Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, May 22, 2015

Selepas 18 tahun akhirnya aku dapat biras orang kedah nooo...

Assalammualaikum.....


Salam sejahtera buat semua yang masih sudi menjengah ke blog RKTS ni.
Onambulan sey tak membebel kat dalam ni.
bukannya tak de cerita......banyak yang nak dikongsikan sebenarnya.

Untuk cerita permulaan sebagai penaik semangat nak story dulu mengenai majlis perkahwinan adik ipar aku ni.
Kalau mengandung dah beranak dyorang ni baru hari ni aku nak citer majlis kahwin ni..huhu..


Adik bongsu suami yang bertemu jodoh dengan orang kedah.
Sebelah utara nooo...
Merasalah aku berkonvoi dengan adik beradik sebelah  my hubby waktu tahun baru cina hari tu.
berkematu buntut aku duk dalam keta terseksa mengadap jem.
Bertolak dari senawang pukul 9pagi sampainya ke kuala nerang pukul 11 malam.
Haa korang kiralah sendiri berapa jam buntut aku terlepek atas seat kereta tu...huhuhu..
Alhamdulillah sekali pun banyak dugaan nya nak sampai ke sana tercapai lah jugak hasrat jejaka jolobu tu nak beristerikan anak gadis negeri jelapang padi tu.


My berasss  bak kata Allahyarham P.Ramlee.
Lapan blas tahun aku  jadi menantu perempuan tunggal.
Akhirnya tahun ni aku dapat gak biras perempuan nan seorang ni.
selama ni biras2 jantan jeee....



Tahniah buat kedua mempelai semoga berkekalan ke syurga jodohnya nanti.
Semuanya berjalan lancar.
Cantik gak buat backdrop macam ni kan.
Tak payah berabih duit beribu tempah pelamin bagai....simple jeee...
Macam ni pun dah ok dah...jimat pun jimat...cantik gak tu.
Bukan setakat pengantin adik beradik dan kawan2 pun leh menumpang sekali bergambar.


Kitorang pun tak lepas peluang nak jugak tayang title2 tu semua...hahaha...
Akak2 ipar aku yang intelektual orang nya pun berebut rebut gak nak pilih benda alah ni !!


Tak sangka dalam kemeriahan meraikan mempelai terjumpa lak dengan kawan sekolah aku dulu.
Lelaki sebelah kiri tu adalah kawan sekolah sewaktu tingkatan satu sampai tiga di SMR Agama Klawang.
Rupanya isteri dia tu sepupu rapat biras aku tu.
Hohoho...kocik je dunia ni kan satu daerah tapi tak pernah berjumpa selepas habis sekolah tup tup ketemu di kedah nuunnn....

Okey selesai cerita nikah kahwin di kedah nooo...
Majlis bertandang diadakan di rumah mak mertua di KG RENAL,JELEBU seminggu selepas majlis di kedah.
Majlis bertandang kat rumah mertua aku tak ada gambar dalam simpanan.
Almaklum leee tuan umah sibuk jaga duit tak dan nak snap gambar sana sini.
Ehh aku jadi tukang jaga duit sepanjang majlis tu tau tapi aku sendiri pun tak tau berapa untung mak mertua aku dapat hari tu.
Kesiankan tukang jaga duit tak tau berapa duit yang dia dapat...hikhikhik..:((

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails