Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, January 8, 2013

Dimanakah kg Tok siak Johor Bahru ??

Assalammualaikum....!!


Aku sambung citer aku ke JB cuti krismas bulan lepas dan tahun lepas.....2012.


 
Agenda utama aku ke JB sebenarnya bukanlah  untuk jalan2 ke tempat best2 kat JB ataupun pergi LEGOLAND seperti setengah2 orang sangkakan.
Tujuan utamanya adalah nak bawak mak abah menziarahi semula tempat mereka bermastautin sementara sewaktu mencari rezeki di sini tahun 1969 dulu.
Gila punya lamanya abah dan mak tak jejak kaki ke sini sejak abah ditukar bertugas ke kem tentera di negeri lain.
Sudah 43 tahun abah tinggalkan daerah ini sekarang abah datang kembali melihat pembangunan yang jauh sangat berubah dari dulu.



 
Aku dan Ayie berlegar sekitar kg Setanggi ni nak cari kg Tok Siak tapi tak jumpa.
Kami tak pasti samaada kg tersebut wujud lagi atau telah di tukar ke nama yg lain.
Tapi menurut suami kakak sepupu aku yg dah tinggal 20 tahun di JB ni kata kg Bakau batu yang sebelah kg Tok Siak dulu  tu masih ada lagi dan kem majide cuma tinggal sedikit sahaja dah tak sebesar dulu lagi.
 
Aku harap ada di antara blogger2 johor yang boleh tolong jawab persoalan aku ni nanti.
InsyaALLAH kalau datang kembali ke sini nanti aku nak jugak cari kg tersebut jika ia masih  ujud lagi.
 
 
 
 
Pembangunan yang semakin pesat.... kata abah dulu2 tak do bangunan tinggi macam kat belakang umah orang tu tapi sekarang dari kg Setanggi ni dah nampak bangunan tu.
 
 
Mak merenung rumah sekitar kampung2 yang kami lalui ... semuanya dah jauh berubah katanya....member2 lama pun tak dapat di kesan. 
 
 
Di tanah perkuburan kampung bakau batu itu bersemadinya arwah abang sulung aku.
Arwah meninggal dalam kandungan mak sewaktu berusia 7 bulan dan di kebumikan di kampung tersebut.
Tapi kalau kami jumpa pun kg Bakau Batu belum tentulah kami  temui semula kubur arwah pasal kubur tu pun tak bertanda dengan elok macam kubur2 sekarang ni.
Selepas abah di tukarkan bertugas ke negeri lain mereka berdua tak ada pun datang lagi ke sini.
Kalaulah arwah boleh nampak pasti dia gembira melihat mak abah dan adik adiknya datang  lagi ke sini.
 
 
 
Selepas merayau dalam kampung di tengah bandar tu Ayie bawak pulak kami ke sini.
Abah nak tengok stesen keretapi yg merupakan pengangkutan pilihan utama mereka berdua setiap kali balik bercuti ke N.Sembilan pada masa itu
 
 
 
Bangunan Stesen keretapi lama JB sekitar tahun 60an .
 
 
 
Bangunan stesen yang baru.... jauh berbezakan ?

 
Sekarang bangunan ni di kenali dengan nama JB SENTRAL.
 
 
Tahun 60an tak do pun tanggo berjalan ni tapi sekarang dah bertingkat2 kau !
 
 
Abah terpegun bila naik ke tingkat atas ruang legar JB SENTRAL ni  mungkin dalam masa yg sama dia terbayangkan keadaan 43 tahun yg lepas....bangunan baru yang jauh berbeza dari stesen yg lama dulu.
 

Abah duduk dan mengimbas kembali kenangan dia menunggu keretapi 43 tahun lalu di stesen keretapi lama yang telah   di tutup rasmi pada tahun 2010 .

 
Di bahagian luar ruang legar abah bercerita sesuatu tentang keadaan tempat ini 43 tahun yg lepas kepada kami.

 
Dari tempat abah berdiri kami boleh nampak bangunan kastam..Ayie katalah itu kastam tapi dulu dulu kastam bukan di situ.....abah katalah. Den dongar joooo !! 
 
 
 
Pos pemeriksaan kastam tahun 1960an dulu.... keta pun cuma beberapa ketul je sekarang ni berdesap desup jalan pun dah bertingkat2 ......aku dapat gambar ni dari  sini
 
 
 
 
 
SALAM UKHWAH 
 

4 comments:

snm said...

Assalam,

Kampung Tok Siak masih wujud tapi namanya masih dikekalkan buat masa ini. Dulu semasa di Kg Tok Siak rumah area mana? Rumah lama saya masih ada di penghujung jalan Kg Tok Siak bersebelahan dengan Rumah Oje...

Anonymous said...

Zaman 43 thn dulu aku sedang berlari2 sambil berbogel nak g mandi kt perigi berdekatan dgn majidi kem ...ala kat lereng bukit tuuu...akulah roslan anak arwah pak dollah...ala umah belakang surau sekarang niii...

ida said...

Assalamualaikum..
Penduduk asal Kg Tok Siak kebanyakan telah berpindah/dipindahkan ke Pangsapuri Bayu Puteri 2( Dekat PPR Sri Stulang JB).

khamsiyah mansur said...

Salam... Saya pun duduk tok siak..entah sejak bila mak bapk sy dduk situ pun sy x tahu.sy mmbesar kt kg tu.x pernah tanye pulak kt mak n bpk sejak bila ddk situ.. Rumah sy betul2 depan rumah arwah pak nek singapore. Kat jalan depan ade kedai abg lias dengan kak nor.nama kakak saya tati.kot2 la akak ni kwn kenal.sy pindah dr toksiak thn 97,tp sdara semua msh ade kat situ.dlm thn 2013-2014 mcm tu la,kg toksiak kena sodok.. Sedih bila tok siak kena sodok.seronok sgt ddk kg tu.lg2 time air pasang.kdg2 air naik sampai ke jalan dpn kedai abg lias.hihihi..kenangan sy tak dapat lupa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails