Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, January 26, 2013

Mengimbas kenangan silam di pantai lido JB....

Assalammualaikum.....

Dah nak dekat cuti Tahun Baru cina lak aaa...
Citer ke JB aku krismas ari tu tak jugak habih2 laie.... takpelah aku habiskan jugak sikit2 sementelah pulak gambau2 nya udah lama ku simpan dalam ni citer jee yg tak kuar2 laie.

Selepas kami dari  SINI  Ayie bawa pulak aku, mak dan abah jalan-jalan ke bandaraya JB. Sepanjang perjalanan tu abah sibuk bercerita dan menunjuk2 setiap lokasi yang dia nampak..." dulu tak macam ni ..."  " Sekarang dah berubah bangunannya..." "dulu jalan ni tak boleh sampai ke sini..." " Dulu kawasan ni lenggang jeee...".

Aku cuma memandu dan mengangguk2 mendengar setiap butir bicaranya.



 
   Lokasi ni berhadapan dengan hospital Sultanah Aminah JB. Kata abah jalan ni dah cantik jauh berbeza dengan jalan 40 tahun yang lepas. Mak pernah masuk ke hospital ni semasa melahirkan arwah abang aku tapi sayang ALLAH sayangkan arwah dan di pinjamkan sekejap saja kepada mak dan abah. Di negeri Darul Takzim ini juga arwah di semadikan.
 
 

Dah separuh habis baru teringat ambik gambar!

Selepas berpusing-pusing sekitar bandar JB perut laparlah pulak..... time ni aku teringatkan citer kengkawan blogger tentang makanan fofular kat johor ni - kacang pol. Ayie bawakan kami ke gerai makan kat balai bomba larkin.

Aku tak tahu kacang pol tu sebenarnya di makan bersama roti ... di sebabkan dalam menu tu ada gambar roti jadi aku orderlah kacang poll satu dan roti bakar.... sekali bila order sampai dopan mata aku ada 2 piring roti...satu roti bakar satu lagi roti yang di makan dengan kacang pol....dek kerana kelaparan penat berjalan habis dua piring roti dan semangkuk kacang pol tu aku balun sorang sorang...yang lain2 order nasi je.... gambar tak sempat ambik pasal aku dah lapar tak do maso nak ambik gambar pingan orang lain.




 
Lepas makan jalan2 ke pantai lido... nun di seberang sana adalah SINGAPORE. Agak agaknya kalau berenang ke seberang tu selamat ke tidak yaaa.... macam dokat jooo den tengok !
 
Mak kata dulu mak boleh nampak ikan melompat-lompat kat dalam air ni.... tak bertambak seperti sekarang.  Petang2 mak akan jalan2 kat pantai lido ni melihat orang mencari kepah.Ya itu kenangan 40 tahun yang lepas yang mana suasananya pastilah jauh berbeza dari sekarang.
 
Setengah hari kami merayau-rayau sekitar bandaraya ni....Sekurang2nya aku dapat bawa balik mak dan abah menziarahi tempat mereka merantau dulu...itu hajat aku dan kini dah terlaksana
 
 
 
Malam tu pulak kami semua menziarahi anak buah abah yang tinggal di taman yang berdekatan dengan umah Ayie.... lama dah akak sepupu aku ni pelawa kami ke rumahnya cuma baru hari tu baru berkesempatan.... dah lebih 20 tahun dia bermastautin kat JB ni dah beli umah sendiri pun kat sini. Dulu masa bujang2 Ayie menumpang kat rumah dia ni dah kawin ni kena berdikari sendirilah kan takkan nak tumpang umah orang lagi.
 
 
 
Kami di jamu dengan satey.... sesekali pakngah datang kak yo aku ni jamu kami yang special2 sikit kalau datang tengahhari lagi meriahlah hidangannya agaknya.
 
 
Hati aku puas dapat tunaikan permintaan abah sejak beberapa tahun dulu yang sibuk sangat nak tengok  JOHOR BAHRU  depan matanya sendiri setelah berpuluh tahun di tinggalkannya.
Tengok dalam TV atau dalam sokkabar tak sama perasaaannya macam tengok real depan mata sendiri. Dapat jugak bawak abah menziarahi anak buahnya kat JB.... semoga abah berpuashati dengan percutian hujung tahun 2012 yang lepas.
 
Pas ni nak pikirkan agenda cuti-cuti tahun 2013 lak.
 
 
SALAM UKHWAH
 

 


 
 

2 comments:

zino said...

dapat peluang mak abah mengimbau kenangan lama...

SITI NOARIZAH ARIS said...

ZINO...ya en Zino hati sy lebih puas tgk muka happy mak dan abah sy tu sewaktu sampai ke JB ari tu :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails