Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, July 11, 2011

Tak payahlah memperkecilkan kerjaya orang lain !!!

Salam hari Isnin….

Dah beberapa hari tak bersiaran kat sini kan?
Bukannya apa kesihatan tak berapa bagus sejak akhir-akhir ni….demam ….batuk-batuk…letih letih.
Kat rumah nak duduk mengadap laptop pun tak de mood....tak larat betul !!

Tapi menjalar depan TB tu ada pulak mood aku …. Terbariiiiiiing jeeee…syokk!!
Dari hari jumaat sampai sabtu aku tido jeee...syok lak sesekali dapat rehat macam ni.
Semua kerja anak dara dengan anak bujang tolong buat..... masak pun yang ringkas2 je..hehe!!

Oh ya nak citer sikit pasal anggapan sesetengah orang pasal kerjaya cashier kat pasaraya ni .

Cilok gambar pak cik gugell


Semalam bukannya hari tanpa beg plastik kan?
Tapi aku bawak jugak beg nak isi barang-barang aku pasal kat umah dah bertimbun beg-beg plastik dah… kalau aku bukak kedai jual beg plastik banyak gak lah income aku..hehe!!

Tapi aku bukan nak citer pasal beg plastik ni tapi pasal sorang pembeli yg beratur kat belakang aku waktu membayar kat cashier semalam.

Dia berbual dengan kawannya yang lebih kurang beginilah bunyinya…
“Aku tak main le nak keja cashier ni tak ada masa depan pun lebih baik aku keja kerajaan… setakat keja main-main tu bolehlah..bukan glamer pun keja macam ni ”

Aku sempatlah menoleh pada yang empunya suara tak aku pasti pulak dia ni dah keja kerajaan ke atau belum….sambil tu aku pandang jugak muka budak cashier kat depan aku tu… dia buat2 sibuk dengan kerjanya tak tahulah aku dia  dengar atau tidak .
Aku pasti budak cashier tu dengar pasal yg bercakap tu suaranya kuat.

Pendapat akulah apa sahajalah keja seseorang tu tak payahlah kau nak komen bagus ke tidak glamer ke hapa janji keja orang tu halal.

Eh kalau tak ada bebudak cashier tu kau nak bayar barang-barang yang kau beli tu kat sapa..…kalau tak ada tukang sapu sapa nak pungut sampah kat tepi jalan tu kalau tak ada tukang cuci tandas sapa lak nak buat bab cuci mencuci tu….?

Sekurang-kurangnya mereka ada jugak kerja taklah melahu mengabihkan boreh.
Yang paling utama rezeki tu halal walaupun pendapatannya kecil.

Satu lagi kalau nak mengutuk pun tengoklah kiri kanan dulu bak kata pepatah tu cakap siang ni pandang-pandanglah sikit janganlah sampai ada orang terasa hati.

Aku tak tahu bagus sangat ke keja pompuan tu sampaikan tergamak mengutuk budak cashier kat depan aku ni...... kalau tuhan tu nak tarik kerja bagus yang kamu ada tu bebila masa je boleh.

Pastu nanti aku nampak lak ko tercongok kat kusi cashier pasaraya .....ha time tu baru ko tau tinggi rendahnya langgit atas kepala tu.

Entah2 yang kojo cashier depan aku tu cuma sementara je tapi kelulusannya degree dan yang mengutuk tu setakat kerani kerajaan bertaraf rendah SRP pun tak lepas agaknya.......hahahaha!!!!

Aku lak yg ter EMO macamlah aku yg jadi cashier!!


CN: Biar apapun kerjaya seseorang itu yang penting rezekinya dari sumber yg halal dan di berkati.


SALAM UKHWAH

8 comments:

azieazah said...

Betul tu. Kerja cashier tu pun kerja bagus dan mulia. Ada ramai yang kerja macam tu pun mampu pakai kereta dan tanggung adik2 belajar, bagi kat mak ayah.

Orang yg komplen/kutuk tu orang yang tak tahu bersyukur.


Aura Seperti Ini Memang Sukar Nak Cerita...

SITI NOARIZAH ARIS said...

AZIEAZAH...Sy yg mendengar jelas semalam panas betul cuping telinga..cashier tu rasanya dengar jugak tapi wat2 tak tau je yelah tengah kerja yg bercakap tu lak customer..geram lak sy tgk muka yg berlagak tu!!

ariana said...

itu lah sifat org yg angkuh dan sombong tak bertempat yg dibenci Allah. Tapi, alhamdulillahlah budak cashier tu mngkin penyabar orgnya dan malas nak layan org mcm tu..kalau tak mau jadi satu pergaduhan kat situ ..

nabilah_2908 said...

sombongnya perempuan itu...

kot yer pun nak mengutuk...padang la kiri kanan...

hmm...moga kita dapat jadi kn iktibar dr apa yg terjadi....

bila berada di atas..jgn sesekali lupa di bawah..hidup sebab...bila2 masa je..dgn kehendak Allah kita akan berada di bawah.... :)

Unknown said...

atok pernah jadi cashier sementara lepas abis study dulu...untuk makluman, cashier tu ada gak yang genggam segulung ijazah...cuma diorang freshy lagi belum panggil temuduga...atleast diorang tak nyusahkan mak ayah makan tanggung kan....pompuan tu silap....ntah2 keje dia pa pulak kan...tak baik hina keja orang...

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA....ye cikgu tu pasal cashier tu wat tak tahu je.

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH..akk setuju tu kata orang pandang langit pandang jugak rumput yg di pijak tu!

SITI NOARIZAH ARIS said...

SUHAMI...sy tahu yg tu sementelah lak sekarang ni memang susah dpt kerja setaraf kelulusan...keja je apa yg dapat yg penting pengalaman tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails