Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, June 28, 2011

Laaa....cammana lak aku leh lupa niii ????


Pagi tadi aku bukak FB sekejap.
Lama dah tak buka nak tengok-tengok apaaaaa kawan2 aku buat.
Tetiba aku terbaca status sorang kawan lama aku tentang lesen..

LESEEEEENNN ?????


Haaa kooo.... time tu je aku selongkar purse aku...
Rasa-rasanya macam dah terlajak hari bulan jeeee..
Bila dah tengokkkkkk...

Yuppp memang sah dah xpired aku punya lesen memandu.
Ni macammano aku buleh lupo lak ni ?????
Tetiap tahun tak pernah lupa lesen mampuih bulan 6.
Ni ha dah terlajak 26 hari dah...!!

Yang aku ke hulu kehilir hari2 tu rupanya bawak lesen yang dah xpired dah rupanya.
Sib baik tak kena tahan kat polis dimana mana ataupun terjadi apa2 dalam perjalanan.
Kalau tak setengah masak aku nak menjawab kat abang polis pastu membayar saman .

Sok nak pergi KL sib baik aku plan nak nek komuter je.
Kalau aku plan bawak keta macam kebiasaanya  tu  ha siaplah dengan segala kemungkinan yg akan terjadi.

Korang punya lesen macam mana?
Macam aku jugak kee... cer tengok... cer tengok !!!!


CN: Pasni aku nak gantung kat leher buat buah rantai hari2 leh nampak klau diri depan cermin kan..kan..kan.



SALAM UKHWAH

Saturday, June 25, 2011

Banyak blog buat N3 MAHARAJA LAWAK....akuuuu ????



Mesti semua orang tengok ML malam tadikan ?
Pasal tu ramai blogger buat N3 yg sama je hari ni....aku tak dapat tengok pun malam tadi.
Tahniahlah pada kumpulan SEPAH sebab jadi juara.... aku pun tak sangka SEPAH leh jadi juara aku ingatkan si budak NABIL tu.
Tulah kan tuah ayam nampak di taji tuah manusia ni tak ada sapa yg boleh meramalkannya.



Petang semalam lepas lik keja hampir pukul 6 ptg baru aku start mengukus pulut kuning tu.
Sambil kukus pulut aku masak sambal tumis bajet aku kena siap masak sebelum 7.30 malam.
Walaupun aku ada dinner malam tadi dgn kengkawan satu ofis ,  aku kena gak masak untuk hubby dan anak-anak aku.
Kang aku sedap-sedap makan yang kat umah ni kebulur pulak.

Sebagai ibu atau isteri kalau kemana-mana macam2 kena siap dan fikirkan kan?
Tak macam si suami boleh main redah jeeee tak payah susah2 nak masak bagai untuk anak bini kat umah.
Dalam masa kurang 2 jam tulah aku  bergegas buat macam-macam siap masak lauk makan malam bagai.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak ada masalah.
Sempatlah jugak aku tengok citer TANAH KUBUR kat astro semalam .

Aku  call kawan aku kena sampai senawang sebelum 8.30 mlm pasal aku ada dinner.
Tapi dia terlewat gak sampai pasal jalan jem.
Semalam kan hari jumaat pasti ramai yang balik kg itupun kawan aku drive 180km kat highway tu.
Kawan aku tu pregnant lak tu !!

Janji jumpa depan giant sudahnya aku tunggu dia kat tol senawang je.
Pasal aku dah lambat dah nak  pergi dinner tu.
Boss cina aku tu berkali-kali tepon aku.

Tengah2 drive boss aku call....
"Izah...u kat mana... kawan dah sampai lum?"

10 minit kemudian.....
"Izah u kat tol tu lagi ke.... lambat lagi ke semua tunggu u ni!! "

5 minit kemudian.....
" izah u nak order apa ni..... nak lauk apa ? "
"Izah... kita orang order dululah arrr u lambat lagi ke ni"

Haiyaaaaa...itu apek manyak susah loohhh !!!
Kasi aku lagi stresssssssss  je dah lah aku drive sorang2 memalam ni.
Dia sibuk aje call tanya itu tanya ini !!

Bila kawan aku sampai terus je aku bagi pulut kuning dengan sambal tumis petai tu.
Peluk2 ala ala arab sikit... citer lebih kurang pastu ambik gambar.
18 tahun tak jumpa lepas SPM malam tadi jumpa balik tu pun tak sampai 10 minit.
Ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi ya khaty.. raya nanti ke.... kita leh sembang2 sambil minum oren sambil makan lemang dengan rendang.
Tapi lemang ko jangan dera aku buat lak aku tak reti.... aku beli tepi jalan je nanti...hehe!!

Okeyyyy...ari ni aku tak masak.
Beberapa hari ni aku asyik masak je bagi orang makan .
Hari ni orang lak masak bagi aku makan.
Kang aku nak g kenduri kat rumah jiran aku ni.
Makan kat sana lak....!!


CN : Ari ni aku tak keja jadi aku  nak BW puas2 topup hari yang lepas2 tuhhh !!


SALAM UKHWAH






Friday, June 24, 2011

Tak menang tangan aku di buatnya !!


Sejak 2 3 hari ni aku sibuk dengan macam2 halllll...!!
Nak BW pun tak senang dapat jenguk satu dua blog.... tinggalkan komen sikit sebagai tanda bagitahu aku ada singgah blog dyorang.
Kat ofis ni FACT SYSTEM yang biasa kami gunakan ada sikit perubahan.
Pakar IT kat sini tengah sibuk mengodek-godek system tu jadinya bila dah siap keja kami  jadi 2 kali ganda dari biasa.

Balik umah malam lak aku ada banyak hal kat umah lak kena settelkan.

 Puding laici yg akan di hantar ke nursery.


Malam semalam dari balik keja sampai nak tido aku bertapa dalam dapur pasal siapkan puding laici yg nak di bawak ke nursery tempat anak2 aku menumpang lepas balik sekolah.
Prince nak sambut befday dia dengan kawan2 dan cikgu2 kat nursery tu.

Petang ni kang balik je keja kang aku dah kelam kabut kena buat pulut kuning pulak.
Ada sorang kawan sekolah aku dulu mengidam nak makan pulut kuning dengan sambal petai sekali.
Merayu-rayu mintak aku buatkan pasal malam ni dia balik kg dan lalu kat area senawang nak singgah ambik pulut tu.

Tak dibuat kesian pulak aku kat mak buyung tu.

Dan dan hari ni jugak boss aku nak wat dinner lak untuk sorang staff department kami yang nak resign.
Dah last minit baru nak adjust time wat dinner awal2 tak nak buat.

Ni kang terkangkang terkiaplah  aku nak mengejar masa....
Kawan sampai senawang pukul 8 malam dinner pun nak buat pukul 8 malam....kat seremban 2 lak tu!!
Hancus angan-angan nak lending2 depan tv depan lappy.
Malam ni aku tidur jangan ada sesapa nak mengacau.
Pasal aku dah letih campur lak kekenyangan dah tentu macam ulor sawa tido berlingkar je nanti !!!


CN : Kan best kalau aku ada kuasa magic..ping sana ping sini semua dah beressssss !!!


SALAM UKHWAH

Jelaskan hutang sebelum ajal tiba.

Salam Jumaat hari penghulu hari....!!!


Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannyad ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Imankepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.”

Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.” Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus?

Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)


Sumber :  http://subhanallahu.multiply.com/journal/item/117/Co-Pas_Wafat_Dalam_Keadaan_Berhutang_Bagaimana_Nasibnya



SALAM UKHWAH

Thursday, June 23, 2011

Bila hubby outstation aku punnnnnn tengok wayang leeee...!!!



Jgn ada salah anggap dengan tajuk diatas yooo.........aku isteri yg baik tauuuuuu !!!
Tak de nya nak ambik kesempatan bila laki tak do kat umah dowhhh!!

Ni aku tengok citer wayang ni kat umah je dalam ASTRO FIRST.... ni pun hubby yg langgankan untuk 2 hari jeee... tapi puas tengok le leh ulang2.

Habis je 2 hari tengok aku leh hafal skripnya sekali.... dan dan tu je pandai gecek kelatee...hihihi!!

Siap baring2 depan TV lagi...... makan2 minum2.... kat panggumg wayang dapat ko terbaring telentang dengan anak2 ko  macam ni siap ambik gambar bagai...... tak pasal2 den kono perambat kuar panggung tu.......huhu!!!!

Yang paling best aku menonton tanpa sebarang ganguan... takde yg nak suruh aku buat neskafi ais ke tolong urut tengkuk ke hapa ke.... cuma aku lak yang menyuruh anak aku buatkan......






"KAK BUATKAN UMMI AIR OREN JANGAN LUPA GORENG NUGGET SEKALI YOOO !!!"





Dua adegan ni paling aku suka tengok....
Persoalannya....adakah di dunia reality mereka2 ini juga begini ???
Ada sesapa nak tolong jawabkan untuk aku ??










Opsss... gambar gegar pasal sebelah tangan tengah duk suap  nugget dalam mulut.....hohoho !!!



Ingat arrrr...Lu Langsi Lu Mati..!!!

 
Oppsss... dengar citer KL GENGSTAR dah cecah juta2.
Okeyyyyyy  masuk dalam senarai citer wayang yg mesti di tonton di rumah .
 
 
CN : Bang.... sok2 g outstation booking KL GENGSTAR lak yeee....hehe!!!
 
 
SALAM UKHWAH

MEE HON TAUCU




Sarapan pagi yang ringkas kekadang menu ni jadi makan malam aku anak beranak jugak..... senang nak buatnya tak banyak karenah janji perut yang kosong berisi dan kenyang sampai pagi esok.

Bahan-bahannya :
1 biji bawang di hiris
2 biji bawang putih di hiris
3 sudu besar cili kering yg telah di kisar
1/2 pkt meehoon di rendam hingga lembut.
1/2 mangkuk kecil taucu
Daging ayam di potong kecil
2 keping bebola ikan dihiris kecil
Sayur
1/2 cawan air.
Garam jika perlu.



Caranya- caranya:

1. Toskan dahulu mee hon yg di rendam tadi. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
2. Masukkan pula daging ayam serta bebola ikan dan kacau rata kemudian masukkan taucu dan biarkan seketika.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih, sedikit garam jika perlu, sayur dan mee hoon serta gaulkan hingga lembut dan sebati dengan perencah tadi hingga air kering. Biarkan seketika rasa jika ok padamkan api dan sedia di hidangkan .








Wednesday, June 22, 2011

~ WORDLESS WEDNESDAY ~





CN : Kasihnya ibu membawa ke syurga........



SALAM UKHWAH

Monday, June 20, 2011

Status adalah sama TAPI kisahnya berbeza-beza....




Aku terbaca satu kisah anak luar nikah menanggis teresak-esak di majlis pernikahannya di  SINI .

Tapi yg nak aku citerkan ni pulak pasal seorang kawan baik aku yg berkahwin di usia yg terlalu muda belasan tahun lagi.
Pada hari pernikahannya aku datang nak tengok dia di ijabkabulkan...yelah dari sekolah rendah aku berkawan dengan dia tapi sewaktu masuk sekolah menengah kami sekolah lain-lain.

Pada hari tersebut si ayah yang separuh lumpuh yang menjadi wali dan menikahkan kawan aku tu sendiri.
Tapi yang syadisnya kawan aku ni iaitu si pengantin perempuan menangis beriya-iya sangatlah pulak.
Sampaikan si bapa tak dapat menuturkan ayat yang betul waktu menikahkannya .
Bapa pun menangis sama.... dah tentulah aku hairan !!

Beberapa bulan kemudian baru aku tahu sewaktu hari pernikahan tu kawan aku ni dah terlanjur.
Dah berisi pun sewaktu duduk bersanding atas pelamin.
Nasibnya cukup baik sebab lelaki tu sanggup bertangungjawab .
Sekarang mereka dah ada ramai anak dan jodoh berkekalan hingga hari ini.....Alhamdulillah !!

Citer aku ni sedikit berbezalah dari sumber citer yg aku baca tu tapi motifnya adalah sama.
Satu kisah anak perempuan  luar nikah dan satu lagi kisah anak perempuan yang dah buat anak luar nikah sebelum berkahwin secara sah.

Tapi aku lagi terperanjat tahap gila vavi bila ada lak bapa dan anak yg sanggup bersekedudukan hingga melahirkan 3 orang anak  kat  SINI LAK !!

APADAHJADIIIIIIIIIII..... !!!!!!!

Nampak sangat si bapa ambil kesempatan hingga  si anak melahirkan anak2 kecil yg tak tahu siapa bapa mereka.... tak tahu lak nak panggil lelaki tu BAPAK ke ATUK  ????



CN : Banyak sangat kes macam ni patut le Malaysia ni makin hari makin panassssss !!!



SALAM UKHWAH

IKAN TENGGIRI MASAK LOMAK CILI API.



Ikan tenggiri antara ikan-ikan laut yang mahal harganya tapi berbaloi membelinya kerana isinya sedap dan manis.... ikan ni juga sesuai di pelbagaikan cara masakkannya.... sesetengah orang masak gulai dengan cara masak kuah dahulu baru masukkan ikan tapi aku sejak dari dulu samaada uwan ataupun mak aku yg masak mereka akan masukkan ikan bersama santan dan cili api yg dah ditumbuk dan di masak sekali hingga gulai mengelegak atau mendidih...... lain orang lain cara masakkannya yang penting kena dengan citarasa kita sendiri.

Bahan-bahan:
Seekor ikan tenggiri saiz sederhana di potong kecil2.
15 ulas cili api di tumbuk
1 inci kunyit hidup di tumbuk
Santan secukupnya
1 keping asam gelugor
Garam ditumbuk bersama cili api.


Cara memasak:
1. Tumbuk cili api , kunyit hidup sehingga hancur & lumat.
2. Dalam periuk atau kuali satukan bahan tumbuk , asam gelugor ,ikan dan santan sekali.
3. Buka api sederhana besar dan kacau selalu perlahan2 agar santan tak pecah minyak hingga mendidih
4.Bila dah mendidih perasakan garam dan asamnya jika kurang masin tambahlah garam mengikut citarasa sendiri.
7. Kecilkan api dan biarkan seketika hingga kuah betul-betul masak barulah di tutupkan apinya dan sedia di hidangkan.




PETUA : Jika dari awal lagi kuah mendidih tak cantik atau pecah minyak ini bermakna gulai tersebut kurang garam.
 
 
 

Saturday, June 18, 2011

PULUT KUNING & SAMBAL TUMIS PETAI.




Sebelum ni aku fikir buat pulut kuning ni renyah sangatlah kerjanya... lagilah pulak menu yg satu ni hanya di buat bila ada majlis2 tertentu saja..... mak aku pun jarang buat..... tapi pada 12 JUN hari tu sempena nak menyambut harilahir PRINCE aku cabar diri sendiri untuk buat pulut kuning untuk di bawa ke MORIB makan beramai-ramai dengan adik beradik aku........ rupanya senang aje kerojenya tak lah banyak nau ayap-ayapannya dan lepas ni leh le aku wat selalu bila tekak teragak nak makan pulut kuning...... tak payah nak tunggu kenduri bagai !!

PULUT KUNING

Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut dibasuhkan
3 keping asam keping
3 sudu besar kunyit serbuk
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan di simpulkan
Garam secukup rasa di campurkan kedalam santan pekat.
Beberapa helai daun pisang.

Cara-caranya :
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk semalaman...sekali sekala gaulkan beras pulut yg di rendam agar rata warna kuningnya.
2. Panaskan kukusan dan toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Alas kukusan dengan daun pisang dan masukkan pulut yg telah berwarna kuning tadi keatas daun pisang dalam kukusan tadi.
4. Simpulkan daun pandan dan letak dalam pulut kuning tadi dan tutup periuk kukus dan masak hingga naik wapnya.
5. Sesekali kacau pulut agar serata masaknya setelah pulut masak tutup api kukusan.
6. Keluarkan pulut dan masukkan dalam mangkuk besar dan tuangkan santan yg telah di campurkan garam tadi .
7. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan jgn lupa alaskan dengan daun pisang yg baru.
8. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi anggaran 20-30 minit atau sehingga pulut betul2 masak.
9. Hidangkan pulut dengan rendang ayam, sambal tumis atau serunding daging.





SAMBAL TUMIS PETAI

Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi petai
150gm ikan bilis
3 labu bawang besar di hiris bulat.
5 sudu besar cili kering yg telah di kisar.
1 sudu kecil asam jawa xtra jenama Adabi.
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:
1.Tumiskan cili kering tadi sehingga garing dan pecah minyak.
2.Masukkan petai , ikan bilis dan bawang besar yg telah di hiris tadi.
3. Gaulkan sebentar dan masukkan santan , garam serta asam jawa xtra Adabi tadi.
4. Biarkan mendidih dan sesekali kacau sambal hingga ia terbit minyak dan cukup masak.
5. Perasakan garamnya dan letak gula (jika suka) dah sebati bolehlah di hidangkan bersama pulut kuning tadi.




PETUA: Asam keping di masukkan kedalam kunyit bertujuan untuk melekatkan warna kuning kunyit pada beras pulut tadi.
 
 

Friday, June 17, 2011

Pesanan Rasulullah S.A.W & berselawat.


Salam Jumaat hari penghulu hari...!!





Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."


SUMBER :  http://tazkirah.yolasite.com/


SALAM UKHWAH




AYAM KICAP BEREMPAH.





Selain boleh di masak lomak cili api, di goreng kunyit, masak kari atau kurma ,masak masam manis,masak merah dan paprik masakkan kicap berempah ini juga menjadi kesukaan anak-anak aku ..... masakkan yg ringkas memudahkan lagi kerja ibu2 yg bekerja untuk memasak hidangan sekeluarga..... yg penting pinggan tu licin licau dan tinggal tulang jeeeee !!!


Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam potong kecil dan di bersihkan.
3 s/b kicap pekat
3 s/b Rempah kari di bancuh dgn sedikit air
2 s/b cili kering yg telah di kisar halus
1/2 cawan air
1 labu bawang besar di hiris bulat
3 ulas bawang putih di tumbuk
4 ulas bawang merah di tumbuk
2 cm halia di tumbuk


Cara-caranya :

1. Ayam di gaulkan dengan kunyit dan sedikit garam serta di goreng separuh masak
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi...masukkan cili kisar dan rempah tumis hingga garing dan cukup masak.
3. Masukkan air dan kicap biarkan hingga mendidih dan masukkan pula ayam dan bawang besar yg di hiris bulat tadi.
6. Gaulkan sebati dan rasakan garam jika ok bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi panas.





 

Thursday, June 16, 2011

Seharian di pantai Morib tapiiiii.........

Tharikh : 12 Jun 2011
Lokasi :  Morib

Aku kena cari mood yg baik nak tulis citer ni baru ada feeling feeling kata omputih !!

Seawal 5 pagi aku dah bangun dah nak mengukus pulut kuning.... ini kali pertama aku buat pulut kuning ketar pun ada gak takut pulut kuning aku tak jadi kuning je kot jadi pulut putih lak atau keras..... oleh kerana itu aku terpaksa berpaling tadah dari resepi yang mak aku bagi .

Mak aku suruh letak pati kunyit hidup dalam santan dan gaulkan kat pulut lepas pulut masak tapi aku rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping semalaman .... pasal aku masak semua  ni sorang2 jadi aku takut tak sempat pasal hubby dah cakap nak pergi kul 7.30 pagi.

Sambil-sambil mengukus pulut kuning aku masak sambal tumis petai dan mee hon goreng..... desert puding laici dah siap buat malam tu.


Dalam pada nak pergi kul 7 setengah tu kul 8 gak bertolak ... yelah aku nak gak bersiap dan sarapan tak kan nak pergi dengan baju tido jeee..... hubby aku ni kemana-mana nak pepagi tak suka jalan time matahari terpacak kat kepala yg kelam kabutnya akulah pasal aku kena buat semuanya sorang2.

Kat petronas senawang aku call adik aku yg kat SRI KEMBANGAN tu mak abah dan 3 org g adik aku ada kat rumahnya....... baru bangun tido sabar jelah aku...... Adik lelaki aku yg kat JELEBU tu lak bagi alasan tunggu anak dia bangun..... ni  tunggu anak bangun ke atau bapak dia yg baru bangun ni......huhhh!!!



Kami ikut  SBN 2-LBJ-SEPANG-SG PELIK-MORIB ... sepanjang perjalan ke morib kiri kanan penuh dengan pokok kelapa sawit dan getah... dah sampai sepang pandang atas ada lak kapal terbang terbang rendahhhhh je pasal dah dekat ke KLIA nak mendarat..... jakun le aku sekejap tapi tak teringat lak nak hambik gambooooo !!!!

Hampir 2 jam setengah perjalanan kami sampailah ke pantai morib..... aku turun nak cari tempat2 lepak..... tapi air laut nunnnnnn jauh ketengah.... time ni air surut orang2 yang ada kat sana pun aku nampak kecikkkkk jee..... leh lah korang bayangkan betapa jauhnya air laut tu time surut lebih kurang 400m dari pantai...... aku bayangkan kalau TSUNAMI sempat ke tidak aku nak lari naik ni...... huhuhu  dasat oiiii bergulung-gulunglah  aku dalam ombak besar tu nanti !!!


2 keping gambar ni dari gugell pasal aku terlupa nak ambik gambar kat  pantai morib time tu tapi suasana hari tu adalah sama seperti dalam gambar ni.

Walaupun kawasannya lapang dan cantik tapi tak sesuai untuk keluarga besar mcm aku ni pasal tak ada pondok yg beratap macam kat PD tu...... dah pukul 11 pagi orang masih tak ramai lagi kalau kat PD time ni dah jadi macam pasar borong dah...... jadi sementara tunggu dorang semua sampai aku dan hubby pun merayau2 cari tempat lepak yg sesuai akhirnya kami ke PANTAI KELANANG cuma 3km dari pantai morib.



Kenapa aku pilih tempat ni?..... pasal ada gazebo yg cukup besar untuk kami yang ramai ni...... sesuailah nak letak barang2  makanan dan tido baring bagai..... dah pukul 11 pagi masih tak ramai orang kat sini jadi tak payah nak berebut-rebut tempat dengan orang len!!


Yang ni hasil dari air tangan aku... sib baik pulut kuning aku menjadi dan lembut..... aku rasa macam nak sambut menantu pulak dah...... rupanya buat pulut kuning ni senang je taklah renyah nau kejanya leh le wat selalu kan..kan..kan !!!



Ini dari adik-adik aku popia goreng, kuih koci, nugget dan potato wedges tu PRINCES aku masak kat umah mak ngahnya pasal malam tu dia tido kat sana......tu pasal aku kena wat keja sorang2 pasal dia tak do !!.


Dua jenis kek di sponsor oleh adik perempuan kedua aku yg duk kat SRI KEMBANGAN tu... mestilahkan pasal anak teruna dia pun terlibat sama dalam party ni......hehe!!



Kedatangan kami ni nak celebrate befday budak 3 orang ni .... yang perempuan tengah2 tu adik bongsu aku sanggup balik dari UITM ARAU selama 2 hari ke sini.


Kami buat sekali untuk hari bapa..... best le abah aku sporting betul  memotong kek yang kami tempahkan khas untuknya..... Sebenarnya ini hajat abah aku nak datang ke MORIB jadi kami adik beradik tunaikan permintaannya ni sempena hari bapa pada bulan Jun bersamaan befday budak 3 orang kat bawah ni........


Sonyum sampai telingo pasal dapat banyak hadiahkan !!



Sekadar bermain di gigi air sahaja.


Kasihan budak-budak kecik  tak dapat mandi ....masing2 dah siap bawak baju mandi dah.... prince aku sibuk nak mandi tapi aku tak bagi kang dia berendam yg kecik2 tu nak gak berendam sama.... kebiruan air laut ni jauh nunnnn ketengah laut yg kat tepi2 ni bercampur dengan lumpur...... sib baik tak ada yg mengamuk berguling2 atas pasir tu pasal tak dapat mandi laut kalau tak mau je aku ajak semuanya kemas barang turun ke PD lak.


Kawasan pantai yg bersih dan cantik tapi sayang tak boleh mandi manda...tengoklah air lautnya tu keruh dan berlumpur...... patutlah aku tengok ramai orang yg datang sini  tak mandi mereka cuma duk rehat2 dan makan2 bersama keluarga je.


Tak dapat mandi main pasir pun jadilah...baik anak2 buah mak long ni kan !


 Omak dan  ayah ea leko dek berposing sakan jadi model free Pantai kelanang !!

Sesiapa yg ada DSLR tu memang sesuai jadikan lokasi ni sebagai tempat mengasah bakat jadi photographer..... Banyak blog2 yg aku jumpa mengambil gambar2 sewaktu petang dan senja di sini... memang cantikkkk !


Si bujang aku main layang-layang.... tempat ni memang sesuai untuk main layang2 pasal anginnya kuat dan kawasan lapang.


Mula-mula duk sembang2 kat gazebo sambil makan2.


Pastu bentang tikar duk bawah pokok lak lagiiiiiiiii selesa !!!!


Menjelang tengahhari makin ramai orang yg datang tapi cuma berkelah makan2 bersama keluarga mereka pun tak mandi.


Lepas balik dari sini baru aku terbaca citer di salah satu blog mengenai kejadian 2 orang budak mati lemas di sini pasal air pasang besar secara mengejut..... sib baik tak berlaku apa2 pada kami hari tu lagipun tak seorang pun di benarkan mandi... arus ombaknya memang kuat dan tak sesuai untuk mandi manda bagi budak2 kecil tanpa pengawasan orang dewasa selain dari airnya yg berlumpur .


Kami pulang hampir pukul 4 petang membawa bersama hasil tangkapan masing-masing..... SEKIANNNN!!


CN :  Pasni nak kemana pulak yaaa....???



SALAM UKHWAH


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails