Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, September 24, 2012

ANAK KECIL INI MEMERLUKAN DOA ANDA.

Salam Sejahteraa..!!
Isnin
8 Zulkaedah 1433H


Syukur Alhamdulillah jika kita mempunyai anak-anak yang sihat-sihat.
Syukur juga jika anak kita sempurna sifatnya apatah lagi jika ia cerdik , petah dan aktif.
Tapi di dunia ini tak semua pasangan yang bergelar ibubapa bernasib baik.
Kadang-kadang kita di uji dengan berbagai ujian untuk di ukur sejauh mana keimanan kita.
Nasib kita semua berbeza antara satu sama lain.
Hari ini kita senang belum tentu lagi esok pula bagaimana..... begitulah sebaliknya.




Anak kecik yang akan genap berusia 2 tahun pada 6 Oktober ini tidak meminta bantuan kewangan ataupun tenaga dari kita semua.
Tapi ibunya hanya memohon agar kita semua  sudi mendoakan agar anaknya sihat seperti dulu tiada lagi kesan penyakit yang di alaminya kini.
Itulah permintaan si ibu yang bersengkang mata siang malam memastikan agar si anak sihat dan dapat bermain semula  seperti kanak-kanak yang lain.



Wajah Nora dan anak kesayangannya soleh..... boleh baca cerita lanjut dan sejarah hidup anak kecil ini di blog Nora di  SINI
 
 
Doakanlah seikhlas hati agar ada senyum yang panjang di penghujung hari buat dua beranak ini.
 
 
p/s: semua gambar2 di ambil dari blog nora.
 
 

SALAM UKHWAH

 

Saturday, September 22, 2012

Terpadam...

Salam Sejahteraa..!!
Sabtu
6 Zulkaedah 1433H



 Dah berakhir dah bulan syawal tapi aku tengok ada gak beberapa orang yang masih lagi buat open house.
Agaknya ada antara  mereka tak sempat nak buat time raya hari tu ...tu yg terlajak ke bulan Zulkaedah pulak.
Tak kisahlah kan rezeki masing2 tapi berbezalah sangat pulak raya dulu dan sekarang ni.

 Petang semalam hujan lebat kat area senawang ni di tambah lak dengan petirnya sekali.
Agaknya sebab kuat sangat kilat sampaikan separuh dari butang2 kat kotak fius rumah aku tu ter "off" tetiba ini menyebabkan lampu dan kipas terpadam.
Anak-anak aku ada kat rumah apalagi paniklah dyorang bila umah gelap pastu panas lak.
Nak buat sesuatu mereka takut ......nak tak nak tunggu je aku balik kerja kul 5 petang.
Bila aku sampai je ke umah dua-dua meluru masuk dalam keta nak kena air-cond kasi itu badan sejuklah balik.




Aku telefon adik aku Pie tanya macammana nak buat ...dia cakap sonanggggg jooo..
''Kau onn kan balik butang2 yang dah off kat kotak fius tu... tak de menda dowh..aku buat kojo tu hari2 tak de apa-apa pun !!"

Orang yang dah biasa main dengan elektrik nak di bandingkan dengan aku yg tekan button keyboard ari-ari ni mana nak samo.
Dah tentulah aku takut kang nasib tak baik kejung lak aku kat atas kusyen tu kang.
Baru dua button aku onn kan  aku dah seriau dah
Tergigil-gigil tangan aku...kang tetiba melotup fius tu  naya je aku mati tegak kat situ.
Sudahnya aku gunakan je batang penyapu untuk onn kan lagi 8 button yang dah ter "off" tu.

Yang ponting umah den torang bondorang balik.... tak yah susah-susah tunggu laki balik kojo dowhh.


SALAM UKHWAH

 

Friday, September 21, 2012

Doa Adab Memasak.

Salam Jumaat Hari Penghulu Hari....!!
Jumaat
5 Zulkaedah 1433H

 
 
 
Sekadar renungan dan ingat mengingati sesama insan........
 
 
 
 



SALAM UHKWAH



 

Friday, September 14, 2012

Doa Nabi Musa as memohon kelancaran lidah berkata-kata.

Salam Jumaat Hari Penghulu Hari..!!
Jumaat
27 Syawal 1433H



Rabbisyrah lii shadrii, wa yassir lii amrii, Wahlul’uqdatam mil lisaanii, yafqahuu qaulii.
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala urusanku. Lepaskanlah halangan dari lidahku, agar mereka memahami ucapanku.” (Qs Thaaha (20): 25-28)
 

Penjelasan:

Ketika Nabi Musa as, diperintahkan Allah untuk mendatangi Fir’aun dan pengikutnya guna menyampaikan seruan Tauhid dan melakukan keadilan, Beliau memohon kepada Allah supaya dibebaskan dari rasa gugup dan rasa takut. Musa memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan dan pekerjaannya dimudahkan supaya dapat menyampaikan seruan kepada Fir’aun dan pengikutnya dengan sikap tegas dan dengan cara yang mudah. Selain itu, Nabi Musa yang kelu lidahnya memohon agar lidahnya dijadikan lancar mengucapkan kata-kata apa saja. Karena kelancaran lidah dalam mengucapkan kata-kata sangat berperanan besar dalam memudahkan pendengarnya memahami ucapannya.


Do’a Nabi Musa as di atas memberi pedoman bahwa bila kita merasa gugup dan takut menyampaikan kebenaran kepada orang lain, maka hendaklah kita memohon ke pada Allah supaya rasa gugup dan takut itu dihilangkan dari hati kita. Dengan demikian, kita dapat menyampaikan kebenaran dan peringatan dengan jelas dan mudah kepada orang yang menjadi sasaran kita sehingga maksud kita menyampaikan seruan dan pembicaraan kepada mereka tercapai.



SALAM UKHWAH

 

Thursday, September 13, 2012

Biskut Chipsmore.

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
26 Syawal 1344H



Dah lama  aku nak selitkan resepi chipsmore yang aku buat puasa hari tu kat blog ni.
Tapi sampai sekarang tak tertaip taip lagi kat sini.
Kertas resepi yg aku print ni pun dah kedut seribu dah.
Malas nak simpan kertas resepi....  tu yg aku lebih suka sharekan kat blog dan boleh jadi khazanah ke akhir hayat..:)
Lagi satu ilmu ni perlu di kongsi-kongsikan tak guna nak kedekut2 ni.
Lagi banyak kita berkongsi lagi banyak ilmu yg kita dapat.

Okey kita tengok resepi chipsmore yang aku buat hasil carian kat google.
Mana2 resepi yang memikat selera aku anak beranak akan tersimpan kat galeri resepi kat sebelah tu.
Biskut ni adalah yg pertama sekali terlaris raya ari tu.






Sumber : Blog Yaya Azura

Bahan-bahan :
450 gm tepung gandum
1 biji telur
250 gm mentega
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips
3 sb serbuk koko
250 gm gajus - panggang dan cincang
1 sk baking soda

Cara - cara :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak sedikit demi sedikit .
4) masukkan choc chip dan gajus
5) bulat kecik-kecik dan tekan guna garpu.
6) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit -  (oven butterfly aku 200c - 20 minit)

SALAM UKHWAH

 

Tuesday, September 11, 2012

Open house.

Salam Sejahteraa..!!
Selasa
24 Syawal 1433H



Dah sampai ke minggu terakhir syawal dah kita sekarang ni.
Dah masuk ke ujung-ujung ni berebutlah kawan2 yang berhajat nak buat umah terbuka tu membuka laluan pintu pagar masing2 untuk kedatangan tetamu -tetamu sebelum habis raya.

Tapi sayangnya setiap kali aku pergi open house langsung tak ada ambil sekeping gambar pun.
Bukannya apa aku ni pemalu sebonar eaaaa...kihkihkih :D

Minggu lepas adik aku wat open house pun aku tak ambik gambar juadahnya sedangkan kat umah adik sendiri tu.
Segan pulak aku nak menembak satu persatu gambar-gambar makanan dia.
Dah tu mak  pun ada sekali...risau gak kena sound dgn mak aku tengah2 orang ramai tu kang.
" Asyik nak ambik gambar jo kojo ea tak habih2"
Mak aku dari spesis yg mulut bising kekadang tak leh kontrol sikit bahasa dia tu jadi kena beringat sikit....orang tua paham-paham jelah kan !

Ahad yang lepas aku pergi open house rumah kawan hubby kat labu...ontah apo namo taman ea pun den tak hinggat.
Ini kali kedualah aku datang open house dia tahun lepas datang jugak.
Macam2 juadah yang ada ...candy dan cokelat untuk budak2 nasi putih dan lauk pauk untuk mak bapak budak pun ada.
Pendek kata puas hatilah dengan juadah yg di hidangkan.... aku bagi kari daging dia A+ memang sedap teramat.... ko lotak dadah ko dalam kari tu Puan Siti ??
Cream puff pun sodap.....Fruit tartlet pun sodapppp...eeiii semuo ea sodaplah menternak lomak dalam badan aku ni.

Tapi sayang gambau-gambaunya pun aku tak hambik.
Seganlahhhhh....ramai sana yg aku tak kenal kang dyorang ingat aku ni keja reporter majalah SAJI lak kang.
Snap sana..snap sini...snap sanun...
Kalau ambik gambar mesti ada yg keluar air liur kat sini...hehehe

Terglamorlah aku kejap kat sana bila ramai yang nak tau rupa sebenar orang rumah cek wan ni.
Lepas sorang sorang yang bertanya....
" Mana orang rumah cek wan?"
"Ini ke orang rumah cek wan ?".

Tulah tak nak bawak aku berkenalan dengan dyorang tak pepasal je aku jadi glamor.
Cek wan tersengih-sengih je kono perli dengan tuan umah.... padan muko ko bang !!

Okeyyyy... Selamat Ber-Open House.


SALAM UKHWAH

 

Thursday, September 6, 2012

Kedatangan yang di nantikan....

Salam Sejahteraaa..!!
Khamis
19 Syawal 1433H

Tarikh : 1 Syawal 1433H (19 ogos 2012)
Lokasi: Teratak ayahbonda kg Ulu Klawang, Jelebu.

Entah kenapa ari ni pepagi lagi aku dah boleh login blog ni kat ofis.

Biasanya waktu2 macam ni URL aku di blog..kul duablas setengah kang baru leh login sampai kul 3 potang.
Mungkin staff kat IT DEPART tu tengah godek2 sesuatu jadi ado canlah aku nak update blog ni time tak sibuk dan mood tengah rajin menekan keyboard ni kan..:))

Aku masih lagi  nak bercerita tentang raya hari tu.

Gambar2 kat bawah nilah satu2nya gambar yang aku ambik waktu first day raya hari tu.
Hari lain2 nan adoooo...... mood bergambar raya tahun ni dah hilang jauh ke lautan hindi.....langsung tak berselera nak bergambar atau menangkap gambar macam tahun yg sudah sudah-sudah.




Kedatangan tetamu yang kami nanti2kan sepanjang tahun ini.... makcik aku !!
Aku boleh bergegas pulang dari rumah mak mertua aku bila dapat tahu makcik ada kat rumah mak ..... bukan mudah untuk bertemu dengan satu2nya mak saudara tunggal aku ni sekarang sejak dia tinggal di rumah anak2...... dulu boleh melihat dan berjalan tapi kini kemana pergi hanya di atas kerusi roda dan hanya boleh mendengar tanpa melihat.




Mak dan makcik....dua beradik ni cukup rapat satu waktu dulu hingga arwah pak cik meninggal dunia..... setelah arwah meninggal makcik duduk di rumah anak2nya...dengan keadaan dirinya yang tak boleh melihat mana mungkin dia boleh hidup seorang diri di rumahnya.







Makcik tak boleh berjalan seperti dulu dan beginilah keadaannya terpaksa di papah oleh adik aku pie untuk ke kerusi rodanya...... dia hilang penglihatan dan kekuatan kaki untuk bergerak bebas seperti dulu.




Inilah wajah terbaru makcik.... dah semakin kurus berbanding dari raya tahun lepas...entrynya di SINI.
Kesedihan jelas terpancar di wajahnya kerana tahun ini tahun pertama dia beraya tanpa dua orang kesayangannya....arwah suami dan arwah anak lelaki sulungnya yang baru je meninggal beberapa bulan lepas...... setiap kali bercerita dia cuba menahan sedih ....sayunya hati seorang ibu dan isteri yang kehilangan dua lelaki tempat yg sepatutnya dia bergantung kini..... sekarang cuma tinggal 4 orang anak perempuan yg telah berkeluarga yg bergilir menjaganya.



KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YG PANJANG
BOLEHKAH KITA BERJUMPA LAGI ??


Pertemuan yang mungkin akan berlaku beberapa bulan sekali atau setahun sekali selepas ini...... bergantung pada kesudian anak menantu atau cucunya jika mahu membawanya pulang bertemu dengan kami selepas ini.....kalau  dulu hari2 leh jumpa makcik...dia duduk depan umah mak je.

Moral dari citer ni semua yg kita ada adalah pinjaman semata-mata..... kalau sekarang boleh melihat tak mustahil sok lusa tak nampak apa2 lagi...kalau sekarang boleh bebas berjalan ke hulu ke hilir tak mustahil esok lusa kita hanya terbaring atas katil tunggu orang lain suapkan nasi dan air.... hari ini kita sempurna mungkin satu hari nanti kita akan hilang separuh kesempurnaan itu.

Sedangkan nyawa kita ni pun hanya di pinjamkan ALLAH untuk satu tempoh yg telah di tetapkan..... jadi bersyukurlah dengan apa yg ada dan jangan memandang rendah pada golongan yang kurang berkemampuan mungkin satu hari nanti nasib kita jauh lebih teruk dari mereka.

Semoga ada pertemuan lain yang akan menyusul selepas ini..insya ALLAH .


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails