Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 13, 2012

Biskut Chipsmore.

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
26 Syawal 1344H



Dah lama  aku nak selitkan resepi chipsmore yang aku buat puasa hari tu kat blog ni.
Tapi sampai sekarang tak tertaip taip lagi kat sini.
Kertas resepi yg aku print ni pun dah kedut seribu dah.
Malas nak simpan kertas resepi....  tu yg aku lebih suka sharekan kat blog dan boleh jadi khazanah ke akhir hayat..:)
Lagi satu ilmu ni perlu di kongsi-kongsikan tak guna nak kedekut2 ni.
Lagi banyak kita berkongsi lagi banyak ilmu yg kita dapat.

Okey kita tengok resepi chipsmore yang aku buat hasil carian kat google.
Mana2 resepi yang memikat selera aku anak beranak akan tersimpan kat galeri resepi kat sebelah tu.
Biskut ni adalah yg pertama sekali terlaris raya ari tu.






Sumber : Blog Yaya Azura

Bahan-bahan :
450 gm tepung gandum
1 biji telur
250 gm mentega
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips
3 sb serbuk koko
250 gm gajus - panggang dan cincang
1 sk baking soda

Cara - cara :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak sedikit demi sedikit .
4) masukkan choc chip dan gajus
5) bulat kecik-kecik dan tekan guna garpu.
6) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit -  (oven butterfly aku 200c - 20 minit)

SALAM UKHWAH

 

2 comments:

azieazah said...

Wahhh pandai buat Chipsmore! Takyahla beli kat kedai lagi. Untung sebab boleh jimat.
Budak-budak sangat suka nihhh.
Nanti time raya boleh buat jual.

SITI NOARIZAH ARIS said...

AZIEAZAH...hehe tima kasih kak...setakat utk anak2 makan bolehlah... pasal berjual tu insyaALLAH... coming soon :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails