Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, April 2, 2013

Kudung.

Assalammualaikum...

Pasal entry semalam pagi ni kerani aku tu datang kerja bawa sijil sakitnya.
Aku tanya semalam demam ke, tak boleh bangun ke?
Dia jawab " saya tak demam tapi badan saya rasa melayang layang pasal ari tu saya terkena ujan"
Okeyyyy... Jawapan yg cukup cantik aku nak dengar tu.
Badan besar tapi kena ujan sikit dah lombik macam roti kono air.....huhhhh!!!

Lupakan pasal dia tu, tadi aku pergi pasal malam kat TTJ, senawang.
Dalam pada mata aku melilau memandang gerai gerai kat situ tetiba mata aku terpaku terpandang seorang budak remaja yang kudung tangan kanannya hingga ke siku.
Aku agak budak tu dalam umur tigablas ke empatblas tahun.
Tak pakai baju cuma pakai seluar track shut, duduk bersila atas jalan dan kat depannya ada tin biskut.
Tetiba aku rasa kasihan sangat kat budak tu lebih2 lagi bila hampir sebaya dengan anak2 aku.
Naluri seorang ibu..... aku rasa korang yg menjadi ibu2 kat luar sana mesti tersentuh hati tengok keadaan budak tu.

Lepas aku habis beli barang2 dan sewaktu nak balik tu aku lalu lagi kat depan budak tu.
Aku masukkan wang kertas dalam tin biskut tu dan terkejutnya aku tengok hampir setengah dari tin biskut tu penuh dengan duit.
Wahhh banyak jugak income dia hari ni.

Tapiiiiii aku terfikir perkara yang lain pulak.
Duit tu adakah semua kepunyaan dia ataupun budak ni jadi mangsa sendiket?
Kalau dia yg punya syukurlah ada gak perbelanjaannya beberapa hari ni.
Tapi kalau dia mangsa sendiket alangkah kasihannya dia!!!
Tangan yg kudung tu adakah sejak azali ataupun dia kanak2 mangsa penculikkan dan dilarikan jauh dari keluarganya lepas tu di......

Sewaktu aku masukkan duit dalam tin tu dia menjengukkan kepalanya meninjau duit2 tu sambil tangan kirinya mengaulkan duit2 dalam tin tu.
Masa tulah terlintas di fikiran aku siapa budak ni yg sebenarnya?

Apa sekali pun keadaan dan nasib budak tu aku doakan dia sentiasa selamat.
Sampai ke saat entry ni di taip aku masih lagi terbayangkan keadaan budak tu tadi.


SALAM UKHWAH





3 comments:

azieazah said...

Amat lah sedih dan kesal jika budak malang itu dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika sekalipun meminta wang utk diri sendiri, mana pihak penjaganya? Tiada kah pihak tertentu yg boleh membantu?

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

ariana said...

Mmg kesian kan..hrp2 bdk tu bkn lah mangsa penganiayaan..dan semoga Allah memberkati hidupnya.
Mmg banyak cerita kita dgr pasal kes aniaya kanak2 ni kan tp yg paling banyak kat luar negara..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails