Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, September 11, 2012

Open house.

Salam Sejahteraa..!!
Selasa
24 Syawal 1433H



Dah sampai ke minggu terakhir syawal dah kita sekarang ni.
Dah masuk ke ujung-ujung ni berebutlah kawan2 yang berhajat nak buat umah terbuka tu membuka laluan pintu pagar masing2 untuk kedatangan tetamu -tetamu sebelum habis raya.

Tapi sayangnya setiap kali aku pergi open house langsung tak ada ambil sekeping gambar pun.
Bukannya apa aku ni pemalu sebonar eaaaa...kihkihkih :D

Minggu lepas adik aku wat open house pun aku tak ambik gambar juadahnya sedangkan kat umah adik sendiri tu.
Segan pulak aku nak menembak satu persatu gambar-gambar makanan dia.
Dah tu mak  pun ada sekali...risau gak kena sound dgn mak aku tengah2 orang ramai tu kang.
" Asyik nak ambik gambar jo kojo ea tak habih2"
Mak aku dari spesis yg mulut bising kekadang tak leh kontrol sikit bahasa dia tu jadi kena beringat sikit....orang tua paham-paham jelah kan !

Ahad yang lepas aku pergi open house rumah kawan hubby kat labu...ontah apo namo taman ea pun den tak hinggat.
Ini kali kedualah aku datang open house dia tahun lepas datang jugak.
Macam2 juadah yang ada ...candy dan cokelat untuk budak2 nasi putih dan lauk pauk untuk mak bapak budak pun ada.
Pendek kata puas hatilah dengan juadah yg di hidangkan.... aku bagi kari daging dia A+ memang sedap teramat.... ko lotak dadah ko dalam kari tu Puan Siti ??
Cream puff pun sodap.....Fruit tartlet pun sodapppp...eeiii semuo ea sodaplah menternak lomak dalam badan aku ni.

Tapi sayang gambau-gambaunya pun aku tak hambik.
Seganlahhhhh....ramai sana yg aku tak kenal kang dyorang ingat aku ni keja reporter majalah SAJI lak kang.
Snap sana..snap sini...snap sanun...
Kalau ambik gambar mesti ada yg keluar air liur kat sini...hehehe

Terglamorlah aku kejap kat sana bila ramai yang nak tau rupa sebenar orang rumah cek wan ni.
Lepas sorang sorang yang bertanya....
" Mana orang rumah cek wan?"
"Ini ke orang rumah cek wan ?".

Tulah tak nak bawak aku berkenalan dengan dyorang tak pepasal je aku jadi glamor.
Cek wan tersengih-sengih je kono perli dengan tuan umah.... padan muko ko bang !!

Okeyyyy... Selamat Ber-Open House.


SALAM UKHWAH

 

3 comments:

nabilah_2908 said...

sama lah kita...pergi open house..tak tergerak nak ambil gambar..segan dgn org.. :)

nabilah_2908 said...

p/s : akak puasa eh hari ni..selamat berbuka puasa... (^_^)

Ct NoArizah Aris said...

NABILAH... segankan..kita datang makan jelah lagipun ada setengah org tak suka kita ambil gambar di rumahnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails