Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, January 30, 2013

Orang memberi kita merasa....

Assalammualaikum..!!



Ole-ole dari kelantan pemberian adik dan adik ipar aku  syikin  masa mereka ke sana minggu lepas.
Walau sebesar atau sekecil mana pun buah tangan tu ia tetap di terima dengan tangan terbuka.
Bak kata pepatah  kocik tapak tangan nyiru eden tadahkan.
Setidak tidaknya ingat gakkkkk orang kat kita kannnn.....




Sampai je ketangan terus je di rasmikan kepok ikan ni.
Krup krap krup krap sebagai juadah minum petang pas balik keja.
 
Pagi tadi lak kami ompek beranak bersarapankan kepok lekor dari kelantan .
 
 
 
SALAM UKHWAH
 
 
 

Sunday, January 27, 2013

Selepas 20 tahun inilah pertemuan yang pertama.

Assalammualaikum...

Hari terakhir aku di JB sebelum balik ke Senawang sempatlah pulak aku menziarahi kawan baik aku zaman sekolah menengah dulu.

Photo

Ini adalah pertemuan pertama aku dengan Syikin Saip lani selepas 20 tahun tak berjumpa.
Selepas habis SPM masing2 macam burung terbang keluar dari sangkar masing2.
Berterbangan mencari hala tuju sendiri.
Ada yang terus menetap di negeri sendiri ( aku le tuuuu...) ... ada pula ke utara , ke selatan , timur dan barat.



Syikin salah seorang kawan rapat aku masa di asrama dan sekolah dulu.
Tak sangka lak dia duduk dekat dengan taman Ayie tinggal oleh kerana tak nak rasa terkilan tak jumpa dia. Aku peruntukkan masa hampir satu jam berjumpa dan berbual di rumahnya sebelum pulang ke Seremban.

Syikin kawin lewat dua tahun dari aku tapi askar2nya lebih ramai dari aku.
Dia dah beli rumah sendiri di JB ni dan dah tentulah duk sini terus nanti.
Bertugas sebagai jururawat di hospital Sultan Ismail.

Tetiba terasa rindu zaman duk asrama kat sekolah dulu.
Rindu bile terkenangkan kenangan bersama kawan2, kakak2 senior dan adik2 junior di asrama dulu.


Andailah masa silam itu boleh di undur semula ke belakang.......


SALAM UKHWAH

Saturday, January 26, 2013

Mengimbas kenangan silam di pantai lido JB....

Assalammualaikum.....

Dah nak dekat cuti Tahun Baru cina lak aaa...
Citer ke JB aku krismas ari tu tak jugak habih2 laie.... takpelah aku habiskan jugak sikit2 sementelah pulak gambau2 nya udah lama ku simpan dalam ni citer jee yg tak kuar2 laie.

Selepas kami dari  SINI  Ayie bawa pulak aku, mak dan abah jalan-jalan ke bandaraya JB. Sepanjang perjalanan tu abah sibuk bercerita dan menunjuk2 setiap lokasi yang dia nampak..." dulu tak macam ni ..."  " Sekarang dah berubah bangunannya..." "dulu jalan ni tak boleh sampai ke sini..." " Dulu kawasan ni lenggang jeee...".

Aku cuma memandu dan mengangguk2 mendengar setiap butir bicaranya.



 
   Lokasi ni berhadapan dengan hospital Sultanah Aminah JB. Kata abah jalan ni dah cantik jauh berbeza dengan jalan 40 tahun yang lepas. Mak pernah masuk ke hospital ni semasa melahirkan arwah abang aku tapi sayang ALLAH sayangkan arwah dan di pinjamkan sekejap saja kepada mak dan abah. Di negeri Darul Takzim ini juga arwah di semadikan.
 
 

Dah separuh habis baru teringat ambik gambar!

Selepas berpusing-pusing sekitar bandar JB perut laparlah pulak..... time ni aku teringatkan citer kengkawan blogger tentang makanan fofular kat johor ni - kacang pol. Ayie bawakan kami ke gerai makan kat balai bomba larkin.

Aku tak tahu kacang pol tu sebenarnya di makan bersama roti ... di sebabkan dalam menu tu ada gambar roti jadi aku orderlah kacang poll satu dan roti bakar.... sekali bila order sampai dopan mata aku ada 2 piring roti...satu roti bakar satu lagi roti yang di makan dengan kacang pol....dek kerana kelaparan penat berjalan habis dua piring roti dan semangkuk kacang pol tu aku balun sorang sorang...yang lain2 order nasi je.... gambar tak sempat ambik pasal aku dah lapar tak do maso nak ambik gambar pingan orang lain.




 
Lepas makan jalan2 ke pantai lido... nun di seberang sana adalah SINGAPORE. Agak agaknya kalau berenang ke seberang tu selamat ke tidak yaaa.... macam dokat jooo den tengok !
 
Mak kata dulu mak boleh nampak ikan melompat-lompat kat dalam air ni.... tak bertambak seperti sekarang.  Petang2 mak akan jalan2 kat pantai lido ni melihat orang mencari kepah.Ya itu kenangan 40 tahun yang lepas yang mana suasananya pastilah jauh berbeza dari sekarang.
 
Setengah hari kami merayau-rayau sekitar bandaraya ni....Sekurang2nya aku dapat bawa balik mak dan abah menziarahi tempat mereka merantau dulu...itu hajat aku dan kini dah terlaksana
 
 
 
Malam tu pulak kami semua menziarahi anak buah abah yang tinggal di taman yang berdekatan dengan umah Ayie.... lama dah akak sepupu aku ni pelawa kami ke rumahnya cuma baru hari tu baru berkesempatan.... dah lebih 20 tahun dia bermastautin kat JB ni dah beli umah sendiri pun kat sini. Dulu masa bujang2 Ayie menumpang kat rumah dia ni dah kawin ni kena berdikari sendirilah kan takkan nak tumpang umah orang lagi.
 
 
 
Kami di jamu dengan satey.... sesekali pakngah datang kak yo aku ni jamu kami yang special2 sikit kalau datang tengahhari lagi meriahlah hidangannya agaknya.
 
 
Hati aku puas dapat tunaikan permintaan abah sejak beberapa tahun dulu yang sibuk sangat nak tengok  JOHOR BAHRU  depan matanya sendiri setelah berpuluh tahun di tinggalkannya.
Tengok dalam TV atau dalam sokkabar tak sama perasaaannya macam tengok real depan mata sendiri. Dapat jugak bawak abah menziarahi anak buahnya kat JB.... semoga abah berpuashati dengan percutian hujung tahun 2012 yang lepas.
 
Pas ni nak pikirkan agenda cuti-cuti tahun 2013 lak.
 
 
SALAM UKHWAH
 

 


 
 

Tuesday, January 8, 2013

Dimanakah kg Tok siak Johor Bahru ??

Assalammualaikum....!!


Aku sambung citer aku ke JB cuti krismas bulan lepas dan tahun lepas.....2012.


 
Agenda utama aku ke JB sebenarnya bukanlah  untuk jalan2 ke tempat best2 kat JB ataupun pergi LEGOLAND seperti setengah2 orang sangkakan.
Tujuan utamanya adalah nak bawak mak abah menziarahi semula tempat mereka bermastautin sementara sewaktu mencari rezeki di sini tahun 1969 dulu.
Gila punya lamanya abah dan mak tak jejak kaki ke sini sejak abah ditukar bertugas ke kem tentera di negeri lain.
Sudah 43 tahun abah tinggalkan daerah ini sekarang abah datang kembali melihat pembangunan yang jauh sangat berubah dari dulu.



 
Aku dan Ayie berlegar sekitar kg Setanggi ni nak cari kg Tok Siak tapi tak jumpa.
Kami tak pasti samaada kg tersebut wujud lagi atau telah di tukar ke nama yg lain.
Tapi menurut suami kakak sepupu aku yg dah tinggal 20 tahun di JB ni kata kg Bakau batu yang sebelah kg Tok Siak dulu  tu masih ada lagi dan kem majide cuma tinggal sedikit sahaja dah tak sebesar dulu lagi.
 
Aku harap ada di antara blogger2 johor yang boleh tolong jawab persoalan aku ni nanti.
InsyaALLAH kalau datang kembali ke sini nanti aku nak jugak cari kg tersebut jika ia masih  ujud lagi.
 
 
 
 
Pembangunan yang semakin pesat.... kata abah dulu2 tak do bangunan tinggi macam kat belakang umah orang tu tapi sekarang dari kg Setanggi ni dah nampak bangunan tu.
 
 
Mak merenung rumah sekitar kampung2 yang kami lalui ... semuanya dah jauh berubah katanya....member2 lama pun tak dapat di kesan. 
 
 
Di tanah perkuburan kampung bakau batu itu bersemadinya arwah abang sulung aku.
Arwah meninggal dalam kandungan mak sewaktu berusia 7 bulan dan di kebumikan di kampung tersebut.
Tapi kalau kami jumpa pun kg Bakau Batu belum tentulah kami  temui semula kubur arwah pasal kubur tu pun tak bertanda dengan elok macam kubur2 sekarang ni.
Selepas abah di tukarkan bertugas ke negeri lain mereka berdua tak ada pun datang lagi ke sini.
Kalaulah arwah boleh nampak pasti dia gembira melihat mak abah dan adik adiknya datang  lagi ke sini.
 
 
 
Selepas merayau dalam kampung di tengah bandar tu Ayie bawak pulak kami ke sini.
Abah nak tengok stesen keretapi yg merupakan pengangkutan pilihan utama mereka berdua setiap kali balik bercuti ke N.Sembilan pada masa itu
 
 
 
Bangunan Stesen keretapi lama JB sekitar tahun 60an .
 
 
 
Bangunan stesen yang baru.... jauh berbezakan ?

 
Sekarang bangunan ni di kenali dengan nama JB SENTRAL.
 
 
Tahun 60an tak do pun tanggo berjalan ni tapi sekarang dah bertingkat2 kau !
 
 
Abah terpegun bila naik ke tingkat atas ruang legar JB SENTRAL ni  mungkin dalam masa yg sama dia terbayangkan keadaan 43 tahun yg lepas....bangunan baru yang jauh berbeza dari stesen yg lama dulu.
 

Abah duduk dan mengimbas kembali kenangan dia menunggu keretapi 43 tahun lalu di stesen keretapi lama yang telah   di tutup rasmi pada tahun 2010 .

 
Di bahagian luar ruang legar abah bercerita sesuatu tentang keadaan tempat ini 43 tahun yg lepas kepada kami.

 
Dari tempat abah berdiri kami boleh nampak bangunan kastam..Ayie katalah itu kastam tapi dulu dulu kastam bukan di situ.....abah katalah. Den dongar joooo !! 
 
 
 
Pos pemeriksaan kastam tahun 1960an dulu.... keta pun cuma beberapa ketul je sekarang ni berdesap desup jalan pun dah bertingkat2 ......aku dapat gambar ni dari  sini
 
 
 
 
 
SALAM UKHWAH 
 

Wednesday, January 2, 2013

Selamat tinggal 2012...Welcome 2013....

ASSALAMMUALAIKUM..!!




Hari ni hari permulaan persekolahan bagi sesi tahun 2013.
Seperti kanak2 lain anak2 aku juga memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.
Alhamdulillah anak aku yang sulung naik ke tingkatan 4 hari ini dan yang ke dua menduduki kelas tahun 6 sekaligus menduduki peperiksaan UPSR penghujung tahun ini.

Pejam celik antara sedar dengan tidak kedua mereka semakin membesar dan remaja.
Satu peringatan buat diri sendiri masa untuk di tinggalkan oleh mereka sudah semakin hampir walaupun mengambil masa bertahun tahun lagi.
Tapi yg pasti masa itu akan datang juga nanti.

Maksud aku bila mereka membesar , naik kelas , menduduki peperiksaan penting kemudian berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi mereka kena berhijrah dari rumah sendiri.
Selepas itu memasuki alam pekerjaan dan ada jodoh berkahwin pula dan mempunyai kehidupan baru mereka sendiri.
Akhirnya nanti tinggallah aku suami isteri terkontang kanting berdua di rumah yang  dulu penuh dengan hiruk pikuk suara anak2....seperti juga mak dan abah aku sekarang.


Oleh itu sebelum masa itu tiba hargailah setiap detik bersama anak2 kita kerana setiap tahun akan ada tahun baru dan setiap tahun juga usia kita  semakin bertambah .
Masa yang berlalu tak akan berulang sekali lagi.
Tetiba lakkkk aku rindu zaman kanak2 aku dulu..huhuhu...



Hari ini tutup diary tahun 2012.
Aku buka diary baru tahun 2013.
Dalam diary ini tiada secebis pun catatan hidup aku tertulis cuma hal2 bekenaan urusan kerja sahaja.
Di dalam blog RKTS aku inilah  diary hidup aku yang akan sentiasa terbuka sepanjang tahun walaupun tahun baru tiba bersilih ganti.
...... yang pastinya tak semua tertulis di RKTS ini, ada separuhnya tersembunyi sepi di lubuk hati aku sendiri.




SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA BLOGGER2 DI LUAR SANA DAN READERS RUMAH KECIL TIANGNYA SERIBU.
 
 
SALAM UKHWAH


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails