Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, February 28, 2011

Dah lama benau aku tak ke pasar malam.


pinjam gambar cik gugel pasal aku lupa bawak kamera aku.

Ini bukan citer olok-olok.
Tapi ini adalah reality.
memang dah lama sangat aku tak ke pasar malam... makan tahun jugaklah.
mesti ramai heran.... darat sangat ke aku sampai lama tak kepasar malam... bukannya apa sekitar tempat aku berumah bertangga ni( eerr..rumah aku tak do tanggo ) banyak nau pasaraya.. dari yg HYPERMARKET sampailah ke SUPERMARKET... semuanyo ado kat sini.

Ni tak lama lagi belakaaaang jee rumah aku ni nak buat pasaraya HALALHUB pulak... haaa lagilah tak payah pakai kereta aku nanti... just jalan kaki lenggang mak limah je ke belakang tu.... kuar masuk ikut pintu dapur jeee !!

Pasal tempat2 ni semualah aku terlupa nak menziarahi pasar malam walaupun seminggu sekali... sedangkan sekitar sini setiap hari ada pasar malam tapi di kawasan taman kediaman yang berbezalah.... lagipun bila anak dah makin membesar dan bersekolah banyak masa aku yang dah jadi sempit ( asal jangan sempit rezeki udah lee )... yelah kena beri perhatian lebih untuk kerja sekolah dyorang setiap malam.... pastu hujung minggu lak lik kampung.

Okey semalam aku pergi pasar malam senawang... terasaaaa lah seronoknya tengok macam-macam gerai ada... dari makanan,pakaian dan macam2 lagilah... tapi aku tak pergi ketempat sayur dan ikan2 tu pasal bukan hajat kesana  nak beli barang2 basah pun.

Aku cuma nak cuci mata dan tekak aku aje... haa kat situ aku nampak macam2 makanan yg menarik perhatian tapi aku cuma beli ayam madu, burger, pulut bersambal, yong tau fo , kuih akok dan baju untuk princess aku.
kalau ikut nafsu aku mau macam2 yang aku borong tapi sabar..sabar... ada banyak lagi pasar malam yang aku leh pergi nanti.... dan banyak pulak juadah yang aku leh rasa.

Tapi aku terlupa lak nak ambik gambar dek terlalu excited nak makan pasal dah lapau kau !!


CN : Dulu baru2 duk sini setiap malam pergi pasar malam sampaikan peniaga pasar malam pun kenal dah muka aku .


SALAM UKHWAH

Friday, February 25, 2011

Tujuh Kalimah.

Salam Jumaat hari penghulu hari ..... !!




Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi.


SALAM UKHWAH:

Thursday, February 24, 2011

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing !!



Gambar hanya hiasan... tak ada kena mengena dengan citer di bawah.



Perbualan seorang teman dgn sorang mak cik tukang sapu..:

Makcik : laki ko duk mano?
kawan : sandakan..
Makcik : abes korang duk asing lah nie?
Kawan : iyo
Makcik : ha esok ko molopong jo lah tgk laki ko ngan botino laen....
Kawan : glurrrrrrrrr...(telan air liur jer lh) betul ke camtu ??


Selalukan kita dengar ayat macam mak cik tu cakap ?

Lebih-lebih lagiiiiilah kalau si laki kat utara si bini lak kat selatan..... kunun2nya lah duk jauh2 ni banyak yang tak eloknya.... yelah kalau tak bini tu wat hal si laki pulak yang mengatal.
Lepas tu bukak lak segala macam surah dan hadis yang mengatakan tempat isteri sebaik-baiknya di sisi suami  !
Tapilah kan dah duk depan bijik mata pun wat hal jugak camno ??????

Pokok pangkalnya pada hati dan iman seseorang... klau dia jenis yg senang kena hasut kek setan gondol tu ada bini depan mata pun buat hal lagilah kalau duk jauh-jauh ni.
Tapi cubalah yang kuat imannya dan tetap hatinya pandai pulak jaga maruah sendiri ... duklah sejauh mana pun dia tetap setia dan isteri tetap di hatinya.
Tapi payah nau sekarang ni nak jumpa lelaki2 yg tetap hatinya dalam sepuluh orang mungkin ada satu je kot!!

Sama jugaklah kalau laki ko drebar lori kalau kuat imannya walaupun tak balik seminggu isterinya tetap yang satu tu jugak walaupun ramai yang komen drebar lori suka pasang bini ramai2.
Suami-suami yang keja dalam ofis pergi balik rumah hari2 pun kalau jenis yang miang tu nak buat hal dia buat hal jugak tak payah nak tunggu jadi drebar lori dowh !!

Kadang-kadang tu yang baik depan  isteri pijak semut pun tak mati tulah  lagi nak kena berjaga-jaga... takut-takut ada udang galah di sebalik mee hailam !

Jadi kepada kawan aku kat atas tu...
Kok ko raso tak sodap hati  tinggalkan je bisnes tu ikut ajolah laki ko kat sandakan tu jangan satu hari nanti ko yang di persalahkan.( lelaki yg buat hal memang suka salahkan isteri sekali pun 99% adalah kesalahannya sendiri  )
Tapi kalau dah ado dopan mato dio nak jugak menggatal anggaplah itu dah suratan takdir.

Belum tentu yang jadi suami kita hari ini adalah jodoh yang terbaik untuk kita ke akhir hayat nanti.


CN : Ramai  jugak isteri2 yang memendam rasa bila dapat suami mengenyam macam miang buluh !!!


SALAM UKHWAH

Wednesday, February 23, 2011

Tak sempat tgk dokumentari sudir ?...meh follow schedule ni....




MEREKA YANG TIDAK BERKESEMPATAN MENONTON DOKUMENTARI SUDIRMAN HAJI ARSHAD, SILA FOLLOW SCHEDULE INI DI HISTORY CHANNEL, 555 ASTRO.




22 FEBRUARY 11 MALAM
23 FEBRUARY 11 PAGI,  5PTG  & 9 MLM
24 FEBRUARY  4 PAGI &  3 PETANG
26 FEBRUARY  12 TENGAH HARI
27 FEBRUARY  10 PAGI

1 MARCH  7 MALAM
11 MARCH  11 MALAM
13 MARCH  7 MALAM



Hari ni muka aku ketat giler.
Pasal hari ni closing date untuk semua kerja bulan Febuary.
Company aku kerja ni ada sikit menggong... org lain closing hujung bulan tapi kami closing setiap pertengahan minggu pada minggu terakhir setiap bulan... contohnya bulan ni hari ni adalah closing kami esok kami dah start 1 MARCH dah.. tak ke keterlaluan sangat advancenya tuuuu..!!

Tu yang aku tergedik gedik gila nak mengejar masa tu ( tapiiii...ko sempat lagi update blog kaaaannn ?? )
haaa..kan aku dah kata sibuk macam mana pun kat ofis ni aku ada masa gak update... klau kat umah jgn haraplah !!
Tak kisahlah tu kan janji hujung bulan ni aku dapat bonus lagiiii ...... wakakakaka !!!!

Okeylah pada sesiapa yg ketinggalan tengok dokumentari sudirman hari tu boleh follow schedule kat atas tu ya... termasuklah aku yang tak sempat tengok malam minggu hari tu.
Kalau tak sempat tengok pukul 5 dan 9 malam ni 26 FEB masih ada lagi... tak sempat jugak ko tunggulah sampai 13 MARCH masih ada  lagi citer tu.
 
Itu pun kalau umah ko ada astro channel 555 ni laaahhh !!!
 
 
CN: Aku dah budget baring2 kat depan TV mlm ni...jangan ada yg berani tukar channel yaaaa !!!!
 
 
SALAM UKHWAH:

Tuesday, February 22, 2011

Award dari YUNCHAN & promote dia sekalilaahh !!!





Aduuuhhh.... baru hari ni nak wat story morry pasal award dari cik adik YUNCHAN ni.... dah dapat beberapa hari yang lepas ... agak2 klau akak ni jadi student macam kamu boleh dapat pointer tinggi ke camni dik... lambat buat assingment.. mesti dah kena warning kan..kan..kan !!!

Oklah ini award dia buat sendiri... sooo kreatiplah dia nikan byk idea nak hias dan tulis bagai... pastu dia suruh aku jawab soklan omputih dia ni....


1. what do you think about yun chan khalid? hahaha.

Akk baru lagi mengenali kamu jadi tak banyak komen ... rajin-rajin update selalulah akak datang study jgn sebulan sekali udahlah ye diiiikk !!

2. why did you want to follow me?

Eerrm.... aku ni cukup suka menolong sesama blogger.. rasa tak adil lah pulak kan org dah follow kita tapi kita tak balas balik pulak ( yg terlepas pandang tu mungkin ada jugak ..kok ada sila bagitahulah ya !!) ... dan aku pun suka gak nak tolong blogger2 baru ni menambahkan kengkawannya pasal dulu aku pun macm korang jugak kan !

3. what do you think about my blogger templates?


Tak banyak masalah untuk membaca tulisan kamu... keseluruhannya akak suka... daun2 yg jatuh tu macam musim luruh kat kota London lak dik..hehe !!!

4. what do you think about the picture ( award ) above?

Sangat2  kreatif... suka..suka..suka !!!

5. how do you feel when someone like me [setahun jagung] gave award to several bloggers.

Memang gumbiralah sebab bagi award tu.... dari situ akk dah nampak kamu menghargai mereka2 yang sudi follow kamu...syabas ya!!

6. last but not least, do you think all the questions are funny or boring?


Ok......pasal soklan2 ni sonang na nak jawab.. tu yg like 1000x tu..hehe!!


Tima kasihlah bebanyak ya dik YUNCHAN kasi akak award tu... dan pada blogger2 yang lain kalau nak berkenalan dgn dia ni silalah klik LINK kat header  bawah tu.... Akak tolong promote kan lagi blog kamu dik yunchan ya !! 


http://buyunchan.blogspot.com/

CN :  Ini namanya sambil menyelam sambil tangkap ikan sekali ... !!


SALAM UKHWAH

Monday, February 21, 2011

Aku fikir macam nak bertapa je kat opis ni !



Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !!!


Tu diaaaaa... panjang salam aku hari nikan ?
Haa .. nak ucapkan jugak selamat hari isnin hari paling malas buat warga kerja seluruh dunia... maklumlah hari pertama bekerja ... dah start hari rabu nanti baru celik sikit bijik mata.. khamis dah semakin segar.. dan Jumaat pulak lagi bertambah rajin dan segar bugar.. maklumlah hari terakhir untuk lima hari bekerjakaaaannn !!!

Aku rasalahkan  aku ni kena berkampung kat opis ni setiap hari ... pagi petang siang dan malam!

Pasal apa.... pasal aku kalau bekerja cukup rajin nak update blog... pasal duk mengadap PC jekan !
kalau kat rumah lebih-lebih lagi hari cuti cukup payah betul aku nak melekat kat depan laptop aku tu.
ado jo kojo yg den kono buek !!
walaupun lalu lalang depan laptop tu setiap masa... setakat menjeling jelah.. singgahnya tidak !

Itu pasal blog aku ni akan sunyi sepi kalau aku cuti bekerja.

Oh ya.. tadi masa BW ada satu blogger kata kalau nak kuruskan badan hindarkan dari makan karbohidrat dan gula selama 2 minggu !!
Ini dari buku yang dia baca... macam nak cuba pulak .
Dah lah badan aku ni rasa macam dah nak mengembang je macam butter kek yang baru masak dalam oven.

Tapikan aku rasa malam ni macam nak buat nasi goreng ikan masin jeeee......
Errmm...... macam mana tu ya ??


CN : Resepi Nasi Goreng Ikan Masin aku leh cari kat  SINI


SALAM UKHWAH

Thursday, February 17, 2011

Berbanggaaaalaaah...tapi jgn sampai menyakiti !!


Senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2011

1.Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b

2.Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM45.78b

3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b

4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM12.74b

5.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.89b

6.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b

7.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b

8.Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b

10.Ong Bee Seng (?) RM3.98b


Senarai nama mereka2 ni tersiar kat surat kabar hari ni... tapi aku bukannya nak cakap pasal kejayaan diorang ni... tak ada orang yang akan berjaya kalau tak berusaha bersungguh2 kan..... inilah hasilnya yang mereka semua dapat setelah berpenat lelah dulu.

Tapi kan yang tak bestnya isu jutawan2 ni di jadikan bahan kutuk mengutuk sesama kaum pulak dalam laman2 sosial... itu yang tak bestnya !!

Tak payahlah nak cakap bangsa ni bagus... bangsa  ni rajin .... bangsa tu pemalas... bangsa tu pulak ramai yang bodoh.

Kita hidup dalam Malaysia yang berbilang kaum ni patutnya merasa bangga pasal tak ada diskriminasi dalam soal harta kekayaan dan kejayaan setiap kaum atau bangsa..... tak ada pun mana2 bangsa yang tercicir atau di anak tirikan seperti yang pernah di war-warkan dulu kononnya kaum cina hidup susah di Malaysia.

Sekarang tengok berapa ramai orang cina yang ada aset berbilion ringgit... ramai melayu ke ramai cina?

Dan tak perlulah nak mengutuk orang melayu pemalas semata-mata seorang je yg tersenarai kat situ.

Orang yg suka mengutuk dan mengomen tak tentu harah tu pun tak tahu bagaimana pulak kehidupannya... pandai berlagak pasal  bangga  nama bangsanya yg teratas dan terbanyak sekali..... sedangkan dia mungkin lebih pemalas dari bangsa yg di kutuknya itu !

Kita hidup dalam Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya berbangga dengan pencapaian kita sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum..... tak ada rusuhan jadi tak perlu nak menyakiti hati kaum dan agama yg lain.

Tak ada kaya atau miskin, malas atau rajin dan bodoh atau pandai  kerana ia dari bangsa A ataupun bangsa B tapi kerana usaha dan sifat positif dalam diri setiap individu yang buat kita akan berjaya atau sebaliknya.

Yang dah senang dan berjaya janganlah takbur kerana itu semua cuma pinjam pimjaman sahaja... bila2 akan di tarik balik oleh tuhan jika ia mahu... sedangkan nyawa kita ni pun cuma dipinjamkan untuk beberapa tahun jeeee..!!


CN : kita kan 1 malaysia.... !!



SALAM UKHWAH:

Wednesday, February 16, 2011

Tetiba lak banyak idea kat dlm kpala ni !!


Namanya iman...kami panggil pun iman...semoga jadi org yg beriman dh besar nanti...Amiiiin !!!


Entah kenapa banyak na pulak idea yang aku nak tulis dalam blog ni hari ni... tapi tak mau tulis semua hari ni aku tulis lenkali.

Malam tadi aku tengok drama TV 3 sempena MAULIDUR RASUL citer YG TERPUJI.

So far....oklah drama tu ada banyak pengajaran terutama dalam pangilan nama kepada anak-anak... dari dululah sampai sekarang aku tengok ramai orang suka menyebut nama anak dengan nama timangan... nama betul budak tu dah eloklah dah sedap maksudnya tapi g pulak panggil yang lebih sedap kat tekak mak ayahnyaaaa.

Kalau maksudnya elok tak apa jugak tapi kalau jadi yang lain?
Selain tu citer ni humor jugaklah.. aku ni sebenaunya jarang tengok telibesen ni... kalau terserempak dgn citer yg best2 kat bijik mata aku ni barulah aku tengok.. kalau tak jgn harap lebih baik le aku baca mangazine ke... sok kabar ke atau BLOGWALKING... tu lagi berpaedahkan !

Nak nak pulak citer seram jgn harap aku akan on tb tu... eh cakap pasal citer seram ni kan malam yg sebelum tu ada satu lagi citer berkenaan hari MAULIDUR RASUL ni jugak.. apa tajuknya yekk.. HIJAB KALBU ke HIJAB TERKABUL ?

Sobonar ea masa citer ni di siarkan aku ada kat rumah adik aku... time sembang-sembang tu mata aku menjelinglah tengok citer ni tetiba keluar pulak muka TOK MEK ( klau aku x silaplah ) dalam citer tu ... rupanya  IEJA yg melakonkan watak tu mengunakan ajaran salah untuk memikat suami.( isteri2 yg buat camni dosanya amat besar tau...jgn cuba2 nak buat pasal !! )

Tapikan yang buat aku lagi malas nak tengok tu bila sampai ke babak suami IEJA ( lakonan Asyraf ) makan kat restorannya pastu ada cacing pulok dlm pinggan kawan dia tu ( seorang yg warak ...lupa lak aku nama pelakon ni ).

Kebiasaannya benda2 macam ni adalah ilmu pelaris yg di gunakan sesetengah org berniaga utk memajukan perniagaannya  ( SETENGAH je ye bkn semua.. ) benda2 macam tu hanya boleh di lihat oleh yg kuat ilmu agamanya.... tu pasal yg kwnnya yang warak tu boleh nampak cacing bergeluit dalam pinggan tu padahal dia order mee je tadi !!

Bila tertengok macam tu kembang pulak tekak aku ni ... nasib baik jugak hubby aku bukan jenis yg suka sgt makan kat luar... sesekali tu adalah.... gelilah pulak aku nak order mee lepas ni.. eeeeiiii !!!!

Heeeeyy...apa pasallah aku boleh tertengok citer macam tu!!


CN : Nampaknya jiran aku kena tukar nama pangilan anaknya si mamat tu lps ni... itupun klau dia tgk citer mlm tadi !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, February 15, 2011

Salam maulidur Rasul.


Hari ini semua umat Islam menyambut maulidur rasul dan sesetengah syarikat mengambil kesempatan untuk memberi cuti kepada pekerjanya tetapi bukan pula pada company tempat aku bekerja ni.

Untuk kesekian kalinya setelah lebih sedekad aku berkhidmat di company ini... inilah kali pertama aku mengambil cuti untuk hari kebesaran junjungan mulia kita ini.... terasa pulak seronok dan tenteramnya meluangkan cuti untuk hari yang baik ini berkumpul bersama anak-anak di rumah.

Sebelum ni  sewaktu anak2 masih kecil aku terpaksa berkira-kira untuk bercuti kerana ia melibatkan cuti tahunan aku... kang klau anak sakit ke baby sitter nak cuti ke atau apa2 aktiviti di sekolah dah buat aku susah untuk cuti lagi.

Tapi sekarang dah lama kerja cuti tahun pun dah banyak dah ... anak aku pun dah besar2 tak payah nak simpan cuti emergency banyak2 macam dulu lagi... boleh ambil semua cuti umum kat malaysia ni yg company aku tak senaraikan sebagai cuti wajib company!

Untuk semua pengunjung blog RKTS ini yg bercuti aku ucapkan selamat bercuti di hari MAULIDUR RASUL ini.... perbanyakkan berselawat utuk junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w .


SALAM UKHWAH:

Ayam masak lomak cili api.



Oghang nogoghi mano leh tinggal dongan menu ni kan.... haa ni hari cuti MAULIDUR RASUL ... jadi aku masak lauk kegemaran aku ni... tapi masalahlah kan hubby dan anak2 tak suka sangat pedas-pedas jadi aku kurangkanlah bilangan cili apinya... ok layan resepi ni pulak ...!

Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam ( family aku kecik je )
10 ulas cili api (ikut suka – kalau nak pedas tambah lagi cili tu )
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
santan ( dr sebiji kelapa )
1 keping asam gelugor
2 biji kentang di belah 4.
Garam.




Cara memasak:

1. Tumbuk cili api , kunyit hidup sehingga hancur & lumat.
2.Gaulkan Bahan (1) tadi dgn ayam di dlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan asam keping dan kacau supaya tidak terbit minyak.
5. Masukkan kentang dan kecilkan api supaya kentang cepat empuk
6. Perisakan dgn garam
7. Tunggu hingga kuah menggelegak dan sesuaikan rasa garam dan asamnya ikut selera masing2 lepas tu bolehlah ditutup apinya.

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT.


Monday, February 14, 2011

14th feb, 270 M ~ Hari kejatuhan Islam di Cardova.





Hari ni hari apa?
Owhh...VALENTINE DAY !!!!

Apasal ramai sangat orang-orang kita yg nak sambut hari ni... sedangkan tak ada kena mengena pun dengan agama dan budaya masyarakat kita?

Ooo...terikut-ikut rupanyaaaaa...!!!
Nak  ingatkan kekasihlah hari ni eerkk ??
Hari lain tak boleh ingatlah !!

Special ?????

Di alam persekolahan dulu ustaz dan ustazah aku serimg mengingatkan aku dan rakan sekelas yang lain.... jangan suka ikut cara orang2 Kristian  yg menyambut VALENTINE DAY ni.
Malah kalau kita baca balik kisah sebenar bagaimana wujudnya VALENTINE DAY ni kita akan sedar bahawa ia tak ada kena mengena langsung dengan agama dan bangsa kita.

Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan 'Ratu Isabella' dari sepanyol iaitu 'Saint Valentine'.


Jasa beliau menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14Feb, 270 M. Begitu bermakna pada 'Ratu Isabella', sehingga beliau(Valentine) di anggap sebagai kekasih kepada rakyatnya sendiri. Jesteru itu, 14Feb disambut tiap2 tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dan menamakan hari tersebut sebagai 'Hari Valentine'.


Jadiiiiiii ... korang nampak tak betapa tidak patutnya kita muslim dan muslimat yang mengaku ISLAM sama-sama pulak meraikan hari kejatuhan Islam di CARDOVA bersama mereka itu !!!


CN : Aku ingat tarikh MAULIDUR RASUL je esok !!


SALAM UKHWAH


 


Friday, February 11, 2011

Bermimpii di siang hari...




Entah apa kenalah aku hari jumaat ni.... buang tebiat eekk ???

Kebiasaannya waktu lunch aku kat ofis ni kul 12.30pm... tapi tadi aku tengok member yg duk belakang aku ni memusingkan kan kerusinya memandang dinding  untuk tido (biasa dah dia wat camtu tiap kali lunch hour )... aku yg nampak dia dah selalu wat camtu pun ikutlah sekali memusingkan kerusi aku jugak memandang dinding di sebelah aku ni !

Dengan gaya seorang staff yg cukup letih sangat ( ye keeee..??? ) aku pun memeluk bantal bucuk aku tu dan melelapkan mata sambil bersandar pada kerusi aku yg debab ni.

Eh..eh..tak sampai sepuluh minit perut aku pulak berkeroncong minta makan !
soo...aku pun membukalah bekal yg aku bawa dan makan dengan gaya ayu seorang wanita (piiiraahh..!!)
sambil berfacebook dan berchating bagai.... agak-agak adalah lebih 20 minit kejadian berlaku.... tetiba pulak sorang member aku ni datang kat aku dan bertanyakan sesuatu pastu dia pun duduk kat meja dia sebelah aku ni..

Lama jugaklah... aku pun rasa hairan... apesallah minah ni tak kuar lunch biasanya dia pergi lunch... tetiba bijik mata aku terpandang jam kat dalam PC aku ni dengan 4 digit yg tak aku sangka-sangka...pukul 12.29pm.

Aku pandang jam tangan aku... nombor yg sama jugak... pandang lak jam kat dinding ofis aku ni dah bergerak seminit ke angka 12.30pm !!

Haaa...tadi aku siap baring... makan... chating tadi pukul brapa ?
Belum waktu lunch lagi ke ??

Terkedu aku sekejap... nampak gayanya aku dah mengular lebih setengah jam !!
Nasib baik tak ada sapa-sapa yg masuk ofis aku waktu tu kalau tak.....sendiri mau hingatlaaaahhh !!!
Member kat belakang aku ni cakap dia pening kepala tu pasal dia rehat awal sikit....ada patut keee ??

Akibatnya aku rasa teramat lambat nak tunggu tea break pulak pasal aku dah lunch lebih awal !!

Moral dari cerita ni jangan suka ikut apa orang lain buat ..haiisshh !!!

CN : Lenkali tengok jam dulu !!


SALAM UKHWAH

Perihal Doa.

Salam Jumaat hari penghulu hari.... !!

 
Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
   "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


SALAM UKHWAH

Wednesday, February 9, 2011

KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIK)


Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan.

Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).

Kanser pangkal rahim(serviks)

 

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM

Punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim?
Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:

Hubungan sek pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs,
Pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.

Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:

Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak


AKIBAT KANSER PANGKAL RAHIM

Apakah akibatnya jika kanser pangkal rahim tidak dirawat ataupun rawatan yang diberikan lewat? Kesan akibat kanser pangkal rahim terbahagi kepada 3 kesan utama:

1. Kesan Fizikal
2. Kesan Psikologi dan Sosial
3. Beban kepada ahli keluarga


APAKAH KAEDAH RAWATAN KANSER PANGKAL RAHIM.

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

Maklumat-maklumat lain yang patut anda ketahui adalah seperti berikut:

Jenis ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser pangkal rahim
Jenis pembedahan yang dilakukan
Rawatan selepas pembedahan
Rawatan Radioterapi
Rawatan Kemoterapi
Bagaimana mengesan kanser berulang
Langkah-langkah pencegahan kanser berulang
Imej-imej yang jelas mengenai aspek-aspek penting kanser pangkal rahim


SUMBER : dipetik dari buku Kanser Wanita dan Kanser Pangkal Rahim. dan http://drrushdanoor.tripod.com/


SALAM UKHWAH

Tuesday, February 8, 2011

Aku yang haru biru !!!

Laaaamanya aku tak menulis entry baru.... hampir seminggu kan ?

Mana taknya cuti CNY je melebihkan cino ghayo lak aku..... pastu holiday lak kat kampung... paham-paham jelah kan kalau dah ada kat kampung tu... walaupun rumah mak aku ada internet tapi aku pulak tak ada masa nak ber online ni !

Macam-macamlah aktiviti aku kat rumah mak... termasuklah tidur yang berlebihan !!

Masa hari bekerja mana dapat tidur siang-siang ni kan... time-time cuti nilah nak lepaskan geram... sekali berat badan aku naik macam badak nanti... haa baru aku tahu... padanlah dengan muka.... asyik makan dengan tidur jee.

Nak-nak lak lagi sabtu dan ahad hari tu ada jemputan kenduri kahwin.
Aku makan pun tak hinggat dunia... habih semua aku balun... hancuuuuusss diet aku weiii !!!
Pastu malam minngu hari tu adik aku terlebih baik hati lak belanja kami ramai-ramai makan sate.
Aku dah rasa tak boleh telan lagi dah dek kekonyangan.
Tapi rezeki datang bergolek-golek depan mata... aku sumbatkan jugak dalam mulut walaupun siang tu dah makan nasi minyak... sate tetap jugak aku kunyah !!!

Ni kepala aku tengah pening ni.
Bukan pasal bayak makan... tapi siang tadi aku call banyak resort kat melaka semua dah penuh.
Aku ingatkan aku dah awal sangat dah booking untuk hujung bulan ni... rupanya ada lagi orang lebih awal dari aku... 3 resort yang aku call semua dah penuh...bayangkanlah tu semua nak check in sama date dengan aku !!

Kalau tak ada jugak yang kosong kat pengkalan balak tu kena lah ubah lokasi tempat lain lak... semak betullaaahh !!!


CN : Baru arrange utk family sendiri aku dah kacau bilau... lum lagi wat rombongan cik kiah sekampung g ni !!


SALAM UKHWAH

Wednesday, February 2, 2011

CNY 2011 Tahun Arnab & Lion Dance .



Sebahagian dari management staf yg tak malu untuk bergambar termasuklah aku !




Tahun 2011 adalah tahun Arnab bagi sanbutan TAHUN BARU CINA tahun ini... petang tadi masyarakat kaum cina telah melangsungkan acara makan besar  dan bermulalah sambutan tahun baru mengikut tradisi mereka.

Pada 27/1/2011 hari tu company tempat aku kerja ni mengadakan sambutan tahun baru cina dan acara tarian singa.... semua menagement staff di wajibkan memakai baju warna merah ( LINK )..... masyarakat cina suka warna ni dalam sambutan perayaan mereka kerana warna ini membawa tuah terutama dalam perniagaan.

Ikuti gambar-gambar yg sempat aku rakamkan untuk semua pengunjung RKTS..... orang malas nak upload  macam ni lah... dah basi gambar ni baru nak bagi orang tengok !!!

( pesanan penaja : sila klik kat gambar utk imej yg besar dan jelas )

 

dari baju sampai ke kasut pun merah kauuu !!!



Ada lion dance lagiii...... korang tau ke apa yg dia tulis tu ????


Ini pulak tukang buat bising !!



Ini salad dan angpau....nanti singa-singa tu akan ngaaaap dua-dua ni sekali !!


Patuh dengar arahan editor dia !



Are u readyyyyyyyy !!!!!!!!


1...2....3....apalagi telan laaaaaahhhh !!!!!



Okeeey....sesi bergambar dengan cho san !!
Ko kenal dengan si janggut panjang tuuuuuu ????
Itulah dia cho san.....siap pegang emas seketul lagi tu !

Okeey...sekarang kita baca pasal kepercayaan mereka tentang tahun Arnab pulak yea ( eh..eh...macam belajar kat sekolah pulak ).

Aku ni kan rajin meng gugell... jadi inilah hasilnya yg aku dapat..... !!!

KEPERIBADIAN ARNAB



Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.

TAHUN ARNAB

Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.


KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB

LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi

PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.

Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.

TAHUN: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999

Nota: Ini adalah kepercayaan masyarakat cina, bahan bacaan adalah sebagai tambahan pengetahuan.



CN : kat sekitar rumah aku ni dentam dentum bunyi mercun....macam aku ada kat palestin pulak dah !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, February 1, 2011

Ofis dah sunyi sepi !!

Hari ni dah ramai staff-staff kat ofis ni yangcuti.... ada yang ambil satu hari cuti ada pulak yang setengah hari.


Al maklum jelah aku kerja dengan CHINESE COMPANY jadi dah tentu lah lenggang tempat ni ... petang esokkan diorang nak makan besar... hari ni dah ada yg sibuk balik rumah mak bapak... nak bershopping bagai... macam kita raya jugaklah kan !!

( Perhatian: Bagi yg rabun2 ayam tu sila KLIK kat gambar utk imej yg besar dan jelas....pesanan dari penaja..huhu!! )




Dalam department aku ni cuma aku bertiga je yg duduk dalam ofis ni..... tapi hari ni aku tinggal sorang-sorang... pagi tadi berdua tapi lepas lunch tadi member sebelah aku tu dah balik dah nak wat rendang... so tinggallah aku sorang jee.... sunyi weeiii !!!



Kat MARKETING DEPT ni pun lenggang haa..... ramai yang dah cuti dah .


Eh..eh...ada sorang Ah moi keja lagilah !!!





Haiyaaaa...... dia terkezut aku ambil gambar dia...hehehe !!!

Ini lah dia suasana kat ofis aku sekarang... cuma ada beberapa kerat aje staff yang kerja lagi hari ni... mulai esok sampai isnin 7HB FEB kami akan bercuti sempena TAHUN BARU CINA.


HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY TO ALL STAFF SUNRICH INTERGRATED S/B.


CN : Apo den nak buat cuti lamo2 ni ??



SALAM UKHWAH:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails