Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, November 30, 2011

MAJLIS SILANG PEDANG.....kalau dah namanya rezeki tetap gak aku dapat tengok.

Salam sejahteraa... !!!
Rabu
3 Muharram 1433H


Sorry beribu ribu lemonlah yea kalau korang rasa jemu tengok aku asyik tayangkan gambar2 majlis kawin je sekarang ni.
Sebenarnya aku nak publishkan semua gambar dalam phone aku ni pasal aku nak delete gambar-gambar ni semua secepat mungkin.
Lepas ni banyak lagi gambar yg perlu di ambil jaddi kena kosongkan folder untuk memudahkan proses muat turun gambar yg terbaru nanti.
Sekarang ni aku lebih selesa ambil gambar guna camera phone pasal ia sentiasa ada bersama aku.

Nak ambik gambar curi2 pun sonang orang bukan perasan pun.
Berbanding kalau kamera digital aku tu yg sering terlupa nak di kendong ke hulu hilir pastu tak leh ambik gambar sorok-sorok.
Nak ambik gambar sambal belacan kat meja kenduri org pun kena pikir ompekblas kali nak guna digital tu.
Silap-silap kang ada yg heran nengok den " Sambal belacan pun nak diambik ea gambar jakun ko apo ? "



Kalau hari sabtu hari tu aku belasah 2 buah umah kenduri , hari minggu  1 Muharram tu aku melantak lak kat 3 buah umah lagi.
Yang kat atas tu umah yang pertama aku pergi...kat kg sawah liat, Kuala Klawang.
Sebenarnya aku cuma jadi driver untuk mak dan abah pasal ini umah kawan abah aku bukan sedara mara kami.
Kat umah pertama ni temanya hijau...tu semua anak beranak, cucu dan menantu tuan umah.
Semua mereka pakai kemeja kaler hijau baik lelaki atau pompuan.
Abah aku cakap anak ea lapanboleh orang......kuuuuusss semangattttt !!
Aku rasa semua kakitangan angkat pinggan2 dan masak memasak tu anak beranak dia je tak payah panggil katering atau orang lain tolong lagi dah.
Lagi satu mereka semua pakai satu sut kemeja hijau memang senanglah nak buat kojo yg pompuan tak payah pakai baju kurung yang  megheban tu pun.



Zaman sekarang ni kalau tema majlis tu  ijo , tuan umah anak beranak  pun pakai baju kaler ijo, pengantin pun baju ijo , khemah pun ijo , air pun ijo cuma time mereka marah dan penat jo  badan tak  tukar kaler ijo macam incredebelhack tu .


Kalau dah aku jadi drebar mak abah aku ofkos lah aku kena makan sekalikan......dalam banyak2 umah yang aku pergi dalam dua ari tu cuma umah ni aje yang ada ikan talapia goreng cili api.... memang susah nak jumpa lauk-lauk macam ni ... balik-balik ayam ....balik-balik daging .



Disebabkan kami 3 beranak orang pertama yang sampai jadi kamilah orang pertama yg bukak tray lauk pauk tu..... tak lama lepas tu barulah dyorang semua ni sampai...memang selesalah nak makan dan duduk pasal orang tak ramai tak payah menatang pinggan 5 minit nak tunggu orang lain bangun dulu.



Ini majlis yang kedua kami pergi....cuma depan umah mak aku je... majlis ni di buat di padang dan dewan SEK KEB AMAR PENGHULU..... sekolah rendah aku dulu... kat sini aku terlupa bawak phone tertinggal lak dalam keta....yang ni tema majlisnya hitam putih..... kat sini kami pergi beramai-ramai.




Yang ini pulak rumah yang ketiga kami semua pergi kat Taman Bukti Seremban.
Ini pun bukan umah sedara tapi umah kawan adik aku ....NOOR.
Mereka ajak kami satu keluarga tapi yang buat aku teruja sangat nak ikut sekali ke sini tu pasal ada majlis silang pedang pasal pengantin lelaki ni berpangkat kapten dalam tentera.



Sebenarnya NOOR pun tak tahu ada majlis silang pedang ni dia tak perasan ada tertulis dalam kad jemputan tu.
Mata aku ni biasalahkannnn cuma rabun jeee walaupun tulisan tu kocik tapi aku leh perasan gak perkataan ... MAJLIS BERSANDING / SILANG PEDANG.



Aku tak pernah hadiri majlis yg ada silang pedang macam ni jadi aku teringin sangat nak tengok dan ambil gambar buat kenangan.
Bagi orang lain mungkin tak heran kottttt.
Dulu ada sorang budak kampung aku pun  majlisnya lalu bawah pedang gak tapi aku tak datang masa tu pasal ada hal yang lain kali ni peluang yg takkan aku lepaskan.
Bagi aku acara simbolik macam ni sangat2 menarik bukan semua majlis perkahwinan kita dapat tengok .....kalau pun pengantin tu anggota tentera tapi tak berpangkat kapten sekurang2nya pun ko takkan rasa tengok dowh.




Waktu ni pengantin sedang lalu di bawah pedang tapi tetiba je pulak amoi kat depan tu block aku punya kamera... hampasgas botollahhhhh .
Terusssss tak nampak pengantin tu yang nampak rambut si amoi tu je haaa.






Lepas lalu bawah pedang mereka berjalan ke pelamin.
Yang kelakarnya bukan main laju pulak pengantin ni berjalan.
Berdesupppp je terus ke pelamin..... mungkin pengantin lelaki tu gabra kottttt !!





Kat atas pelamin pun di apit oleh pengawal-pengawal yang memegang pedang masing-masing.
Korang ado ko   macam tu time nikah duluu ??


Comel-comel inang2 kecil kat depan tu.

Kalau ada adik-adik manis kat luar tu  teringin nak lalu kat bawah pedang masa jadi raja sehari sok  cuba-cubalah tekel abang tentera yang berpangkat kapten.
Merasalah lalu bawah pedang yang berkilat-kilat tu.
Kalau tak ko lalu jelah bawah tiang lampu tu.
Yang pentingnya pasangan pilihan kita tu adalah lelaki yang bertangungjawab kepada keluarganya nanti walaupun hanya seorang lelaki yg biasa-biasa sahaja .

Apa yang penting...... KERJASAMA ( sebut macam citer katun wonderpet tu yea )



SALAM UKHWAH

11 comments:

izyantyPersonalTaste said...

teringin nak tgok real silang pedang gak....xpernah tgok lg real

CT NoArIzAh ArIs said...

IZYANTY..akk pun kali pertama dapat tengok ini pun kebetulan je...memang terujalah sgt.

Rinna said...

Kenyang laa pewut yer.. makan kenduri sesaja..hehehe..

Bila tgk acara lalu bawah pedang tuh..toringat den.. maso dolu2.. ponah yo lalu bawah podang nie..heheh..tapi masa tuh.. askarnyo tak laa seramai kawan adiknyo tuh.. tapi meraso laa jugak.. :) Potong kek pun guno podang.. :)

ainnoraini said...

Pernah tengok mase sedara kahwin dulu2...

Masa kahwin dulu tak do pun lalu bawah pedang..lalu bawah pokok jer huhuhu...

Acik Erna said...

ct.acik pun belum pernah tengok ni..

kakcik said...

Adik perempuan kakcik berkahwin dengan pegawai tentera, jadi memang adalah acara lalu bawah pedang ni. :)

IXORAROXI said...

glamnya majlis kenduri kawin, siap lalu bawah pedang lagi!

CT NoArIzAh ArIs said...

RINNA.. best arr ptg kek pki podang sey pakai pisau joo..hehe..

CT NoArIzAh ArIs said...

AINNORAINI...samalah kita lalu bawah pokok jewww..:))

CT NoArIzAh ArIs said...

ACIK... satu hari nanti mesti giliran acik pulak jgn lupa berdoa hari2..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA..memang pun sy yg tgk ni pun rasa teruja apalah lagi si pengantin pompuan tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails