Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, November 11, 2011

MASAK LEMAK LABU DAN SAMBAL GESEK.




Kebiasaannya kalau aku ke pasar aku akan beli labu yang bersaiz kecil itupun cuma setengah ataupun 1/4 bahagian sahaja ...... tak pernah beli yang bersaiz besar ataupun sebiji sebab tak mahu buah labu tu rosak dan membazir sebab aku cuma nak buat masak lemak sahaja...... tetapi lepas aku merayau dari blog ke blog aku tengok berbagai-bagai juadah yang senang dan ringkas boleh di sediakan dari sebiji buah labu....... kerana keluarga aku ni kecik jadinya sebiji labu tu mungkin aku boleh pelbagaikan dengan masak lemak labu, lepat labu ,cengkodok labu , koci labu ,kaswi labu ataupun pengat labu.... yang pentingnya kami sekeluarga tak ada masalah ANGIN untuk menghabiskan sebiji labu itu .

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 biji labu di buang kulit & biji dan di bersihkan dalamannya
4 ulas bawang kecil ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
sedikit ikan bilis
Santan secukupnya
2 helai daun kunyit ~ di koyak dua
garam secukup rasa


CARA-CARANYA:

1. Labu yg telah di buang kulit dan biji tadi di potong kecil dan di basuh dengan air.
2. Campur semua bahan-bahan termasuk labu tadi dan jerang atas api sambil di kacau selalu hingga santan mendidih. Bila dah mendidih sesuaikan rasa garamnya dan bolehlah di hidangkan bersama nasi panas dan hidangan yg lain.





Kebiasaannya kalau buat masak lemak ni memang tak pedas jadi bila makan tu memang ada yang kurang bila tak terasa kepedasn cili api lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang dah biasa makan pedas macam lidah aku ni...... rasa macam ada yang kurang je kalau tak terasa kepedasan tu.... jadi aku gabungkan masak lemak labu tu dengan sambal gesek..... rasanya orang-orang nogori memang kenal betul dengan sambal ni dan semua orang boleh buat sebab ia sambal hidup dan senang tak perlu di tumis-tumis bagai.

BAHAN-BAHANNYA:

Cili api (ikut kepedasan yg di kehendaki)
ikan bilis
garam
beberapa biji limau kasturi ataupun limau nipis.



CARA-CARANYA:

Tumbuk lumat garam dan cili api..... basuh ikan bilis dan tumbuk bersama cili api tadi .... masukkan bahan tumbuk dalam piring dan perah beberapa biji jus limau kasturi ataupun nipis kedalam sambal.... kacau rata dengan sudu dan sesuaikan rasa masam dan pedasnya seperti dikehendaki..... ada orang guna limau nipis ada juga limau kasturi terpulanglah ....... dan sambal ni memang sangat pedas sesuailah di lawankan dengan masak lemak putih.
 
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails