Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, October 3, 2010

Seberkas penyapu dan sebatang lidi.

Adik-beradik tak kiralah ramai atau sedikit lelaki atau perempuan perlu ada sefahaman....bertolak
ansur.....saling bantu membantu antara satu sama lain. Dari kecil hingga ke besar kita dididik oleh kedua orang tua kita agar menghormati ahli keluarga dan jiran tertangga.Jika ada yang hidup senang dan selesa jangan cepat lupa diri.....ingat kepada yang susah sebab hidup ini ibarat roda.....jangan suka bermasam muka dan pentingkan diri sendiri!!

Pesan wan aku dulu.....

"Adik beradik kamu ramai....susah senang dari kecik sama-sama rasa tapi bila dah besar nanti jika hidup senang sedikit jangan lupa diri......jangan lupa adik-adik yang susah hidupnya....kecik-kecik bergaduh jangan bawa sampai ke tua...."

Sambung wan aku lagi....

"Wan nak kamu semua jadi seperti penyapu biar bersatu walau apapun terjadi....jangan jadi sebatang lidi mudah sangat nak di patahkan kat orang.....seperti itulah nasib kita jika tidak bersatu"

Kerana itu......aku sayangkan enam orang adik-beradik kandungku....kami tak pernah bergaduh....jika ada perselisihan faham tak pernah sampai bermasam muka walaupun kecik-kecik dulu selalu macam "anjing dengan kucing"......hubungan kami erat seperti seberkas penyapu lidi!!


CN : Al-fatihah buat arwah wan Allahyarhamah siah bt jati !!

SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails