Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, June 14, 2011

Aku update yg ni dulu.

Selamat hari selasa kepada semua...!!




Dari hari sabtu sampai semalam aku masih tak update blog RKTS ni jadi hari ni kena gak tulis sepatah dua kata...cewaaahh !!

Okeyyy sejak dari hari sabtu aku sibuk kesana kemari mencari bahan-bahan mentah untuk  persiapan memasak hari minggu ....... seharian tu aku kemas umah dulu pepagi pastu aku drive  ulang alik kuar masuk kereta kuar masuk kedai.... pasar segar... pasaraya pastu pergi cari hadiah pastu balik umah masak pulak dan aku kira aku dah berjalan berpuluh kilometer dah ( klau nak di kirakanlah kan..) 

Malam sibuk pula siapkan bahan2 untuk di masak pagi minggu tu...potong tauhu ....potong sayur... rendam pulut ... potong bawang cuma petai je aku tak payah susah-susah nak kopek pasal beli yg dah siap kopek tu... senang dah satu keja aku.... sambil-sambil tu siapkan jugak desert untuk hari minggu nanti.

Di sebabkan pagi minggu kena bangun awal nak mengukus pulut kuning jadi aku pun kenalah tido awal gak kalau tak kang macam orang biul je aku pepagi sok tak cukup tido..... jadi sepanjang hari sabtu tu memang aku tak banyak masa nak mengadap lappy walaupun aku berhajat nak berborak dalam blog ni di malam hari.... sepanjang hari minggu pulak aku berada di tepi pantai .....balik umah petang dah penat dah tapi sempat gak layan AF kat depan TV malam tu.

Oh ya... tak bagi tau korang pulak aku kemana hari minggu tu kan?
Aku dan adik-beradik yg lain dah plan awal-awal nak sambut befday PRINCE aku dan adik bongsu aku serta anak buah aku..... mereka semua ni lahir pada bulan Jun.

Kami pergi ke PANTAI MORIB hari tu... pas aku edit gambar dgn "watermark" aku akan showkan dalam RKTS ni dan ceritakan sekali pengalaman dan pendapat aku mengenai pantai tu.


CN :  Prince aku kata setengah seronok setengah tak seronok... kenapa  ya.... nak tahu tunggu citernya nanti !!


SALAM UKHWAH

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

syoknya bercuti..
bilalah ayu nak jalan2 kan...

dan.. part yang menarik dan part si cilik suka dan tak suka tu.. mmg nak tau gak.,

pantai morib tu.. ayu belum pernah pi.. nanti syer eik..

ariana's said...

X sabar nak tgk gambar CT bercuti ke Morib tu..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU.. nnti ayu baca coretan sy ya!

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA...gmbr masih dlm kamera tak sempat transfer lagi..huhu!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails