Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, September 30, 2011

Perbezaan ikan keli halal dan haram.

Salam Jumaat hari penghulu hari..... !!!


Ari ni tak do tazkirah macam bulan-bulan sebelum ni.
Tapi aku nak share satu artikel yg aku copy paste dari pesbuk aku ni pasal ikan keli ataupun orang nogori sombilan panggil  " ikan sembilang ".
Bacalah  dan jadikan panduan sewaktu membeli...... aku pun suka gak makan ikan ni dari kocik sampai dah bosar godang ni ha...!!

Pasni kalau hubby g mancing aku kena soal siasat dulu tuan kolam tu bagi ikan dia makan makanan apa .



Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler sa...tu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.


Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)


· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

~ Artikel asal copy paste dari pesbuk Tok Wan ~



 Update : gambar pinjam dari uncle gugell.


Sepatah kato dari den...  " Masak asam podeh pun sodappppppp !!!! "  .
 
 
SALAM UKHWAH

Thursday, September 29, 2011

Kita citer pasal makan makan lak.



Sedap pulak kropok ijo ni.
Ni dalam kategori kropok ke ??
Tak taulah aku tapi memang sedap masuk yg ni dah 2 bungkus aku perabihkan.
Sebenarnya aku tak beli tapi dapat waktu mak aku pergi majlis kenduri kahwin minggu lepas.
Tu pasal kopok tu packingnya cantik berbunga-bunga.

Biasalahkan zaman sekarang adalah zaman orang melaburkan duit bagi orang makan kenyang-kenyang.
Dulu-dulu pergi majlis kahwin dapat bunga telur dan telur sebijik jo la ni berjinjit-jinjit beg kertas ko bawak balik macam-macam ado kat dalam tu.

Disebabkan anak-anak aku kena ciken pop maknanya akulah yg tolong perabihkan segala mak nenek makanan dalam beg kertas tu.
Tak baik membazirkan....lebih baik aku makan.... perut akuuuuuu gak yg konyang !!

Sekarang ni aku tinggal berdua je dengan hubby.
Anak-anak aku kat kg bukan pasal ponteng sekolah tapi disebabkan kedua-duanya kena demam ciken pop serentak jadi mak aku suruh letak kat kg dengan dia senang nak diawasi.
Baguskan bila ada mak lagi ni dan mak leh tolong tengokkan anak2 kita bila anak kena macam ni.
Sapa-sapa yg pernah kena ciken pop tu taulah macam mana gatal dan miangnya benda alah tu nak kuar kat badan pastu makan kena berpantang ubat jangan lupa telan !!!





Jadi di sebabkan berdua aku malaslah nak tertunggang tunggit kat dapur tu masak.
Aku ajak hubby makan kat gerai " papa chop mama grill " kat stadium paroi tu.
Dah lama dah tak datang makan kat gerai ni jadi malam tadi ada peluang aku nak ke sana.
Memula ingat nak ambik  "chiken chop" tapi aku teringat petang ni aku nak makan kepcee dengan kak fatimah pasal dia last day keja arini... dah pencen dahhhh akak aku ni .

Takkan malam tadi ayam petang ni pun ayamkan ?
Sudahnya ku pilih set " lamb chop" dengan sos lada hitam je malam tadi tapi hubby ambik nasi goreng sotong kat gerai sebelah pasal tekak dia memang tak boleh telan makan lauk tak de nasik ni..... dia cakap macam kucing jeee ......aparaaaaa !!!



Desertnya aku pilih yg ni eskrim goreng..... sedap gaklah ini kali pertama aku makan.
Ni kalau anak2 aku baca entry aku ni kompem berbakul-bakul dia kutuk aku pasal tak ajak dyorang sekali.
Tak pe tak pe nanati korang berdua dah elok betul-betul ummi belanja makan kat sini yea... alahhhh bucuk bucuk ummiiiiiiii !!!!!



Jug comel ni yg menarik perhatian aku.
Aku order jus epal hhubby lak tembikai.... nunnnn kat hujung tu !!
Dyorang bagi kami minum dalam jug kecik ni...kreatifkan ?
Aku suka...aku sukaaaaa... pasni nak cari jug comel2 macam ni kasi hubby aku minum sure sampai petang aku tak yah wat nescapi dia ulang ulanglagi dahhh !!!




Licin licau kooooo.... nampak nau kebulurnya aku malam tadi !!
Opssss....pinggan besar kat atas tu satu je hubby punya yg lagi 3 tu aku punya.
Tapiiii  aku tetap gak maintain dari En hubby...... still 50kg uuuuuuu !!!

Hahaha....... bangggg jangan marah arrrrrrrr  nanti kena juallllll !!!!!!! : D


SALAM UKHWAH

Tuesday, September 27, 2011

Aku pun terfikir benda yg sama gak semalam bila terdengar dentuman yg kuat tu.

KIAMATKAH  ?????
Peringatan semula! tolong la baca!! Semalam, siaran RTM di Negeri Pahang tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.> BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..nauzubillah) .> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.> tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!jngan smbong n bongkak........

~ COPY PASTE FROM BLOG MOMENTO KAMI.


Aku baru terbaca entry ni pagi ni tapi malam tadi sekitar lepas isyak aku ada terdengar bunyi dentuman yg sangat sangat kuat lebih kuat dari biasa.
Pada mulanya aku tak terfikir pun hujan akan turun sebab tak ada langsung bunyi angin atau kilat seperti kebiasaan yg nak hujan tu.
Dah lah malam kat luar tu gelap gelita hitam pekat bumin bak kata mak aku.

Kalau siang leh lah dibezakan cuaca nak hujan dengan tidak bila kita tengok langit mendung dan hari semakin gelap .
Tapikan bunyi tu berbunyi beberapa kali dan setiap kali berbunyi aku rasa terperanjat dan rasa takut.
Aku fikirkan samalah macam entry kat atas tu aku rasa bukan macam bunyi guruh sebab ia betul2 menyeramkan aku.(sebelum ni aku tak rasa apa2 pun bila guruh berbunyi).
" Bunyi apa tu yg kuat sangat tu.....guruh ke atau ......??? "

Lama lepas tu hujan turun tapi taklah selebat yg aku sangkakan kalau nak dibandingkan dengan beberapa kali bunyi dentuman yg kuat sebentar tadi.

Waktu tu mulalah aku terbayangkan tiupan sangkakala yg akan berbunyi mungkin kuat macam tu ataupun lebih kuat lagi dari itu.
Bila pagi ni aku bukak blog terbaca entry kat atas tu rasanya bukan aku sorang ajelah yg berfikiran macam tu.
Rupanya ada orang lain pun berfikiran yg sama macam aku jugak.

Moral dari entry ni untuk diri aku sendiri bila terdengar bunyi yg sekuat itu seperti malam tadi macam beri satu peringatan kepada aku dan kita semua yang kita semakin hampir ke zaman tu.
Wallahualam...!!!



SALAM UKHWAH:


Monday, September 26, 2011

Bodorau darah den !!!

Salam lembaran...... !!
Dah hujung-hujung syawal dah ni kalau ada yg tak habis lagi puasa sunat syawal tu sempat lagi nak di habiskan tapi kalau baru nak mula pose kompem tak sempat......hihihi!!!!


Tadi baru habis lunch time tapi aku tak lunch pasal pose.
Jadi aku tertido kat meja ni tetiba datang 3 orang lelaki salah sorangnya driver lori dari luar yg kami panggil untuk hantar barang kami ke prai buat pengaduan yg pagar lorinya kena langgar kat lori company aku.

Dalam pisat-pisat bangun tido tu aku terdengar macam ni....

" KAK LORI  WINNER LANGGAR PAGAR HABIS PAGAR KENA LANGGAR "....sambil mulut tersengih-sengih !!

Jam jam tu je buntang bijik mata aku terbeliak bosar-bosar..... korang tahu apa aku bayangkan ?
Aku terbayang kan keta aku yang aku park kat bawah bukit luar pagar tu....habihhhh laaaaa !!

Kat depan kepala lori ni tempat parking motor  dan sebelah tu lak pagar dan bawah pagar tu keta2 staff  berderet2 parking kat bawah tu ...leh korang bayangkan cammana jadinya klau kepala lori ni sondol pagar dan terjun ke bawah bukit tu  ?

AKU : haaa...pagar kena langgar ( abihlah keta akuuuuuu ) ?????

DRIVER : Bukan pagar tapi pagar lori saya tu yg kena langgar bengkok besi pagar tu macam U macam mana saya nak isi barang nak bawak ke prai ?




Besi pagar lori ni tadi bengkok macam huruf U sekarang dah lurus balik lepas di ketuk.... guna buat sementara waktu untuk perjalanan ke utara hari ini.

Huhhh...kussss semangattt....... hidup balik  jantung den !!
Kes ini dah di setelkan oleh orang2 yg berkenaan yang penting keto den dan kengkawan selamat kat bawah tu.

Siahpalih.......selisih malaikat ompek puluh hompek !!


SALAM UKHWAH:



Thursday, September 22, 2011

Angry bird VS Angry ummi.



Salam lembaran.....!!!
Lama tak update ari ni kena update sebelum blog aku ni terus berkubur tak muncul-muncul lagi.


Okeyyyy... pagi tadi dalam kesibukkan aku mengadap kertas-kertas yang bersepah atas meja opis ni masuk satu mesej bergambar dalam henpon aku tu.
Bergoyang-goyang je imej sampul surat tengah loading tapi imej tak muncul-muncul gak lagi.
sapalah yg hantar mesej ni dan apalah yang di nak di baginya aku tengok gak ea pepagi ni.

Rupa-rupanya yg ini.....>>>                                    

 . 
 . 
 . 
 . 
.
 .
 .
 .
 .
 .
 .











AKU : Ni wat pe ko tunjuk kat aku ni ????

DIK NOR :  Haa..dapat pun ea? t ko tunjuk kat anak2 ko...suruh dia pilih yg mana satu dia nak . t ko bagi tau nor k.

AKU : Kicin ke tu...ko sajeeee je kan nak suruh anak aku meroyan tengok benda alah tu...!!!

DIK NOR: Ari tu dyorang yg bising nak.. taktau nak pilih yg mana...t kang berebut pulak.!!

Tengoklah...mak saudara dengan anak buah sekepala gilakan angry bird... anak aku ni pulak entahkan bila masa lah pulak berkomplot dengan mak cik dia mintak carikan kicin angry bird ni.... hari tu kat giant ada kicin bantal angry bird tapi tak do lak warna merah jadi aku suruh tunggu lenkali je kalau ada baru beli rupa-rupanya dia siap pakat sonyap-sonyap dengan makciknya mintak carikan kicin yg lain.

Memula dulu kuar game angry bird ni memang sengaja aku tak bagitau anak-anak aku.
Tak nak dyorang kemaruk dengan game tu tapi kalau dah namanya game femes yg semua orang ada main dah tentu anak aku tahu jugak.
Ni pasal adik aku jugaklah........ si noor dengan shilla punya kerja akibatnya sekarang bukan setakat game segala benda pun nak muka angry bird jugak !!

Angau angry bird punya pasal sampaikan kusyen dalam keta baru aku pun dyorang suruh beli bantal muka angry bird jugak... ini boleh membuatkan  aku yg  angryyyyyy !!!!! 


Aku tengok idok le lawo benor ghupanya..... lawa le lagi kitty , garfield atau bantal peluk doremon aku yg dah kepam tu tapi tu jugak yg menjadi pojaan hati anak-anak aku dan anak-anak orang lainnnn !!!



SALAM UKHWAH
 




Wednesday, September 14, 2011

~ WW ~ .......kepulangan yang di nanti.




Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali


Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda
( Lirik lagu kepulangan di nanti ~ aman Shah~ )


CN:  Pulanglah ketika mereka masih lagi bernafas !!!


SALAM UKHWAH










Tuesday, September 13, 2011

Sana sini jamuan raya kat opis.... tapi aku tak rasa pun macam tu!

Salam Lembaran.....

Okeylah....cukup citer bergambar setakat 3 syawal saje yea.
Ada gak beraya hari-hari yg seterusnya tapi tak le semacam 2 hari tu.
Setakat rumah kawan-kawan sekolah dulu je itu pun dua tiga rumah je..... masing2 dah berkeluarga bila aku balik kg dyorang balik lak kg suami masing2.
Bila balik ke rumah sendiri aku dah start keja dah maknanya beraya adalah terhad cuma menerima kehadiran tetamu di malam hari saja.
Maklumlah bila siang pintu umah aku tertutup...start jam 5.30 ptg sampai malam dah boleh datang beraya dah pada yg sudi.

7 & 8 Syawal minggu lepas.... aku belum sampai umah dah ada beberapa orang kawan PRINCE siap dah tunggu aku balik kat pintu pagar.
Bila pintu umah aku bukak jemputlah diyorang masuk suruh makan kuih raya tapi air kena tunggulah dulu tuan umah baru sampai umahkan !!

Seronok bila baca blog kawan-kawan yg majoriti dlm ofis ramai berbangsa melayu jadi adalah buat jamuan raya.
Aku ikut tumpang baca dan cuci mata tengok gambar2 yg korang ambik tu.
Aku kat sini ada 2 kerat je melayu kat department ni selainnya chinese.
Kat department lain ada gak sorang dua tu pun tak ramai.
kami cuma bawa kuih raya bagi member2 ofis lain rasa tak delah buat jamuan dengan macam2 juadah pelbagai tu.
Kalau ramai staff melayu ok gak wat camtu terasa meriahnya kan ?

Ada gak kelebihannya bagi aku kat sini.
Pasal aku leh buat puasa ganti dan sunat dengan aman damai tanpa godaan2 yg melampau buat tekak aku.
Cubalah kalau ramai melayu kat sini pastu sorang sorang bawak makanan macam-macam rupa dan bau  maunya terkucil iman aku nak puasa sampai ke petang.

Tapi di hujung hujung minggu aku tak delah berpuasa pasal nak memenuhi undangan open house dan beraya ke rumah kawan-kawan...... kununnya cuti puasalah sehari tu.
Yelah orang dah datang umah kita kenalah balas kunjungan merekakan.
Kalau tak ada gak yang berkecil hati silap hari bulan tahun depan tak nak datang lagi dah... huhuhu !!!!


Sebenarnyaaaaa...aku tak puas makan soto ayam ni kat umah member hubby ari minggu ari tu...CIK YAHHHH jumaat ni boleh tak ko buatkan menu ni kat umah ko nanti...... buat kaw kaw arrr !!!



CN : Dari jumaat ni sampai ahad jadual aku penuh dengan jemputan.... bersiap sedialah wahai si perutttt !!


SALAM UKHWAH

Monday, September 12, 2011

BBQ di syawal yg ke 3....... tapi udangnya siang-siang lagi dah hilang !!

Tarikh : 3 Syawal 2011 ( khamis 3 sept)
Lokasi :  Kg Ulu Klawang



Mengancam tak tengok udang tu....setakat dapat cuci mata jelah.




Inilah aktiviti aku adik beradik di petang raya ke 3.
2 hari berturut-turut dah beraya dan melantak makan kat umah orang tak hingat-hingat... raya ke 3 ni kami be BBQ lak.
Malam tu kami semua akan berpisah sementara.....pasal masing-masing nak bertolak ke umah mertua pulak.
 Aku sekeluarga akan balik ke kg renal ...adik ke dua aku ANN sekeluarga lak akan balik ke Kelantan, PIE balik semula ke Sg rotan,titi .

Cuma CIK YAH je yang tinggal lagi kat umah tu sampai esok itu pun pagi raya ke 4 dah start keja dah.
Dia balik umah mertua raya ke lima.
3 orang lagi adik aku yg masih bujang & belajar tu still tak kemana-mana lah kan pasal belum ada mak pak mertua lagi... kenalah duk umah dendiam temankan mak abah hari-hari.


Pasal tulah kami buat acara BBQ ni !!



ANN dan SHILLA kena kerah cucuk udang pada lidi satay... kununnya nak makan satay je tapi x do pulak gerai satay yg bukak raya tu.... terpaksalah mencucuk udang dan sotong dengan lidi satay.... buat ni pun dah last minit memang tak cukup masa nak perap ayam dan daging untuk di jadikan satay. Ayam dan ikan kami panggang macam biasa tu je.


Ni tukang kipas api ...sebelum di bakar perlu di buat baranya dulu yea tuan puan... poyooo jee mamat tukan !!!



Assistant mamat poyo tu yg baju kuning tu..... mereka berdua ni kemana pergi mesti ada berdua cukup ngam betul beras berdua ni.......eh eh biras berdua ni :))
Budak kecik baju itam tu PRINCE aku ... cukup suka buat keja amal tolong menolong ni..... tolong ambik gambar2 ni dan tolong ratah udang sampai licin pun keja dia gak ni !!


Sebelah kiri udang sebelah kanan ayam.

Apasal banyak nau gambar udang ni yg ko ambik dik ??????
Mentang-mentanglah ummi tak rasa makan udang malam tu ko bagi aku tengok gambar udang kono salai jekan..... teruk tauuuuu !!!!!

Waktu memerap dan membakar ada udang, ayam,sotong dan ikan cencaru.
Tapi bila time makan ramai-ramai malam tu yg ado ikan ,ayam dan sotong.
Sotong tu pun beberapa cucuk je yang udangnya langsung tak nampak ontah komano dah !!
Ni kojo sapo yang udang boleh hilang dengan lidi-lidinya sekali ni ???






















Sapa lagi kalau bukan keja 3 jantan ni... sambil membakar mengipas ,memakannya sekali.
Uwaaaaaaa.....aku nak udang tuuuuuuuuu !!!!!!!!!!


CN : takpe takpe...ada ubi ada batas.....!!

SALAM UKHWAH

Sunday, September 11, 2011

Cerita 2 syawal pulak.... melantak tak hingat-hingat !!!

Tarikh : 2 Syawal 1432H ( Rabu 2 Sept )
Lokasi : Dimana-mana sahaja.......

 

Hehehe.... masih nak bercerita pasal hari raya jugak.
Jangan ingat cerita raya aku dah habis dah masih ada lagi dan lagi dan lagi....!!!
Sorry morry selorilah pada sesiapa yg bosan nak baca citer raya aku tapi aku tak kisah dan tak kira nak citer jugak.

Citer raya terhenti bila agak busy  ( busylah sagattttttttt..)  kat ofis ni bila dah seminggu bercuti.
Pastu malam-malam ada tetamu datang nak beraya sampaikan aku sendiri pun tak berpeluang nak berjalan raya lagi kat rumah kengkawan setakat ni haa !!
Kuih raya semakin susut...ni yg buek den makin comeh ni..huhu!!




Mulakan citer di pagi raya ke dua kami 6 beradik berkonvoi.
Pie ( adik lelaki aku yg ke 3 ) sekeluarga tak dapat join tahun ni pasal kena balik kg mak mertua seawal pagi 2 hari raya.
Sooooo group kami dah kurang satu keluarga dari tahun-tahun yg lepas.



Posing dulu sebelum serbu umah orang.

Seawal sepuluh pagi kena kuar rumah pasal banyak umah nak kena harung hari tu.
Rumah sendiri kena tutup rapat-rapat ...kita g terjah umah pertama iaitu umah pak lang abang kepada emak aku dulu .
kat rumah nya pepagi dah kena jamu dengan mee kari.
Okeylah tu kan pasal ramai ahli konvoi ni yg bangun lewat dan tak sempat sarapan berat jadinya mee kari pak lang tu leh buat alas perut sampai ke Seremban nanti.



Pukul sebelas pagi bertolak dari umah pak lang terus ke seremban 2 .
Ayie ( adik lelaki ke 4) pulak buat hal leh pulak lepas tol senawang dia masuk lorong kiri terusssssss ke melaka.... padahal kena masuk lorong kanan terus ke highway Seremban - KL.
Pandang  belakang tengok keta dia dah ke lain yang kami ni lak ke lain... satu keja pulak kena menunggu dia berpatah balik ke Seremban melalui tol Pedas-Rembau tu.... kami lepak2 depan JJ ada gak yg sempat bershopping bagai... dekat satu jam tu baiiii !!!! :(


Tmn Avenue, Seremban 2.

Bila dia dah sampai terus ke destinasi ke 2......umah pak long Alid.
Pak long aku ni sepupu kat abah aku duk di Petaling Jaya tapi time raya beraya kat umah somban....yelah orang banyak umahkan !!
Kat situ ada nasi impit ..pompuan tak makan nasi impit minum air dan makan kuih jeee...yg lelaki -lelaki ni cedok gak nasi impit tu walaupun sekejap tadi baru je hirup mee kari sepinggan sorang !!


Anak bujang mak long aku ni pandai masak...macam2 dia leh buat.

Lepas tu bertolak ke Taman Dusun Nyiur somban  ke rumah Pak long Raos..... yg ni abang kandung abah aku.
Pergi umah orang tua ni memang bessssttt...pasal anak lelaki bujangnya pandai masak...ala-ala Cik Mat Gebu gaklah ni kan :)
Tak bagitau nak datang pun pasal kali ni kami main terjah je tapi kalau dah namanya rezeki tu tetap gak tak kemana.........di hidang nya dengan nasi dan lauk-pauk sebagai pelengkap hidangan.....antaranya kari daging,acar nenas, papadom, dan... aku dah tak ingat dah pasal banyak lauk  tapi yg paling aku suka desertnya PUDING MARBLE memang marvelossss.... akukan suka puding......hehe!!! ( gambar hidangan lupa ambik pasai dah kebulur )
Sedang okey sangatlah kan datang pun time tengahhari memang waktu makan pun.


jam teruk kat jalan raya time ni !

Dah konyang gerak ke kolo pilah lak...kali ni kami kerumah Pak ngah Rais abang kat mak aku.
Tapi tak dapat ikut jalan bukit putus tu pasal dapat laporan Jam teruk dari somban ke pilah.
Sasau oii nak duk dalam keta jam lama2 ni ... alternatifnya kami ikut jalan Bukit miku, Rembau terus ke pilah... tapi jauh sikitlah yg penting tak tersangkut dalam jam tu !!


Pak ngah aje ada mak ngah x de masuk spital sakit perut makan juadah raya gamaknya.

Kat umah pak ngah ni ada pulak mee goreng aku dan yg lain2 tak makan tapikan yang drebar-drebar ni pulun gak sampai licin pinggan.
Sampaikan sepupu aku shidee terpaksa masuk dapur cedok lagi semangkuk bawak kuar.
Heran lak aku tak konyang-konyang ko diyorang ni.... aku takut kang ngantuk je waktu drive bila perut terlampau konyang ni banyak lagi umah nak pogi ni bang oiii !!
Kali ni tak dapat jumpa mak ngah pasal masuk wad sebab sakit perut yang ada pak ngah dan shide anak beranak jee.

Pastu kami bertolak balik ke Kuala Klawang .
Kali ni singgah lak ke rumah mak Ayen ( suami cik yah) kat Kuala Pah, Peradong.
Mak aku nak beraya semua rumah besannya tahun ni ..okey kita kerumah besan yg ni dulu pasal lalu kat kg dia dulukan.
Walaweiiiiiii.... kedatangan kami di hidangkan dengan kuih raya DANNNNN...... nasi putih berserta rendang daging dan kari kambing !!!!
Yang ni tak semua oranglah makan cuma insan-insan yg terpilih je yang balun segala yang ada macam aku nikan  kambing pun aku bantaiii .

Pokat botol kari kambingnya yang penting tak ado bau kambing langsung.
Haa.. yg ni aku tak boleh tolak bertambah -tambah lagi adalah.
Sodap weiiii..... terasa makin buncitnya perut aku time ni .... sib baik le ada rasa segan sikit pasal aku makan kat sebelah mak ayen tu kalau tak mau je aku suruh cik yah tu pergi cari lagi daging kambing dalam piyuk kat dapur tu bawak ke dopan.

Dah kekonyangan macam ular sawa ......bergerak balik tapi tak balik terus lak menuju ke umah pak cik Hasyim sepupu gak kat abah.



Nasib baik kat umah ni makan kuih je tu pun tak lalu nak telan pasal tank dah overload dah .
Sempat maghrib kat umah pak cik ni dulu.

Plan asal nak singgah sekali ke Sg Rotan umah mentua pie tapi kerana mereka-mereka itu tak balik lagi dari berjalan raya terpaksalah potong satu umah dari senarai terjah menerjah ni.
Jadinya kami terus balik ke kg Ulu Klawang tapiiii....opppssss   ada satu umah glah!!

Ke rumah mak mertua aku lak di Kg Renal,Ulu Klawang tu.....tak singgah kang ado lak yg kocik ati.
Pukul 8 malam sampai umahnya di jamu lak dengan laksa dan nasi minyak.
Huhhh...aku dah takdo tompat kosong nak isi dah aku layan diyorang makan je.
Kang kalau aku isi gak mau termuntah ijo terberak-berak kang.
Lagi pun aku tak suka laksa itu salah satu yang buat aku tak berselera sangat.
Tapi adik-adik aku dan ipar duai yg lain pulun habis-habisan laksa tu termasuklah nasi minyak yg akak ipar aku masak tu.... nak pengsan aku tengok dyorang ni makan tak penuh-penuh ke lagi tank kocik tu ???

Pukul 9 malam baru nampak balik pintu umah mak aku.
Time ni masing-masing dah serabai dah... niat nak mandi sembahyang pastu tido macam ular sawa.
Tak payah nak makan malam bagai dah pasal dah melantak berpinggan-pinggan siang tadi.
Nasib baik tak ado yg datang beraya malam tu leh lah meneruskan aktiviti merehatkan otak , badan dan perut lebih awal dari biasa.



CN : Semua tido pengsannnnn malam tu !!


SALAM UKHWAH



Wednesday, September 7, 2011

Selepas bergemanya takbir raya di pagi 1 Syawal 2011.

Tarikh : 1 syawal 1432H ( Selasa 30 Sept )
Lokasi : Kg Ulu Klawang, Jelebu


Hari ini sepatutnya hari bisu tapi aku tak mo jadi bisu hari ni pasal dah seminggu membisu... jari jemari ni dah gatai2 nak menaip sebaris dua ayat......  katanyeeee !!!

Menjadi kebiasaan muslimin dan muslimat selepas sembahyang hari raya kita semua akan bermaaf-maafan.
Berziarah ke pusara mereka-mereka yang telah pergi dahulu menemui Ilahi.
Menjamu selera dengan juadah istimewa di pagi Aidilfitri .
Dan menziarahi sanak saudara dan jiran tertangga bagi menegeratkan lagi tali silaturahim .

Begitu juga dengan aku sekeluarga....  agenda-agenda menarik ini sempat aku rakamkan dalam beberapa keping sahaja gambarnya.


Memohon ampun dan maaf tangan di hulur salam bersambut.... duit raya jangan lupa bagi kat mak abah.... jangan sampul kosong udahlah yea cik yahhhh...aku gurau je jgn maree nanti copek tuo !!



Kanak-kanak ribena yg paling gembira pasal dapat sampul raya bosar2 duit pun bosar2.... tapikannnnn mak-mak ribena tu lagi gumbira pasal semua duit masuk poket omak dulu... kang ilang sapo susahhh ??


Bermaafan sesama adik beradik dan ipar duai.... jangan tak tahu banyak gak salah silap dan dosa yang di kumpulkan...haaa mintak mahap copek omak dah joling2 tuuu !!



Rumah Mak cik aku kakak kepada mak adalah yg pertama di tuju pagi raya setiap tahun.... depan umah mak aku je ni.




 Menziarahi kerumah mak cik Aro anak perempuan bongsu kepada Arwah wan cik yie.... tahun lepas aku datang kerumah ni masih dapat bersalam dengan arwah walaupun dia hanya duduk di katil tapi kali ni aku adik beradik cuma dapat beraya dengan anak perempuan bongsunya sahaja di rumah peninggalan arwah ni.



Duduk bebaik jang ni lantai papan ni kang kok bersilo ateh tanah bawah umah tu kang... tak dapek den nak nolong dowhh !!



Tahun pertama mak cik beraya tanpa ibu tersayang..... masih kelihatan raut kesedihan di wajahnya bila tahun ini di pagi raya tak dapat lagi bersalam dengan tangan bonda.





 Tinggal kenangan 1 Syawal 2010.


Hari raya ni 23/9/11 genaplah setahun arwah pergi meninggalkan kami....... semoga roh wan di cucuri di alam sana..... pesanan wan yang minta aku adik beradik datang menjenguk ke terataknya setiap kali hari raya setelah dia tiada telah aku tunaikan... walaupun di teratak itu hanya tinggal pak cik, mak cik, kak yong dan Syamil tanpa wan namun  aku terasa seperti dia ada di dalam bilik mendengar dan melihat kehadiran kami di pagi 1 syawal seperti tahun-tahun yg sudah......AL-FATIHAH.



CN : Banyak lagi rumah yang kami pergi tapi ini saja gambar yg ada dlm kamera aku...layan jolahhh !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, September 6, 2011

Sehari menjelang 1 Syawal.

Tarikh : 29 Ramadhan 1432H ( Isnin 29 August )
Lokasi : Kg Ulu Klawang, Jelebu



Assalammualaikum...... salam 6 syawal !!

Dah onam hari rayo barulah aku terjenggul kat sini nak panaskan enjin.
Keseronokkan beraya selama seminggu ke rumah sedara mara buat aku cukup letih pada minggu ni.
Hari isnin dah start keja dah..... seminggu cuti macam sehari jeeeee.
Begitu pantas masa tu berlalu sepantas itu juga usia menghampiri ke penghujungnya.

Dah banyak blog kawan-kawan yg aku masuk banyak bercerita pasal keseronokkan beraya di kampung halaman.
Begitu jugak dengan aku adalah serba sedikit cerita yg ingin aku kongsikan...DANNNN...
Yang pentingnya ada satu story terlau bagus untuk di jadikan tauladan.

Aku masih menunggu gambar-gambar dari kamera adik aku.
Buat masa ni layan dulu gambar dari kamera aku dulu..... tapi untuk tahun ni memang aku kurang sikit menembak tak macam raya tahun lepas.
Mood snap sana snap sini dah merundum...okey layan gambar juadah Aidilfitri yang kami sediakan  SEHARI MENJELANG 1 SYAWAL .



Biskut dahlia adalah biskut terakhir yg aku siapkan merangkap penutup biskut raya aku untuk tahun ini.



Setiap tahun buat nasi impit je tapi tahun ni buat ketupat sekali atas permintaan adik ipar lelaki aku yg baru tu......teringgin lak nak makan ketupattt...ngidam apooo???




Lemang air tangan bonda tetap ada setiap tahun walaupun bonda tidak segah dulu lagi sanggup bersidai depan api lemang tu....... tahun ni buat lebih sikit bila ahli keluarga semakin membesar-besarrrrrr !!!



Rendang ayam special khas buat adik-adik aku dan adik ipar  yg tak makan daging tu.



Rendang daging campur paru kegemaran aku...... benda alah ni mesti ado setiap kali rayo tak do aku merajuk tak balik kampung..huhuhu!!!



Rendang itik......3 ekor itik abah aku beli kat orang kampung nak buat rendang campur dengan kulit rambai.



Satu lagi peberet aku ni...sup tulang..... abah aku tetap akan belikan setiap tahun walaupun dapat sikit......tahun depan mesti abah dapat bonus lagi pasal baik hati beli tulang ni......hehe !!!


Mewah dengan rendang raya tahun ni tapi yang pastinya semuanya habis licin licau.... gambar kuah kacang dan sebahagian kuih raya yg di bawa adik-adik aku terlupa nak snap.
Kan aku dah kata kurang mood nak ambik gambar raya tahun ni.
Tah ngapa tah !!!!!!!!


CN : Cik yah oooo cik yah...... lambat lagi ke nak upload gambar ko tuuuuu !!!


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails