Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 16, 2011

Bila lauk itu dah berbuih-buih........

Salam ramadhan untuk hari ke 16..!!

Okeyy...ari ni sejak pagi aku banyak masuk blog orang.
Dari blog masak-masak sampailah ke blog personal.
Cuma blog politik dengan gossip artis je aku tak jenguk !

Ramai gak blogger bercerita pasal makanan di bazar ramadhan tu termasuk harga yang mahal serta kualiti rasa yg pelbagai-bagai.
Maksud aku pelbagai-bagai ni ialah ada yang sedap dan ada yg rasa eeeiiiii...!!!
Yang menjual makanan dah basi pun ada !!!!!

Okeylah......sejak hari puasa yang pertama hinggalah  puasa ke 6 iaitu hari sabtu minggu yang lepas aku kerap jugaklah beli kuih muih di bazar ramadan.
Aku beli satu dua jenis lauk yang memang aku tak masak kat umah pasal tak semua rakyat jelata nak makan.
Contohnya gulai siput sedut , ketam dan jugak paru sambal.



Nak di jadikan citer hari sabtu puasa yg ke 6 tu aku beli  ayam masak paprik kat gerai yang sama.
Mengada di beli padahal ayam ada setengah ekor g kat umah mintak di masak dalam kuali tu.
Kunun-kununnya tak payahlah nak masak lauk pasal dah beli gulai siput sedut belilah sekali ayam paprik tu.
Kang hubby dengan anak bujang ada lauk siput aku dengan anak dara aku tak berlauk lak.
Balik umah masak nasi dengan sayur jeeee...!!

Lauk-lauk tu waktu berbuka memang okey lagi rasanya tapi malangnya sewaktu sahur ayam tu dah berbuih-buih dah.....padahal ayam paprik tak mengunakan santan pun yg boleh menyebabkan ia cepat basi !!!
Terus je aku buang lauk tu.... kang aku anak beranak lak yg berbuih-buih mulut.

Sebelum tu lauk yang di beli kat gerai yang sama memang boleh dimakan sampai ke sahur.
Tapi hari yang ke 6  berpuasa tu lauk tu dah menunjukkan tanda-tanda si peniaga mula melakukan penjualan makanan hari yg sebelumnya ( korang leh paham tak maksud aku tu ).

Jadi start hari minggu iaitu puasa yang ke 7 aku mula membeli lauk pauk mentah di pasar sebanyak-banyaknya untuk stock aku anak beranak selama seminggu.
Pastu aku buat lagi kuih muih berbuka hampir setiap hari walaupun hari-hari aku kerja balik pukul 5 ptg.
Soal penat aku tolak ketepi yang paling utama aku anak beranak senang hati nak makan.

Di tambahkan lak lagi kes keracunan makanan hingga menyebabkan kematian yang buat aku seriau nak beli banyak-banyak makanan kat bazar tu.

Tak semua peniaga macam yang aku citer ni ada gak yang benar-benar jujur dalam berniaga.
Tak mahu menganiayai pembeli yang akan memakan jualan makanan mereka tu.
Tapi dalam segelintir itulah yang merosakkan imej penjual-penjual lain di bazar ramadhan.

Masuk hari ni dah 10 hari dah aku tak beli makanan di bazar pasal sekarang pun dah 16 hari dah kita berpuasa.
Bagi aku kalau nak selamat merasa juadah di bazar tu hanya hari pertama atau kedua puasa je pasal dua hari tu mereka akan menjual makanan yg betul2 segar dan baru di masak.
Kalau dah banyak hari ni .......haaa sendiri mau ingatlah!!!


CN :  Tengah berkira-kira nak berbuka mee goreng dengan nasi goreng ikan masin pattaya lak ni!!



SALAM UKHWAH

10 comments:

Anonymous said...

alamak..kes naya tu lauk berbuih2..lagi bagus kita masak sendiri walaupun simple tapi kebersihan,cara masak terjamin..

SITI NOARIZAH ARIS said...

CIK ANON...betul tu penat2 pun masak gaklah dari kena tido dlm spital..huhu!!

nabilah_2908 said...

itu perkara biasa yg berlaku kt bazaar..kalau nasib tak baik..memang kena... :(

azieazah said...

CT,
setuju, bukan semua peniaga begitu. Tapi bila nasib kita tak baik, terbeli makanan yang hampir basi, aduhhh... malang sungguh.

Saya tak pernah lagi beli apa-apa lauk, Pasar Ramadhan pun belum pegi lagi. Sebenarnya masak sendiri jugak yang best!


Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

ariana said...

Bagusnya dengar Ct masak sendiri semuanya..tapi kalau kerja mcm akak ni.slalu je beli, cuma kena berhati pilih gerai..dan nasib jugak kadang2. Bila dah tau gerai mana yg ok..pergi gerai tu jelah..:)

Unknown said...

pendedahan ini sentisa ayu ambil berat..

ini punca rezeki ayu, pastinya ayu akan sedekahkan makanan y tak habis..
syukur buat masa nie, jualan sentiasa laku dijual..
hanya pengat ayu sedekahkan pada jiran terdekat

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH..dah 6 hari puasa baru nasib x baik..huhu!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

AZIEAZAH...betul kak yg dr air tgn sendiri tu gak terbaikk!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA...eloklah berhati2 maksud sy beli pd org yg kita dah biasa dgn masakannya.

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU...bila kita ikhlas apa yg kita buat akn beri kebaikkan pd diri sendiri dan org lain.

Sy tahu ayu tak seperti mereka kerana ayu dh lama dlm perniagaan makanan ni tentu dh tahu apa yg terbaik utk customer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails