Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 6, 2012

Kedatangan yang di nantikan....

Salam Sejahteraaa..!!
Khamis
19 Syawal 1433H

Tarikh : 1 Syawal 1433H (19 ogos 2012)
Lokasi: Teratak ayahbonda kg Ulu Klawang, Jelebu.

Entah kenapa ari ni pepagi lagi aku dah boleh login blog ni kat ofis.

Biasanya waktu2 macam ni URL aku di blog..kul duablas setengah kang baru leh login sampai kul 3 potang.
Mungkin staff kat IT DEPART tu tengah godek2 sesuatu jadi ado canlah aku nak update blog ni time tak sibuk dan mood tengah rajin menekan keyboard ni kan..:))

Aku masih lagi  nak bercerita tentang raya hari tu.

Gambar2 kat bawah nilah satu2nya gambar yang aku ambik waktu first day raya hari tu.
Hari lain2 nan adoooo...... mood bergambar raya tahun ni dah hilang jauh ke lautan hindi.....langsung tak berselera nak bergambar atau menangkap gambar macam tahun yg sudah sudah-sudah.




Kedatangan tetamu yang kami nanti2kan sepanjang tahun ini.... makcik aku !!
Aku boleh bergegas pulang dari rumah mak mertua aku bila dapat tahu makcik ada kat rumah mak ..... bukan mudah untuk bertemu dengan satu2nya mak saudara tunggal aku ni sekarang sejak dia tinggal di rumah anak2...... dulu boleh melihat dan berjalan tapi kini kemana pergi hanya di atas kerusi roda dan hanya boleh mendengar tanpa melihat.




Mak dan makcik....dua beradik ni cukup rapat satu waktu dulu hingga arwah pak cik meninggal dunia..... setelah arwah meninggal makcik duduk di rumah anak2nya...dengan keadaan dirinya yang tak boleh melihat mana mungkin dia boleh hidup seorang diri di rumahnya.







Makcik tak boleh berjalan seperti dulu dan beginilah keadaannya terpaksa di papah oleh adik aku pie untuk ke kerusi rodanya...... dia hilang penglihatan dan kekuatan kaki untuk bergerak bebas seperti dulu.




Inilah wajah terbaru makcik.... dah semakin kurus berbanding dari raya tahun lepas...entrynya di SINI.
Kesedihan jelas terpancar di wajahnya kerana tahun ini tahun pertama dia beraya tanpa dua orang kesayangannya....arwah suami dan arwah anak lelaki sulungnya yang baru je meninggal beberapa bulan lepas...... setiap kali bercerita dia cuba menahan sedih ....sayunya hati seorang ibu dan isteri yang kehilangan dua lelaki tempat yg sepatutnya dia bergantung kini..... sekarang cuma tinggal 4 orang anak perempuan yg telah berkeluarga yg bergilir menjaganya.



KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YG PANJANG
BOLEHKAH KITA BERJUMPA LAGI ??


Pertemuan yang mungkin akan berlaku beberapa bulan sekali atau setahun sekali selepas ini...... bergantung pada kesudian anak menantu atau cucunya jika mahu membawanya pulang bertemu dengan kami selepas ini.....kalau  dulu hari2 leh jumpa makcik...dia duduk depan umah mak je.

Moral dari citer ni semua yg kita ada adalah pinjaman semata-mata..... kalau sekarang boleh melihat tak mustahil sok lusa tak nampak apa2 lagi...kalau sekarang boleh bebas berjalan ke hulu ke hilir tak mustahil esok lusa kita hanya terbaring atas katil tunggu orang lain suapkan nasi dan air.... hari ini kita sempurna mungkin satu hari nanti kita akan hilang separuh kesempurnaan itu.

Sedangkan nyawa kita ni pun hanya di pinjamkan ALLAH untuk satu tempoh yg telah di tetapkan..... jadi bersyukurlah dengan apa yg ada dan jangan memandang rendah pada golongan yang kurang berkemampuan mungkin satu hari nanti nasib kita jauh lebih teruk dari mereka.

Semoga ada pertemuan lain yang akan menyusul selepas ini..insya ALLAH .


SALAM UKHWAH

1 comment:

Unknown said...

betul tu.mmg kena sentiasa beringat pasal tu kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails