Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, December 16, 2011

Dah terasa macam baby dah ni.

Salam Sejahteraa..!!
Jumaat
20 Muharram 1433H



Salam jumaat hari penghulu hari untuk semua..
Tak ada tazkirah yang best-best aku nak kongsikan dgn kalian semua sekarang ni.
Masa aku bertenet pun semakin terhad sekarang ni kerana kesibukkan kerja yang banyak menunggu untuk di siapkan.
Al mak long ajolah kan setiap minggu aku ambil cuti tahun selain dari urusan rasmi dan tak rasmi  aku kena gak habiskan cuti tahunan yang berbaki sebelum tahun baru menjelma.
Jadi bila setiap minggu ambil cuti walaupun sehari kerja kita tu memang tak ada orang buatkanlah jadi bila datang kerja keesokkannya kerja ari ni menjadi 2 kali lebih banyak bila di campurkan dengan kerja semalam tu.



Sebelum aku terleka dengan kesibukkan aku ni  aku nak update dulu blog ni.
Kang di biarkan lama-lama terus aku jadi malas nak update.
Okey aku baru aje bertukar minum susu jenama lain sejak 2 minggu lepas.
Sebelum ni aku minum ANLENE... yelah semakin berumur dan dah masuk pertengahan 30an ni kita kena ambik berat gak pasal kesihatan tulang kita jugakkan.



Sekarang aku minum susu OMEGA PLUS yang baik untuk kurangkan kolestrol tu jugak.
Dulu waktu minum ANLENE aku ambik perisa coklat tu sebab aku rasa muak nak minum yang vanilla.
Tapi OMEGA ni aku tak jumpa pulak ada perisa coklat nak tak nak aku ambik ajelah apa yg ada tu.
Bukannya apa selain dari kebaikkan utuk tulang tahap kolestrol kita pun terkawal dengan minum susu OMEGA ni.

Rasanya okeylahkan....  "not bad" bak kato omputihnya.
Boleh le lagi aku teguk  segelas pagi dan segelas malam berbanding susu ANLENE yang perisa vanilla tu dulu.
Tapi yang jadi masalahnya pulak pagi2 lepas minum susu ni aku mulalah mengantuk.
Bila mengantuk kat ofis ni di tambah lak duduk dalam aircond mata aku dengan otak aku mulalah jadi kuyu dan lembab.
Time time macam ni mulalah aku menjeling jeling kat jam tu tunggu waktu break pukul sepuluh pagi pasal aku nak letak kepala aku atas bantal nak tido.

Ni tak boleh jadi ni kalau ginilah ghupernya ari-ari mau setiap pagi  aku menahan sakit kepala menahan ngantuk.
Sebelum aku jadi macam baby yang lepas menyusu nak tidor dalam buai lebih baik aku tukar masa aku minum susu ni.
Kalau sekarang ni kul 8 pagi aku minum susu dan pukul 10 pagi minum kopi  tapi mulai esok aku kena minum kopi dulu baru minum susu pukul sepuluh pagi baru mata dan otak aku ni lebih segar bugar nak buat kerja pagi2 kat opis ni.

Ni aku tulis entry ni aku baru je  bangun tido waktu break 15 minit tadi .
Cuma bezanya aku ni minum susu dalam cawan tapi baby tu minum susu dalam botol.
Kalau aku pun minum susu dalam botol sah sah lah aku kena bawak buai sekali masuk dalam opis ni .

Errr...... korang jangan lak bayangkan ghuper aku tido dalam buai sambil nyonyot botol susu yo .



SALAM UKHWAH

13 comments:

Kakzakie said...

Macm secara kebetulan CT. Kakak pun baru bulan lepas dari Anlene tukar ke omega juga.... tapi kakak lebih suka rasa Anlene sebab dah lama minum... omega macam tak sedap tapi dah beli kena habiskan juga...

CT NoArIzAh ArIs said...

KAKZAKIE...Tulah kak sy pun bkn suka sgt susu tepung ni lebih suka susu skim tu tapi demi kesihatan tulang dan badan kena gak jadi suka untuk minum.

Cho Zila said...

dah tukar omega gak... nak buat camner kan berumur kena lah jagakan.. tapi baca tadi kelakar lak... minum kopi leh hilang ngantuk tidak menjadi untuk me...

nabilah_2908 said...

sy minum susu gak...tp campur dgn nescafe jenama Indocafe...huhu..

baru la rasa segar pagi2 tu.... kalau minum yg kosong je...harus la lemau...:)

Nour Eyza said...

sy suka la suka tepung ni.. Anlene saya suka, OMEGA pun sy suka.. mak mula2 beli Anlene tapi sy minum. skrg mak tukar pada OMEGA pun sy balun jugakk..

buat pekat2 best susu ni. minum hangat2..hehehehe

Anonymous said...

I just added this feed to my bookmarks. I have to say, I very much enjoy reading your blogs. Thanks!
[url=http://www.weddingplannerphotography.com]Wedding planner[/url]

IXORAROXI said...

tersengih2 saya baca entri awak ni..hilang stress :)
Saya pula cuma boleh minum nespray je, lelain tu memang tak boleh, rasa semacam je, mual...

CT NoArIzAh ArIs said...

CHO ZILLA... nk wat camno dh biasa ari2 minum kopi dulu tetiba ubah tebiat menyusu lak dulu tu yg lalok tu..huhu..

CT NoArIzAh ArIs said...

NABILAH... ni akk bukan dah lemau ni dah separuh lembik dah ..alangkah bahagianyaaa kalau ada atas katil time ni..!!

CT NoArIzAh ArIs said...

NOUR EYZA... ya pekat2 tapi kena suam tak leh hangat kata orang nanti hilang zatnya pada tulang kita....wallahualam.

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA... tak kisahlah susu apa pun janji kita ada ambik susu untuk kesihatan tulang belulang kita betul tak..:)

Dilla Ady said...

sib baik dilla mmg jenis suke minum susu..jadi ape2 jenama susu dilla leh layan..suke dgn rasenye..

ratusiput said...

ratu dulu benti nyusu umur 6 tahun.pastu sampai skang mmg takble minum susu sbb muntah.kalau minum pun yg kotak tu ha yg ade perisa2...tp susu mmg baik kan utk kite...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails