Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 7, 2012

Semperit a.k.a biskut dahlia resepi lama.

Salam Sejahteraa....!!
Selasa
18 Ramadhan 1433H

Tup tap tup tap dah lapanboleh hari dah kito berpuaso kan?
Kurang dari dua minggu kita akan beraya... korang beraya kemana tahun ni umah mak sendiri ke umah mertua?
Tahun ni giliran aku beraya  ke rumah hubby tapi kitorang tak kisah pasal kampung dokek dokek jo.
Pukul sombilan kat umah mak mertua pukul spuluh kang dah ado kat umah mak sendiri.
Dah siap habih nasi himpit sepiring dah dek dokekkkkkkk  sangattttt.
Tak yah nak kira duit minyak ke tol ke hapa ke.. otak pun tak serabut....hehe :))

Okeyyy...sabtu hari tu aku memulakan dengan membuat biskut yg pertama.
Aku buat biskut semperit ikut resepi versi orang dolu-dolu zaman tok nenek kita dulukala.
Rupa biskut ni lebih putih bersih kerana tak di campur dengan sebarang pewarna .
Rasanya jugak lebih sedap pasal guna tepung butterfly tapi aku dah tak ingat rasa semperit zaman aku kocik2 dulu...lebih kurang macam nilah kottt !!

Resepi ni aku dapat dari blog JURNAL BDARIA dan blog MY KITCHEN TILES.



Samperit resepi lama

Bahan-bahannya:-
1 tin tepung jagung Brown & Polson (400gm)
400gm butter Anchor -  berada di suhu bilik
5 biji kuning telur saiz A
1 1/2 cawan gula aising
1 1/2 tepung gandum ataupun tpg biskut rose.
Buah ceri merah dipotong  kecil untuk hiasan

Cara-caranya:-
Dalam mangkuk mixer, masukkan gula dan kuning telur. Guna whisk tangan dan kacau kedua-dua bahan ini sehingga ia bercampur.
Masukkan butter dan kemudian masukkan kedua-dua tepung. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan uli terlalu lama nanti biskut kembang bila dibakar
Rehatkan sebentar doh dan tutup mangkuk dengan kain bersih.
Alas dulang pembakar dengan baking paper.
Guna acuan samperit yang bercorak bintang.
Panaskan oven pada suhu 150c
Bakar selama 12-15 minit bergantung kepada jenis oven anda.


       *************************************************************************

Oh ya...Blog MENU ARIZAH aku dulu dah ditukarkan kepada tajuk  BLOGLIST ARIZAH.
Semua blog kengkawan yg ada kat sidebar sebelah kanan dlm blog ni dah aku transferkan ke situ.... sekarang aku cuba  sedaya upaya untuk me-transfer-kan pulak semua resepi dalm blog MENU ARIZAH dulu ke dalam blog ni pulak.

Ini semua adalah kerana aku tak cukup masa nak uruskan dua blog sekali gus jadi dalam blog RKTS ni nanti akan jadi macam blog rojaklah  segala jenis cerita dan resepi aku tepek kan kat sini.
Ini lebih baik daripada salah satu blog terbiar lama tak berupdate ataupun berkubur terus.


SALAM UKHWAH





5 comments:

Aidah said...

Uuumak aihh ghajin eh. Akak tak do laiie main topung taun nie. Main kerepek yo. Somuo spesies kerepek akak borong. Dan ado komungkinan ghayo taun nie duk podeksen yo. Mak akak dah uzur, akak punyo akak pulak balik ghumah montuo eh. Jadi akak konolah duk ghumah tunggu mak. Tak po. Akak lagi suko, tak yah bogoghak komano-mano. Ponek.

nabilah_2908 said...

wah..dah siap dah kuih raya...sy belum mula lagi.. :)

CT NoArIzAh ArIs said...

AIDAH..x pelah kak yg penting emak akak masih ada untuk beraya dgn akak sekeluarga.

CT NoArIzAh ArIs said...

NABILAH... baru nak start mengukis ni..hehe..

CT NoArIzAh ArIs said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails