Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, November 28, 2011

Tak tegur salah dah di tegur pun salah jugak.

Salam Sejahteraa...!!
Isnin
2 Muharram 1433H


Aku sebenarnya malas nak storymory pasal emosi emosi ni kat sini.
Tapi kerana aku dah ada blog dan ini blog aku...aku bebas untuk meluahkan perasaan tak puashati aku kat blog aku sendiri.

Aku di ajar agar menegur orang terutamanya  mereka-mereka yg kita kenali lagilah pulak kalau sedara mara atau sepupu sepapat.
Kalau kita nampak orang tapi  tak tegur di katanya kita ni sombong.
Dah di tegur ada jugak yg membalas acuh tak acuh ataupun bersikap biadap.

Manusia ni kalau membalas teguran orang lain tak boleh ke berfikir dulu sebelum bercakap?
Dahlah kau tak nak tegur orang tu dulu kau buat lak dia terasa hati  lagi.

Petang semalam sewaktu aku balik dari umah kenduri kawin memang dah mendung nak hujan.
Aku ada nampak kereta sepupu aku kat umah pak lang aku kat sebelah umah aku tu.
Tapi mereka semua kat dalam umah tak keluar2...tak lama tu hujan turun lebat sampailah ke malam.
Pagi tadi aku pergi kerja cam biasa tapi aku tengok keta dyorang ada lagi.
Aku fikirkan mesti dyorang duk situ sehari dua sebab cuti sekolah.
Lagipun umah tu memang pak lang aku kosongkan tak bagi orang menyewa untuk kesenangan dia anak beranak bermalam hujung minggu kat umah tu.

Petang tadi aku balik kerja dyorang ada lagi pastu banyak pulak barang lain kat umahnya.
Kebetulan Ayie singgah ke umah aku petang tadi sebelum balik JB dan dia bagitau pak lang kata akak sepupu aku tu suaminya pegawai bomba dapat bertukar ke nilai....sebelum ni bertugas di perak.
Buat sementara waktu ni mereka anak beranak duduk kat umah pak lang iaitu bapak dia  dulu sementara tunggu penyewa rumahnya kat sikamat, seremban tu keluar hujung bulan depan.

Waktu Ayie nak balik aku hantarlah sampai ke keretanya dan aku nampak akak sepupu aku tu kat luar rumah tu.
Dah aku nampak dia aku pun tegurlah dia... " Dah pindah sini ke kak?"
Boleh pulak dia jawab balik " Tak nampak ke dah sebelah umahhhh "

Amboiiii ayat kauuuuuu !!!
Tetiba je lak menyirap darah aku dengar jawapan macam tu terus je aku jawab balik.
" Sapa lak yang  tak nampak pasal nampaklah orang bertanya "

Pasal aku nampak kaulah aku tanya  walaupun aku tahu kau memang duk situ sekejap je.
Tak boleh ke kau jawab leklok  " aahh pindah sini tapi sementara je....   "

Ni tak ko boleh selamba badak cakap aku tak nampak ko pindah ke situ.
Kalau aku tak nampak kau  aku tak tegur ko dulu ......ini dah lah aku tegur ko dulu ko boleh ayat lak kat aku  " TAK NAMPAK KEEEEEE  DAH SEBELAH UMAHHHH !!!!! "

Di sebabkan aku nampak ko anak beranak ada kat umah tulah aku tegur kau.
Kau ada nak tegur aku dulu ?
Dah nampak pun bebuat tak nampak !!
Kau baru sari pindah sebelah umah aku ni dah nak loyar buruk lak dengan aku!

Helloooo... mentang2lah waktu aku tegur kau aku pakai cermin mata ko ingat aku dah buto !
Aku masih nampak lagi hokeyyyy !!
Aku cuma rabun jauh aje.
Aku belum lagi buta sampai tak nampak ko yg hitam legam tu tercegat berdiri kat depan pintu tu.

Walaupun kau dan aku bersepupu itu tak bermakna kau boleh cakap main lepas jeee...
Kita bukannya terlalu rapat ataupun mesra...... jumpa pun setahun sekali kekadang tu dua tahun sekali itu pun time raya je.
Sesekali berjumpa tu tak boleh ke kau gunakan ayat yg mesra di dengar ?

Nilah yang  kekadang tu aku malas nak menegur orang dulu pasal ada sesetengah orang ni tak pandai nak membalas teguran orang yg menyapanya dengan cara yg berhemah.
Kadang2 tu aku lebih suka senyum je dulu kat orang tu.... baru berani nak tegur .
Tapi kalau orang tu nak balas senyuman aku pun malas.....ahhh  boleh pi lahhhh dengan dia.

Sesetengah orang ni suka nau menyombong tak bertempat sedangkan diri tu taklah sehebat manapun .
EX jo yang lobihhhhh.
Huhhhhhh...!!


SALAM UKHWAH

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi dan salam maal hijrah..
adussss.
gitulahkan...
kita nie ingat nak mulakan ayat2 dengan indah2..
berbahasa basi..
elok2 kena sound baik punya.!!!

sabor jerlah..

Dah, tak payah nak tegur2 lepas nie, lagipun sepupu duk sementara jerkan,..

azieazah said...

Sabar cik CT sayang....

anggap jer orang tu tengah datang bulan!

Lembutkan hati, murahkan senyum. Tak rugi. Hati memang rasa pedih skit, tapi kalu kita lebih dulu merendah diri dan melempar senyum, mungkin orang tu akan malu sendiri... dan kita akan mendapat respons yg baik nanti. InsyaAllah.

Lupakan saja kata pedih dia... Tak rugi.

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU... elok sangat dia duk sementara je..sy pun tak nak berjiran lama2 dgn org mcm tu.

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... kak sy pun datang bulan gak setiap bulan tapi takdelah tak profesional mcm tu BILA DI TEGUR KAT ORG... agaknya dia duk umah aje 24 jam tu yg kurang bijak bila nak membalas sapaan org lain.

IXORAROXI said...

Sabar Arizah..kekadang memang ada jenis manusia macam tu..tu tegur jawab macam tu, ada pulak kalau tidak kita menghulur tangan untuk bersalam, mampus dia tak nak bersalam, dah bersalam, boleh pandang kot lain..sebab memang ada jenis manusia yang bangang!itu pengalaman sayalah, ada orang nampak berbudi bahasalah sangat, padahal sekali kena bahasa, meghoyan cuma tak sawan je!
Sabar tu memang pahit, tapi kena juga sabar tau

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA...baba salam tu sy setuju sangat sy jugak ada pengalaman mcm ni nantilah sy buat satu entry bab salam ni pulak.

Tima kasih atas nasihat kamu tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails