Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, November 28, 2011

Makan kenduri di rumah ibu kanak2 yg terbunuh dlm tragedi lori petronas terbalik dan terbakar Disember 2009.

Salam Sejahteraaa..!!
Isnin
1 Muharram 1433H



Selamat tahun baru hijrah buat semua pengunjung blog RKTS ni.
Pejam celik dah masuk tahun baru islam dah sebulan lagi masuk lak tahun baru omputih kata mak aku.

Okeyyy sempena cuti sekolah ni memang banyaklah jemputan kawin yang kita dapat.
Klau tak sampai 2 ke 3 jemputan satu hari memang tak sah kekadang tu ada gak sampai 5jemputan.
Kebiasaannya yg dekat dan saudara mara di dahulukan yang dah jauh-jauh tu kalau dah masuk jemputan ke 4 memang terpaksalah di tinggalkan .
Nak nak lagi rumah tu jauh bebeno kalau pergi pun memang tak larat nak menelan nasi lagi dah.
Sama jugak dengan aku sabtu dan ahad semalam je purata jemputan yg aku sempat hadiri ialah 5 rumah.



Sabtu hari tu 26/11/2011....PRINCE ada latihan teakwando kebetulan ada 3 jemputan kahwin ari tu.
Prince kena buat latihan hari sabtu pasal cuti sekolah ni sifu dia tak buat kelas hari ahad macam biasa.
Jadi kelas hari sabtu bermula 10 pagi sampai 12 tengahhari.





Lepas je hantar prince pukul 10 pagi tu aku terus pergi beli barang2 untuk buat gubahan adik lelaki aku ayie.
Ayie akan bertunang minggu ni jadi semua kelengkapan gubahan untuk di beri ke pihak perempuan adalah tanggungjawab aku untuk menyediakan dan mengubahnya.
Aku beli pelbagai jenis coklat dan gula-gula serta acuan puding.
Dalam  pada aku sibuk-sibuk cari bahan tu tengok jam dah pukul 11.30 pagi dah.... cepat je masa berjalan.
Cepat- cepat aku drive pergi ambik Prince dalam pada tu dah pukul 12 dah.

Plan awalnya lepas ambik prince aku nak terus pergi kenduri kawin dekat taman aku ni pastu teruslah balik kampung ke rumah mertua pie sebab akak ipar pie kawin hari tu.

Tapi hubby call bagitau dia tak sempat balik pasal banyak kerja dan mintak aku masakkan untuknya sebelum balik kg.
Terpaksalah aku balik kerumah dulu masak untuk dia pulak pastu baru aku bertolak balik kg.
Kenduri kat taman aku ni terpaksa aku tinggalkan pasal waktu aku balik ke kg tu dah pukul satu petang dah.




Ni anak menantu tuan rumah kenduri yg pertama aku pergi sepatutnya ini rumah ke dua tapi rumah pertama kat taman aku tak dapat pergi pasal dah tak sempat dah.... kena kejar masa pasal umah yg ni lebih afdal untuk pergi. Dalam gambar tu adik lelaki aku pie anaknya iman dan isterinya ikin.... kakak ikin yang kawin.



Aku terpaksa drive dari senawang ke felda sg rotan selaju-laju yang boleh pasal abah aku yg dah menunggu kat situ dah bising dah.
Mak abah dan adik beradik aku yg lain-lain dah ada kat umah mertua pie.....dah siap makan pun dah.
Dia tak tahu yang aku ni kena buat banyak kerja sebelum boleh balik.....nak kena masak untuk laki aku lak dulu.
Dah lah perut aku lapar lagi pulak kena kejar masa ...noor lak berkali-kali mesej tanya aku kat mana pasal abah dah bising tengok aku tak sampai-sampai lagi.
Dahlah  jalan sana-sini kena blok kat kemah kawin...stress betul aku... ni yg lecehnya kalau kenduri kawin dalam taman.
Aku sampai dah dekat pukul dua petang ..... orang pun dah tak ramai dah.



Dek kerana terlalu lapar licin pinggan makan tu aku kerjakan..... tulang ayam pun tak nampak haa... osah kebulur betul aku... lapar dan penat memandu jauh-jauh ni !!
Aku terlupa nak ambik gambar lauk kat umah ikin ni....dah lapar tak tahan dah.



Korang ingat lagi tak kejadian disember tahun 2009 yang lalu yang mengemparkan Malaysia.
Kisah lori minyak petronas terbalik yang merempuh rumah dan mengorbankan nyawa dua beradik .
Kejadian ni berlaku di kampung aku... orang kampung aku yang jadi mangsanya tapi itu kejadian 2 tahun yang lepas .




Hari ini tapak umah yang menyaksikan kematian dua beradik yang tragis tu dah jadi tanah lapang.
Dulu kat sini adalah rumah mereka sekarang dah jadi tempat letak kereta untuk setiap majlis kenduri yang di adakan oleh ibu mereka.





Lepas ke rumah mertua adik aku , aku bawak mak aku ke kenduri kawin rumah yang ni pulak.
Nilah muka tuan rumah yang terpaksa terima takdir 2 anak kesayangnnya telah tiada lagi dalam kebakaran tu.


Ini merupakan majlis perkahwinan anak sulungnya....abang  kepada dua beradik yg malang tu.
Dia ada 4 anak kalau aku tak silaplah.
Dua anak lelakinya dah dewasa sedangkan dua yang terkorban tu masih bersekolah lagi.
Anak lelaki bongsunya yang terkorban dalam kejadian tu lebih kurang sebaya dengan anak bujang aku .
Seorang lagi yg terkorban ialah anak perempuan tunggalnya.



Inilah rumah baru yang digantikan oleh kerajaan dan syarikat petronas kepada ibu 2 beradik yg malang tu.
Rumah ni didirikan berhampiran dengan tapak umah lama yg terbakar tu tapi jauh dari jalanraya dan selekoh tajam yang menyebabkan lori tangki petronas terjunam jatuh menghempap rumah mereka dulu.

Walaupun aku sampai sini dah dekat 3 petang tapi tetamunya masih lagi ramai.
Dia ni merupakan ketua wanita umno cawangan Ulu Klawang.

Waktu ni aku ingat nak ambik gambar lauk.
Macam biasalah lauk2nya semua yang kita jumpa kat majlis2 kawin cuma aku rasa ayam masak black peper tu yang mengoda tekak aku untuk mengambil lebih sedikit.
Rasanya pun leh tahanlah sodapnya..... menu ni semua hasil gotong royong jiran sekampung.



Prince dan Princess aku cuma ratah lauk dengan makan kuih je pasal dah kenyang makan kat umah maklang dia tadi.
Lepas pergi dua rumah ni aku terus balik ke umah mak aku.
Esok paginya  hari ahad ada lagi 4 jemputan tapi 3 je yang larat aku pergi yang satu lagi terpaksa di tolak.
Nanti aku story mory pasal majlis kawin silang pedang lak.
Yang tu dah tentu angota tentera yg kawinkan... tunggu aje esok.
sekarang aku nak sambung wat kerja aku balik.


SALAM UKHWAH

5 comments:

IXORAROXI said...

kesian Arizah ya, terkejar-kejar nak pegi makan kenduri.Yang penting hati2 memandu

azieazah said...

Sana kenduri, sini kenduri. Nampaknya sepanjang minggu gantung kuali saja lah ya.

Tumpang kesian juga pada ibu yang kehilangan 2 orang anak sekaligus. Tapi, nampaknya nasib mereka terbela.

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA...time cuti-cuti sekolsh nilah yg paling meriah dgn segala jemputsn kenduri sampai tak larat kat perut.

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... memang kesian pd si ibu yg hilang anak kesayangannya walaupun dpt byk pampasan tapi tak sama dgn nyawa anak yg telah pergi.

Anonymous said...

Hi admin, I’m also interested in this. (Take a look at the latest post on my site for details.) This was a really interesting read, you have definitely given me some food for thought!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails