Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, December 1, 2011

Biarlah keikhlasan tu lahir dari hati sanubari.

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
5 Muharram 1433H



Hasil air tangan sendiri ~ nasi lomak dan sambal tumis potai.

Apa khabar semua.... dah lunch ke belum ?
Aku lunch makan nasi lomak dongan sambal tumis potai.
Pagi pagi tadi aku dah berketung ketang kat dapur tu menyiapkan sarapan pagi merangkap lunch sekali untuk anak-anak aku yg dua orang tu kat umah.
Semenjak cuti sekolah ari tu setiap pagi aku kena buat sarapan dan masak untul lunch sekali buat mereka berdua sebelum pergi kerja.
Aku tak bagi dyorang bukak api dapur sekali pun untuk mengoreng telur pasal aku risau kalau terjadi apa-apa lak nanti.
Sebelum pergi kerja aku dah siap masak jadi makan aje apa yg aku dah masak tak payah susah payah nak masak itu ini lagi dah.


Berbagai pilihan kat kedai serbaneka barang2 perkahwinan.

Sebut pasal makan ni tadi aku cakap kat hubby malam ni aku nak pergi tesco nak intai-intai kalau ada buah strawberry cantik2 kat sana.
Semalam aku dah beli semua barang2 nak buat gubahan dan buah-buahan sekali .
Tapi aku tak puas hati dengan strawberry yg aku beli kat giant tu nampak kurang menarik dan sedikit.
Kalau dah susun cantik-cantik dalam bekas tu nanti mesti tak cukup untuk rakyat jelata dalam rumah mak aku tu nak merasa sekali nanti.

Tapi hubby kata  " Buat apalah nak bagi orang banyak-banyak sangat sikit-sikit jadilah.... lagipun nanti awak dapat yang tak seberapa dari dyorang ...awak je beria-ia nak bagi orang banyak-banyak "




Okeyyy... aku dah buat gubahan hantaran semua adik beradik aku sejak dari ANN, PIE, CIK YAH sampailah ke AYIE ni.
Gubahan untuk mereka dari  bertunang sampailah berkahwin semuanya aku uruskan..... tapi bila aku buat semua tu aku tak pernah pun terfikir seperti yang hubby katakan tu tadi.
Sebab bagi aku kita memberi biarlah seikhlas-ikhlasnya tak kira banyak atau sikit.
Bila kita dah bagi orang tak payahlah mengharapkan balasan yang lebih atau setimpal dengan apa yg kita dah berikan.
Apa yg kita dapat dah rezeki kita tak payah nak kecoh-kecoh.

Lagipun aku kena siapkan lebih sedikit untuk bagi isi rumah yg lain-lain pun merasa semua  barang yg aku buat atau beli tu nanti.
Takkanlah bagi orang beria-ia dengan strawberry celup coklat bagai sedangkan adik-adik dgn anak2 buah kat umah cuma dapat pandang jeee.
Dalam hadis pun ada kata sebelum kita bersedekah kita kena utamakan ahli keluarga kita dahulu... betul tak?

Jadi aku memang sengaja beli lebih coklat ,gula-gula serta buah-buahan tu agar semua orang pun dapat rasa bukan dapat pandang saja.
Tetapi walaupun berbeza pendapat tak delah sampai bergaduh kami berdua ni .... ujung-ujungnya dia bagi gak aku pergi malam ni.
Jadi petang ni aku kena cepat-cepat masak untuk dinner dan lepas  maghrib je kang aku kena cabut ke tesco atau k4.

Maghrib kat seremban pun awal sekarang ni... sib baik dua pasaraya tu dekat sangat dgn umah aku... sebelum pukul 8 kang aku mesti dah terpacak kat dalam tu .
Lepas balik dari tesco atau k4 aku nak buat puding laici sebagai desert kenduri rumah mak aku malam esok.
Kena buat malam ni dan sejukkan pasal esok aku cuma keja setengah hari lepas tu terus cabut balik kampung.
Kalau buat kat umah mak pun masalah jugak pasal peti ais mak aku kurang sejuk dan kecik sangat sekarang ni pun tentu dah penuh dgn segala jenis barang untuk kenduri nanti.




Kotak umtuk coklat dah siap aku hias dan tepek bunganya malam tadi begitu juga dengan gabus pun aku dah balut cantik2 dah cuma tunggu nak letak isi perutnya saja lagi.
Semuanya tu kena buat malam esok atau pagi sabtu nanti.

Tak lupa gak nak ucapkan selamat hari lahir buat laki aku tu yang ke 40 tahun semalam.
Dah makin tua dah yeaaaa... itupun masih lagi nak feling feling muda dengan aku.....cehhhhh : P



SALAM UKHWAH

18 comments:

ariana said...

Buat apa pun, keikhlasan itu yg penting kan..

Hepi besday kat husband CT..apa salahnya dia nk bermanja ngan wife dia..hehe

Rinna said...

Bagus laa tuh.. siapkan makanan utk anak2 tak payah laa masak sendiri kan..iye laa..tak tau bila dah masak ditutup ke tidak api tuh kita plak yg tak tentu arah nanti sebab risaukan..

azieazah said...

Betul, masa anak-anak masih kecik kenalah kita pepagi Subuh masak utk depa yg tinggal di rumah. Kang tak senang hati perut lak kat tempat keja.

***

Memberi sumbangan atau buat kerja susah kita nak sukat banyak sikitnya, apa lagi melibatkan ahli keluarga. Mungkin belum sampai masa depa nak balas budi baik kita. Takpa, mana tahu nanti orang lain yang akan balas tanpa kita duga.

PURPLE? I like!

****

Selamat Ulangtahun Kelahiran to suami, semoga sejahtera dan bahagia selalu.

Biar lah dia nak feeling apa punnn... uishhh saja ler nak sakat tu eh?

IXORAROXI said...

memang cantik gubahan awak buat tu.kalau saya memang tak berseni sungguh

ratusiput said...

kalau dlm adik beradik ada yg jari emas mmg haruslah dipergunakan.canm ratu byk buat adik2 ipar sbb adik beradik ratu 3 org je.sorang je lom kawin :) cantik gubahan tu... :)

Dilla Ady said...

untung la adik2 kak CT..sumenye akak tolong watkan..dilla dulu, sume buat sendiri, sampai melecur2 tangan kena gam panas..huhuhu

takpe, yg pnting akak ikhlas..

zino said...

lawa gubahan..

Ucu Faridah said...

seronakkan dpt buatkan gubahan utk adik2...
kalau kita buat semuanya ikhlas ...Inyaallah akan dibalas jua keikhlasan kita tanpa kita sedari...

Ucu Faridah said...

sebenarnya bila kita buat sesuatu yg orang suka, hati kita pun gembira w/pun tanpa bayaran kan....
Untung adik ct, dpt kakak yg kreatif...

selamat hari lahir utk en suami ct...

Anonymous said...

Much informative and useful article… I like it personally…
Welcome to my site [url=http://www.careerjobsfinder.com/]Hot jobs[/url] ;-)

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA... tima kasih kak atas ucapan tu ya !

CT NoArIzAh ArIs said...

RINNA... betul tu lagipun tak ada org tua kat umah kalau jadi apa2 nanti.

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... hehe akk tunggulah sy postkan gambar serba serbi warna purple tu nanti yo..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA... biasa biasa je tu .

CT NoArIzAh ArIs said...

RATU SIPUT... inilah sumbangan yg dpt kita berikan buat mereka tanpa perlu di bayar dgn wang ringgit.

CT NoArIzAh ArIs said...

DILLA... haha samalah dgn akk ni ha dh naik kematu ujung jari dek gam paneh tuu..huhu..

CT NoArIzAh ArIs said...

ZINO...tima kasih atas pujian dan kedatangan tuan hamba ke sini..rajin2lah menjenguk blog hamba ni..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

UCU FARIDAH.. tima kasih ucu tapi sy tak sehebat ucu boleh ambil tempahan ribu2 ...sy ni baru adk minta buat cc 800pcs pun sy dah serender dah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails