Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, October 9, 2010

Kisah Jiran Tua Aku Yg WEEENG......!

Haaiii....dah beberapa hari aku tak "story mory" kat blog ni kan.......asyik -asyik entry auto post aku je yang kuar....bukan malas tapi aku sibuk di campurkan pulak dgn line "berukben" aku ni yang looombab amek ( org nogoghi ckp )......okkk...hari ni ada citer untuk kamu semua....meh sini aku citerkan!!

Dah beberapa hari ni petang-petang je hujan kat seremban ni....masa aku tulis blog ni pun kat luar tu dah gelap nak hujan dah tu....petang semalam hujan lebat di tambah pulak dengan angin ribut ( lum sampai tahap puting beliung gi ).....kat depan rumah aku tu penuh dengan daun mangga dari pokok jiran sebelah kanan tapi rumah jiran tu kosong pasal dia tak sewakan kat sesiapa jadi rumah persingahan je!!

Nak di jadikan cerita....jiran aku yg sebelah kiri  ni lak orang tua ( dah kategori "rumah kata pergi kubur kata mari" )....korang paham jelah kalau dah berjiran dgn orang tua ni....di tambah lak lagi jenis orang yg tak boleh nampak orang lebih dari dia.....sakiiittt je mata dia tengok kita....ada je pasal nak cari pasal!!

Jiran tua aku ni ada tanam pokok lengkuas kat depan rumah dia ( di luar pagar ) dek angin ribut yg kuat petang semalam terpatahlah pokok tu.....boleh pulak dia pergi serang jiran sebelah kiri sebelah rumah dia tu....di makinya orang tu dan di tuduhnya orang tu yang sengaja mematahkan pokoknya.....Brother tu cakap bukan dia yang buat tapi angin ribut yg kuat tadi yg punya angkara....tapi orang tua tu tak percaya dan tetap memaki-maki brother tu.....itu tak keluar bini dia tu kalau bini dia keluar sekali gegak gempitalah satu taman tu.

My Hubby yg tengah menyapu daun-daun mangga kat depan rumah buat tak tahu jee ( tapi cuping telinga dia ambik tau ).....dia malas nak masuk campur takut kang ada lak yg kena baling dengan penyapu lidi dia tu!

Kalau orang tua tu leh marah jiran sebelahnya pasal pokok dia patah leh tak agaknya aku marahkan pulak jiran sebelah rumah aku yg tanam pokok mangga tu?.....pasal pokok mangga dia nilah depan rumah aku penuh dgn daun.

Nak ke aku telefon jiran aku yang duk jauh kat kampung tu...marah-marahkan dia mcm orang tua tu buat....pastu suruh dia datang sapu daun-daun tu....leh ke?

Nampak sangat jiran tua aku tu tak beradab...tak tahu menghormati jiran tertangga yg lain....waktu hujan ribut tu pun dia ada kat rumah tak kanlah tak leh fikir?...tak ada mananya orang nak sakit hati kat pokok dia tu bukannya pokok tu  ada dosa apa-apa pun. Yang tak betulnya tuan pokok tu !!.

Setakat pokok lengkuas jeee..apalah sangat sampai nak gaduh-gaduh...heeey tak pahamlah aku!!!


CN: Cammana yang muda nak hormat yang tua kalau yang tua tu sendiri tak pandai menghormati orang lain ??



SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails