Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 14, 2012

Sepertiga malam.

Salam Sejahteraa...!!
Selasa
25 Ramadhan 1433H



Aku cuma nak share kan info ni buat sesapa yg keliru tentang waktu sepertiga malam.
Aku sendiri pun tak berapa pasti pukul berapa sebenarnya sepertiga malam dan waktu sebaiknya untuk kita buat solat tahajud.
Jadi aku pun men-goggle-lah dan terjumpa info yg sangat membantu ini dari blog http://ustazlove.com/


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Solat tahajjud ini asalnya diwajibkan ketika permulaan Islam.. bahkan para Nabi dan Rasul alaihimussalam diwajibkan untuk menunaikan solat tahajjud ini. Ia sangat penting terutama kepada para da’ie (pendakwah) dalam memperkuatkan dalamannya bagi membantu usaha dakwahnya. Tanpa kekuatan dalaman (kekuatan iman dan amal), maka usaha para pendakwah biasanya akan tamat separuh jalan (hangat2 tahi ayam).. masa kat sekolah, giat dengan aktiviti agama, ceramah, kuliah, dakwah dsb.. bila dah tamat sekolah, jangan kata nak berdakwah, orang datang bilik nak berdakwah pun dia boleh lari ikut pintu belakang.. kihkih..

Berbalik kepada persoalan, bilakah bermulanya sepertiga malam itu? Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. dibahagikan kepada 3 bahagian.. kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira2 pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.

Maka, nak solat tahajjud 1/3 awal pun boleh, 1/3 pertengahan pun takde masalah, 1/3 akhir malam pun ok.. cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan :

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)

Dan melakukan solat tahajjud pada 1/3 akhir malam lebih memudahkan kita.. sbb lepas Isyak kita boleh tido dulu, dan bangun sekitar 4 pagi ke.. buat solat tahajjud, solat witir.. lepas tu ada masa terluang, boleh gunakan untuk study ke, baca al-Quran ke.. dan dapat menunggu masuk waktu Subuh.. berbanding kalau kita buat 1/3 awal ke, lepas tu kita mesti nak tido balik.. tengok2 dah terlajak Subuh.. punya nak jaga yg sunat sehingga terabai yang fardhu.
Kalau nak mudah bangun tahajjud, maka amalkanlah qailulah (tido sekejap sebelum masuk waktu Zohor.. jangan belasah tido sampai Asar plak) pada siang hari.. insyaAllah, pada malamnya, akan lebih mudah nak bangun tahajjud.


Copy paste dari sumber : http://ustazlove.com/blog/2012/01/soal-jawab-waktu-sepertiga-malam-untuk-tahajjud/#ixzz23Uidpmuw


SALAM UKHWAH


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails