Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, November 5, 2011

Esok Raya Korban..... berhati-hati di jalan raya jgn ada yg terkorban.

Salam Sejahtera..!!
Sabtu
9 Zulhijjah 1432H


MAKKAH : Operasi membawa jemaah haji Malaysia dari Mekah ke Arafah, kira-kira 21 kilometer dari sini, tamat pada kira-kira jam 5 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia), dan semua 28,000 jemaah haji sudah berada di Arafah untuk berwukuf hari ini. Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor, jam 12.05 waktu tempatan, 5.05 petang waktu Malaysia) dan kemudiannya berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.   ~ Petikan dr B.harian 5/11/11



3 tahun yang lalu bila aku tengok gambar jemaah haji sedang berwukuf di ARAFAH dalam surat kabar dan telivisen hati aku sayu sangat...... sebak  sebab diantara berjuta-juta jemaah haji tahun 2008 itu ada sepasang suami isteri yang telah melahirkan dan membesarkan aku 7 beradik kedunia ni berada  bersama-sama jutaan lautan manusia di tengah panas tu..... bersyukur sebab dapat melihat 2 pasang kaki warga emas itu menjejaki kaki ke bumi Anbia dan mencari haji yg mabrur..... masa tu bila aku tengok selaut umat manusia yang beragama Islam di ARAFAH macam gambar kat atas aku membayangkan begitulah nasib kita semua di padang masyar nanti.


Apakah erti wukuf di Arafah ?

Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau lalu sahaja dengan syarat orangnya sedar – sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah.

Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah – menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah meneruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya.

Padang Arafah adalah tempat pertama di dunia ini Allah menerima taubat hambanya. Di Jabal Rahmah Adam dan Hawa kembali bertemu setelah dikeluarkan dari Syurga kerana kesilapan melangar perintah Allah. Setelah memohon ampun dan bertaubat di sini akhirnya taubat kedua-duanya diterima dan dosa diampunkan. Disinilah kemuncaknya ibadat haji.

Padang Arafah terletak 21.9 km dari Makkah. Kemudian Jamaah haji akan bertolak ke Mudzalifah sejauh 8 km. Selepas mengutip batu akan bertolak ke Mina sejauh 6.9 km lagi. Selesai melontar di Mina akan kembali ke Makkah sejauh 7 km perjalanan.



Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA ataupun RAYA KORBAN buat semua blogger2 dan silent reader blog RKTS & MAA.Selamat menunaikan ibadat korban di pagi raya nanti dan BERHATI-HATI MEMANDU DI JALANRAYA..... jangan pulak ada yg terkorban..... biar lombu dongan kambing jo terkorban jangan pulak orang pun  terkorban yo kawan-kawan. ~



SALAM UKHWAH

9 comments:

Acik Erna said...

CT..selamat hari raya aidiladha..dah masak ke..untuk raya esok..

azieazah said...

Sayu baca entri ini. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.

Selamat menyambut Aidil Adha buat CT sekeluarga, semoga raya kali ini lebih memberikan makna pengorbanan yang berkualiti.

CT NoArIzAh ArIs said...

ACIK... selamat hari raya kak... x masak pun kojo laie ni..huhu!!

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... tima kasih buat dan slmat menyambut raya korban gak buat akak sekeluarga.

Masa tulis entry ni hati sy pun sayu gak.. dapat ke sy berkumpul seperti mereka nanti ?

deno said...

selamat hari raya aidil adha!! jangan lupa ya bangun awal pagi esok semayang raya ya! (^_^)

CT NoArIzAh ArIs said...

DENO... okey..okey igt pesan kamu..hihi..

IXORAROXI said...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ayah bonda Ariza ya..semoga mendapat haji mabrur
Salam aidiladha

Citarasa Rinduan said...

ayu dah siap memasak.. selamat hari raya aidiladha

Suhami Ahmad said...

sayu je ati tengok jutaan umat Islam menunaikan haji...atok ntah sompek ke tak nak jejakkan kaki kat sana nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails