Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, October 17, 2011

Kasihannya mak cik aku......: ((


Salam sejahtera......!!

Aku masih lagi terasa kehilangan arwah pak cik aku..... Allahyarham Hj Rashid Bin Mahmud.
Walaupun dia bukan bapa aku tapi hubungan keluarga yg terlalu rapat antara anak saudara dan bapa saudara  membuat aku adik beradik merasakan arwah macam ahli keluarga kami sendiri.
Manakan tidak sejak dari kecil sehinggalah hari terakhir dia berada di atas dunia ini dia sentiasa ada di hadapan mata kami sekeluarga.

Hubungan adik beradik antara mak dan mak cik sangat akrab seperti kata pepatah " air yg di cincang tak akan putus"
Selama arwah dan mak cik sakit emak aku dan adik beradik aku yg lainlah yang paling banyak menjenguk mereka berdua berbanding anak-anak mereka sendiri.
Mereka berdua tak bernasib baik seperti  ibubapa lain yang sentiasa di jenguk anak menantu di hujung minggu.
Mereka jarang dapat mendengar gelak ketawa cucu- cucu dan bermain bersama cucu di usia senja.

Mereka berdua tak pernah kami sisihkan walaupun anak-anaknya ramai.
Apa sahaja yang kami masak tak pernah kami lupa untuk di hulurkan kepada warga emas berdua itu.



Mereka berdua lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama ketika sihat dan sakit.
Mak cik aku mengidap diabetes dan mempunyai masalah penglihatan yg kurang baik di tambah pulak kakinya yg tak boleh berjalan seperti dulu....hanya duduk di atas kerusi roda.

Sewaktu arwah pak cik masih ada arwahlah yang memasak makanan untuk mak cik.
Arwahlah yang pergi ke pasar yang berbatu-batu jauhnya dari rumah naik moto untuk membeli lauk dan sayur.
Arwah jugak lah yg mengemas rumah dan mengampai kain setelah mak cik hanya boleh duduk atas kerusi roda ni.
Mungkin jugak arwah yang menolong memicitkan anggota badan mak cik yg sakit sedangkan arwah sendiri sering keluar masuk hospital.
Arwah juga yg memimpin tangan mak cik kalau mak cik nak datang ke rumah mak aku di baruh .
Arwah jugaklah yang menghulur makanan yang terhidang kepada mak cik jika datang berkunjung ke rumah orang lain.
Arwah lah teman berbual mak cik setiap hari selain mak aku yang hampir setiap hari berkunjung menziarahi mereka berdua.

Kehilangan arwah  menemui ilahi diibaratkan hilang sebelah kepak buat mak cik.
Tak mungkin mak cik akan dapat layanan sebaik yg telah di berikan arwah oleh anak-anaknya nanti.
Kasihan mak cik tiada lagi lelaki yang menjadi peneman hidupnya selama ini.
Tiada lagi tangan-tangan tua yang sering memapahnya bila hendak kemana-mana.
Tiadalah lagi masakan dari air tangan suami tercinta.
Tiada lagi teman untuk berbual ketawa dan bergaduh-gaduh manja.
Tiada lagi belaian kasih seorang suami.
Yang tinggal hanya kenangan sewaktu mereka berdua tinggal bersama menghabiskan sisa-sisa hidup di usia emas.

Petang semalam di saat dia di bawa pergi oleh cucunya untuk tinggal di rumah anaknya dia kelihatan sayu.
Matanya merenung aku seakan akan berkata dia amat sayang nak tinggalkan rumah kesayangannya.
Tapi apa yang boleh di buat keadaan dirinya memerlukan perhatian yg lebih dari anak-anaknya.
Aku harap mereka akan selalu membawa mak cik pulang untuk bertemu dengan emak satu-satunya adik perempuannya yang ada..... semoga satu hari nanti dua beradik perempuan ini dapat berbual dan ketawa bersama seperti sebelum ini.



Semoga jodoh mereka berdua ini berpanjangan ke syurga firdaus dan dapat berpimpinan tangan menyeberangi titian siratulmustakim nanti.


SALAM UKHWAH





4 comments:

azieazah said...

Aminnn...

mereka memang memerlukan perhatian, selagi hayat masih ada.

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH.... betul kak malanglah anak2 yg sering mengabaikan kedua org tuanya yg uzur.

Kakzakie said...

Tersentuh juga hati kakak baca N3 CT ini. Moga anak-anak makcik CT terus memberi kasih sepenuh ikhlas pada ibunya ini..

CT NoArIzAh ArIs said...

KAKZAKIE....hanya ALLAH yg tahu apa yg berlaku kak... semoga anaknya tak mensia-siakan ibunya sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails