Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, October 31, 2011

Nak gelak pun ada nak nangis pun ya jugak..adoooiii aiii !!!

Salam sejahtera...!!


Hari ni hari isnin ataupun arwah wan aku dulu cakap hari senayan ( lama dah tak dengar ayat tu ).
Bukan sengaja ambik cuti tapi company aku buat stock take semalam jadinya hari ni sebagai ganti hari cuti kami.
Bila berpeluang cuti hari senayan ni banyaklah agenda yg nak aku buat salah satu nya pergi bank.
Masukkan duit PRINCE ke dalam akaun didiknya yang aku tak dapat buat hari tu pasal masuk tak boleh kuar lak boleh.
Ini pun bergantung pada nasib sebenarnya ...awal2 kauter penyambut tetamu kat MAY BANK tu dah kata kalau ada kekosongan dana boleh wat kemasukkan.
Nasiblah boleh  dah setel satu masalah dah.

Dah sampai kat MAYBANK ni aku mintak sekali borong SSPN untuk princes .
Dah dapat borang kena isi dulu siapkan sekali dokumennya .
Okeylah aku leh lik umah isi petang nant aku datang balik kat bank rimau ni.

Nak kemaskinikan akaun tabung haji aku kena pergi ke bank rakyat pulak.
Sudahlah parking yg aku dapat tu jauh dari bank terpaksalah aku menapak berjalan kaki ke bank rakyat pulak.
Nasiblah bank rakyat belakang bank rimau tu je tapi jenuh gak lah jalan kaki dalam panas kul sebelas pagi tu.
Sampai je bank rakyat dia kata.... " Maaf puan sistem kami  ada ganguan sejak minggu lepas tak dapat kemaskini kalau boleh puan terus aje ke tabung haji Ampangan "

Okeylah aku balik dengan senyuman manis ke kereta ... dah lah parking keta tu jauh...SONYUM HOKEYYYY...

   *************************************************************************


Petang kul 3.30 petang ambik princess kat sekolah terus ke bank rimau lagi  hantarkan borang SSPN nya tu.
Sampai je katbank rimau....

"Maaf puan line sistem untuk SSPN ada gangguan tak dapat buat permohonan baru..untuk masukkan duit boleh tapi buat akaun tak boleh...puan boleh ke bank rakyat untuk buat buku akaun SSPN anak puan"

Aku senyum lagi...SONYUM HOKEYYYY...
Berjalanlah aku sekali lagi ke bank rakyat kat belakang bank rimau ni.
Sampai je kat bank yang mesra rakyat tu aku ambik no giliran dan serahkan borang kat kaunter.
Cik kak tu yang aku jumpa pagi tadi jugak ....senyum lagi sambil memulangkan balik borang sspn tu sambil kata....

"MAAF PUAN SISTEM KAMI UNTUK BUAT BUKU AKAUN SSPN MENGALAMI GANGGUAN KALAU BOLEH PUAN BUAT KAT MAY BANK "

Aku jawab balik..." SAYA NI BERJALAN DARI MAY BANK LAH NI KAT SANA PUN MASALAH YG SAMA GAK TAK APALAH LAINKALI JELAH..."
Kali ni cik kak kat kaunter tu lak sonyum kat dennnn.

Dahlah aku puasa hari ni kena lak dua tiga kali berulang alik dari bank rimau ke bank mesra rakyat tu tapi hasilnya tak ado....dari pagi sampailah ke potang.
Borang aku bawak pergi borang jugakkkkkkk  aku bawak balik.
Dah lah parking kereta nun jauh berbatuuuuu.....dalam berjalan kaki tu aku dah rasa nak tergelak dah....
Betul betul menguji kesabaran dan keimanan aku betul.

Haiii apolahhhhhhh nasib den ari senayan ni....huhuhuhuhu !!!!



SALAM UKHWAH







'

Saturday, October 29, 2011

Pangilan Jepun untuk seseorang .

Salam sejahtera..... !!

Hari ni nak bagi entry ringan-ringan sikit bukan adegan ringan-ringan yea jangan salah faham..... okey mula untuk baca dan senyummmm....:))





Ini pangilan jepun untuk seseorang.... sekadar lawak di hari sabtu jeeee !

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARASUKAMURA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI


Sumber : gugell mari..... peaceeee :)


SALAM UKHWAH

Daging Masak Kicap





Kalau masak daging aku lebih suka gunakan daging batang pinang pasal lebih lembut tak payah nak rebus rebus bagai dah.... aku kan nak cepat masak mesti siap sebelum masuk waktu maghrib kalau lambat siap lambatlah plak buat kerja lain.... lagipun seharian kat ofis balik umah banyak lak keja yang menanti tunggu giliran nak di selesaikan..... tapi daging memang jarang aku masak pasal hubby kurang gemar makan daging jadi dalam sebulan sekali sekala je aku masak daging...... kali ni buat daging masak kicap biasa je.

BAHAN-BAHANNYA:
250gm daging di hiris nipis.
3 s/b kicap pekat
1/2 cawan air
1 labu bawang besar di hiris bulat
2 tangkai lada besar di hiris serong
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

3 ulas bawang putih di tumbuk
4 ulas bawang kecil di tumbuk
2 cm halia di tumbuk
1 batang serai di tumbuk (optional)

CARA-CARANYA:
1. Daging tadi di hiris nipis , di basuh dan di toskan airnya.Jika mengunakan daging biasa perlu di rebus dahulu hingga lembut.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi kemudian masukkan daging kacau rata dan tutup sekejap hingga daging kecut, ( kalau daging tu direbus masukkan sekali air rebusannya)
3. Bila daging dah kecut masukkan pula air mengikut keperluan kalau nak pekat letak sedikit je dan bawang besar serta lada besar , sedikit garam jika suka.
4. Biarkan sekejap hingga bawang dan lada layu dan mesra barulah di angkat dan di hidangkan.


Friday, October 28, 2011

Doa orang teraniaya lebih cepat termakbul.

Salam Jumaat hari penghhulu hari.....!!!



Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan beberapa pesan, di antaranya adalah,

“Beritahukanlah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).



Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang yang teraniya, agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.

Kezaliman telah diharamkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala atas seluruh umat manusia. Apa pun agamanya. Allah Subhaanahu Wata’ala tidak meridhai tindakan zalim kepada orang-orang non muslim, sebagaimana Allah tidak ridha seorang muslim dizalimi.

Allah Azza Wajalla berfirman, artinya, “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun.” (QS. Yunus: 44).

Maknanya mencakup seluruh manusia, tak terkecuali.

Adapun firman Allah Subhaanahu Wata’ala, yang artinya, “Dan doa orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.” (QS. Ar-Ra’d: 14). Berkaitan dengan permohonan mereka untuk dibebaskan dari api neraka di akhirat kelak. Adapun doa mereka untuk meminta pertolongan atau pembalasan dari orang-orang yang menganiaya mereka di dunia, tidak dinafikan oleh ayat tersebut.

Jika doa orang kafir yang teraniaya pun mustajab, maka apatah lagi jika yang terzalimi itu adalah seorang muslim yang taat?

Terkadang, dengan niat yang mulia, untuk meninggikan agama Allah Subhaanahu Wata’ala, orang-orang yang bersemangat memperjuangkan Islam menggunakan cara-cara yang justru menimbulkan banyak pihak tak bersalah menjadi korban, harta maupun nyawa. Maka, hendaknya mereka takut akan doa-doa orang yang mereka zalimi. Karena doa mereka akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala, cepat atau lambat.


Wallahualam.



SALAM UKHWAH

Thursday, October 27, 2011

Cuti deepavali...cermin mata..beli emas...tesco...cosway......


Sempena cuti depavalli semalam aku balik kampung.... sebenarnya nak ambik PRINCE yang ada kat sana pasal sekolah dia cuti 3 hari sampai rabu semalam.
Oleh kerana aku dah ada kat kampung mak mintak aku hantar kan dia ke pekan kuala klawang nak buat cermin mata baru katanya.
Cermin matanya yg lama dah terpatah tangkainya.


Ini ah soo member lama mak...... kedai cermin mata ni anak dia punya.

Jadi aku bawakkanlah dia ke kedai cermin mata buatkan yang baru.
Mak cakap cermin lama tu penglihatannya kurang terang ....aku suruh tokey kedai tu check mata mak lepas di periksa mengunakan alat canggih dia tu mak perlu tambahkan lagi power cerminnya dan buat sekali 2 kanta untuk rabun dekat dan jauh.
Harga satu set cermin tu je dah 300 ratus ringgit....aku pilihkan mak bingkai yang cantik sikit dan lebih tahan dari bingkainya yg dulu.
Mak bawak 200rm je jadi aku tambahlah dengan duit aku yang balancenya tu.
Okeylah duit raya untuk mak sempena depavalli kannn...hehehe!!

Dah siap tempah cermin mak adik aku noor sibuk lak nak boli emas.
Aku tengok harga emas kat pekan ni $181.00 se gram.... kalau kat seremban lebih sikit dari ni.
Noor nak beli cincin sebagai tanda kenangan dia bekerja .... yelah ada duit sikit beli lah barang yg kita boleh pakai lama dan beri pelaburan kepada kita di masa hadapan.
Dari dia habiskan duit beli phone yang bukan-bukan lebih baik beli cincin emas.
Sekurang-kurangnya benda tu boleh gak di gunakan bila terdesak nanti..

Tapi yang jadi masalahnya adik aku ni jari ea kocik bebenau.
Nak cari saiz cincin pun susah sampaikan terpaksa di potong cincin tu untuk di kecikkan lagi.( potong cincin yea bukan potong jari dia..)
Bila dah beli barang tu aku tanya apa perasaannya.
Dia kata PUASHATI.....memang puas kalau kita bekerja pastu beli barang yang boleh di gunakan sepanjang masa apalagilah jika terdesak nanti....harga emas ada turun ada naik tapi selalunya naik ajelah memanjangggggg.



Balik ke senawang dalam pukul 6 petang aku terus ke TESCO XTRA seremban jaya...sebenarnya bukan nak beli apa pun saja je jalan-jalan....semenjak di buka minggu lepas aku lum ada masa lagi nak ke sini jadi oleh kerana hubby pun tak do umah pergi terengganu aku heret PRINCE cuci-cuci mata kat sini dulu.






Penimbang ni yang menarik perhatian aku...kalau kat giant benda alah ni tak do jadinya kita pun tak tahu berapa berat barang yg kita ambik tu tapi kat tesco ni ada penimbang ni jadi kita boleh tahu berat barang yg di ambil sebelum di bawa ke kaunter penimbang.


Jalan-jalan satu tesco hujung-hujungnya beli satu barang jeee.... maggie goreng sedap untuk makan malam aku dua beranak atas permintaan budak kepala separuh botak tu.



Waktu kat kaunter bayaran ternampak lak kedai COSWAY ni kebetulan aku pun ada barang nak beli jadi menyinggahlah ke sini sekejap beli barang kiriman kawan aku.



Mungkin pasal kedai ni baru di buka stafnya pun baru jadi servisnya tu agak kelembapanlah sikit...... punyalah lama aku kena tunggu dia setting kan  DEBIT kad aku waktu nak bayar pastu boleh pulak dia suruh aku tuliskan no pin kad aku tu.

AKU :  Mana boleh suka-suka bagi orang pin no sepatutnya saya tekan sendiri pin no saya.

CASHIER : oppss sorry..sorry u masuk sinilah tekan no u kita nak buat transaksi.

Aku kepelikkan lah pulak apasallah korang letak benda alah tu kat bawah meja cubalah ko letakkan atas meja kaunter tu senanglah sikit customer nak tekan no dyorang.
Ni di letaknya bawah meja kat sebelah dalam pulak tak ke satu keja pulak aku kena menyusup masuk ke dalam tu tekan no aku.

Bahayalah  kalau macam ni lagilah pulak suka-suka je dia nak minta no pin kad kita.
Kalau orang yang tak tahu benda ni semua mesti dah bagi dah pin no sendiri kat orang pastuuuu.... haaa siaplah ko kat bill namploh hinggit kena bayar tapi wit dalam kad ko tinggal kosong hinggit jeee.

Menanggis tak berlagu lee jawabnyaaa.


SALAM UKHWAH

Monday, October 24, 2011

Apa pilihan korang isu menghantar ibubapa kerumah orang2 tua ni ?

Salam sejahtera...!!!
( Pesanan penaja......maaf entry ni agak panjang sikit untuk di baca)

Ada dua pilihan.
Pertama..... hantar kerumah orang2 tua atau badan2 kebajikkan setiap masa atau duk situ teruslah senang nak cakap....tak payah balik-balik lagi dah.

Ke dua.... kita hantar mereka pagi sampai petang aje pas balik kerja kita jemput mereka balik ke rumah macam kita jemput anak2 kita lepas balik kerja hari-hari tu.


Ehsan dari gugell.


Okey yang aku nak kupaskan di sini adalah sikap sesetengah di antara kita yg terpaksa menghantar kedua ibubapa kerumah orang tua2.
Mungkin kerana tiada pilihan ataupun apa-apa sahaja masalah yang mereka sendiri  sahaja lebih tahu.

Andai katalah aku di beri pilihan aku hanya akan pilih yang kedua tu bukan pilihan yang pertama ..kenapa???

Okeylah bagi aku pilihan yang pertama nampak sangat macam zalim ataupun memang tak sepatutnya di lakukan kepada mereka yang dah bersabung nyawa membesarkan kita dulu.
Macam kisah kat  SINI .
Dahlah ko tak jaga mak ayah ko sampaikan jenazah pun tak nak tuntut harta nak pulak..ada ke patut ??
Sedihkan kalau  terjadi kat diri ko sendiri macam ni.
Uruskan jenazah ibubapa tak nak bab harta ko ingat lak.

Kenapa aku pilih yang kedua?
Ramai di antara kita yang memang terpaksa bekerja untuk mencukupkan  keperluan yang memang tak pernah nak cukup-cukup.
Di tambahkan pulak kalau kita ramai anak pastu rumah dan kereta nak kena bayar perbelanjaan sekolah anak pun tinggi termasuklah hantar anak ke kelas tuisyen pastu kelas-kelas kemahiran yang lain.
Keperluan harian terutama bab makanan pun setiap tahun naik harga.

Dalam waktu yang sama ibubapa pun perlu perbelanjaaan yang besar jugak jika ia mengunakan pampers bagi yang lumpuh dan juga ubat-ubatan jika berpenyakit dan sebagainya lagi.
Memang perlu banyak wang ringgitkan ??.

 Kita kena kerja suami isteri  dalam masa yang sama orang tua kita pun nak kena jaga jugak.
Takkan nak tinggalkan kat umah sorang2 .
Jaminannya belum tentu seratus persen selamat nak nak pulak duduk kat tengah bandar besar.
Banyak kes yang kita dengar warga emas di rompak, di bunuh , terperangkap dalam kebakaran dan sebagainya di dalam rumah.
Kita nak tinggalkan dia seorang diri pun tak senang hati samalah seperti kita tinggalkan anak2 kecik di rumah sendirian.

Jadi jalan yg terbaik dan selamat adalah menghantar mereka ke rumah orang2 tua waktu pagi dan ambilnya sebelah petang macam kita buat kat anak-anak kita sekarang ni......lainlah kalau kat umah ko ada bibik yg tolong jagakan.
Sekurang-kurangnya kita masih ada masa bersama mereka di waktu malam dan hujung minggu bila tak bekerja.
Bagi ibubapa yang "open minded" tu mereka tak akan kata cara anak menantunya salah malah mereka lebih gembira sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan dan bertukar-tukar pandangan di rumah jagaan orang2 tua.
Itu lebih baik dari mereka di tinggalkan seorang diri dan terkurung di rumah hanya menonton tv .

Pendapat aku pilihan yang kedua jauh lebih baik dari yang pertama jika korang tak ada lagi pilihan yang lain.

Tapikan pilihan yang terbaik sebenarnya adalah salah seorang kena berkorban untuk berhenti kerja.
Jaga orang tua kita sendiri jika mereka dah terlalu uzur dan terlantar sakit tak boleh bergerak lagi.
Tapi ini semua kena ada tolak ansur yang baik tak semua orang tu sefahaman.

Ada isteri nak berenti kerja suami lak tak bagi pasal si suami kurang mampu lagipun selama ni isteri tulah "backup" dia.
Ada gak suami suruh isteri berhenti kerja dan jaga mak/ayah yg dah uzur isteri lak tak mahu pasal jawatan dah tinggi gaji pun dah besar lagilah pulak kalau yang uzur tu cuma mak atau ayah mertua.

Ada jugak kes yang isteri tak bekerja pun tak mahu jugak jaga mak ayah mertuanya yang uzur.
Mak ayah sendiri sakit pun tak nak jaga jugak sangguplah pulak bergaduh adik beradik.

Andai katalahkan satu hari nanti anak-anak aku buat pilihan yang ke dua tu aku tak salahkan mereka.
Pasal aku faham kedudukkan orang yg bekerja pasal aku jugak bekerja.
Aku suka kalau pagi ke rumah orang2 tua dan petang anak aku ambik aku.
Aku dapat jumpa ramai kawan dan ada teman berbual-bual....malam boleh bersama anak & cucu.
Aku dah fikirkan jika ini di takdirkan terjadi pada aku nanti aku memang tak salahkan dyorang berdua.

Tapi kalau anak-anak aku buat pilihan yang pertama tu ??
Alhamdulillah aku redho jelah..... sedihnya dalam hati ni tuhan ajelah yg tahukan.
Tak ada manusia yang boleh meramal nasibnya di masa akan datang.
Kalau hari ni elok lum tentulah lagi esok lusa pun elok.
Macam tulah sebaliknya.

Mintak-mintaklah dijauhkanlah daripada kita dan anak-anak kita semua perangai-perangai yg sedemikian.
Amin amin yarabbalalamin !!!



SALAMUKHWAH

Sunday, October 23, 2011

LEMPENG MAGGIE LAGI.



Dah malam dah dah nak pagi lak balik baru ada masa nak up entry sarapan pagi tadi..... lepas je PRINCE habis taekwando pagi tadi aku terus berkejar drive balik ke kampung tolong mak aku buat serba sedikit kuih muih untuk kedatangan tetamunya petang tadi...... jadinya lambatlah dapat aku masukkan gambar lempeng maggie aku sarapan pagi tadi...... sebelum ni aku dah buat dah lempeng maggie ni jadi tak perlulah aku nak taip satu-satu yea lagipun berukben aku ni lembab bebenau malas aku nak tunggu lelama..... kalau nak tengok cara aku buat leh semak kat SINI





Aku makan lempeng ni cicah dengan tumis sambal petai yg aku masak untuk makan malam semalam...... cuma kali ni aku buat letakkan sekali perencah maggie tu tapi cuma 2 peket sahaja untuk 3 bungkus maggie berbeza dengan yg aku buat sebelum ni.

Okey jumpa lagi dan selamat malam.


 

Saturday, October 22, 2011

Sudahnya aku duk depan tb tengok Masterchef Malaysia .


Salam Sejahteraaaaa...!!

Petang tadi waktu aku kat opis mak aku tepon bagitau rombongan sebelah pihak perempuan akan datang kerumah mak aku esok untuk beri kata putus mengenai peminangan kami sabtu yang lepas.
Kedatangan ni sekali dengan rundingan untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk buat majlis pertunangan ayie dengan gadis pilihannya nanti.

Sabtu lepas kami datang elok-elok je waktu tengahhari jadinya kami di jamu dengan makanan tengahari dengan menu masakan minang.
Bakal tunang ayie ni keluarganya dari keturunan minang memang sedang elok sangatlah kan orang nogori bertemu jodoh dengan minang.
Walaupun mak dan abah aku memang orang jati nogori tapi kami bukannya orang minang jadinya bila salah seorang antara kami bertemu jodoh dengan orang minang aku rasa macam sesuatu yang seronok pulak.

Seronoknya pasal aku boleh belajar cara-cara masakan orang minang lak lepas ni .

Mak suruh aku balik awal esok pasal nak masak untuk tetamu yang sampai tu nanti.
Mak kata kalau sampai tengahhari jamu mereka makan nasi lah.
Kalau sampai petang jamu dengan minum petanglah pulak.

Mak aku cuma bagitau 2  jenis lauk yang akan dimasak nanti aku lak mengatal nak tambah lagi.
Pastu nak siapkan sekali kuih muih kalaulah dyorang sampai belah petang lak.
Mulalah kepala otak aku berputar-putar mencari idea apa yang aku nak masak tuk dyorang ni nanti.
Idea keluar bercabang-cabang nak tambah lauk mak dengan sayur goreng jawa ataupun telur rebus berlada ataupun nak buat puding marbel ataupun nak buat puding laici nak jugak buat pastri kalau dyorang datang petang ke ataupun gorengkan aje roti sosej.
haishhhhh....macam-macamlah idea !!!

Kunun-kununnya nak buat apa-apa yg patut dulu le malam ni....
Tapi kesudahannya aku duk depan tb elok-elok je kul sembilan tadi tengok MASTERCHEF Malaysia kat astro.
Puding entah kemana sayur jawa dengan telur rebusnya pun entah kemana.
Nak buat pastri puff kulit pastri pun kat giant lagi.
Langsung  tak pikir apa - apa untuk persediaan makan esok.

Aku ????
Duk rileks dopan tb tengok bakal chef potong bawanggggg.



SALAM UKHWAH

Friday, October 21, 2011

Petua Murah Rezeki

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :

Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)




Kepada adik-adikku sekelian dan adik ipar yg suka sangat jadi silent reader blog RKTS ni selalulah sedekahkan Al-Fatihah buat mak dan abah / ayah  walaupun kedua mereka masih lagi bersama kita di dunia ini kerana inilah yang along amalkan setiap hari dan InsyaALLAH rezeki tak akan terputus dan datang tanpa di sangka-sangka.



SALAM UKHWAH

Thursday, October 20, 2011

Bersyukurlah kerana kita ada di bumi Malaysia ini.



Sila klik imej untuk tumbesaran yg sempurna di mata anda.


Aku terbaca dalam  Blog Ni  pasal komen kat atas tu...... kenapa sampai begitu kejam sekali orang2 China ni ?
Di sebabkan takut di persalahkan atau kena tanggung kos perubatan si mangsa mereka semua sanggup biarkan budak 2 tahun tu tergolek anjing kat tengah jalan tu.
Mesti semua orang dah tahu kes budak 2 tahun yg kena langgar 2 kali kat china tu sampai kritikal kan?
Rata-rata semua yg berhati manusia mengutuk keras kejadian tu.
Yang melanggar tu satu hallah yang ada kat tepi jalan tu satu hal lah pulak punyalah bongok boleh di tengok je budak tu tanpa di tolong.

Apa dyorang semua tak ada ahli keluarga ke yang mungkin akan terjadi perkara yang sama satu hari nanti?
Pastu tak ada sapa pun nak tolong apakah perasaan kita ketika itu ?

China punya law ni pun jenis yang law gila sepenuhnya banggang.
Di sebabkan orang yg buat law macam tu lah yg buatkan warga china yg lain takut nak menolong bukannya apa takut di persalahkan atau terpaksa menanggung kos yg tinggi.

Di pendekkan citer kita sepatutnya bersyukur sebab kita duduk di MALAYSIA yang tak ado orang buat law merapu merepek macam tu.
Malah yang menolong tak harapkan apa-apa penghargaan pun kerana sikap tanggungjawab dan sayang menyayangi sesama kita walaupun kita pun tak kenal antara satu sama lain.
Walaupun yang di tolong itu bukanlah sebangsa atau seagama tapi sikap tanggungjawab yg terlalu tebal dalam diri kita semua.

Pernah terjadi satu kemalangan melibatkan sebuah kereta kancil dan bas di persimpangan lampu isyarat highway LEKAS di senawang tahun lepas.
Seorang anak kecil tercampak dari kereta dan keadaannya parah...keta kancil yang di pandu ibunya remuk teruk di lanyak kat bas tu.
Ibu dan neneknya tersepit dalam kereta dan terkulai tak sedarkan diri.
Orang ramai yang ada kat situ turun dari kereta berlari nak menolong dan mengangkat budak kecil tu dan menghantarnya ke hospital swasta yg berhampiran.
Aku rasa ada banyak lagi kes-kes yg macam ni di seluruh negara kita.

Lihatlah perbezaan sikap orang Malaysia dan China .
Bersyukurlah kita semua kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang tak di kenali di saat kita semua dalam kesusahan.
Walaupun kita semua berbeza agama, bangsa dan fahaman politik.



SALAM UKHWAH
.

TOM YAM CAMPUR








Sejak petang tadi sampailah ke waktu entry ni di tulis hujan masih turun mencurah-curah kat luar tu... tak ada tanda -tanda langsung nak berenti tambah lebat adalah ...... nampaknya sampai ke pagilah hujan ni kang..... pasal hujanlah yang buat aku teragak nak masak tomyam untuk menu makan malam aku sekeluarga..... sejuk-sejuk ni kita makan menu yang berkuah panas-panas syok jugak leh panaskan dalam badan sekali..... kali ni aku masak tomyam campur pasal nak perabihkan serba sedikit stok sayur yang tinggal dalam peti ais tu.




BAHAN-BAHANNYA:

2 keping dada ayam di potong kecil.
200gm Daging batang pinang di hiris nipis
1 batang lobak merah di potong kecil
Setengah cauliflower di potong kecil
sepeket kecil fish ball dibelah dua
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
2 ketul perencah tomyam knorr
3 ulas bawang kecil *
2 ulas bawang putik *
2 batang serai *
6 tangkai cili api *

* di tumbuk

CARA-CARANYA;

1. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak dalam periuk hingga baerbau wangi.
2,Masukkan ayam dan daging tadi kacau dan biarkan kecut sedikit.
3. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih sebentar.
4. Setelah air mendidih masukkan 2 ketul kiub tomyam dan masukkan sekali sayur-sayuran serta daun limau purut.
5. Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan rasakan garamnya setelah sayur empuk bolehlah di hidangkan bersama nasi putih dan lauk sampingan yg lain.



Kalau aku buat tomyam telur dadar tu mesti ada kalau tak rasa tak lengkap jeeeee !!!


 

Monday, October 17, 2011

Kasihannya mak cik aku......: ((


Salam sejahtera......!!

Aku masih lagi terasa kehilangan arwah pak cik aku..... Allahyarham Hj Rashid Bin Mahmud.
Walaupun dia bukan bapa aku tapi hubungan keluarga yg terlalu rapat antara anak saudara dan bapa saudara  membuat aku adik beradik merasakan arwah macam ahli keluarga kami sendiri.
Manakan tidak sejak dari kecil sehinggalah hari terakhir dia berada di atas dunia ini dia sentiasa ada di hadapan mata kami sekeluarga.

Hubungan adik beradik antara mak dan mak cik sangat akrab seperti kata pepatah " air yg di cincang tak akan putus"
Selama arwah dan mak cik sakit emak aku dan adik beradik aku yg lainlah yang paling banyak menjenguk mereka berdua berbanding anak-anak mereka sendiri.
Mereka berdua tak bernasib baik seperti  ibubapa lain yang sentiasa di jenguk anak menantu di hujung minggu.
Mereka jarang dapat mendengar gelak ketawa cucu- cucu dan bermain bersama cucu di usia senja.

Mereka berdua tak pernah kami sisihkan walaupun anak-anaknya ramai.
Apa sahaja yang kami masak tak pernah kami lupa untuk di hulurkan kepada warga emas berdua itu.



Mereka berdua lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama ketika sihat dan sakit.
Mak cik aku mengidap diabetes dan mempunyai masalah penglihatan yg kurang baik di tambah pulak kakinya yg tak boleh berjalan seperti dulu....hanya duduk di atas kerusi roda.

Sewaktu arwah pak cik masih ada arwahlah yang memasak makanan untuk mak cik.
Arwahlah yang pergi ke pasar yang berbatu-batu jauhnya dari rumah naik moto untuk membeli lauk dan sayur.
Arwah jugak lah yg mengemas rumah dan mengampai kain setelah mak cik hanya boleh duduk atas kerusi roda ni.
Mungkin jugak arwah yang menolong memicitkan anggota badan mak cik yg sakit sedangkan arwah sendiri sering keluar masuk hospital.
Arwah juga yg memimpin tangan mak cik kalau mak cik nak datang ke rumah mak aku di baruh .
Arwah jugaklah yang menghulur makanan yang terhidang kepada mak cik jika datang berkunjung ke rumah orang lain.
Arwah lah teman berbual mak cik setiap hari selain mak aku yang hampir setiap hari berkunjung menziarahi mereka berdua.

Kehilangan arwah  menemui ilahi diibaratkan hilang sebelah kepak buat mak cik.
Tak mungkin mak cik akan dapat layanan sebaik yg telah di berikan arwah oleh anak-anaknya nanti.
Kasihan mak cik tiada lagi lelaki yang menjadi peneman hidupnya selama ini.
Tiada lagi tangan-tangan tua yang sering memapahnya bila hendak kemana-mana.
Tiadalah lagi masakan dari air tangan suami tercinta.
Tiada lagi teman untuk berbual ketawa dan bergaduh-gaduh manja.
Tiada lagi belaian kasih seorang suami.
Yang tinggal hanya kenangan sewaktu mereka berdua tinggal bersama menghabiskan sisa-sisa hidup di usia emas.

Petang semalam di saat dia di bawa pergi oleh cucunya untuk tinggal di rumah anaknya dia kelihatan sayu.
Matanya merenung aku seakan akan berkata dia amat sayang nak tinggalkan rumah kesayangannya.
Tapi apa yang boleh di buat keadaan dirinya memerlukan perhatian yg lebih dari anak-anaknya.
Aku harap mereka akan selalu membawa mak cik pulang untuk bertemu dengan emak satu-satunya adik perempuannya yang ada..... semoga satu hari nanti dua beradik perempuan ini dapat berbual dan ketawa bersama seperti sebelum ini.



Semoga jodoh mereka berdua ini berpanjangan ke syurga firdaus dan dapat berpimpinan tangan menyeberangi titian siratulmustakim nanti.


SALAM UKHWAH





Friday, October 14, 2011

Al-Fatihah.......Semoga Rohnya Di cucuri rahmat dan tenang di alam sana.

Salam sejahtera buat semua yg sudi membaca entry ni.....

Sebelum membaca  sudilah kiranya korang sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah pak cik aku Allahyarham Rashid Bin Mahmud yg baru sahaja kembali ke  rahmatullah sebelum subuh pagi semalam.





Pukul 5 pagi hari khamis semalam aku dapat panggilan telefon dari mak kat kg bagitahu pak cik dah meninggal dunia...... mak suruh balik tapi hari tu aku kena hantar shilla MUET kat SMK Ampangan ..... aku janji dengan mak akan pulang sebaik shilla habis MUET nanti .... mak kata jenazah akan di kebumikan sebelum solat zuhur.



Aku sampai di kala orang sedang mengebumikan jenazah pada pukul 11 pagi.... sedikit terkilan tak sempat melihat wajah arwah buat yg terakhir kali..... sewaktu  CIK YAH  telefon bagitau jenazah dah ada kat masjid aku masih lagi menunggu shilla di rumah..... aku jadi serba salah....kat sini adik kat sana bapa saudara ... nak aku tinggalkan shilla bagaimana lak dia nak balik nanti... nak aku tunggu shilla kompem aku tak sempat sampai sewaktu pengebumian nanti..... tapi ALLAH tu sentiasa mendengar doa hamba2nya kan?

Dalam perjalanan aku nak ke SMK ampangan shilla tepon kata dia dah selesai MUETwaktu tu pukul 10 pagi.... terus je aku ambil dia dan drive laju-laju balik ke kampung ....tak sempat lihat jenazah kat masjid pun tak apelah asalkan aku sempat melihat ia di kebumikan.




Sewaktu hidup arwah adalah imam masjid dan pernah mengimamkan  ratusan jemaah yg menjadi makmum semasa bersembahyang di masjid kariah Amar penghulu, Ulu klawang..... samada solat 5 waktu maupun solat sunat hariraya..... arwah juga menjadi imam sembahyang tarawih di bulan ramadhan sewaktu ia masih sihat.... arwah adalah  orang penting yg sentiasa ada di majlis2 akad nikah..... sering di panggil untuk kenduri tahlil dan sebagainya...arwah juga yang akan membaca talkin sewaktu ada kematian di kampung kami..... hari khamis itu  13 Oktober dia pula di talkinkan oleh imam 3 masjid kariah yg sama.





Sebahagian dari anak-anak arwah duduk di pusara arwah ayah mereka sewaktu talkin di bacakan....... menyiram air dan berdoa agar arwah ayah tersayang sejuk dan damai di bawah sana.




Arwah adalah  bapa saudara yg rumahnya paling hampir dan rapat dengan keluarga kami.... arwah adalah suami kepada mak cik  iaitu kakak kandung mak aku....... arwah sering ada di setiap majlis kecil atau besar yg kami sekeluarga adakan...... arwah yg membantu menenangkan  prince sewaktu berkhatan  dan dia juga yang menjadi guru di majlis khatam Quran princess aku.



Tanggal 13 Oktober 2011 Hj Rashid Bin Mahmud @ imam Rashid pergi meninggalkan semua yg ada di dunia ini....isteri, anak-anak, cucu-cucu, saudara mara dan adik beradiknya serta sahabat handainya yg lain.... pergi menemui penciptanya membawa kesemua amalan-amalan yang di kumpul selama hayatnya di dunia ini pada pukul 4.10 pagi sewaktu usia  mencecah 73 tahun.


Semoga roh arwah aman bersemadi disana..... di cucuri rahmat dan tergolong di kalangan hamba-hambanya yg soleh.... semoga ALLAH menerima kesemua amalan kecil dan besarnya...wajib dan sunatnya  yang telah di lakukan selama hayatnya.... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya ,di luaskan kuburnya serta tenang di alam barzakh sana......Amin amin ya rabbalalamin !!.



 " Bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. " ~ petikan dari bacaan talkin.



SALAM UKHWAH




Wednesday, October 12, 2011

Aktiviti yg padat, mampat dan gebusssss.

Salam Sejahtera...!!


Hari ni baru aku berkesempatan untuk mencoret sebaris duo , tigo , ompek kat sini.
Semenjak hari minggu hari tu aku memang sibuk tahap otromen lawan raksaksa dah.
Pepagi hantar PRINCE ke kelas tekwando pasal hubby outstation ke Terengganu malam tu....sepatutnya aku ikut sekali tapi ayie adik lelaki bongsu tu nak ke JB hari minggu pasal dapat kerja kat sana jadi takdelah aku ikut sekali ke KT.

Lepas je hantar PRINCE aku bergegas ke pasar basah beli lauk pauk untuk makan seminggu kami anak beranak..... dah setel balik umah siang ikan, udang bagai berkejar lak jemput PRINCE pukul sebelas pagi terus ke GIANT cari barang2 kering lak.

Tetiba Ayie call nak datang umah bawak mak abah sekali...... dah setel beli barang aku terus balik umah ingat nak berjimba-jimba dengan budak duo orang tu sambil makan kepcee tapi mak abah nak datang kena kensellah.....lenkali jelah anka-anak yo..

Balik umah terus masak untuk makan tengahhari pasal ada tetamu2 special..... pas makan pergi GIANT balik temankan ayie beli barang nak bawak ke JB..... kul 3 ptg dia bertolak ke sana dengan kawannya bawak keta kancil aku yg comel tu...... merasa gak keta aku tu ke JB sedangkan aku ni pun tak sampai kesana lagi... kesian.....kesiannnnnn.

Ke utara aku dah lepas, ke pantai timur pun dah.... barat semenanjung tak payah cakaplah  memang selalu...tapi ke selatan tak lepas-lepas lagi...tak ke haru biru tu punya kesiannn ??

Okey...bila ada tetamu kat rumah sampai malam pastilah layanan kena 1st kelasss...idok le macam hotelkan tapi kena rajin-rajinlah siapkan minum petang bagai pastu masak lagi lauk tambahan untuk makan malam pasal malam tu adik-adik aku yg lain datang pulak.

Hari isnin dan semalam aku sibuk kat ofis lak bila bos kecik aku ni  tak datang 2 hari....jadinya semua kerja nya aku kena ambik alih.
Dahlah keja aku pun dah melambak ditambah lak dengan kojo orang ni yang namo ea tak do kojo tambah kojo.... sapo yg susah ahkakkkk gak yg susah.

Akibatnya gusi aku jadi bengkak dan sakit pasal badan panas dan letih serta tak cukup rehat..... setiap badan manusia ada limit tertentu untuk di gunakan  jika terlebih aktif dari sepatutnya dan kurang rehat boleh menyebabkan kita jatuh sakit tu pasal kita kena luangkan masa untuk rehat yg cukup untuk diri sendiri.... badan kita nikan nak pakai lama bukannya sehari dua.

Petang ni kang adik aku shilla dari GENTING akan datang ke umah aku bawak kawannya sekali.... bermalam semalaman pasal pepagi sok dyorang ada MUET kat  SMK Ampangan.... tu pun keja aku gak menjemput dia kat terminal petang kang dan hantar dia ke sekolah pepagi sok pastu hantar balik dia ke terminal untuk balik lik ke GENTING pasal dia masih ada praktikal kat sana lagi.

Malam ni kang lak nak ke MEDICAL CENTER, melaka tengok akak ipar aku masuk wad pasal masalah jantung.




Hari sabtu ni pulak aku ado kojo ponting...... NAK POIE MERISIK ANAK DARO ORANG......tapi bukan untuk anak den pasal anak den pun kocik na laie.... pakai kain pelekat pun tebalik........ tapi untuk Ayie yg bujang trang tang tang tu.... niat yg baik perlu di segerakan agar ia mendapat keberkatan dunia akhirat.... time mak abah ado dan masih sihat  ni elok na lah di segerakan.... sonang sikit kojo den nanti.


Fuhhhh.... penuh dan padat jadual semasa aku dah ala-ala YB pun yea gak.
Tu belum kira nak buat persiapan pertunangan lagi...... cari bebarangnya pasal yg empunya badan kat JB dah tentu aku yg kena buat semua tu.....gubah mengubahnya bagai.... nak ke ARAU pulak nanti ambik barang-barang shilla..... nak cari itu nak cari ini.....ishhhh poning poning !!!


SALAM UKHWAH







Tuesday, October 11, 2011

~~Kenali Wanita~~

Salam Sejahtera.... !!!



Kenali diri anda jika anda seorang wanita...ibu anda ..adik perempuan anda ...isteri anda atau teman wanita anda jika anda lelaki..... nenek anda atau moyang perempuan anda jika masih ada lagi laaaaa......

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh

c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

SUMBER : Copy paste fr FB



SALAM UKHWAH

Saturday, October 8, 2011

BISKUT DAHLIA CHEF HANIELIZA.




Masih lagi nak update entry yg dah basi ni..... kali ni pasal biskut dahlia kegemaran seantero malaya...... kuih yg ni aku ambil resepi dari blog kak liza atau lebih di kenali di kalangan bloger2 masakan CHEF HANIELIZA....aku suka sangat biskut ni siap simpan satu botol khas untuk aku makan sorang jeee orang lain takleh usik........ ini biskut terakhir aku untuk raya 2011 ni pasni takdo cito pasal biskut rayo g dah kecualilah kalau tetiba je pulak angin selat melaka bertiup dalam badan aku ni suruh buat biskut raya untuk kudap kudapan.... itu mungkin akan terjadi..: )).



BAHAN-BAHANNYA:

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepung gandum
ceri merah sebagai hiasan ( aku guna ceri ijo tu pasal stok ceri merah kehabisan di pasaraya)

CARA-CARANYA:

1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.



Friday, October 7, 2011

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
Wallahualam.


SALAM UKHWAH
 

Thursday, October 6, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Salam sejahtera untuk hari khamis ini..!!

Pernah korang di tanya dengan soalan sedemikian oleh mereka-mereka yg berlainan agama dari kita?
Ataupun di tanya oleh anak-anak kecil korang yang kehairanan melihat jemaah haji mengerjakan haji atau umrah tawaf di sekeliling kaabah ?

Korang bacalah sesi soal jawab kat bawah ni dan mungkin boleh berikan penjelasan yang sedemikian jua kepada mereka-mereka itu.



Ehsan dari gugell


Satu hari di majlis hi-tea Inter... Faith Gathering di sebuah restoran mamak……


Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?


Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.


Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?


Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….




Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?


Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?


Missionary : Awak tak ada jawapan ?


Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.


Missionary : Mengapa awak caka begitu ?


Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …


Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.


Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.


Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?


Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?


Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..


Merah padam muka Missionary menahan marah.


Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.


Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?


Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.


Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.


Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

COPY PASTE FROM FB


 SALAM UKHWAH

BISKUT SUSU @ MILK COOKIES




Biskut ni juga salah satu biskut raya 2011 yg aku buat hari tu..... memang senang sangat membuatnya tak renyah sekejap je dah siap......tapi adunan kat dalam resepi ni hanya menghasilkan 100 biji biskut sahaja jika nak banyak kena jadikan resepi tu 2 kali gandalah dari yg asal....aku sendiri terpaksa membancuh satu adunan lagi pasal nak bagi ke rumah mak aku dan mak mertua jugak...... rasa biskut ni memang agak manis bagi yg ada diabetes kurang sesuai makan banyak-banyak tapi bagi budak-budak memang laju je makan biskut ni pasal ada rasa susu........ resepi ni asalnya dari MY RESEPI tapi aku copy paste je resepi dari blog Nshafeareen


SUMBER : Nshafeareen

BAHAN-BAHANNYA:
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis ( aku guna 3/4 saja )
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna - * ikut suka ( aku letak warna hijau )

CARA-CARANYA

1.Gaulkan tepung + susu pekat manis.
2.Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
3.Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
4.Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar


Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails