Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, November 11, 2011

Ramai sangat yg teruja dengan tarikh ari ni.

Salam Jumaat hari penghulu hari....!!
Jumaat
15 Zulhijjah 1432H



kredit gugell

Hari ini 11.11.11 satu tarikh yang cukup istimewa bagi sesetengah orang.
Tarikh yang jadi pilihan untuk melangsungkan pernikahan baik yang berbangsa melayu,cina dan india.
Aku sendiri sebulan lebih awal dah dapat jemputan perkahwinan anak seorang kawan pada esok hari yang mana pernikahannya adalah hari ini.

Dan jangan terkezuttttt kerana ada juga ibu-ibu hamil memilih hari ni sebagai hari melahirkan bayi mereka.
Dah tentulah ia pilihan melalui pembedahan...... dasattt kan ??
Nak beranak pun leh suka-suka pilih tarikh tapi kena cukup sembilan bulan mengandung leee.
Kalau baru 8 bulan dah sibuk mintak doktor sembelih perut tu alamatnya sengaja nak pilih tarikh menyusahkan diri sendiri le tu.
Melainkanlah memang dah di takdirkan si ibu akan melahirkan pada hari ni.

Kat SINAR FM pagi tadi buat rancangan untuk pendengar berkongsi peristiwa menarik dan buruk yang jatuh pada tarikh ari  ni.
Macam - macam oranglah  yang berkongsi citer menarik dan tak menarik mereka.
Semuanya sekadar kebetulan.

Bagi aku sendiri tak de yg menarik pun pada tarikh ini.....cuma aku harapkan sepanjang hari ni aku berada dalam keadan baik-baik jangan ada sesuatu yg tak di ingini berlaku yang bakal melakarkan tarikh ini sebagai ingatan di masa hadapan pulak.

Oh ya......tetiba teringat kepada seseorang yang BUJANG TERLAJAK yang mengheboh-hebohkan tarikh ni setahun yang lalu.
Kununnnnnnya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikih 11.11.11 ini jugak.
Mencanangkan sekeliling " mukabuku" nya pilihan tarikh yg baik untuk berdua.
Tapi sampai ke entry ini di tulis tak de pulak kabar berita yang dia akan melangsungkan perkahwinannya hari ini.
Tiada gegak gempita penyebaran maklumat dari keluarga di sebelah sana.
Tak mungkinlah kami tak di jemput kerana hubby adalah saudara rapatnya.

Atau pun dia nak tunggu tarikh.......12.12.12 pulak keeeee ???



kedit gugell


~ KEPADA YANG MERAIKAN HARI LAHIR HARI NI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR DAN SEMOGA DI  PANJANGKAN UMUR DAN DI PERMUDAHKAN KEHIDUPAN SERTA PINTU  REZEKI SENTIASA TERBUKA LUAS BUAT KALIAN ~



SALAM UKHWAH

12 comments:

Qhaifa Nur said...

semoga kita akan dapat keberkatan dari Allah..

CT NoArIzAh ArIs said...

QHAIFA NUR.... Aminnnn !!

Rinna said...

Seronok laa dpt mengabadi tarikh ini utk sesuatu yang istimewakan..

Ros said...

Salam,,

Bagi kak Ros la,tarikh2 yang macam ni bukannya apa2 pun cuma senang nak ingat ja.....

CT NoArIzAh ArIs said...

RINNA... yea tu pasallah ramai berebut tarikh cantik macm ni..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

ROS... yea kak memang senang nak igt sebab semua angka bermula dari satu jeee..

eelobor said...

tahun lepas pada tarikh 10.10.10 ada kemalangan ngeri yang dasyat kan? moga2 tarikh ari nie berlalu tanpa ada kemalangan yang teruk

Yan said...

Salam kenal..


i just ingat tarikh penting je.birthday, anniversary, appointment.hee

CT NoArIzAh ArIs said...

EELOBOR... masih jua ada kemalangan di tarikh yg serba satu ni...Al-fatihah pada pelajar & guru yg terlibat dlm kemalangan pagi tadi.

CT NoArIzAh ArIs said...

YAN... sama dgn saya sebab tarikh tu setiap tahun hadir dlm hidup kita kan..kan..kan..

azieazah said...

Tarikh apa pun sebenarnya baik. Bergantung niat kita.

Selalunya orang Cina yang minat bab pilih tarikh yang baik ni.

Apapun, kita boleh pilih untuk menjadi kenangan abadi, asal tidak menyimpang dari landasan agama. Kan?

Citarasa Rinduan said...

tarikh hari nie mmg cun..
ramai yang kawin dan bersalin

yang sambut hari lahir pun ada

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails