Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, May 14, 2014

Homestay Taman Arau Indah...Puas hati ~ tima kasih cik som.

Asalamualaikum ...


Alhamdulillah selamat dah sampai Arau pukul ompek petang semalam.
Kami bertolak dari senawang tepat jam 9 pagi semalam sampai sini ngam2 waktu asar.
Keseluruhan perjalanan menaiki mpv kesini amat selesa dan memuaskan.
Kami cuma singgah 2 kali je kat R&R untuk makan dan solat zohor.
Jauh lebih baik dari naik bas macam 2 tahun lepas masa adik aku konvo diplomanya.
Bertolak waktu yg sama tapi sampai time maghrib...dah golap baru sampai Arau.
Kali ni sampai awal nak solat dan buang air pun selesa tak tergesa2.

Tadi aku terbaca komen seorang reader kat blog aku ni tanya tambang bas ke ARau.
2 tahun  lepas aku kesini naik bas InterCity dari Seremban ke Arau.
Tambang sehala Rm 50 lebih kalau 2 hala tu pergi Balik rm100 lebih lah..
Mungkin bas ekspres lain pun lebih kurang tu jugak.
Klau naik seorang okey lah tapi klau bawak orang tua macam pengalaman aku dulu tak berapa sesuai dan selesa.
Masa duduk dalam bas pun sangat lama nak solat pun tak dapat.

Okey ini homestay yg kami sewa sepanjang kami di sini selama 3 hari ni.
Taman Arau Indah terletak berdekatan dengan UiTM Arau.
Dulu adik aku menyewa kat taman ni tapi bukan kat umah ni pasal tuan umah buat umah ni khas untuk homestay je.
Sewanya sehari semalam cuma $170.00 sahaja.
Rumah corner lot ada 3 bilik tido dan 2 bilik air.



Ini tuan umah ni namanya cik som.
Dia siap tunggu kitorang kat umah ni, baik orangnya.
Eh jangan tak tau taman ni adalah tanah sawah terbiar yg kini jadi taman perumahan umah teres.
Kepunyaan cik som empat beradik.
Ini citer shilla kat belakang  taman ni masih ada lagi tanah sawah yg masih di usahakan pemiliknya.




Ini ruang tamunya ada tv, sofa serta meja makan siap sekali air cond & kipas.



Sebelah meja makan ada partion mcm kat bawah ni.
Kat ruang ni kitorang wat ruang solat.
Semua perabotnya adalah pasang siap ke dinding tak perlu di ubah2 lagi.


Ni bilik tengah...umah ni ado 3bilik.
2 bilik ada katil queen dan satu bilik katil single.
Bilik utama ada bilik air.
        


Ni lak dapurnya tapi tak ada dapur masak.
Kettle tu adalah untuk masak air panas.
Ada jugak fridzer.
Dalam kabinet ada pinggan, cawan dan sudu.
Ada jugak beberapa tilam tambahan klau datang ramai2  bantal tu tak ada lebih kena le bawak bantal sendiri.




Lepas solat asar kitorang jalan2 kat belakang taman tu.
Kononnya nak tengok sawah padi sekali koooo semak yg ado.
Orang sudah menuai daaaaaa....


Malam tadi kami makan kat restoran Dapur Ibuku kat kat Kangar tapi gambar tak ada dalam iPad aku ni.
Sooo tunggu adik aku transfer gambar dulu baru leh citer pasal restoran tu.
Tak do gambar nak citer pun tak syok arr..
Ni  aku taip entri ni sambil tunggu shilla ambik jubah kat UiTM.
Lepas dia dapat jubah kang kitorang plan makan kat tepi tasik pehtu g padang besar dan gua kelam.

Dah berjam nunggu ha tapi pemandu pelancong tu tak balik2 lagi.
Kang kok kitorang merayau sendiri kok sosek  masuk Thailand jo kang.

Tuesday, May 13, 2014

Ke Arau Perlis...luahan hati si musafir.

Asalamualaikum ...


Aku sekarang berada dalam mpv exora bersama mak, abah, anak2 aku dan adik2.
Kami kini menghala ke Arau ,Perlis untuk menghadiri majlis konvo adik bongsu aku shilla di UiTM Arau pada hari Khamis ni.
Perjalanan yg jauh mungkin sampai hampir maghrib nanti.
Esok hari Rabu adik aku kena ambik jubahnya dulu pastu kitorang plan nak jalan2 kat sana sepanjang hari sok.

 

Berbagai dugaan yg aku lalui hari2 nak sampai ke hari ini.
Salah satunya adalah masalah kerani aku yg tetibaaaaa je Pulak MC sampai sebulan.
Sedangkan bulan lepas aku dah bagi tahu awal2 akan bercuti 4 hari untuk ke Perlis bulan ni.
Sebaik dia tahu aku nak cuti time tu lah Pulak pergi jumpa doktor pakar kat hospital mawar pastu admit wad pastu MC bersambung2 sampailah sebulan.
Sedangkan sakitnya dah lama time aku nak cuti nilah sibuk nak jumpa pakar.
Tahun lepas pun cam ni gak aku dah apply cuti dia admit wad jugak.
Tahun ni pun sama nampaknya tahun depan aku yg boking wad kat spital tu utk dia.
Dah tetiap tahun lak ko nak admit wad kan !!
Klau dah India tu India jugak ler ...... Geram betul aku di buatnya....

Tak boleh ke tunggu aku Balik bercuti dulu kok ko nk MC berbulan2 pun.
Aku nak cuti dengan senang hati pun tak senang hati.
Pasal tak ada orang nak buku D/O untuk barang2 yg nak keluar.
Dah lah semua kerja dia aku kena buat sorang2 dengan kerja aku lagi yg menimbun.
Nasib baik ada member lain yg baik hati sanggup nak tolong dan belajar buat kerja tu dalam masa 2 hari je.
Jadi dapatlah aku teruskan bercuti sebab ada yg tolong buka D/O sepanjang 4 hari ni.

Aku fikirkan dah tak ada can aku nak bawak anak2 aku dan temankan mak abah ke Arau bila bertimpa2 masalahnya yg datang.
Tetiap hari aku berdoa Mintak Allah lapangkan rezeki aku nak kesana.
Alhamdulillah akhirnya aku bercuti gak ke utara walaupun hati dan otak aku tetap ingatkan ofis tu.
Aku harap tak ada masalah besar yg berlaku sepanjang aku tak ada ni.
Semoga anak2 buah lain yg ada tu dapat uruskan kerja2 mereka sendiri.

Bagilahhhh can ahkakkkk ko ni nak holiday lak ha.




Tuesday, May 6, 2014

Geram....

Asalamualaikum ..

Sebenarnya tak tahu nak marah kat sapa.
Nak marah kat celcom ke atau pun blogspot.
Entri terbaru aku tentang SE MALAM  DI BAGAN LALANG PUNYA CERITER tu aku taip dan poskan malam 28 april.
Sampai ke siang aku tunggu masih lagi loading.
Terpusing pusing terpusing pusing je celcom nak me loading kan entri tu.

Aku tunggu sampai malam esok macam tu jugak.
Last2 citer tu muncul kat blog pada 1 may.
Punyalah berjanggut berjambang aku tunggu entri sendiri muncul dalam blog.
Kekadang benda benda macam ni yg buat aku rasa malas nak update entri selalu.
Dah ponek ponek tulis bagai nak rak sekali line wat hal.
Dah dua hari citer baru kuar kat blog.

Tu pasal aku setuju sangat kalau sesetengah blogger masakan tu mengamuk bila gambarnya di curik.
Jadi blogger masakan lagilah banyak kerja..nak masak lagi pastu ambil gambar kalau cahaya tak ok gambar jadi golap tak cantik.
Peh tu nak up dalam blog kena tulis satu2 resepi lum kira pasal nak letak watermark bagai dan editing.
Klau line cam al sifut al vavi cam aku kena tu lagilah semangat down.
Peh tu dapat tau lak gambar cantik yg ambik tertonggeng tonggeng tu hari kono ciluk kat manusia lain.
Siap buek bisnes kauuuuu...
Mana tak meracau racau si blogger masakan tu?.
Kalau jadi blogger personel pun dah angin entri kono copy paste lagilah Pulak mereka yg buat byk kerja belakang tabir macam blogger masakan tu !


Malam ni aku tak masak pasal hubby lik kampung ada urusan sedikit.
Sooooo marilah kita berjimba jimba makan kek luar mengadap western food.
Agak2 nya gambar selekeh macam tu ada tak yg nak curikkk ??

Thursday, May 1, 2014

Se malam di bagan lalang punya ceriter...

Asalamualaikum....


Petang Sabtu jam 6 petang kami berkonvoi ke bagan lalang.
Tapi berkonvoi asing2 bukan serentak pun.
Dua keta bertolak dari senawang berdesup ke Sepang.
Dua keta lagi dari jolobu dan satu lagi dari seri kembangan.
Kami bertemu pukul 8 malam kat bagan lalang.
Di sebabkan sampai pun dah masuk maghrib suasana pun dah gelap jadi tak dapatlah menikmati suasana sunset kat tepi pantai tu.
Anak2 aku dah bising dah tak dapek nak berselfie kat sebelah pokok rhu tepi pantai.
Tak payah nak berselfie bagai kita pilih tempat nak makan lagi bagus.


Di sebabkan dah berkumpul ramai2 macam ni ann pun planlah nak sambut befday anak bujangnya ni.
Tapi budak ni time orang sibuk ambik gambar dia sibuk lak mencium baby hafiz tu.
Ann beli cup cake je pasal dah tau takkan ada orang nak pandang kek cantik2 lagi kalau dah memacam seafood terhidang depan mata.
Ikan,sotong,pepahat dan sebagainya tu lagi mengiurkan..


Ni diaaaaaa ompek meja panjang di sambung2 dengan doploh buah kerusi khas untuk famili bosar Haji Aris Sidin.
Pak aji yang pakai kupiah bersweater kuning tu.
Baby hafiz tak di kira ateh kerusi pasal dia The King duk ateh riba mama ea.

Antara menu2 pilihan yang aku sompek snap gambar sebelum di sambar licin dek jerung2 kepala hitam yang ramai2 tu adalah....


        sotong celup tepung dan tomyam campur.

                      Bawal sweet sour


                     Pepahat goreng berlada.

seriesly dah banyak tempat aku makan seafood tepi pantai macam ni dari kuala Perlis kat Perlis sampailah ke senubung cave kat Johor serta di umbai, Melaka inilah kali pertama aku makan menatang ni.
Kulitnya macam buluh tapi isinya sedap selalu tengok dalam gambar akhirnya merasa gak masuk perut aku.
Kat bagan lalang je ke senang nak jumpa pepahat ni tempat lain takdo ko ?

                                   Butter prawn

Yeaaaaa inilah penyebab yang utama sekali membawa kami semua kesini.
Anak tekak aku ni yg mengelintin sangat nak makan udang mentega ni.
Alang2 nak makan kita ajak le ramai2 baru syok kannnnn...
Tapi Butter prawn dia ni kurang kerak telur tu lahhh tak macam aku makan kat senubung cave tu penuh dengan kerak telurnya.
Meriah betul Butter prawn dyorang , yang kat ateh tu tak berapa menarik sangat tapi rasa tetap sodap.

Actually kami bukan nak makan kat kedai ni tapi nak makan kat senandung malam.
Tapi di sebabkan orang yg bertanggungjawab memboking meja tu dah lewat boking makanya tak merasalah kitorang nak bersantai2 kat senandung malam.
Tokey kedai kata kalau boleh tunggu pukul sembilan atau sepuluh malam tunggulah time tu meja dah ada yg kosong.
Tapi kami ni ada bawak baby peh tu perut memasing pun dah gila tahap kebuluran sooo tak payah nak berebut dengan pelanggan yg lain2 tu. Ramai gak yg sanggup menunggu tu.

Meh le kita meronda pilih kedai lain yang banyak ada kat situ.
Sebenarnya ada lagi dua menu tak ada dalam gambar ni.
Ikan bakar serta sayur kailan grg ikan masin pasal aku tengok orang lain khusyuk je menyuap tak kan aku nak pandang je kang habih lauk putih bijik mato.

Sebelum makan dan sewaktu makanannya di hidangkan elok bersiiiih je meja kan.
Sopannnn je memasing mandang lauk dalam pinggan tu.

        Setengah jam kemudian.......licin licauuuuuu....

Perut dah kenyang...mata pun dah ngantuk.
Apa nak tunggu lagi bukan kena basuh pinggan pun.
Meh le kita mengangkat punggung Balik umah masing2.
Sebelum tu bersalam salamlah dulu ambil berkat selepas berjaya mengumpulkan doploh orang ni makan semeja kat  sini.





       
Puan bosar hajah radiah bengangggg je aku ambik gambar dia....Hehehehe....

Okey lah adik2 panjang umur murah rezeki kita repeat lagi ke sini ya.
Kali ni kita serbu lak senandung malam.
Aku boking seminggu lebih awal meja kat sana nanti.



                                   




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails