Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, October 31, 2010

Ahli baru keluarga aku.

Si Mimie

Baru hari ini sampai di rumah aku.....gara-gara My Prince teringin sangat nak bela anak kucing ni.....sebelum ni kucing ni duduk kat rumah mak aku......sekarang dia jadi kawan sepermainan My Prince pulak.....cuma seekor je aku bagi bawa balik yg lain tinggal kat kampung.



Balik je dari latihan taekwando terus duk sini...gosok-gosok badan MIMIE.


Yang herannya si MIMIE ini suka bangat dengan My prince....nampak muka Prince dia berhenti mengiaow.



Siap ada lampu tidur lagi tuuuuu...!!!

Lepas ni makin sibuklah anak bujang aku menguruskan kucingnya ni.....biar dia ada rasa tangungjawab sikit......kalau malaaassss aku hantar balik ke kampung !!


CN : Aku kena tahan sikit dengan cabaran baru ni.....anak punya pasal kaaaannn!!! 


SALAM UKHWAH:
 


Saturday, October 30, 2010

Taniah Pemain KELANTAN....Syabas penyokong N.S

Yeeeeaaaaa.......Kelate juara piala malaysiaaa...!!!

Eeehh....ni pahal pulak aku lak yang suka ni??
Bukan ke aku ni anak Nogoghi ??

Tak pelah kan....inilah dia semangat kesukanan dan satu malaysia.
Tahun lepas PIALA tu dah merayap kat N.S tahun ni bagilah pulak dia berhijrah ke KELATE pulak g tengok budu.

Bergilir gilir le merasa pegang PIALA tu.....lagipun ini kali pertama Kelantan jadi juara...!
Apapun aku tetap bangga dengan penyokong N.S walaupun kalah penyokong HOBIN JANG HOBIN tak main mercun....tak bakar stadium....penyokong yang TERBAIIIIIKKKK !!!

Tahun lopeh pun N.S monang pasal dapek YAM TUAN baghu....tahun ni KELATE monang pasal dek sultan baghu...tu namo ea joki kek sultan....AHAKSSS !!!

Ohh yeaa...tetiba pulak tekak aku ni nak makan sate kijang!

CN : Sok gi kelate dapat cuti umum.....den pun cuti gak soookkk...apo nak jeleeessss !!!!

SALAM UKHWAH:

RUSA vs KIJANG....Malam ni !!!




Rusa  

                                              VS                                                     

KIJANG






Sewaktu blog ini di tulis perlawanan telah bermula 4 minit.....malam ni satu malaysia berkumpul di hadapan telivisyen di rumah masing-masing dan sebahagian lagi berada di stadium BUKIT JALIL menyaksikan perlawanan akhir PIALA MALAYSIA untuk tahun ini.

Lautan baju merah dan kuning membanjiri stadium tanda sokongan padu dari penyokong -penyokong N.SEMBILAN dan juga KELANTAN.




  
Melalui undian dari blogger termasyur BEN ASHAARI ni  RUSA mendapat undian tertinggi.....walau apa pun berbagai kemungkinan boleh berlaku.....mungkinkah PIALA MALAYSIA itu akan bermastautin lagi di N.S ataupun akan di julang oleh pemain-pemain KELANTAN pulak ??

KITA TUNGGU DAN LIHAT !!!


CN:  Baru jap tadi aku dengar abah aku menjerit GOOOOLLLL......rupanya dah 1- 0 .


SALAM UKHWAH:


Friday, October 29, 2010

Doa untuk Ibu bapa.

Salam jumaat hari penghulu hari...!!!
Rassulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…"


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
-Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,


Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya :  
YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal
“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….


CN : Aku dpt dari blog BEAUTILICIOUS  tuan punya blog cik manis ALINAC....terima kasih bebanyak utk cik yong ni!! 


SALAM UKHWAH:



Thursday, October 28, 2010

Al kisah di meja makan.

Masa :7.30 malam.


My prince : ummi..ummi...tadikan kat sekolah may dah buat baaaiiikkk !!!

My princeS : Habih selama ni ko x baiklah yeeee !! ( budak ni memang suka sakat adik dia  )

My prince : Bukan camtu...hari-hari may baik tapi kan hari ni sir puji maaayy...ummi nak tahu kenapa ?

Aku: Cerita jelaaahhh...( sebenarnya aku dh nak tercekik makan pasal tak minum air )

My prince: Tadikan masa may jalan ke kantin ( aku ringkaskan lah ayat dia ni kang aku tulis panjang2 korang semua letih lak baca )......may terjumpa beg dompet......pastukan may ambiklah beg dompet tu may tengok dalam tu ada duit $4.00 mii..!!

Aku : ( mata dah buntang sikit ) habih tu ko ambik duit tu ke ????

My prince : Taklaaahh....may ajak kawan may hantar beg dompet tu kat sir....pastukan masa may nak balik kelas dari kantin may nampak budak punya dompet tu ambik dompet dia kat sir....waktu tu kan sir nampak may...sir jerit kat may...."BAGUS REDZA....." sambil buat tanda bagus kat may mii !!

My princeS : Eeleehh..baru sikit dah heboh ( dengan gaya muka skema dia )

My prince : Mestilaaaahh...ummi mesti suka kan mi...sebab may dah tolong orang !!

Aku : Baguslaahh...lenkali kalau jumpa dompet wat camtu jgn ambil barang atau duit orang...bagi pada cikgu....cikgu suka ummi pun sukaaaa!!

My prince : Tengok kak ummi suka kat maaaayyy !!

My princeS : ( Tunjuk muka muncung itik )



SALAM UKHWAH:

Wednesday, October 27, 2010

Sibuk dengan bola !!

Sana sini asyik cerita bolaaaaa jee.....

Hari sabtu ni sejarah N.sembilan Dan Kelantan berulang sekali lagi......pemain-pemain sama-sama berlari di tengah padang semata-mata nak menyepak sebiji bola...kat atas tu dalam stadium gegak gempita penyokong menjerit-jerit memberi sokongan......yang kat rumah tu pulak awal-awal  lagi dah pegang remote T.V tak bagi orang lain tukar channel lain.....ini semua pasal bola...hanya sebiji bola...!!

Terima kasih untuk En Google bagi aku pinjam gambar ni.


Lebih hebat lagi untuk 2 tahun berturut-turut ni N.S bertemu Kelantan untuk final.

Haaiii adik ipar aku ada sorang orang Kelate.....isterinya iaitu adik aku dah terang2 lah penyokong N.S....bergasaklah kat rumah tu sabtu ni.......jangan pulak nanti pemain kat stadium tu menyepak bola adik aku dan suaminya menyepak periuk belanga pulak......pemain menang dapat imbuhan....engkau berdua dapat perbalahan lak nanti!!

Tapikaaannn......aku dengar citer kalau Kelate menang adik aku dapt makan sate kijang....kalau N.S menang si suami merasa lak makan sate rusa......kalau dua dua daging tu tak ado alamat ea korang makan sate ayam jolaahh yoooo..!!!


CN: Aku nak sokong dua dua sekali  dapat gak tumpang makan sate free !!


SALAM UKHWAH

Bawal sweet sour.


Kalaulah BAWAL namanya inilah masakkan yang akan melicinkan lagi pinggan aku anak beranak......kalau masak kari ke kicap ke memang tak habis kalau yang ni laaaajuuuuu je masuk dalam mulut masing-masing....masa 2 orang adik kahwin dulu pun ini jugak yang mak aku minta masakkan untuk hidangan pengantin......bukan pengantin yang lebih makan tapi inang-inang dan pengawal istananya yang membalunnya sampai tinggal tulang...oookkkk layan resepi kat bawah ni.......!!!

BAWAL SWEET SOUR

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal di bersihkan dan di gaul dengan kunyit.

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
Garam secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan garam dan kicap manis.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dengan bawang yang di potong bulat..


 

Monday, October 25, 2010

Seharian Di Bandaraya Bersejarah .

Haaiii....baru malam ni dapat update blog...ini nak cerita pasal hari sabtu hari tu (23/10/10) ....aku bawa mak,abah dan adik-adik aku jalan-jalan ke Melaka.

Kami pergi dua kereta jee....sebenarnya dah ada niat nak bawa mak abah jalan ke Melaka dgn adik-adik aku....tapi di sebabkan masing2 bekerja jadi tak jumpa masa yang sesuai utk jalan ramai-ramai macam ni....ini pun sebahagian je adik aku yg dapat pergi....My hubby pun tak pergi pasal kerja hari sabtu tu.


Destinasi pertama kami adalah ke sini.....


Dalam gambar ni My prince tengah pujuk merak tu utk di bawa balik....apa dia ingat senang2 je nak bela merak agaknyaaaa..!!


Hanya kami 9 orang je yang hadir untuk menyemakkan lagi bandaraya Melaka yg dah sememangnya semak dengan orang tuuu...kat atas jalan penuh dgn bas rombongan jeee!!



Lepas ke taman Rama-rama kami jalan-jalan lak kat Zoo Melaka.

Dulukaaann...waktu aku kecik-kecik Abah selalu bawa aku 3 beradik ke Zoo Negara...tiap kali cuti sekolah je mesti pergi kesana....kadang- kadang tu terasa gak jemu asyik tengok binatang jeee kat tempat yg sama.

Hari ni aku pulak yg bawa Abah dengan mak ke Zoo Melaka.....jalan-jalan tengok binatang.....tapi baru sekerat jalan kat Zoo tu Abah dah tak larat jalan....dia duduk je kat bangku taman Zoo tu sampai kami habis pusing satu Zoo Melaka tu.

Keadaan ini jauh berbeza sewaktu dia muda dan sihat dulu....dia yg laju berjalan di depan sedangkan aku dan 2 orang lagi adik aku waktu tu terkedek2 mengikutnyaaa......adat kehidupan yg muda akan tua yang sihat akan sakit.....semua kita akan merasanya nanti !!

Kat sini anak aku yang berdua ni tak lepaskan peluang menunggang kuda.

Lepas penat berjalan aku bawa semua orang ni makan-makan kat Banda hilir.....sambil tu aku nak bawa Mak Abah aku jalan-jalan kat sini....tapi terlalu ramai pengunjunglah pulak sampaikan nak parking pun susah......nasib baik aku tak kena saman kat orang perbandaran Melaka hari tu...kalau tak  berpeluh nak membayar saman lak !!


Ini destinasi terakhir kami.....berlegar-legar kat sini je dekat 2 jam....masa kat sini lepas makan Abah dah tak mau jalan-jalan lagi....dia dah penat duduk je dalam kereta....pukul 6 petang baru kami semua keluar dari Melaka menghala ke Seremban dan terus hantar mak & Abah balik ke Jelebu.


Moral dari cerita ni sewaktu muda dan sihat ni berjalanlah sepuas-puasnya  bila dah tua nanti tenaga pun dah kurang jadi kita tak kan menyesal kalau tak puas berjalan di usia yang muda dulu.

Sepanjang hari aku berjalan di Melaka Bandaraya Bersejarah ni!!.


CN : Lepas ni nak bawa kemana lak mereka berdua ni yeee ??


SALAM UKHWAH

 


Friday, October 22, 2010

" Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia Biadap.

Salam Jumaat hari penghulu hari....!!

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan


SALAM UKHWAH:

Thursday, October 21, 2010

Jiwa Kacau Blog Review 2010


Jalan-jalan dari blog ke blog...terjumpa lak entry dari tuan rumah blog ni...apalagi aku pun join le sekali....kepada sapa-sapa geng-geng blogger yang lama atau baru yang berminat tu leh masuk ke blog

CN: Semua yg dia suruh buat aku dah buat daa...

 SALAM UKHWAH:

Wednesday, October 20, 2010

Terkunci Dalam Bilik Air !!


Petang tadi terbaca status seorang kawan sekolah aku dulu dalam FB......dia terkunci dalam bilik tidonya....nak tergelak pun ada...dah jadi macam anak dara dolu-dolu pulak dah kena kunci dalam bilik.....Tapiiiii korang jangan salah paham lak bukan aku nak gelak pasal dia tapi pasal aku yang pernah ada kes sama macam kawan aku tu....bezanya aku dalam bilik air yeeeee!!!

Aku pergi rumah adik aku.....kat SRI KEMBANGAN....oleh kerana aku ni spesis yang masuk bilik air tak reti-reti keluar awal aku telah di kerah umtuk mengunakan bilik air atas kat dalam bilik adik aku ni.....bilik air tingkat bawah orang lain nak gunakan....kalau tunggu aku kang ada yg mengamuk pecahkan pintu bilik air lak nanti!!

Oleh kerana aku TERsangatlah seronok mandi sorang2 kat atas tu pasal tak ade orang lain sibuk2 ketuk pintu.....aku tertekan tombol pintu tu kuat sangat....sedangkan adik aku dah pesan pintu tu ada masalah!!

Dah lepas mandi pusing -pusing tombol tu pintu lak tak boleh terbukak....aku gegar pintu tu kuat-kuat pun tak bolek gak!!.....ah sudah....takkan nak duduk terus kat dalam ni.....kebetulan semua orang kat tingkat bawah....kat sapa lak aku nak minta toloooong??

Dengan sekuat hati aku jeritlah panggil nama orang...habih semua orang dalam rumah tu aku panggil namanya tak ada sapa pun datang....lastly anak adik aku yang masih kecik tu yg datang...itupun lepas aku dah lama terjerit-jerit macam orang gila kat dalam tu.

Anak adik aku tu panggil mummy nya dan bagi tau aku terkunci dalam tu......lepas adik aku bukak pintu dari luar baru aku boleh keluar...kalau tak mati kejung dek sejuk aku kat dalam bilik air tu!!


CN:  Moral dari cerita di atas jgn buat bilik air orang macam bilik air kat umah ko sendiri!!


SALAM UKHWAH

Tuesday, October 19, 2010

DI SAAT AKU DI TALKINKAN !!

....dari peti emailku!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Sekadar gambar hiasan dr Mr Google.

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku
teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap."

.......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..

Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku
tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan
semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .".

 "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum
  air ini".

"Ibu.......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" .

Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?

 "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di
hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......

".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji........ ..". Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah di kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?

Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada
di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin
hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."


SALAM UKHWAH:

Monday, October 18, 2010

Anak dara aku merajuuuukk !!


Ala..ala...cayang bucuk anak dara ummi...hehehe!!

Apalah kono ea anak daro den tu.......tak pasal-pasal merajuk lak malam ni....tadi adik dia ajak makan betik pun tak mo....sedangkan si betik itu kegemarannya....cakap dengan aku pun sepatah je...tanya dua patah dia jawab sepatah...aku tanya 1 patah dia jawab setengah patah je....kalau tak tanya??

Ni semua pasal aku tak meng APROVE kan permintaan dia nak bawa  kamera digital olympus aku ke sekolah!!

Alahai...belum akhir tahun lagi dah nak berposing-posing...inilah bebudak sekarang!

Masa aku sekolah dulu usahkan kamera digital yang kamera cap ayam pun aku tak ado....tak kisah pun nak bergambar bagai....bila sekolah ada wat sesi bergambar hujung tahun merasalah tayang muka tembam aku dulu depan kamera....kalau tak tak adalah!!

Itupun bergambar kena berkira-kira jugak....berjimat-jimat tak leh ambik hemtam koromo jee...sekarang gambar kau  tak cantik leh ambik berulang2 sampai puas hati.....digital lah kata kan!!


CN : Sian kat aku dan kawan-kawan aku dulu....!!

SALAM UKHWAH

Sunday, October 17, 2010

Aktiviti Hari Minggu....Menziarahi binatang peliharaan!!

Hari minggu macam biasalah pagi-pagi ada kat rumah....lepas My prince balik latihan taekwando baru leh kemana-mana....sedikit gambar untuk tatapan umum ( ceewaahh..)....layan gambar aarr....!!!

Posing dulu sebelum pergi latihan.

My princes kena belajar dulu pagi-pagi ni minggu depan periksa akhir tahun tau!

Balik dari latihan kena tunjuk dulu depan ummi apa yg SIFU ajar tadi...kalau tak tak boleh balik kg tengok si comel kamu ya !!!!


4 ekor kucing My prince di rumah emak aku kat kampung.


Inilah binatang kesayangan My Prince...4 ekor kucing-kucingnya...Sibuk nak balik pasal rindu sangat....aku tak bagi bawa balik senawang biar kucing-kucing ni kat kg jee!!


Ini pun kesayangan dia jugak....2 ekor ikan Guppy....tapi yg ni ada kat rumah aku pasal aku pun suka bela ikan...soo x kisahlah kan!!

Kalau nak di kira My prince ada kucing & burung kat rumah wan (mak aku) ,Hamster kat rumah neneknya (mak mertua aku) , ikan pulak kat rumah aku ni.....kalau ikutkan dia semua binatang2 tu dia nak bawa balik Senawang!!

Ooohhh tiiiidaakkk....Cannot My Son...Cannot...Cannot!!!

Aku takut rumah ku itu akan jadi seperti sebuah MINI ZOO pulak nanti....tak mungkin aku boleh hidup dengan semua tu....lainlah kalau aku duk rumah BANGLO ada tanah luas....mungkin akan di pertimbangkan!

NOW tengok gambar kat bawah ni...apa yg anda fikirkan.....kembar ke atau kakak dgn adik ??


MY princes dgn IBU saudaranyaaaa!!!

Tak macam IBU saudara adik aku tu.....comel sangat....anak buah lebih besar dari dia....beza umur 9 tahun....kalau jalan-jalan kat pekan gerenti orang cakap mereka ni adik beradik....!!!

Dah besar kedua-dua ni yang pernah aku timang-timang dulu....( macam aku dah tua sangat jeee ).

CN: Aku rasa aku lagi makin kecik...oohh tidaaaakkkk!!!!!


SALAM UKHWAH:

Saturday, October 16, 2010

Sejarah Asal Usul Nama JELEBU.

Serba sedikit sejarah asal usul daerah kelahiran ku....
Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pahang. Ia terdiri dari lapan mukim iaitu Kuala Klawang,Hulu Klawang , Klawang, HuluTeriang, Kenaboi,Pertang,Peradong, Teriang Hilir dan Gelam Lemi. Mengikut ceritanya, nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. 
Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelbu iaitu ketua suku kaum asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelbu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelbu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut." Kau baliklah dulu untuk sediakan makan malam kita," pesan Tok Jelbu kepada isterinya." Baiklah, bang. Tapi elok kalau abang berhati-hati mandi di sungai sebab airnya dalam. Cepat balaik ke rumah, ye bang…" balas isterinya sambil berjalan pulang.Maka Tok batin Jelbu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. 
Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelbu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.Isteri Tok Batin Jelbu berasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan reda maka isteri Tok Batin Jelbu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya. Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelbu seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba.Berita hilangnya Tok Batin Jelbu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui. 
Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelbu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus entah kemana. Dan Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelbu maka tempat itu dinamakan Jelbu tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.
Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelbu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu "Jalar Labu" tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.
Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang-orang Minangkabau. Namun pada mulanya Jelebu didiami oleh kaum asli Jakun dari Suku Biduanda. Mereka merupakan penduduk asal Jelebu dan suku Biduanda masih ada hingga ke hari ini.
Kisah bermula apabila Batin Terjali iaitu anak Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung Minangkabau, keluar mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan pemerintahan ayah baginda. Setelah lama berjalan menyeberang laut dan sungai akhirnya Batin Terjali dan orang-orangnya sampai di Bukit Kundang Kundik di Jelebu. 
Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.Semasa berada di Jelebu, Puteri Embong Sari iaitu isteri Batin Terjali melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Dan sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembaraannya, Batin Terjali meninggalkan putera baginda kepada ketua suku orang asli Jelebu dengan pesanan bila puteranya sudah besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. 
Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan. Adapun Batin Terjali terus mengembara untuk membuka negeri dan di setiap tempat yang disinggahinya baginda akan meninggalkan seorang putera kepada ketua suku kaum asli di situ dengan pesanan bila putera itu sudah dewasa kelak hendaklah di jadikan penghulu di tempat itu.Kesemua Ketua kaum asli itu menepati janji mereka. Apabila putera Batin Terjali sudah besar maka dilantik menjadi Penghulu. Dengan ini wujudlah pemerintahan dari putera-putera Batin Terjali. Datok Niko Menteri Shah Mangku Alam Raja Sehari menjadi penghulu di Jelebu, Datok Kelana Putera Penghulu di Sungai Ujung dan Datok Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol. 
Hubungan antara mereka terus terjalin dan daerah itu akhirnya menjadi tumpuan orang-orang Minangkabau.Walaupun begitu, dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Mentunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.
Datok Moyang Salleh merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakai gelaran Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor. Walau bagaimana pun Datok Moyang Salleh tidak melantik dirinya sebagai Sultan Jelebu dan beliau hanya menjadi Undang Luak Jelebu sahaja.
Pada mulanya Jelebu berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka tetapi apabila Sultan Melaka berpindah ke Johor maka taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya peristiwa "MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR" barulah Jelebu bebas dari kekuasaan Sultan Johor.
Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan.Jelebu juga sering di kunjungi para pelancung dari dalam dan luar negeri kerana keunikannya. Untuk sampai ke Jelebu terpaksa mendaki Bukit Tangga yang mempunyai 48 keluk. Dan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancung di Jelebu ialah Jeram Toi, Jeram Gading, Latar Kijang, Masjid Kuala Dulang dan Makam Datok Moyang Salleh.
 
SALAM UKHWAH 
 

 

Friday, October 15, 2010

Bajet Tahun 2011 - banyak yg aku suka.

Assalammualaikum semuaa.....dah dengar bajet 2011 yang di bentangkan oleh Perdana menteri kita petang tadi?.....aku yakin semua rakyat Malaysia terutamanya penjawat2 awam meletakkan telinga mereka di radio dan mata di hadapan telivesyen petang tadi.....bagi sesiapa yg tertinggal mengikutinya dan nak tahu lebih lanjut boleh masuk kat  SINI BAJET 2011  ya!


okkk....kerajaan kita tak pernah lupa kan sumbangan kaum HAWA dalam membantu membangunkan tanah air bertuah ini.....itu pasal setiap tahun ada bajet di sediakan untuk kita semua.....dalam banyak2 tu ada satu perenggan yg menarik perhatian aku.....mengenai kerja separuh masa untuk golongan wanita yg telah berumah tangga ( akulah tuuuu.. )

Kerajaan menyeru PIHAK SWASTA mengambil wanita bekerja separuh masa....aku minat yg ini..hehe!!

Agak-agaknya majikan aku tu ada dengar tak pengumuman BAJET tu petang tadi ?

Leh le aku isi borang...pagi kerja petang aku duk rumah......anak-anak aku tentu sukaaaaaa!!!!

Kalau majikan aku setuju buat macam ni aku konfem 100% akulah wanita pertama yang angkat tangan dulu dalam ofis ni!!


CN : Apa macam bos boleh ka ???


SALAM UKHWAH

SOLAT SUNAT DHUHA

Salam Jumaat hari penghulu hari.....


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)


2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi


Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Baca doa ini selesai solat:


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


SALAM UKHWAH:

Thursday, October 14, 2010

Sara anak tanggungjawab bapa

SAYA seorang duda dan bercerai selama tiga tahun. Sepanjang perceraian saya membayar nafkah untuk dua orang anak saya setiap bulan. Kini, bekas isteri saya sudah mendirikan rumahtangga dengan orang lain.

Soalan saya, adakah wajib bagi saya untuk meneruskan pemberian nafkah untuk kedua anak saya yang berada di bawah jagaan bekas isteri saya itu?

AZMAN,
Kuala Lumpur


Anak yang lahir daripada perkahwinan saudara dan isteri tetap menjadi tanggungjawab saudara walaupun sudah berlaku perceraian.

Wajib bagi bapa kandung memberi nafkah kepada anak-anaknya yang masih lagi di bawah umur.
Bagaimanapun harus hukumnya bagi bapa tiri untuk memberi nafkah kepada anak-anak tirinya sekiranya berkemampuan.


Sumber: My Metro (soal jawab bersama Dr Mashitah)



SALAM UKHWAH:

Bapa mengaku gigit bayi kerana 'tension'

PUTRAJAYA: "Saya geram, saya tension, saya gigit anak saya," kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang hari ini supaya dikenakan hukuman ringan selepas mengaku mendera anak perempuannya yang berumur tiga bulan.

M Zaire Zulkapli, 24, dari Jempol, Negeri Sembilan, memberitahu mahkamah dia bertengkar dengan isterinya selepas wanita itu enggan memenuhi permintaannya supaya mengisi air dalam botol. Ditanya Majistret A Akhiruddin mengapa dia sendiri tidak mengisi air ke dalam botol, tertuduh yang juga seorang peniaga, hanya berdiam diri.

Ketika merayu hukuman ringan, Zaire memohon maaf atas perbuatannya itu.

Akhiruddin kemudian menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan ke atas tertuduh yang berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 6 Oktober lalu.

Zaire didakwa menganiaya dan mendera Noor Hafizah Ezaty sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di rumahnya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada 7 malam, 29 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun, Noor Hafizah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kritikal untuk pemeriksaan selepas bapa saudara bayi itu menyedari anak bongsu pasangan berkenaan menangis berterusan di pangkuan ibunya.

Pemeriksaan perubatan mendapati kanak-kanak itu mengalami pendarahan di bawah mata kanannya, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan. - BERNAMA


CN: Apo punyo bapak daaa...kan dah tak pasal2 duk dalam penjara !!


SALAM UKHWAH

Wednesday, October 13, 2010

Kepala Tong Gas Aku bocor!!


Petang tadi My hubby tefon bagitau ada orang datang ke rumah untuk periksa tong gas yang aku gunakan....sebenarnya beberapa tahun dulu pun ada salesmen entah dr syarikat mana aku pun tak ingat datang kerumah untuk buat pemeriksaan getah dan tong gas yg kita gunakan.....biasalahkan sambil-sambil periksa juallah barang sekali....aku ada beli barangnya dan dapatlah insuran jika terjadi apa-apa jika berpunca dari masalah tong gas.

Kali ni mereka datang lagi....seperti biasa chek getah hos dengan air sabun dan kepala tong gas sekali....tapi bila letak air sabun kat kepala tong gas tu ada sesuatu yg mencurigakan....KEPALA TONG GAS AKU BOCOR !!!!!!!!

Selisih le malaikat 44.....nasib baik My hubby ada kat  rumah masa orang datang chek kalau tak sampai waktu ni haram pun aku tak tau kepala tong gas tu bocor.....aku duk masak kat situ hari-hari !!

Mungkin tak teruk sangat kebocorannya tu yg aku tak bau apa-apa pun kat dapur tu ( atau hidung aku yg tersumbat???). My hubby telefon aku dan bagitau nak tukar tong gas tu kat kedai mamak yg dia beli hari tu....aku suruh dia pergi tukar cepat-cepat sebelum aku balik....kang aku nak masak pakai tong gas yg bocor tu tak nak aku....sanggup aku mogok masak hari ni.

Ni semua yg buat aku takut nak duduk kat dapur tu lama-lama.....petang tadi aku masak pun rasa cuak je walaupun dah tukar tong yg baru.....harap-harap tak adalah apa-apa yg buruk berlaku...Amiiiiiiiin !!

 CN: Nak pinjam hidung kartun picanto tu lah!!

SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails