Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, August 1, 2011

Nasib baik le demam dan tekak aku dah OK.


Assalammualaikum semuaaaaa...!!! ( budget mcm artis..cehhhh!!! )

Selamat tinggal SYAABAN selamat datang RAMADHAN.
Alhamdulillah jumpa lagi kita bulan ramadhan tahun 1432H ni yea..... dapatlah lagi berpuasa dan menunaikan amalan sunat yang lain.
Mudah-mudahan kita di panjangkan umur dan dapat lak bertemu bulan SYAWAL yang akan menjelang nanti.

Beberapa hari ni memang aku langsung tak berkesempatan untuk mengintai blog sendiri dan blog kawan2 blogger yg lain.
Komen-komen ENTRY yg hari tu pun baru pagi ni aku lepaskan.
Sejak dari malam Jumaat hari tu aku dah demam selepas makan KFC  waktu berbuka tu.
Menjelang pagi jumaat tu panas badan aku semakin tinggi di ikuti dengan tekak yg perit.
Pagi tu Hubby bawak jumpa doktor dan aku di nasihatkan agar sembuh sebelum puasa.... jadi kenalah aku habiskan ubat yg di bagi kat doktor tu.

Alhamdulillah sejak semalam badan aku dah semakin ringan dan hari ni tekak aku semakin baik.
Kalau tidak azab jugak aku nak mengadap sakit tekak di bulan puasa ni..... dahlah tak boleh minum tekak lak perit lagilah bertambah sakit dan tak selesa.

Aku dah beritahu hubby dan anak-anak aku bulan puasa tahun ni aku akan lebihkan juadah yg berasaskan sayur dan sup.
Buah-buahan wajib ada di meja makan dan di makan.
Makanan yg  berminyak akan di kurangkan atau di elakkan.
Lebihkan minum air putih pasal cuaca sekarang panas lagipun kita cuma boleh minum waktu malam je .

Harap-harap tahun ni keluarga aku tak adalah yg akan jatuh sakit sewaktu berpuasa terutamanya akulah.
Kang kalau aku sakit aku jugak yg susah pasal bab ke dapur memang tak ada MC langsung untuk aku.


CN : Selamat berpuasa dan berbuka buat korang.... ehhh ehh dah fikir ke menu apa nak di hidangkan petang ni ? :)


SALAM UKHWAH

6 comments:

IXORAROXI said...

minum banyak air lepas berbuka..Selamat menjalani ibadah puasa, semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan

ariana's said...

Salam Ramadhan Ct. Moga kesihatan pulih sepenuhnya ye..barulah dapat beribadat sepenuhnya dibulan yg mulia ini. Memang kalau kita yg sakit..sian lah kat seisi keluarga..terutama dibulan puasa ni kan..

Dilla Ady said...

salam ramadhan kak..ye la kak, panas btul cuaca skang..hausssnye la rase..huhuhu...setakat ni dilla tak penah lagi demam time pose..alhamdulilah..

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA..terima kasih atas doa & nasihat kamu ya.

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA..betul tu cikgu kita ni kan tiang mereka lebih kasihan lagi pd anak2.

CT NoArIzAh ArIs said...

DILLA..memang panas cuaca skrg... demam akk okey lagi jgn kena sakit tekak je tu yg tak tahan tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails