Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, November 5, 2011

Sib baik sompek !!

Salam sejahtera..... !!
Sabtu
9 Zulhijjah 1432H

Tengah malam tadi tetiba je perut aku memulas-mulas.
Aku rasa macam nak tercabut nyawa dah kat dalam toilet tu.
Bukan pasal sembelit tapi sakit perut yang teramat sangat sampaikan kuar peluh betina aku .
Aku dah siap mengucap bagai dah kat dalam toilet tu.... kang kok apa-apa kang tak sempat lak ngucap.
2 ke 3 kali gak kuar masuk toilet waktu tu dah dekat 2 pagi dah.

Badan aku dah setengah lembik dah pasal menahan sakit yang teramat sangat.
Tak pernahlah aku sakit perut macam nak putus napas macam tu.
Dah okey aku bancuh susu panas bagi tenaga sikit.
Rakyat jelata dalam umah tu semua membuta tak hinggat dunia.
Kalau aku tergolek sesorang kat tengah umah tu pun takdo yg sodar dowhh.



Akibatnya pagi tadi aku terlewat bangun sahur... dah set jam 4.30pagi nak bangun goreng mee kununnyaaa.
Sedar-sedar dah pukul 5.08minit pagi..... azan subuh pukul 5.35 pagi.
Apalagi mengelupurlah aku terjun dari katil.
Berlari ke dapur tenggekkan kuali panaskan minyak... hiris bawang laju-laju campakkan dalam minyak panas tu.
Sudukan pulak cili kisar dalam botol campak gak dalam kuali ..... dah masak cili basuh lak fish ball campak fish ball .
Curahkan setengah cawan air....basuh mee campak mee campak sayur tonggengkan sos tiram, sikit garam,  kicap manis..... siappppppp !!!

Sambil-sambil goreng mee sempat lak lagi buat roti bakar ( aku suka makan roti bakar panas2)
Aku tengok jam ada lagi sepuluh minit untuk aku makan.
Bancuh air kopi, sendukkan mee dalam piring terus aku metekedarah dengan lahap kat meja makan tu dengan PRINCESS.
Bukan pasal kebulur makan gelojoh macam tu tapi takut tak sempat siap makan sebelum azan jee.

Gila ko nak makan  lemah lembut bersopan santun cam kat dalam taman dalam masa spoloh minit tu ?
Mana nak kunyah mee lagi..teguk aairnya lagi ...sumbat roti bakar lagi dalam mulut .
Pas je makan aku dengan PRINCESS tersandar kat depan tu macam ular sawa baru lepas telan 4 ekor ayam jantan !!

Elok-elok je aku sudah makan 2 minit pastu orang kat masjid pun azan.
Masa ni aku dah pening-pening lalat dah pasal makan pun main campak-campak je masuk mulut nak cepat.
Sib baik sompek kalau tak tolan air jolah den sahur pagi tadi.


SALAM UKHWAH




2 comments:

Acik Erna said...

CT..acik sahur..memang tolan air ngan roti sekeping atau pun biskut..dari puasa ramadhan sampai lah puasa2 sunat yang lainmacam tu la..dah tak lau makan nasik dah..

CT NoArIzAh ArIs said...

ACIK... pernah sekali tak sempat bangun sahur sedar2 dh azan waktu tu bln ramadhan... apalagi puasa di teruskan juga w/pun tak bersahur... bila petang badan dah setengah lembik... perut sy tetap gak nak mintak nasi time sahur tu kak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails