puan Mohd ...... di arahkan bertugas pada hari ini (Jumaat ) dan esok (sabtu).
AKU : Bukankah polis bantuan hanya bertugas pada waktu malam sahaja ? (staff aku ni angota polis bantuan daerah seremban )

POLIS : Ya puan tapi untuk 2 hari ini kami  mengarahkan semua anggota kami bertugas kerana  hari penamaan calon dan kami akan berikan surat pengesahan kepada dia nanti sebagai bukti dia bertugas untuk 2 hari ini. Surat baru sahaja di hantar pada pagi ini kepada kami dan kami berharap ia mendapat kerjasama yang baik dari pihak puan untuk melancarkan penamaan calon PRU 13 ini.
AKU : okeylah kalau macam tu cuma saya harap ada surat tunjuk sebab dari encik nanti kerana saya akan menguruskan cuti kecemasan dia ni.

POLIS : Terima kasih puan dan kami mohon maaf kerana memaklumkan kepada puan di saat akhir kerana ini arahan dari pihak atasan dan anak buah pun salah seorang angota kami yang mempunyai prestasi cemerlang semasa bertugas dengan pihak polis.


Perbualan yang terakhir tu aku tak pasti tuk polis nak bodek aku ke atau staf aku tu.
Tapi budak tu memang rajin bekerja dan senang menerima arahan .
Tak kisahlah dia nak ambik part time kerja apapun tapi aku ingatkan dia sewaktu bekerja jangan bagi masalah pada rakan sekerja pulak.
Jangan lak malam ko kerja berjaga jadi polis bila siang ko asyik nak ponteng atau MC .

Masa muda2 nilah kita kena usaha lebih untuk mencari rezeki.
Masa ni badan sihat otak pun cergas , lebih baik dari duk melepak tak tentu hala tuju tu.
Sok sok dah tua bangka nak kerja apa pun dah tak larat lagi dah.
Masa tu nak nyesal tak gunakan usia muda cari rezeki pun dah takdo guno lagi dah.

Kita kenalah  selalu untuk  ingat rebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara lagikan ?.


SALAM UKHWAH





 

Friday, April 19, 2013

Salak ohhhh Salak.

Assalammualikum...!!

Beberapa hari ni cuaca panasssss sangat terasa macam berbahang.
Aku ingatkan aku sorang je yang rasa macam ni rupanya adik ipar aku kat JB tu pun up status kat FBnya bagitau malam tadi panas sangat sampaikan dia dua laki bini tu bermandi manda malam2 baru dapat tido.
Beberapa orang member pun up staus yg sama gak.
Ada tu mandi sampai onam kali !!

Panas tu macam berbahang nak tido malam pun tak selesa.
Rasa macam nak bukak baju je sib baik kat umah tu ada sorang anak lelaki bujang kalau takkk....
Lain le oghang laki laki ni pakai seluar je pun tak do hal cuba yg pompuan ni wat camtu kok bertambah tambah panas jadinya nanti.

Sekarang ni kat luar tu gelap je gayanya macam nak ujan.
Tapi ujan yang turun tadi rumput pun tak cukup basah.
Harap2 ujan le lebat2 pasni kasi sejuk sikit bumi bertuah ni.





Buah salak ni idaman adik  ipar aku kat JB tu.
Dah berminggu minggu dia mengidamkan buah ni baru je aku kirim beli dari sorang kawan hubby.
Itu pun dia jumpa dan beli kat area kuantan.
Buah ni kenalah aku simpan dulu sementara tunggu dyorang balik mengundi nanti.
Mak aku suruh balut dengan kertas sokabar biar dia tahan lamo..." Baiklah bonda anakanda menurut perintah" .

Sekali pandang  macam buah jering.
 
Aku kupas sebiji nak rasa tapi tak kena dengan tekak aku.
Ada rasa manis sikit tapi kelatnya banyak, mak aku kata makan dengan garam halus.
Agaknya bagi yg mengidam dan yg suka buah ni sedaplah agaknya.
Dari kocik sampai ke bosar inilah kali pertama aku makan salak ni.
Nampak benau tak pernah makan buah kampung sedangkan asalnya pun orang kampung.
Tapi kat kampung aku pun tak ada pokok salak ni apalagilah buahnya jadi bukanlah salah aku kannn...hehehe....
Orang kata  kelantan yg banyak buah ni.

Okeylah untuk adik ipar aku si puan PAZURA tu selamat menjamu matalah dulu dengan gambar buah salak ekau ni yo sebelum ekau menjamu anak tokak mu itewwww.....ngeh..ngeh..ngehhh.

Malam nanti jangan ngigau salak lak yooo.....


SALAM UKHWAH





 

Wednesday, April 17, 2013

Mangga muda.

Assalammualaikum....


Minggu lepas cikgu mintak tolo itik dah last minit baru bagitau apalagi bukak kutbah malam jumaatlah akukan.
Minggu ni cikgu mintak bawak mangga muda lak.
Projek sanis jugak nak wat eksperimen jeruk mangga tapi kali ni awal awal anak bujang aku tu dah bagitau dah.
Bila diberitahu awal tak di cari memang salah omak ea ni lahkan takkan nak kono kutbah dongan anak lak !




Semalam aku merayau kat econsave, senawang lepas balik kerja.
Memandangkan tiada pasar malam terdekat semalam ke econsave le hala tujuannya.
Aku nekad kalau tak jumpa mangga muda kat situ aku carik kat kodai buah jelah.
Sekali masuk dalam market econsafe tu ada macam2 jenis mangga lak kat situ.
Ada yang ijo ada yang dah kuning oren dah.
Aku picit2 buah yang ijo tu takut kalau kulit je ijau melekit tapi isi dalamnya dah masak.


 
Balik umah aku potong buah tu pasal cikgunya pesan potong  kat umah dulu.
Alhamdulillah mudo lagi buah tu leh le buat jeruk kat sekolah esok.
Bila aku potong mangga muda ni teringat kejadian awal tahun lepas.
Masa tu mak aku demam teruk, 2 bulan mak abah duk kat umah aku sampai mak sembuh.
Masa demam tu  dia teringin nak makan mangga muda buat masak lomak cili api.

Time tu aku cari kat pasaraya tak terjumpa pun mangga muda yg aku jumpa dah nak masak dan tak masam lagi.
Aku tebalkan muka minta orang sebelah taman aku ni nasib baik akak tu sanggup berikan aku mangga muda dari pokoknya.
Berselera mak makan gulai mangga muda takde campur apa2 pun, mangga semata-mata.
Sedangkan sebelum tu apa je aku masak semua tak sodap kat tekaknya.

Pasni leh le aku rasa  lak jeruk mangga anak bujang aku tu.
Tolo asin ari tu pun tak balik balik ke umah lagi !!


SALAM UKHWAH

 

Monday, April 15, 2013

Ni lah pasalnya aku malas nak tegur orang dulu...

Assalammualaikum....


Selamat hari senayan.
Semalam hari minggu aku pergi kerumah kenduri kahwin salah seorang dari orang kampung aku.
Bawa mak abah anak-anak aku sekali dan Ayie pun ada balik dari johor.
So kami pun berkonvoilah 2 bijik keta ke Taman Cempedak, Titi, Kuala Klawang.
Kenduri ni ada 2 pasang pengantin tapi kami tak sempatlah tengok pengantin tu pasal lambat bebenau sampainya.
Dah dekat pukul 2 pun tak muncul2 lagi.... apalagi baliklah perut pun dah konyang.

Biasalah ragam kenduri orang zaman sekarang kalau dulu pencuci mulutnya buah je.... la ni dah ada macam2 jenis manisan.
Gambar aku tak ambik pasal segan nak tembak sana tembak sini .
Orang pun leh tahan le ramainya sampai berebut kerusi nak duduk makan.

Ni jee sekoping yang ado tu pun area sini tak ada orang duduk makna.

Okey dalam majlis tu aku ternampak sorang kawan sekolah rendah aku dulu.
Dari jauh aku pandang2 tapi dia macam tak perasan aku tapi mak dia perasan aku pandang dia.
Waktu nak balik tu aku lalu kat depan meja mereka lalu aku pun singgah dan menegurlah.
Adat kita orang melayu ni dah nampak tu tegur tegurlah tak pun senyum.

Tapi si kawan aku ni pulak leh lak dia wat blurrrr je bila aku datang kat dia.
Aku tak pastilah dia betul2 tak kenal aku ke atau pun buat2 je kan.
Segan gak aku bila dia tak respon apa2 pun bila aku datang kat dia tu.
Aku takut tersalah orang aku ulang sebut nama penuh dia sekali lagi, maklumlah aku ni rabun2 ayam kang kok tersalah orang lak kan.

Sib baik le mak dia ada kat sebelah  dan mak dia cakap...
 "Acik perasan ko tadi dah cakap dengan dia.. dia kata tak kenal kau acik yang bukan kawan ko ni pun leh kenal ko lagi "
Aku perasan mak dia pandang2 aku dari tadi lagi.
Ni aku member dengan anak ke member dengan mak dia ni ??

Aku senyum jelah sambil kata " Tak pelah makcik dah lama tak jumpa dia tak ingat kat saya lagi tapi saya ingat kat kawan2"
Tetiba leh lak kawan aku tu mencelah " Ehh ko ada jumpa kawan2 sekolah kita dulu mana dyorang pergi ha?"
Ehh ehh tetiba datang lak datang balik ingatan kawan aku tu..
" Ada gak dalam facebook" Aku jawab.
Dia diam pastu  mintak no tepon aku .
No tepon ni pun entah berapa kali jumpa entah berapa kali mintak dah tapi calnya tak jugak.
Ujung2 dia tak cam aku balik.

Kekadang tu aku rasa malas nak tegur orang dahulu pasal isu-isu yang macam nilah.
Kita kenal orang tapi orang tak kenal kita...ada tu buat2 tak kenal jeee....macam kes kawan aku nilah.
Lebih baik aku tunggu orang tu tegur aku dulu.
Lagilah haru biru kalau tegur pastu tersalah orang... maklumlah pelanduk dua serupa ada di mana2 je.
Kes yang ni aku banyak kali terkena dah.
Tu yang kekadang aku lebih suka orang tegur aku dulu .

Tapikannnn kalau orang nampak kita dan kita nampak dia gak pastu kita tak tegur dia dulu dia akan caj kita ni sombong.
Pastu member tu leh lak merempan rempan dalam facebook pasal orang tu sombong orang ni sombong dengan dia.
Tak puashati siap UNFRIEND orang tu lagi...apalahhhhh !!!!!

Tapi dia pun tak nak tegur orang dulu ... tu tak dikira dia  sombong  gak keee ???
Acaner citer lak  tuuu....


SALAM UKHWAH


 

Friday, April 12, 2013

Dek kerana sebijik tolo itik..

Assalammualaikumm....


Dah dua hari cikgu sains berikan senarai barang2 untuk di bawa hari ni.
Diantaranya telur itik, telur ayam,garam dan botol.
Aku fikir mereka nak buat xperimen telur asin...agaknyalahhh .

Tapi si anak bujang aku ni terlupa ataupun buat2 lupa baru malam tadi bagitau cikgu suruh bawak tolo itik.
Itupun lepas balik kelas tuisyen pukul 10 malam !!
Tercari2 kat dapur yang di jumpanya tolo ayam.
Manalahhhhh aku ada buat stock tolo itik kat umah ni ....tolo ayam tu je yang aku beli bersarang2 tetiap minggu.
Ingat rumah ni pasaraya GIANT !!

Kerana kasihan kan si anak  kena marah kat cikgu atau di malukan dalam kelas esok , aku meredah kepekatan malam memandu laju ke TESCO EXTRA Seremban jaya.
Ini je pilihan yang ada ...dah pukul sebelas malam manakan ada kedai runcit yg bukak lagi.
Kalau ada pun bukan semua kedai ada jual telur itik tu.
Sib baik jugak TESCO bukak pintu sampai kul 1 pagi kalau tak berdiri ajelah ko dalam kelas tu kono marah kat cikgu .



Tapi tolo itik kat pasaraya ni pepaham ajelah selain dari kocik berselaput dengan bahan asingnya.
Kalau siang2 tadi di beritahu leh gak ke pasar malam pasal kat sana telurnya lebih segar,bersih dan besar.

Tetiba teringin lak nak rasa tolo asin hasil buatan sendiri.. . nak pergi selongkar lemari resepi kengkawan blogger lak pasni :)


SALAM UKHWAH



 

Wednesday, April 10, 2013

Gara-gara tersalah pasword..

Assalammualaikum...


Dua hari lepas aku tersalah login pasword maybank2u aku tu.
Tekan punya tekan langsung tak dapek login dalam online.
Dek kerana macam2 huruf yang aku cuba masukkan terusssss akaun aku di  block.
Aku call ke HQ Maybank ingatkan leh minta dyorang tolong reset balik pasword macam dulu dulu.(pernah sekali jadi cam gini).
Rupanya kita dah boleh reset sendiri dah tapi syaratnya kena register no phone kita kat Maybank2u lah dulu.




Di sobabkan eden ni jenis yg degil dan malas nak letak no telefon waktu kali pertama di arahkan dulu... haaa jadilah masalahnya macam ni.
Terpaksa aku keluar dari ofis pergi ke Maybank kat dataran senawang tu register no phone.
Dahlah tu tak leh lak main caling caling je..kena tunjuk kan muka dan ic kat depan kaunter tu.
Lepas isi borang, scan ic dan dyorang registerkan phone aku dalam data tu baru boleh log in balik.

Tu pun kena tukar pasword baru pulak tu, yang lama dah tak boleh di gunakan lagi dah.
Lenkali kalau di arahkan tu pergi  buat cepat2 jangan tunggu dapat masalah baru nak pergi register itu ini.
Tapi kita ni kena gak hati2 kalau dapat apa2 mesej berkenaan bank atau duit ni.
Almaklum jelah kan ramai yg dah jadi mangsa penipuan gara2 orang2 yg tak bertanggungjawab sekarang ni.

Berfikir berkali kali tu lebih baik sebelum buat apa2 tindakan kan kan kan ??


SALAM UKHWAH


 

Friday, April 5, 2013

Hafal dan Amalkan.

Assalammualaikum...
Salam Jumaat hari penghulu hari....

Sabda Rasulullah s.a.w:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau ...sebanyak buih dilautan...

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah...

Biarkan atau Sebarkan?

Sabda Rasulullah SAW, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya

maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

SALAM UKHWAH


 

Tuesday, April 2, 2013

Kudung.

Assalammualaikum...

Pasal entry semalam pagi ni kerani aku tu datang kerja bawa sijil sakitnya.
Aku tanya semalam demam ke, tak boleh bangun ke?
Dia jawab " saya tak demam tapi badan saya rasa melayang layang pasal ari tu saya terkena ujan"
Okeyyyy... Jawapan yg cukup cantik aku nak dengar tu.
Badan besar tapi kena ujan sikit dah lombik macam roti kono air.....huhhhh!!!

Lupakan pasal dia tu, tadi aku pergi pasal malam kat TTJ, senawang.
Dalam pada mata aku melilau memandang gerai gerai kat situ tetiba mata aku terpaku terpandang seorang budak remaja yang kudung tangan kanannya hingga ke siku.
Aku agak budak tu dalam umur tigablas ke empatblas tahun.
Tak pakai baju cuma pakai seluar track shut, duduk bersila atas jalan dan kat depannya ada tin biskut.
Tetiba aku rasa kasihan sangat kat budak tu lebih2 lagi bila hampir sebaya dengan anak2 aku.
Naluri seorang ibu..... aku rasa korang yg menjadi ibu2 kat luar sana mesti tersentuh hati tengok keadaan budak tu.

Lepas aku habis beli barang2 dan sewaktu nak balik tu aku lalu lagi kat depan budak tu.
Aku masukkan wang kertas dalam tin biskut tu dan terkejutnya aku tengok hampir setengah dari tin biskut tu penuh dengan duit.
Wahhh banyak jugak income dia hari ni.

Tapiiiiii aku terfikir perkara yang lain pulak.
Duit tu adakah semua kepunyaan dia ataupun budak ni jadi mangsa sendiket?
Kalau dia yg punya syukurlah ada gak perbelanjaannya beberapa hari ni.
Tapi kalau dia mangsa sendiket alangkah kasihannya dia!!!
Tangan yg kudung tu adakah sejak azali ataupun dia kanak2 mangsa penculikkan dan dilarikan jauh dari keluarganya lepas tu di......

Sewaktu aku masukkan duit dalam tin tu dia menjengukkan kepalanya meninjau duit2 tu sambil tangan kirinya mengaulkan duit2 dalam tin tu.
Masa tulah terlintas di fikiran aku siapa budak ni yg sebenarnya?

Apa sekali pun keadaan dan nasib budak tu aku doakan dia sentiasa selamat.
Sampai ke saat entry ni di taip aku masih lagi terbayangkan keadaan budak tu tadi.


SALAM UKHWAH





Monday, April 1, 2013

Geram betul aku !!ا

Assalammualaikum...

Aku geram yang teramat amat sangat hari ni.
Kerani aku ni boleh ambik MC lak ari ni sedangkan dia tahu hari ni banyak delivery.
Hari ni hari isnin macam biasa kalau isnin mesti banyak barang yg nak keluar .
Local ada eksport pun ada.
Ni pun awal bulan dah tentu aku sibuk nak closing stock untuk bulan march.
Tapi di sebabkan dia tak datang semua kerjanya aku kena buat sampaikan kerja aku sendiri tertangguh.

Dia bukannya baru kat sini dah hampir setahun dah.
Dah tahu isnin banyak kerja isnin tu jugaklah nak MC.
Sejak kerja kat sini dekat setahun dah dia ni kerap sangat MC sekejap sakit sini sekejap sakit sana.
Pastu bila wat kerja salah tak boleh lak di tegur kalau di tegur mulalah muka panjang sampai ke lantai.
Orang tegur sebab kerja kau salah dan bagi masalah kat orang lain tapi leh lak dia wat muka masam langsung tak bercakap dengan aku.
Ni sapa yg ketua ni ..... Dia ke aku??

Hari ni aku sibuk dari pagi sampai ke petang kat ofis ni pasal " budak itam "tu
Aku cuma dapat lunch 15minit je pastu kelam kabut balik wat kerja.
Esok aku nak tengok sijil MC nya teruk sangat ke sakit sampai tak boleh datang kerja.
Dah cuti 2 hari sabtu ahad pastu sambung lak MC lagi sedangkan kerjanya melambak .

Inilah namanya tak ada tanggungjawab.
Kelam kabut macam lipas kudu,g aku ari ni.
Kerja dia ku nak buat kerja aku gak nak kena capai!!
Dah tahu banyak kerja cari alasan ambik MC.
Betullah kata orang kalau nampak ular dengan si itam tu bunuh si itam tu dulu pasal dia lagi bahaya  dari ular.

Tapi marah marah aku..geram geram aku lum sanggup lagi nak bunuh orang .
Rasa menyesal gak tolong rekemenkan dia ni dulu pasal kesian .
Sekarang ni aku kena kesian kat diri aku sendiri.


SALAM UKHWAH


Sunday, March 31, 2013

Alasan .

Assalammualaikum...  


Kununnya nak balik kampung sabtu ahad ni tapi adik aku diqyah suruh mak datang seremban temankannya dua hari ni.
En hubbynya outstation ke terenganu .
Jadinya mak abah ada le kat sini.

Ayie dan diqnor pun nak balik kg gak tapi semuanya terpaksa menukar arah ke senawang .
walaupun mak abah kat sini tapi kami semua rindukan rumah kg tu.
Tempat kami tujuh beradik di besarkan...aku rindu nak tidur kat katil aku tu.
Tapi kerana seorang adik yang berbadan dua kami faham2 jelahkan.
Dimana saja mak abah berada disitulah kami semua akan berkumpul.

Petang tadi kami 5 beradik berkumpul minum petang kat umah yah.
pie pun datang gak dari kg bawak anak isterinya.
Selalunya kami yg duduk di bandar ni pulang ke kg kali ni dah terbalik lak.
Orang yg duk kat kampung lak turun ke bandar bertemu kami.
Cuma An sekeluarga dgn shilla je tak de petang tadi kalau ada lagilah hiruk pikuk rumah yah tadi.

Zaman tablet setiap orang akan memegang tablet main game kat dalam tu.
Pie tanya aku kenapa pilih Apple bukannya Samsung.
Aku jawab ringkas... samsung guna adroid senang hang!
Malam semalam yah tanya soalan yg sama jawapan itu jugak aku berikan.
Salah satu alasan tapi bukan alasan yg sebenarnya.

Jika kita ada dua pilihan antara kancil dengan merc pasti kita akan pilih
merc kerana qualitinya.
Semua orang pun tahu sejauh mana quality produk Apple.
Tak mahu bercerita panjang membandingkan beza Apple dengan Samsung tablet kerana aku risau ada yg terasa hati.
Antara adik2 aku ada beberapa org yg gunakan tablet samsung.
Mereka suka jadi tak salah mereka pilih yg terbaik mengikut fikiran dan kemampuan  mereka.
Aku sendiri pun ambil masa berbulan2 survey baik buruknya dua produk yg jadi pilihan ramai ni sebelum membeli.
Bagi aku biarlah "kalah membeli tapi menang memakai "nya.

Apapun pilihan kita ikutlah  mampu dan reason kenapa kita beli bukan untuk menunjuk2 ataupun terikut2 dengan gaya orang lain.
Ini semua daki dunia tak perlu nak "show off " sangat hingga ada yg berkecil hati.
Aku beli pun bukan untuk game tapi memudahkan aku BW dan update blog kat sini.
Selain dari mencari ilmu dan maklumat yg hanya di hujung jari.
Sesiapa yg dah baca blog aku dari dulu mesti tahu yg aku memang tak suka habiskan masa dengan game.

Ini entry pertama yg aku taip gunakan mini ipad ni setelah hampir sebulan bendaalah ni ada dalam tangan aku.
Aku harap dapat biasakan diri menaip tanpa keyboard dan mouse di sini nanti.


SALAM UKHWAH


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails