Wajah-wajah kesayanganku.......

MEMBER2 BLOGGER TUAN RUMAH.

Friday, June 10, 2011

Siti Hawa wanita paling cantik


Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!




SITI Hawa, namanya yang begitu serasi dengan Nabi Adam. Adam dan Hawa ialah manusia pertama yang diciptakan Allah. Siti Hawa ialah isteri pertama daripada seorang makhluk dan seorang nabi yang disebut kitab yang turun dari langit.

Siti Hawa satu-satunya wanita dicipta Tuhan semesta alam ini sendiri dan Dia melengkapkan padanya semua keindahan, kesempurnaan dan kecantikan.

Jelas, itu suatu hikmat yang tidak dapat dicapai pemikiran kita sama sekali serta bagaimana Adam dan Siti Hawa boleh melanggar perintah Allah.

Apabila berlaku saja maksiat itu, terdedahlah aurat kedua-duanya dan ternampaklah bentuk tubuh manusiawi dari Adam dan Siti Hawa. Lalu, mereka sibuk mencari sesuatu untuk menutup aurat masing-masing.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah aurat daripada kedua-duanya dan mereka pun sibuk menutup dirinya dengan daun-daun pohon syurga. Kedua-duanya pun diseru Tuhan mereka: Bukankah sudah Aku larang kamu berdua dari pohon itu, dan Aku nyatakan kepada kamu berdua bahawasanya syaitan itu musuh yang terang kepada kamu berdua.

”Mereka mengatakan: Tuhan kami! Kami menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tiada mengampuni kami dan merahmati kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi."

Tuhan mengatakan: Pergilah kamu, sesetengah kamu akan menjadi musuh kepada setengah yang lain dan bumi itu akan menjadi tempat tinggal dan kesenangan kamu sampai ke masa yang ditetapkan. “Tuhan mengatakan lagi: Di bumi kamu akan hidup dan di bumi juga kamu akan mati dan daripada bumi pula kamu akan dibangkitkan nanti.” (Surah al-A’raf, ayat 22-25).

Siti Hawa ialah ibu kepada sekalian wanita. Dia juga isteri yang pertama diakui langit kepada seorang lelaki. Dia bukan saja isteri daripada makhluk dan nabi yang pertama di dalam alam ini, bahkan wanita pertama yang menderhaka. Dia juga yang pertama menghuni syurga dan keluar dari syurga. Siti Hawa juga isteri kepada khalifah yang pertama di muka bumi ini.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di muka bumi ini.” (Surah al-Baqarah, ayat 30).

Ishah kedua daripada Sifir Takwin mengkisahkan: Tuhan mewasiatkan Adam, katanya: “Semua pepohonan yang mengeluarkan makanan boleh engkau makan. Adapun pohon mengenal kebaikan dan kejahatan, janganlah kau makan daripadanya. Sebab jika kau makan daripadanya, mati akan menimpamu.”

Dan Tuhan berkata lagi: “Tiada bagus Adam tinggal sendirian begitu, jadikanlah baginya seorang pembantu sama sejenis dengannya. Kemudian Tuhan mengumpulkan semua binatang di muka bumi dan segala burung yang di langit, lalu Dia membawanya kepada Adam, supaya dia memanggilnya satu-satu.

Setiap yang dipanggil Adam dari yang hidup bernyawa, itulah namanya. Adapun memanggil nama semua binatang dan burung di langit dan semua binatang di hutan, tetapi untuk dirinya sendiri, dia tidak menemui pembantu sejenis dengannya.

Tuhan pun menimpakan tidur ke atas Adam, maka tidurlah dia. Lalu Tuhan mencabut satu daripada tulang-tulangnya dan disalutkannya dengan daging dan Tuhan membuat daripada tulang yang dicabut-Nya daripada Adam itu menjadi seorang wanita yang kemudian dibawa kepada Adam.

Lalu Adam berkata:  "Inilah dia sekarang tulang daripada tulang-tulangku, daging daripada dagingku dan inilah dia dinamakan wanita kerana dia daripada tubuhku sendiri. "

Firman Allah: “Ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, bahawa Aku menciptakan manusia daripada tanah. Apabila Aku membentuknya menjadi sempurna, Aku tiupkan roh-Ku, hendaklah kamu sekalian tunduk merendah diri kepadanya. Semua malaikat tunduk merendah diri melainkan iblis saja yang menyombongkan diri dan tergolong orang yang kufur.” (Surah Shad, ayat 71-74)


SUMBER :  Tazkirah.yolasite.com



SALAM UKHWAH







12 comments:

Encik Suami said...

Nanti..klu yu peknen..dpt anak pompuan..letak nama siti hawa tau.

kella said...

terima kasih atas entri yg indah ini.. =)

IXORAROXI said...

moga kita sebagai isteri dapat jadi HAWA yang taat untuk Adam di rumah..amin...best entri ni

ツ Bieaz ツ said...

nice entri....bunga tu pun cantik nice snap :)

CT NoArIzAh ArIs said...

EN SUAMI...InsyaALLAH dpt twin g bestttt !!

CT NoArIzAh ArIs said...

KELLA... sama2 eh roses tu untuk u lah..hehe!!

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA.. Aminn..sy pun harap mcm tu gak untuk diri sendiri :)

CT NoArIzAh ArIs said...

BIE...TQ bie amatur je sy ni kamera pun yg digital biasa tu je.

Nisa' said...

Insha'Allah, kalau saya ada anak, saya juga mahu letak namanya sebagai Siti Hawa, Siti Khadijah and Siti Sarah...

Dilla Ady said...

moga kite same2 jadi sebaik siti hawa ni kan kak?

CT NoArIzAh ArIs said...

NISA... jgn lupa depannya ada nama siti ya ..hehe11

CT NoArIzAh ArIs said...

DILLA.. betul..insyaALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!