Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, October 6, 2010

Ketepikan Ibu Bapa Kerana patuh Suami.

SAYA sudah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak, namun saya ada beberapa kemusykilan.

Sepanjang berkahwin, suami tidak pernah memberikan sebarang nafkah zahir kepada saya dan apabila ditanya, dia menjawab kereta yang dibelikannya itu adalah nafkah saya. Apakah maksud nafkah sebenarnya? Saya pernah diberitahu nafkah itu adalah hak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami. Jadi, disebabkan suami mengatakan kereta itu adalah nafkah saya, adakah dia tidak berhak atas kenderaan itu?

Perkara berikut ialah selepas melahirkan anak kedua, ada sedikit salah faham antara suami dan ibu bapa saya. Dan sejak itu, suami tidak membenarkan saya mempunyai sebarang hubungan sama ada berjumpa atau pun berhubung melalui telefon.

Kini, sudah lebih tiga bulan saya dan ibu bapa tidak berhubung. Saya hanya ambil tahu perkembangan mereka melalui kakak saya.

Adakah saya dikira sebagai anak derhaka? Malah suami juga pernah berkata sekiranya saya melanggar apa yang dikatakannya, saya akan ditimpa bala.

HAFIZAH,
Johor Bahru


Seorang suami wajib membayar nafkah kerana Allah mengamanahkannya. Ia adalah ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan yang sudah berkahwin.

Suami wajib memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuannya, berdosa hukumnya bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang yang di bawah tanggungannya.

Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara seperti perbelanjaan keluarga terutamanya makan minum, pakaian dan tempat tinggal selain keselamatan dan perlindungan.

Nafkah wajib diberi secara berterusan selama mana puan masih isterinya. Jika dikatakan kereta itu nafkah, maka ia menjadi milik puan sepenuhnya untuk digunakan.

Walaupun nafkah adalah tanggungjawab suami, isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah.

Hubungan anak dan ibu bapa tidak boleh dipisahkan dan adalah haram jika memutuskan hubungan silaturahim. Hak isteri untuk taat pada suami tidak sampai melakukan larangan Allah, kerana Allah melarang hambanya memutuskan hubungan silaturahim.

Pujuk suami dengan baik supaya dia dapat berbaik semula dengan ibu bapa puan.


Sumber: MyMetro (soal jawab bersama Dr Mashitah)


SALAM UKHWAH:

4 comments:

Amy Syaquena said...

kesianya..banyakan bersabar ye..


jemput ke sinar raudah..
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/di-tindih-makhluk-halus-semasa-tido.html

CT NoArIzAh ArIs said...

Heee...bkn sy le.

Abhamz said...

salam, perkahwinan bukan sesuatu yg mudah sepertimana waktu tengah bercinta, perlu persiapan mental dan fizikal di samping ilmu yg mendalam tentang munakahat dlm Islam...

CT NoArIzAh ArIs said...

ABHAMZ...sy setuju dgn kamu..bkn masalah kawin muda atau tua tapi ilmu tu yg perlu ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails