Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, April 30, 2011

Terkilan DAN Terlupa....

Aku dah bercadang nak bertandang kerumah adik aku di Sri kembangan hari ni sejak awal minggu lalu lagi.... kononnya nak bawa mak abah sekali lah pergi tapi last minit tak jadi pulak.

Inilah dia kalau di rancang awal-awal mesti tak jadi kalau tak takkan orang kata " kita merancang tuhan yg menentukan ".
Hubby pada mulanya bagi lampu hijau untuk aku kesana dan dia pun ada agenda lain lak dengan kawan-kawannya tapi tak jadi.... so bila dia batalkan rancangan dia aku terpaksalah pulak membatalkan rancangan aku.... sudahnya kami sama -sama balik kampung.... tapi aku kesian jugak dengan adik aku kat Sri Kembangan tu pasal aku tak jadi kerumahnya.

Tulah kan kalau orang lelaki nak kemana-mana senang jeeee tapi kalau kita yg perempuan ni kena fikir macam2 sebelum kemana-mana sudahnya tak payah pergi......haiii apa nak buatkan !!!

Tadi sebelum balik kampumg aku singgah ke COSWAY beli barang keperluan aku sikit..... sebenarnya nak beli banyak tapi hubby tak suka tunggu lama-lama sudahnya aku beli 2 botol perfume designer dan satu browperfect compact cukup-cukup untuk aku dapatkan satu kupon je...... untuk lain-lain barang aku akan beli lain kali lebih senang pergi sendiri tak ada sapa nak bising tunggu lama-lama sangat.

Tapi ada untungnya jugak aku beli 3 barang kecik ni je pasal aku terlupa hari ni hari tanpa beg plastik.
Aku ingatkan kat pasaraya giant aje yg tak bagi beg plastik hari sabtu ni rupanya COSWAY yg ada kat dalam giant tu pun ikut jugak tanpa beg plastik.
Kalau aku beli banyak2 tadi maunya aku kena kendong dengan tangan barang-barang tu semua tadi.


CN : Ni yg aku boring kalau cuti lama-lama ni !!


SALAM UKHWAH

8 comments:

Encik Suami said...

Lelaki pun klu nak g mana2 kene pk byk lah. Mcm..kene tgk dulu keadaan rumah n anak2..klu line clear..baru saya kuar.
Tapi..mmg saya jarang kuar..masa cuti..mmg bersama isteri & anak2 kat umah.

jemput terjah new entry

1) (>.<) Sampai Hati Yu Tinggalkan Ai (>.<)

Dilla Ady said...

kalu shopping mmg kureng suke pegi ngan hubby...muke masyam jek nk belek2 lame2 pun tak selera..huhuhu

CT NoArIzAh ArIs said...

DILLA... sy lbh enjoy bershopping keperluan diri & brg dapur dgn ank2 klau g dgn hubby dia mula wat muka senget... biasalah kan kita pompuan ni nk li brg nk tgk gak ada cop halal jakim ke... xpired date.. bhn kndgan dan satu g bandingkan harga... tu pasal prmpuan layak di gelar mnteri kewangan rmh tangga.

CT NoArIzAh ArIs said...

EN SUAMI.. baguslah kalau mcm tu hbskan masa dgn keluarga lbh baik dr berfoya2 mcm org bujang kan.

nizie said...

xper, lain kali blh g rmh adik tu..org pmpuan kan teliti, sblm kuar rmh semua kena bawa :) benda2 kcik n barang suami pun kta yg kena ingatkan..

CT NoArIzAh ArIs said...

NIZIE... betul3x sy setuju kekadang tu berus gigi dia pun kita yg kena igtkan...huhuhu!!

Citarasa Rinduan said...

selamat malam ct..
dari dahulu ayu tak suka bershopping.. terbalik pulak.. heheheh en zalie yang kaki shooping

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU... samalah kita cuma sy kena gak bershopping keperluan dapur dan diri sendiri kalau tak dapur sy tak berasap pasal hubby tak suka wat keja tu semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails